Modal Minima Buka Spa

By | 18/04/2018
Modal minima buka spa

Modal minima buka spa

Hai Assalamualaikum! Ehh tengah usha-usha peluang membuka Bisnes Spa atau Bisnes Mobile Spa dengan modal minima buka spa? Wah.. Besar cita-cita!! Tapi nak buka Spa yang jenis Kedai atau Spa Tanpa Kedai? Kalau Spa jenis ada kedai premis, dah tentulah SANGAT BESAR modalnya, kan? Dah tentu kena sediakan Facial Bed, Bath Tub, ada pekerja untuk tunggu di kedai so ada upah pekerja, Bayar Sewa Kedai, Bayar Bil Letrik yang pakai sepanjang waktu, parking kena bayar, meja perabot kerusi bagai… Banyak perbelanjaannya. Kita sebenarnya takut yang modal pembukaan Spa Kedai ni akan hangus dan anda tak dapat balik modal, apatah lagi mendapat keuntungan.

Jadi, atas dasar itulah sekarang ni dah bagaikan cendawan tumbuhnya Spa Tanpa Kedai atau bahasa mudahnya Mobile Spa. Mobile Spa ini tak memerlukan anda menyewa premis kedai, tak perlu upah pekerja dan tak perlu sediakan Facial Bed pun lagi. Apa yang penting adalah pelanggan yang selesa berbaring dan ruang yang selesa untuk menjalankan facial ;-). Di mana? Di rumah pelanggan tu sendiri ataupun di rumah anda kalau anda ada ruang untuk setup Home Spa :-).

Apa yang menariknya bila kita memilih untuk menjalankan Mobile Spa atau Spa Tanpa Kedai?

  1. Jimat banyak perbelanjaan
  2. Dapat mulakan bisnes dengan modal minima buka spa
  3. Risiko kerugian yang rendah
  4. Tak akan jatuh bankrupt
  5. Mudah mendapat balik modal kerana modal sangat rendah
  6. Senang mendapat keuntungan
  7. Jimat banyak masa dan tenaga
  8. Peluang mendapat permintaan yang tinggi
  9. Masa perniagaan yang lebih fleksibel
  10. Tidak perlu mengupah pekerja

Kan best? Dalam masa yang sama kita boleh terus memulakan perniagaan, kita juga dapat melindungi diri kita daripada rugi duit dan rugi masa. Dengan Mobile Spa atau Spa Tanpa Kedai, kita boleh terus mulakan dengan apa yang kita ada, walaupun belum ada premis kedai spa. Yang pentingnya adalah servis yang anda berikan itu dapat memuaskan hati pelanggan, dan anda pun dapat jimat banyak wang. Lebih-lebih lagi, caj yang anda kenakan terhadap pelanggan juga sangat mampu-milik, kalau nak dibandingkan dengan harga spa di premis dan hotel. Bila harga pun tak mahal, pasti ramai pelanggan yang suka nak dapatkan khidmat anda. Padahal sama je servisnya. Hehehe…

Berapa Modal Minima Buka Spa?

Kalau katakan anda nak membuka sebuah kedai spa, modal minima buka spa kedai adalah dalam RM10k. Ini dah termasuk barangan dan peralatan yang perlu, ubahsuai yang perlu dan juga bahan-bahan yang mesti disediakan. Kos sewa kedai, kos upah pekerja, kos bil elektrik dan bil air, kos parking kalau ada, dan lain-lain.

Ini baru buka kedai tau. Belum cerita lagi kos pergi training dan kursus spa :-D. Nak belajar kemahiran, nak belajar cara setup bisnes, nak belajar cara-cara marketing. Ha banyak kan kerja? Semua ni juga memakai kos.

Modal Minima Buka Spa – Apakah Cara Yang Termudah dan Paling Jimat?

Belajar Spa dengan ‘The Walking Beauty’ lah jawapannya!!! Dengan TWB, anda ada peluang dan cara untuk membuka spa tanpa kedai dengan modal yang PALING MINIMA. Terutamanya kepada anda yang memang bermula dengan kosong, tanpa ada apa-apa ilmu spa atau ilmu bisnes lagi.

Eh, ilmu bisnes?

Of course la yang… Nak buka Bisnes Spa ni bukannya kena belajar teknikal spa je, tapi cara nak run bisnes tu juga mestilah kena belajar :-). Eh ramai tau yang belajar spa dengan MARA, tapi lepas tu tak reti nak run bisnes spa. Tau belajar je, tau teknikal je. Pastu nak jalankan bisnes? Sudahnya, ilmu pun tak digunakan dan kemahiran tu pun hilang macam tu je lah… Rugi sangat. Buat perabih boreh jo orang Nismilan kata. Hehehe..

Kebanyakan kos yang lengkap untuk pelajari teknik spa ni sebenarnya berharga beribu-ribu-riban di luar sana. Saya cuba listkan nya di sini :

SENARAI KURSUS & YURAN , cuba cari yuran untuk Home & Mobile Beauty Course berapa?

LEVEL 1 BEAUTICIAN RM 1,800
LEVEL 2 BEAUTY THERAPIST RM 1,800
LEVEL 3 SPA THERAPIST RM 1,800
PERSONAL FACIAL CLASS RM180
PERSONAL MAKE UP CLASS RM180
PERSONAL GROOMING CLASS RM280
FACIAL COURSE (Basic) RM380
FACIAL COURSE (Advance) RM680
MUA Make Up Course (Basic) RM380
MUA Make Up Course (Advance) RM680
MUA Make Up Course (Pro) RM1,800
Body Massage Course RM380
SPA Treatment Course (5in1) RM380
SPA Treatment Course (6in1) RM580
HOME & MOBILE BEAUTY COURSE RM1,800
EYEBROW TECHNIC CLASS RM100
Hijabstyle Class RM100
Hairsetting & Bun Style Class RM150

Home & Mobile Beauty Course saja dah RM1,800. Ini baru belajar. Belum lagi termasuk kos untuk membeli Skincare lengkap, Bahan-bahan untuk Spa dan Facial, Peralatan Elektrik & Tools untuk Spa, Beg Spa, dan lain-lain.

Ada jugak Facial Course sahaja dah RM5k termasuk mesin untuk facial. Tu hanya 1 course je, facial semata-mata.

So, macamana… Nak lengkap segala-galanya mesti jauh lebih mahal, kan?

Berapa Modal Minima Buka Spa Dengan ‘The Walking Beauty’?

Dengan TWB, anda hanya perlu gunakan modal sebanyak RM1,999 untuk mendapat Pakej Kursus Spa yang Lengkap sebanyak 5 course spa, dilengkapi dengan segala peralatan elektrik & tools untuk spa, bahan-bahan untuk spa dan facial, skincare lengkap, module bercetak, sijil beautician, beg mobile spa, training hands-on, dan support group yang berterusan.

Tak perlu pun beli benda yang tak perlu dan bayar dengan terlalu mahal. Kita terus bagi benda yang paling penting untuk anda straight away terus dapat start bisnes mobile spa right after training.

Banyakkk sangat manfaat. Dan semuanya hanya berjumlah RM1,999 !! Takde pun sampai RM5k atau nak belajar Home & Mobile Spa Course dengan hanya RM1,800 tapi tak dapat apa-apa bahan dan peralatan (harga belajar semata-mata je dah beribu-riban).

Tapi dengan TWB, dah termasuk dah Training dan peralatan serta skincare. InsyaAllah ia pasti berbaloi!! Yang penting adalah results selepas training tu!

Kursus Mobile Spa TWB

Kursus Mobile Spa TWB

Ok jom saya listkan apa yang bakal anda dapat dengan Full Package Training Mobile Spa dengan TWB ni!!

Dengan RM 1,999, anda akan menikmati :

  • Youth Skincare FULL SET
  • Bahan Scrub
  • Bahan Masker
  • Beg Mobile Spa
  • Peralatan elektrik
    • Facial Steamer
    • Ion massager
  • Kit Spa (brush, head band, sponge)
  • Belajar 5+1 courses
    • Relaxing facial treatment
    • Body Scrub
    • Aura Milk Bath
    • Hands & Foot Spa
    • Sauna Herbs
    • + 1 how to set up home & mobile spa 
  • Sijil Beautician
  • BONUS :
    • module lengkap
    • support group
    • beauty products lengkap
    • basic tools
    • lifetime coaching
    • income 5 penjuru

Semua dah sangat lengkap pun untuk start bisnes Home & Mobile Spa anda sendiri. Dengan semua barang yang dah disediakan ini, bermakna anda dah boleh terus start Mobile Spa sebaik sahaja selepas training.

Malah, dengan menyertai kursus Mobile Spa bersama TWB, anda juga berpeluang untuk menambah kerjaya kepada menjadi seorang Trainer Spa!

Bayangkan dengan kelengkapan yang begitu lengkap seperti ni bersama modal minima buka spa, anda dah boleh start cari duit dengan servis spa dan cover balik modal untuk belajar anda. InsyaAllah dalam tempoh sebulan atau dua bulan, anda pasti dah boleh cover balik kos modal dan dah boleh kutip keuntungan dah lepas tu.

Ditambah dengan Support Group yang anda dapat sertai, anda akan turut sentiasa dibantu kalau-kalau anda terlupa steps, takut-takut, tak konfiden, nak mintak tips, nak mohon panduan, nak tanya pengalaman atau review peralatan dan produk, nak tanya camne cara handle pelanggan, kongsi masalah atau lain-lain.. Dengan TWB anda pasti takkan keseorangan.. Support Group dan Mentor akan selalu sudi membantu anda membangunkan bisnes anda.

Kalau nak tahu, team spa TWB seluruh Malaysia dah pun lebih daripada 200 orang. InsyaAllah anda akan seronok dengan networking kita dan selalu terasa dibantu :-). Bukan senang nak setup bisnes spa ni sendiri. Anda perlukan sokongan terutamanya daripada mereka yang dah berpengalaman. Anda perlukan proven results daripada mereka yang dah menyertai team TWB kami ni dan anda perlu selalu disuntik dengan motivasi agar tetap terus sustain dalam bisnes ini.

Baca lagi mengenai Kursus Spa Termurah TWB!

Penutup

Jom! Agen spa diperlukan dalam Team Spa ‘The Walking Beauty’ kami dan pintu kami sentiasa dibuka untuk anda, terutamanya yang zero dan berminat sangat-sangat nak memulakan bisnes spa tanpa kedai dengan nama sendiri 🙂

Agen spa diperlukan dalam TWB!

Agen spa diperlukan dalam TWB!

Berminat nak menyertai Training TWB dengan modal minima buka spa? Whatsapp atau hubungi saya di 012-6753078.

Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar

012-6753078

Ahli ‘The Walking Beauty’ dan Pengedar Bebas Shaklee Seluruh Malaysia

4 thoughts on “Modal Minima Buka Spa

  1. Ainie

    Yang penting orang yang urut tu mesti mempunyai kemahiran tentang urutan. Saya pernah diurut oleh pengurut dengan sesuka hati saja dan tidak professional langsung. Bazir duit saja.

    Reply
    1. syahida Post author

      Ouh.. of course kena ada kemahirannya… dia mesti gi training dan dapat sijil.

      BTW, kami tak berikan training urutan badan. body scrub je ada 🙂

      Reply
  2. mrhanafi

    kalau tengok modal untuk bukak SPA memang mengigil kepala lutut ..

    kalau mobile SPA masih boleh tersenyum dan in shaa Allah modal tersebut tidak lama dapat recovery
    mrhanafi recently posted…Indahnya Hidup BerkeluargaMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.