Nak Cari Kerja Part-Time Dari Rumah Untuk Tampung Perbelanjaan Harian?

By | 24/01/2018
Anda Wanita atau Ibu yang mencari kerja part-time?

Anda Wanita atau Ibu yang mencari kerja part-time?

Hai Assalamualaikum! Anda tengah cari kerja part-time untuk dibuat untuk tampung perbelanjaan harian ke? Tak kira lah part-time ke full-time ke. Atau apa saja yang boleh memberikan side income untuk tampung keperluan bulanan atau harian.

Sekarang ni memang ada banyak benda kita boleh buat. Rajin atau tak je. Dengan nak atau tak nak je. Dan ini bergantung juga kepada minat kita, masa kita dan keadaan kita sama ada sesuai atau tak dengan pekerjaan tu.

Kalau golongan lelaki, mesti biasa dengan kerja part-time memandu Grab atau Uber kan? Saya tengok kaum lelaki juga cenderung dengan menjadi agen Unit Trust, Insurans, belajar saham dan melabur, mungkin blogging ke dan juga buat kerja-kerja menjual secara dropship.

Kalau golongan wanita pula, biasa dengan bakery, menjahit, bisnes secara dropship, ada juga yang buat insurans, unit trust, blogging ataupun jualan secara kecil-kecilan macam jual tudung, perfume, kuih-muih, makanan etc.

Sebenarnya dia kena ikut kepada minat kita jugak. Macam saya dulu, masa saya masih bekerja, saya buat bisnes jualan barangan pendidikan kanak-kanak secara dropship sahaja. Dropship dah memadai untuk saya sebab saya tak banyak masa nak uruskan bisnes, kan. Dapat untung-untung sikit pun jadilah. Sekaligus dapat belajar cara-cara berbisnes dan selok-belok bisnes.

Tapi masalahnya, tak semua orang yang mudah nak menjual ni. Diorang rasa diorang tak suka nak menjual. Tak pandai nak menjual. Bagi mereka yang camni, boleh lah cuba lakukan bisnes yang berbentuk servis. Servis ni akan ikut kepada kepakaran yang kita ada.

Kenapa servis? Kalau menjual barang, mungkin peluang nak dapat sales hari-hari tu sukar. Persaingan pun dah mula tinggi dan kita pun perlukan komitmen berterusan untuk selalu promote barang kita secara online. Turun naik perniagaan ni menyukarkan kita untuk dapatkan keuntungan.

Tapi kalau bisnes jenis servis, asalkan kita ada kepakaran dan kita perkenalkan kepakaran kita kepada penduduk di kawasan tempat kita tinggal atau secara online, orang akan mudah untuk datang mendapatkan atau meminta servis daripada kita.

Kerja part-time : Contoh-contoh perniagaan yang berbentuk servis atau perkhidmatan :

  1. Kepakaran membuat kek. Orang tahu kita memang pandai buat kek. Jadi orang akan order, hujung minggu kita siapkan.
  2. Kepakaran mengurut. Orang tahu kita pandai mengurut. Jadi orang akan booking kita untuk datang mengurut.
  3. Kepakaran menggubah bunga dan hantaran.
  4. Kepakaran memasak home-cooked food.
  5. Kepakaran dalam sesuatu subjek atau bidang. Boleh bagi tuition, ajar mengaji, ajar make-up, ajar buat kek, ajar menjahit, ajar masak, etc.
  6. Kepakaran dalam IT dan menawarkan servis membuat blog, servis design, dan lain-lain

Servis-servis ni sesuai untuk orang yang tak pernah meniaga. Tapi mereka ada kepakaran yang membuatkan orang datang mencari mereka.

Bagi kaum wanita, ada banyak idea kerja part-time yang mereka boleh lakukan. Tapi nak pilih macam mana?

Mula-mula kena lihat kepada kelebihan dan kelemahan yang kita ada. Katakanlah anda orang yang tak pernah berniaga, malu nak berniaga, rasa susah nak berniaga, dan lain-lain. Tapi anda nak jugak cari duit dengan cara yang tak perlu menjual tapi tetap boleh menjana wang. Anda tak suka nak buat kerja menjual-jual. Jadi bagi orang seperti anda, sesuai untuk menceburi bisnes jenis servis atau perkhidmatan.

Kemudian, lihat pula kepada kecenderungan minat anda. Mungkin anda meminati bidang kecantikan? Meminati bidang make-up? Mungkin anda boleh mempelajari teknik make-up dengan make-up artis, kemudian menawarkan servis make-up.

Ataupun anda meminati bidang kecantikan dan bidang spa. Suka sangat pergi spa. Suka nak spa ke atas diri sendiri di rumah. Jadi apa kata anda pelajari teknik spa dan bagaimana menjalankan bisnes spa. Dengan ilmu itu, anda boleh praktikkan ke atas diri sendiri untuk kecantikan diri, dan dapat pula melakukan servis spa ke atas orang lain pula dan dapat la jadi kerja part-time. Kan best??

Sekarang ni Home Spa atau Mobile Spa pun dah mula menjadi trending tau. Bayangkan, permintaan Mobile Spa sebenarnya sangat banyak tetapi orang yang menawarkan servis ini masih kekurangan. Dengan sebab inilah, semakin ramai wanita yang membuka mata dengan bisnes spa bergerak atau bisnes spa tanpa kedai ini. Lantas ingin menceburinya untuk dijadikan sebagai kerja part-time dan side income.

Kerjaya part-time sebagai pengusaha spa bergerak tanpa kedai

Kerjaya part-time sebagai pengusaha spa bergerak tanpa kedai

Permintaan tinggi spa pada masa kini

Permintaan tinggi spa pada masa kini

Kerja part-time : Kenapa dalam banyak-banyak produk atau servis, mereka memilih untuk membuat spa?

Ini kerana Home Spa atau Mobile Spa memiliki ciri-ciri produk perniagaan yang :

  • Sesuai untuk orang yang tak pernah berniaga
  • Malu nak berniaga
  • Sangat mudah
  • Tak perlukan pengalaman dalam spa
  • Dan beberapa ciri-ciri lain

Kenapa permintaan di pasaran untuk servis spa bergerak tanpa kedai atau Mobile Spa ini adalah sangat-sangat tinggi dan menjadi trend masyarakat kini? 

  • Ramai yang nak ke spa tapi tiada masa nak ke premis spa. Jadi mereka lebih suka agar spa dilakukan di rumah. Masa pun boleh set sendiri bila mereka mahukan.
  • Mereka ingin nak ke spa tapi tak mahu meninggalkan anak-anak.
  • Ramai juga wanita yang cenderung memilih spa di rumah kerana takut dengan harga servis spa di kedai spa yang terlalu mahal. Bagi mereka, hanya orang kaya je yang layak memanjakan diri di spa.
  • Dan ada juga wanita yang rasa selesa melakukan spa di rumah berbanding di kedai kerana merasa lebih selamat dan cepat.
  • Home Spa adalah satu alternatif buat semua wanita yang ingin menjaga kecantikan tetapi TIDAK TAHU atau TIDAK MAMPU disebabkan kekangan ekonomi.

Sebab itulah, permintaan spa tanpa kedai dah jadi macam pisang goreng panas!! Permintaan semakin meningkat hari demi hari.

Kerja part-time : Kenapa Bisnes Spa Tanpa Kedai Sangat Menguntungkan?

  • Permintaan untuk HOME SPA sedang meningkat pada masa kini.
  • Boleh dijalankan di mana-mana walaupun kita sedang bercuti.
  • Tiada risiko muflis kerana modalnya sangat kecil
  • Tak perlu berhutang dengan bank untuk membuka kedai dan membeli peralatan spa.
  • Boleh dimulakan secara sambilan pada hujung minggu.
  • Bisnes ini mudah dibina, fleksibel dan risiko untuk gagal rendah (amat sesuai buat wanita yang sudah mempunyai anak dan keluarga).
  • Hasil keuntungan lebih besar kerana tidak perlu sewa kedai dan upah pekerja.

Kerja part-time : Bagaimana menjana pendapatan melalui perniagaan ‘Spa tanpa kedai’?

Melalui Projek “The Walking Beauty” ini, peserta akan diajar sehingga MAMPU untuk menjana 2 PENDAPATAN :

  • PENDAPATAN AKTIF (short-term income)
  • PENDAPATAN PASIF (long-term income)

Baca apa itu Projek Spa “The Walking Beauty”.

PENDAPATAN AKTIF

  • Dengan memperuntukkan hanya 1-3 jam sehari, peserta mampu untuk memperoleh sehingga RM 150 sehari atau RM 3,000 sebulan melalui teknik-teknik yang akan diajar.

