Nasihat Para Ustaz Mengenai Solat

By | 28/12/2016
 
1. Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah, susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.
Ustaz Azhar Idrus
2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
Ustaz Kazim Elias
3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? “Jaga solat…Insyaallah bahagia…”
Ustaz Don Daniyal
4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
Datuk Ismail Kamus
5.Kalau kita sakit jangan takut untuk solat, at least kalau mati, mati dalam solat
Ustaz Haslin Baharin
6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
Al-Habib Ali Zainal
7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya”
Sheikh Abdullah Jahaf
9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
Ustaz Dasuki Rani
10. Jangan cakap: “Pergi solat. Kalau tak, masuk api neraka!” Tapi cakap: “Jom solat, nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama-sama ya. InsyaAllah.
TG Harun Din
11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
Ustaz Pahrol
 Rasulullah SAW bersabda,
“Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.
SELAMAT BERAMAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge