Memupuk Sikap Cintakan Buku Kepada Anak Sejak Kecil

Bismillah.. Ini gambar anak saya Ameerah yang membuka buku dengan sendirinya. Memang kegemarannya ‘membaca’ buku walaupun saya tidak faham apa yang disebutnya. Hakikatnya anak saya sebenarnya masih belum pandai membaca. Umurnya baru 2 tahun. Tapi dia tetap gemar membebel sendiri seolah-olah dia sedang membaca buku dengan betul. Biarpun salah bacaannya tapi anak saya sukakan buku malah amat suka… Read More »

6 Cara Mudah Membuat Anak Rasa Disayangi

Bismillah… Semua orang di dunia ini suka untuk disayangi. Apatah lagi anak-anak kecil yang lebih-lebih lagi memerlukan belaian dan kasih sayang terutamanya daripada kedua orang tuanya yang melahirkannya ke dunia ini.  Pada Tahap Pertama umur anak-anak pada usia 0-6 tahun, anak-anak hendaklah disayangi dengan sepenuh hati oleh ibu bapa, dibelai dengan kasih dayang, diajak bermain dan bergurau. Kesannya,… Read More »

Laman Web Interaktif Untuk Anak-anak Yang Menarik dan PERCUMA daripada JAKIM

Bismillah. Di sini saya ingin berkongsi satu website interaktif yang sangat menarik untuk anak-anak anda bermain. Mungkin ada ibu bapa yang tercari-cari aplikasi website yang menarik untuk dijadikan bahan mengajar kepada anak-anak menggunakan komputer, laptop atau tablet. Pihak JAKIM telah mewujudkan sebuah website interaktif secara online di dalam Laman Web ISLAM Grid : Obor Yang Menyinari Alam. Laman… Read More »

Pengaruh Gadget Terhadap Anak-anak

Bismillah… Seiring dengan peredaran zaman. gadget dan penggunaannya menjadi sesuatu yang semakin trend. Tak kira yang dewasa atau yang muda, pasti sering teruja dengan kecanggihan penggunaan gadget bukan setakat kerana kemudahannya dan aplikasinya yang memudahkan urusan seharian kita dalam bersosial dan berurusan, malah kerana seronok dengan permainan yang terdapat di dalam gadget atau smartphone. Tak dapat disangkal akan… Read More »

9 Jenis Makanan Untuk Anak Yang Lebih Bijak

Setiap ibu bapa tentunya ingin melihat anak-anak mereka cemerlang di sekolah dan di dalam pembelajaran. Antara usaha yang boleh dilakukan ibu bapa adalah dengan memastikan anak-anak mereka sentiasa memperoleh makanan seimbang dan memberikan makanan bernutrisi kepada mereka setiap hari. Lebih-lebih lagi, kanak-kanak kini mempunyai pelbagai aktiviti yang padat dan mereka sentiasa memerlukan tenaga untuk belajar dan kekal aktif… Read More »

Kepentingan Makanan Berkhasiat Kepada Otak Bayi

Ada pepatah Inggeris yang mengatakan, “You Are What You Eat”. Seandainya kita memilih untuk memakan makanan yang berkhasiat dan kurang diproses, maka badan kita akan memperoleh kebaikannya. Manakala orang yang suka mengambil makanan yang tinggi lemak, gula dan makanan yang telah diproses akan mudah menjemput penyakit pada hari tua kelak.  Menurut satu kajian di Bristol terhadap ribuan kanak-kanak… Read More »

Kelebihan dan Manfaat Bermain

 Masyarakat kita telah berubah dengan begitu drastik sejak 50 tahun yang lalu kerana banyak dipengaruhi dengan kemajuan sains dan teknologi. Kanak-kanak menjadi lebih dewasa dengan lebih cepat dan orang dewasa pula kekal muda dengan lebih lama. Masa seorang kanak-kanak pula semakin ketat dengan pelbagai aktiviti yang telah dijadualkan dan seringkali masa untuk bermain menjadi semakin sedikit! Sangat berbeza… Read More »

Rangsang Anak Menulis Sejak Bayi

Anak merupakan amanah yang diberikan oleh Allah. Dengan kelahiran anak, tumbuhlah rasa gembira di hati setiap ibu dan ayah. Senyuman anak, keriangannya, gerakan lincah dan keletahnya menceriakan suasana keluarga. Pada masa pertumbuhannya, kita perlu memerhatikan tahap-tahap perkembangan yang dialami si anak. Dan Allah telah memberikan ilmu kepada manusia melalui turunnya wahyu-Nya melalui tahap-tahap juga, sedikit demi sedikit sesuai… Read More »

Tips Mendidik Anak Menjadi Bijak

Setiap ibu bapa tentunya inginkan anak mereka membesar menjadi seorang yang bijak. Tapi bagaimanakah peranan yang ibu bapa perlu mainkan? Anak yang bijak tidak hanya bergantung kepada faktor genetik. Tetapi ibu bapa boleh merangsang otak dan minda anak agar aktif dan kreatif berfikir. Dengan rangsangan yang bersesuaian dan galakan ibu bapa yang membina, minda anak-anak dapat berkembang dengan… Read More »

Anak Adalah Cerminan Ibu dan Bapanya

Sumber gambar : http://www.lutherwood.ca/mentalhealth/services/child-parent-place Apabila lahirnya seorang bayi ke dunia daripada dunia rahim yang telah menjadi rumahnya sebelum dilahirkan, Allah telah menjadikan seorang bayi itu boleh melihat, mendengar, menghidu ataupun merasa apa sahaja yang berada di sekelilingnya. Berbeza daripada dunia gelap bayi sewaktu berada di dalam kandungan ibunya. Ini boleh dibuktikan apabila sejak bayi lahir lagi, seorang bayi perlu… Read More »