PENDAPATAN PASIF

  • Dengan kemahiran yang diajar, setiap peserta mampu untuk melahirkan agen-agen di bawah SPA mereka, dan proses ‘recurring income’ akan mula berlaku.
  • ‘Recurring income’ adalah unlimited (boleh mencecah sehingga RM 10,000 sebulan atau lebih); selagi mereka terus komited dalam membantu menambah nilai hidup orang lain.

 

Peluang besar jana pendapatan dengan bisnes spa

Peluang besar jana pendapatan dengan bisnes spa

Siapa yang patut sertai projek spa “The Walking Beauty”?

Ada 8 golongan sasaran yang PATUT menyertai projek ini :

  1. Wanita yang berhasrat memiliki Spa sendiri
  2. Mereka yang berminat dengan perniagaan Spa tetapi tiada modal yang besar.
  3. Mereka yang ingin menjalankan perniagaan dari rumah tetapi tidak tahu perniagaan apa yang hendak dijalankan.
  4. Mereka yang bekerja full-time dan ingin memulakan perniagaan dari rumah secara part-time.
  5. Para surirumah yang sedang mencari perniagaan yang boleh dijalankan dari rumah secara sampingan.
  6. Para graduan yang masih menganggur dan ingin mencari duit untuk meneruskan kehidupan.
  7. Pelajar IPT yang ingin menjalankan perniagaan sampingan untuk menampung duit poket di kolej.
  8. Atau pengusaha SPA sendiri yang dibelenggu dengan hutang dek kerana tiada / kurang pelanggan dan terpaksa membayar sewa kedai yang tinggi.

Apa yang anda akan dapat jika menyertai Projek Spa “The Walking Beauty”?

Pakej Training Spa di bawah TWB berharga RM 1,199.

Akan belajar 6 courses + 1 advance course dalam masa 1 hari sahaja!

  1. Facial Relaxing Treatment
  2. Body Scrub
  3. Sauna Herbs
  4. Aroma Milk Bath
  5. Foot & Hand Spa
  6. Baby Spa & Kids Spa

+ 1 advanced course : How to setup & run Mobile Spa

Boleh juga membacanya di : Pakej Kursus Mobile Spa TWB 2018 yang Lebih Hebat!

Dengan yuran ini.. peserta akan menerima:

  1. Manual lengkap mengenai course yang akan diajar
  2. Beauty Products & Baby Spa Products dari Shaklee
  3. Keahlian percuma dalam Shaklee
  4. Sijil Beautician
  5. Trial Kit Spa
  6. Teknik marketing one to one (selesai training, in shaa Allah berderet customer menanti)
  7. Support Group yang sangat happening! Dan…
  8. Berpeluang bersama-sama dengan ahli TWB dalam lawatan ke Luar Negara setiap tahun *

Kenapa Kursus Mobile Spa TWB Adalah Yang Termurah? 

Bagaimana nak sertai team TWB ni?

  1. Hubungi saya di http://www.wasap.my/60126753078
  2. Beri details untuk pre-registration
  3. Buat pembayaran
  4. Terima produk Spa TWB
  5. Set untuk training
  6. Officially menjadi ahli TWB.

PENUTUP

Saya dah ceburi bidang spa ni dan jujurnya saya katakan, sekali saya promote servis spa saya, memang berduyun orang request nak buat spa.

Kebanyakannya memang golongan wanita yang berkerjaya. Ada juga yang surirumah. Mereka sukakan peluang-peluang untuk memanjakan diri seperti ini. Bila dengar ada kawan mereka yang boleh lakukan servis spa ini dari rumah je, mereka terus suka, nak booking!

Jadi bayangkan, peluang untuk anda menjana pendapatan sampingan melalui bisnes spa bergerak tanpa kedai ini. So buat anda yang tercari-cari kerja part-time untuk tampung perbelanjaan hidup dan keluarga, apa kata cuba buat bisnes spa ni je? Sangat fun, mudah dan berbaloi tau..

Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar

012-6753078

Ahli Spa “The Walking Beauty” dan Pengedar Shaklee

6 thoughts on “Nak Cari Kerja Part-Time Dari Rumah Untuk Tampung Perbelanjaan Harian?

    1. syahida Post author

      Hehehehe… Takpe, tak jadi tu semua untuk kutip pengalaman :). lelaki memang takde la hahaha

      Reply
    1. syahida Post author

      Pun dah bagus!! Hehehe. Semoga dimurahkan rezeki Azah 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Hahaha.. Kami ada permintaan jugak daripada lelaki yg nak buat mobile spa ni. Tapi terpaksa minta maaf & reject ;D

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge