Pengalaman Anak Sakit : Saya Terjangkit Sama!!

By | 05/02/2015
Teks : Wan Syahida Kahar

Assalamualaikum para pembaca saya yang budiman. Apa khabar? Semoga sihat-sihat sejahtera di samping anak-anak yang tersayang :-).

Baru-baru ini anak saya Ameerah demam. Tak pasti kenapa. Tapi suami saya syak kerana kesejukan pagi sewaktu menghantarnya ke sekolah. Suami saya hantar anak menaiki motor. Masa tu tak bagi pakai jaket lagi. Jadi mungkin cuaca pada pagi itu yang agak sejuk menyebabkan anak saya demam. Balik dari sekolah pada petang tu, anak saya tu macam lemah dan lesu, tak ada mood. Rupa-rupanya demam.

Selama 2-3 hari, saya dan suami berikannya makan Panadol. Pada masa yang sama, kami masukkan Meal Shakes dan Omega Guard ke dalam susunya. Alhamdulillah, hari ketiga, anak kami tu dah sembuh daripada demam. Tujuan kami berikan Meal Shakes dan Omega Guard adalah supaya badannya lekas sembuh. Pada masa yang sama, kami tetap berikan Panadol kerana suhu badannya yang panas. Jadi untuk mengurangkan suhu badan, kami kena juga berikan Panadol. Manakala Meal Shakes dan Omega Guard adalah untuk badannya lekas membina antibodi secara semulajadi untuk melawan virus demamnya itu. Kami langsung tak pergi ke klinik pun. Sebab kami tahu, hasilnya doktor akan berikan Panadol juga. Dan kami juga tahu, anak kami tu SANGAT-SANGAT SUSAH untuk makan ubat. Sebab tu Panadol pun kami terpaksa masukkan ke dalam air Ribena secara sorok-sorok. Tambahan lagi, bila anak demam, selera makannya pun langsung tak ada. Kalaupun dia makan, dia makan sikit sangat. Jadi, Meal Shakes membantu memberikan nutrisi tambahan kepada anak saya dalam proses anak saya nak sembuh tu.

Selepas anak saya Ameerah, anak kedua saya Ameer pula yang tiba-tiba demam. Kenapa dia demam, tak pasti la juga kami kenapa. Bukannya dia ke mana-mana pun. Tiba-tiba sahaja, ada ulser di belakang tekaknya. Kami mula perasan sebab dia tak nak menyusu pun seperti biasa. Walaupun dalam keadaan dia dah lama tak menyusu. Jadi kami dapatkan Bonjela daripada farmasi atas nasihat kawan-kawan dan kenalan doktor saya. Sekali lagi, kami tidak pergi pun ke klinik sebab kami faham hasilnya sama. Doktor akan berikan ubat. Atas nasihat kawan doktor saya, boleh juga dapatkan Oral Aid. Kalau pakai tu, tempat ulser tu akan terasa kebas. Tapi suami saya hanya dapatkan Bonjela. Masa tu dah lewat malam. Mujur ada kedai farmasi yang buka dan masih ada pegawai farmasi yang bertugas di kedai tersebut. Jadi balik ke rumah saja, kami apply ubat Bonjela tu ke tekak anak. Lega la sikit dia daripada menangis meraung. Boleh la tidur pada waktu malam. Walaupun tetap masih terjaga sekali-sekala dan menangis. Mungkin kerana sakit dan tak selesa. 🙁 Memang dugaan sungguh menjaga anak yang sakit ni.

Selepas sembuh daripada demam, naik pula ruam-ruam di tubuh badan Ameer. Saya tak terkejut sangat sebab dahulu semasa Ameerah masih kecil pun pernah macam tu. Sebaik sahaja sembuh daripada demam, tiba-tiba je naik ruam-ruam merah berbiji-biji. Kali ni anak saya Ameer tumbuh di seluruh badan termasuk kaki, tangan dan muka. Jadi menangis-nangis juga la dia. Mujurlah memang dah ada Calamine Lotion di rumah. Jadi saya sentiasa apply Calamine Lotion setiap kali selepas mandikan anak. Habis satu badan saya sapu. Dalam masa 2-3 hari, bintik-bintik merah tu mula kering dan lepas tu lama-lama dia pun sembuh. Ulser pun hilang pada masa yang sama. Alhamdulillah. Satu cabaran dan masalah telah pun selesai.

Tapi kesakitan ini belum berakhir. Selepas anak saya makin sembuh, tiba-tiba saya pula yang demam. Saya suspek dijangkiti anak. Kemudian mulut saya pula tetiba ada ulser di belakang tekak sama seperti anak saya Ameer. Hanya saya punya lebih banyak! :-(. Ohhh sangat-sangat pedih dan perit. Tak terkata. Memang sakit. Saya tak mampu nak makan pun. Semua yang masuk ke tekak saya, semuanya perit dan pedih. Saya hanya mampu makan oat dan susu sahaja untuk sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam. Memang menyedihkan! Saya sapu la juga Bonjela milik anak saya tu kepada semua ulser saya tu. Selepas ia tumbuh di belakang tekak, ia keluar pula di celah-celah kiri kanan dalam pipi saya. Sakittt sangat. Huhu. Kemudian ia keluar di bawah lidah dan juga di hadapan gusi di rahang bawah. Masalahnya ia bukan seperti ulser biasa tetapi ulsernya ada banyak di merata tempat. Jadi apakah agaknya ia?

Saya ada suspek yang saya terkena HFMD. Sebab selain daripada ulser tu, saya juga terjangkit bintik-bintik merah kecil seperti anak saya tu di jari-jari tangan dan kaki saya. Mungkin sebab selalu menyapu Calamine Lotion kepada anak dan saya yang selalu bersama dan memegang anak saya tu. Oh… Dugaan yang sangat besar saya lalui. Mula-mula demam, lepas tu ulser, dan kemudian gatal-gatal ni pula. Semua terjangkit daripada anak.

Pada masa yang sama saya menyapu Bonjela, saya ikhtiar untuk sembuh dengan rajin-rajin mengambil Vitamin C, Vita-Lea dan juga Alfalfa. Saya perasan, sejak saya ambil Alfalfa, ulser-ulser saya lebih lekas sembuh. Alfalfa memang ada khasiat untuk membersihkan darah kita daripada toksin dan penyakit serta meneutralkan keasidan darah. Pada masa yang sama, saya sengaja mengambil Alfalfa supaya anak saya tak menangis-nangis tak cukup susu badan. Saya ni dah la kurang makan (oat dan susu je setiap hari! kesian sungguh). Jadi saya agak bimbang yang saya ni tak cukup zat. Huhu. Jadi, saya usahakan makan Vita-Lea.

Mujurlah saya ada vitamin-vitamin Shaklee di rumah. Pada awalnya saya memang ada terfikir, ni kalau tak sembuh-sembuh juga, nampak gayanya saya memang perlu ke klinik. Tapi akhirnya saya tak jadi nak pergi sebab demam, ulser dan juga gatal-gatal saya semuanya sembuh. Saya hanya perlu bersabar banyak-banyak menahan kesakitan dan bersabar sehingga badan saya sembuh. Saya memang makan Panadol sewaktu demam tu. Stok Panadol memang dah ada. Jadi ikhtiar kita pun mestilah ada, kan?

Alhamdulillah. Hari ini saya dah mula boleh makan dengan selesa. Allahh… terasa nikmat sungguh dapat makan dengan aman tanpa rasa sakit. Benar lah sangat-sangat, kita hanya akan beringat untuk bersyukur bila kita dah melalui keperitan dalam sesuatu.

Kebetulan bulan ni, Februari 2015, ada promosi Vita-Lea Beli 6 Percuma 1. Jika anda berminat untuk dapatkannya, boleh hubungi saya di 012-6753078.

Atau ingin menjadi ahli Shaklee terus untuk menikmati harga ahli yang jauh lebih menjimatkan?
Seorang pengedar Shaklee juga yang perlu bantu daftarkan anda. Anda hanya perlu membayar yuran keahlian pendaftaran sebanyak RM75 seumur hidup (RM65 + RM10 untuk kos penghantaran membership kit). Jadi, hubungi saya terus untuk saya bantu daftarkan keahlian anda untuk seumur hidup. Saya sedia membantu :-).

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjaga pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:

KONSULTASI PERCUMA
HARGA ISTIMEWA dan
PELUANG BISNES bersama SHAKLEE !!
Wan Syahida
Shaklee ID: 1143254
wsyahida@yahoo.com
012-6753078 (SMS/Whatsapp)
Facebook : Wan Syahida Kahar
Instagram : @shye_healthnutrition

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge