Nak Maintain Badan Yang Cergas dan Bertenaga?

By | 16/05/2014
Teks : Wan Syahida Kahar
Bismillah. 
Assalamualaikum.
Hari ni saya tak secergas semalam. Tak pasti kenapa. Hairan la juga, pregnancy kali ni buat saya rasa selalu penat dan mengantuk. Mungkin sebab saya hanya duduk di rumah? Semalam halnya lain. Saya rasa cukup cergas dan semangat untuk buat kerja-kerja rumah semalam. Agaknya sebab itu la saya berasa penat pada hari ni 🙁
Saya terlelap pagi tadi kerana kepenatan… Anak saya pula yang bangun dulu. Sebaik sahaja saya bangun, saya buatkan susu anak dan mandikannya. Kemudian saya telan multivitamin Vita-LEA keluaran Shaklee. Termasuk supplemen iron (ferrous fumarate) yang KKIA saya berikan. 
Saya kalau duduk di rumah, memang kurang berselera dengan masakan sendiri. Kurang berselera nak makan nasi masa lunch. Lagi satu malas nak masak juga sebab takde sape pun yang nak makan. Anak pun hanya makan makanan tertentu (telur rebus la, kentang goreng, ayam goreng etc). Jadi sudahnya saya tak masak. Jadi, multivitamin seperti Vita-LEA memang menjadi keperluan saya. 
Apa yang best dengan multivitamin Vita-LEA ni? Banyak lagi multivitamin di pasaran. Kita boleh pilih aje. 
Tapi orang selalu sebut-sebut tentang Shaklee’s multivitamin. Saya pilih Vita-LEA berbanding brand yang lain sebab :
1) Ia HALAL yang pastinya. (halal keluaran ISA, USA, diiktiraf oleh JAKIM kerana ia produk keluaran US).
2) Ia lengkap dengan pelbagai vitamin dan juga mineral. So it is a multivitamin and multimineral.
3) Ia dissolve dengan lebih pantas berbanding multivitamin yang lain.
4) Ia natural and green product. Tiada bahan kimia seperti multivitamin yang lain.
5) Vitalea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTIVITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.
6) Vitalea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai “Vitalize Mineral” dan disingkatkan kepada “Vita-min”, dan perkataan Vitamin yang disebut hari ini asalnya dari Shaklee.
7) Setiap tablet mengandungi 30 NUTRISI LENGKAP yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 Vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan RDA.
8) Tablet Vitalea disalut dengan serbuk nutrisi-spirulina.
9) Setiap tablet Vitalea mudah diserap oleh tubuh badan kerana ia 100% dari tumbuh-tumbuhan, sebelum sampai ke perut lagi tablet ini sudah mula terurai. Ia mengandungi sistem penyerapan bioaktif.
10) Disokong oleh 7 kajian klinikal.
11) Lebih 340 ujian kualiti dilakukan.
12) Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.
Tak cukup meyakinkan lagi ke? Hehe. Alhamdulillah saya sukakannya kerana kualiti produk Shaklee. Masa saya beli Vita-LEA ni saya belum jadi ahli. Tapi sekarang saya dah jadi ahli, jadi ia lebih menjimatkan buat saya. 
Antara Kebaikan Vita-LEA yang anda akan perolehi : 
1) Diperkaya dengan sumber zat besi. membantu menambahkan sel darah merah pesakit anemia (kurang darah terutama ibu mengandung).
2) Mengikut kajian, ibu menyusu selepas 6 bulan kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan.oleh itu adalah penting mengambil sesuatu yang diperkaya zat besi.
3) Penambah tenaga untuk kecergasan badan.
4) Pelengkap nutrisi utama kepada mereka yang mengamalkan diet tidak seimbang.
5) Membantu dalam stimulasi metabolisme badan.
6) Menyediakan asas nutrisi untuk pertumbuhan sel baru, proses pembesaran dan pertumbuhan rambut, kuku, kulit, otot dan hormon.
7) Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
Best kan? Amalkan selalu, insya Allah ia baik untuk jangka masa panjang anda. Kadang-kadang kita ni terlalu sibuk dan tak cukup nutrisi dalam pemakanan kita. Lebih-lebih lagi jika kita ni main makan je apa-apa yang kita suka. Buah tak cukup, sayur-sayuran tak cukup. Bergoreng, berminyak, fast food dan macam-macam. Seeloknya kita kurangkanlah makanan tersebut. Tukarkan ke makanan yang fresh and green. Dan jika anda sangat concern dengan kesihatan anda, lebih-lebih lagi untuk jangka masa yang panjang, jadikan pemakanan supplemen kesihatan sebagai rutin hidup anda. Bukan orang lain yang akan dapat manfaatnya tetapi anda. Bila anda memelihara kesihatan, baru la penyakit tak mudah datang dan anda jugak yang akan cukup bertenaga untuk lakukan kerja-kerja seharian, tak kira la apa kerjaya anda.
Insya Allah, kita berusaha menjaga kesihatan. 🙂
Yang pastinya, ibu-ibu mengandung seperti saya sememangnya perlukan rehat yang cukup, tapi takdelah rehat sepanjang masa 😉
Berminat untuk membeli Vita-LEA, boleh hubungi saya. 🙂 Insya Allah anda akan rasai kebaikannya. 🙂
Pn. Syahida
012-6753078
Shaklee Independent Distributor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge