Peluang Bisnes Shaklee – 3C Yang Sangat Awesome!

By | 15/09/2019

Hai Assalamualaikum guys! Terima kasih kerana singgah ke blog saya. Bagi yang belum mengenali saya, saya merupakan seorang surirumah yang menjalankan Bisnes Shaklee secara sepenuh masa. Jadi dalam entry kali ni, saya nak fokus bercerita mengenai Peluang Bisnes Shaklee yang menawarkan 3C.

Betul tak kalau saya cakap, setiap orang yang membuat bisnes pasti sukakan 3 perkara yang paling asas ini sebagai ganjaran usaha keras mereka di dalam bisnes; iaitu Wang, Kereta dan Percutian. Di dalam bisnes Shaklee pula, pihak syarikat menawarkan 3C sebagai “rewards” kepada pengedar-pengedarnya yang berusaha. Dan 3C itu adalah:

  • Cash Bonus
  • Car Bonus
  • Convention Trip
Peluang Bisnes Shaklee dalam bentuk 3C yang Shaklee tawarkan.
Peluang Bisnes Shaklee dalam bentuk 3C yang Shaklee tawarkan.
3 C atau 3 K dalam bisnes Shaklee

Peluang Bisnes Shaklee – CASH BONUS

C yang pertama adalah Cash Bonus yang biasa para pengedar Shaklee akan terima setiap bulan. Cash Bonus ni pula ada 2 jenis lagi iaitu Bonus daripada pembelian / jualan, dan bonus daripada Leadership.

Sekiranya seorang pengedar Shaklee seperti anda membeli barangan Shaklee atau menjualnya sehingga mencapai point tertentu, maka anda boleh layak menerima Cash Bonus hasil pembelian atau jualan yang anda lakukan.

Dan.. Sekiranya anda dah mulakan bisnes Shaklee dan dah jadi seorang LEADER pula, maka anda boleh dapat Leadership Bonus.

Leadership Bonus ni anda akan dapat apabila organisasi anda semakin besar dan anda bantu organisasi anda membesar. Shaklee akan hargai anda dengan memberikan Leadership Bonus ini. Dan kesemua ini adalah dalam bentuk Cash. Leadership Bonus ni hanya sampai 6 level ke bawah anda saja tau.

Sebab tu kalau anda dah jadi pengedar Shaklee yang paling senior dan lama dalam bisnes ini pun, anda tetap tak boleh duduk goyang kaki apabila empayar organisasi anda dah besar. Kerana anda sentiasa perlu memperoleh Cash Bonus ini dengan cara membantu organisasi anda untuk grow bisnes mereka dalam Shaklee. Ini bermaksud, Bonus daripada Shaklee bukanlah hasil yang tidak patuh syariah yang goyang kaki pun dah boleh dapat duit. Dalam Shaklee, kita masih perlu ada usaha untuk memperoleh Bonus itu. Memang ini pun yang kita nak, kan. Bisnes yang tetap memberikan rezeki yang halal dengan cara berusaha.

Peluang Bisnes Shaklee – CAR BONUS

Car Bonus ni Shaklee berikan kepada mereka yang berjaya naik rank dan mencapai GUV sehingga 5000. Bulan pertama, capai 5000 GUV. Bulan kedua, 7500 GUV. Bulan ketiga, 7500 GUV juga dan bulan keempat, 10000 GUV.

Nama pun Car Bonus. Jadi duit ni duit untuk kita beli kereta la. Tapi tak semestinya kita kena beli kereta. Kerana Shaklee berikan Car Bonus ni juga dalam bentuk Cash. Jadi, ikut suka kita lah nak simpan je ke duit tu dan tak nak beli kereta. Mungkin nak simpan untuk beli rumah ke, nak simpan untuk pergi Haji ke, nak travel ke, nak saving saja ke atau apa saja. Shaklee memberikan kebebasan sepenuhnya kepada kita.

Yang bagusnya, segala duit ni akan masuk ke dalam akaun bank anda terus setiap bulan, selagi mana anda aktif dalam bisnes Shaklee ini. Bila ia masuk setiap bulan ke akaun bank, dah tentu ia layak dijadikan sebagai payslip sebagai proof statement income anda untuk anda layak apply apa-apa loan.

Car Loan,
House Loan,
apa-apa loan la kan. Hehe.

Ini sebab Shaklee memang tak pernah gagal membayarkan bonusnya. Shaklee adalah syarikat yang dipercayai dan established. Malah pihak bank pun dah sangat percaya dengan syarikat Shaklee. Kalau nampak applicant loan yang menggunakan pay slip Shaklee, bank akan mudah untuk percaya kerana established nya company ni. Saya sendiri pun dah pernah apply home loan menggunakan payslip Shaklee dan memang boleh :-).

Peluang Bisnes Shaklee – CONVENTION TRIP

C yang terakhir adalah Convention. Convention tu adalah pakej pelancongan 5-6 bintang yang akan Shaklee reward kepada pengedar Shaklee yang dah berjaya kumpul points seperti yang disyaratkan.

Ini termasuklah:

  • Regional Trip
  • International Trip
  • dan Umrah

So tiap-tiap tahun akan ada trip-trip ni.

Yang pastinya, semuanya FREE dan bukan percutian kapcai-kapcai punya tau.. tapi 5-6 bintang!! Bermula dari tempat harga tiket penerbangan, penginapan, makanan, tempat-tempat pelancongan, dan apa saja dalam pakej pelancongan tu lah.

So tak kira la anda siapa pun, anda pun mampu dapat trip-trip mewah macam ni. InsyaAllah, tahun 2019 ini adalah kali pertama saya akan menyertai Trip Convention secara percuma daripada Shaklee ni ke Phuket, Thailand. 🙂

So convention tu terbahagi kepada 2 la maknanya. Kepada mereka yang layak, mereka boleh pilih di antara dua; sama ada trip ke International atau Umrah ataupun Regional.

International Trip ni pula akan diselang-selikan dengan trip ke US. Kerana setiap 2 tahun, Shaklee akan mengadakan Global Conference di mana mereka akan mengumpulkan kesemua pengedar Shaklee dari seluruh US dan dari seluruh dunia. Di dalam conference ini, Shaklee akan meraikan para Masters dan juga membawa bersama pelbagai Shaklee effects para pengedar Shaklee dari seluruh dunia. Menarik sangat bunyinya :-).

Saya kongsikan video-video International Incentive Trip Shaklee daripada tahun 2017 hingga 2019. Jom! Layannnn…

Shaklee INTERNATIONAL Incentive Trip 2017 (Jepun)

Video daripada Shaklee. Trip ke Takayama, Shirakawa-Go, Tateyama dan Tokyo.

Shaklee INTERNATIONAL Incentive Trip 2018 (Mediterranean Cruise)

Video daripada Shaklee. Trip menaiki kapal cruise terbesar di dunia ke 3 buah negara Mediterranean dan 6 buah bandar.

Shaklee INTERNATIONAL Incentive Trip 2019 (San Francisco & Las Vegas)

Video daripada Shaklee. Trip ke US: ke 3 buah bandar iaitu San Francisco, Las Vegas & Los Angeles.

Ni pula video Regional Incentive Trip Shaklee ke Bangkok, Thailand.

Shaklee REGIONAL Incentive Trip 2018 (Bangkok)

Penutup

So, banyak sebenarnya REWARDS yang Shaklee tawarkan kepada setiap pengedar Shaklee. Asalkan kita consume, guna dan berkongsi bersama orang lain segala kebaikan Shaklee. Shaklee telah berikan pelbagai tawaran yang best-best yang tak boleh kita nak tolak. Untuk cycle 2019-2020 ini, Shaklee tawarkan Convention Trip Regionals ke Korea Selatan dan International Trip ke Switzerland. Best gila!!

Jom layan video Korea ni!

Trip Regional Shaklee untuk tahun 2020.- South Korea!

So, for those yang berminat nak jalankan bisnes Shaklee, alang-alang dah start buat bisnes Shaklee, terus la grab segala rewards yang Shaklee offer!

Kalau anda berminat untuk berkongsi kebaikan dengan orang lain, anda wajib join team Shaklee bersama kami ok!!

Berminat untuk join team kami, sila-sila la hubungi saya. Jom sertai projek Kursus Mobile Spa bersama TWB. Hari-hari boleh jana instant cash tau! Sambil boleh buat bisnes Shaklee 🙂

Baca juga : 4 Sebab Utama Bisnes Shaklee Berbeza Daripada Bisnes Lain

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
Pengedar Shaklee sejak 2014
Trainer The Walking Beauty Mobile Spa

8 thoughts on “Peluang Bisnes Shaklee – 3C Yang Sangat Awesome!

    1. syahida Post author

      Welcome Asilah and thank u sebab singgah di blog saya 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Peluang buat semua yang nak grab 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Betul.. semua dah tersedia.. Tinggal nak ke tak nak je 😀

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.