Mobile Spa Bantu Wanita Jana Pendapatan

By | 16/03/2019

Hai Assalamualaikum! Kerap kali kita lihat rakyat Malaysia yang berusaha mencari jalan untuk jana pendapatan sampingan. Tinggal di bandar dan mempunyai pekerjaan makan gaji saja pun tak mencukupi untuk menampung kehidupan.

Paling kerap kita lihat, ramai orang cuba jana pendapatan melalui bisnes online. Yang pandai dan rajin memasak akan menyediakan masakan. Mungkin menjahit, menawarkan servis mengajar, menjadi founder produk, ataupun yang berbakat dalam penulisan akan menulis.

Tapi, nak tahu tak apa yang trending sekarang? Bagi lelaki, ramai yang pilih untuk memandu Grab. Namun bagi wanita, makin ramai yang sedang mencari peluang untuk jana pendapatan melalui bisnes Mobile Spa.

Bagaimana Jana Pendapatan Melalui Mobile Spa?

Mobile Spa bermaksud menjalankan spa bergerak tanpa kedai. Ahli terapis spa boleh menawarkan servis spa terus di rumah pelanggan setiap kali ada permintaan. Sebaik saja ada permintaan, pelanggan boleh menetapkan tarikh untuk booking sesi spa dengan beautician. Waktu dan tarikh yang dipersetujui ni mestilah selesa bagi kedua-dua belah pihak.

Pelanggan tidak perlu bersusah payah untuk ke premis spa. Hanya tunggu saja ahli terapis datang ke rumah dan menyediakan segala kelengkapan spa di dalam keselesaan rumah pelanggan sendiri.

Ahli terapis juga tidak perlu bersusah payah menyediakan modal yang besar untuk menyewa premis spa yang tentu saja menelan kos modal yang sangat besar. Malah ia belum menjamin bahawa ia akan memulangkan modal.

Disebabkan mobile spa ni sangat fleksibel waktu menjalankannya, sangat mudah untuk bergerak tanpa kedai, dan juga sangat rendah modalnya, maka tak hairanlah semakin ramai wanita yang mencari-cari peluang untuk menyertai Kursus Spa ini.

Yang paling menarik, keuntungannya juga sangat lumayan. Bayangkan, hanya perlu luangkan masa beberapa jam saja dalam sehari, contohnya sejam hingga 2 jam, anda dah mampu memperoleh pendapatan RM60. Itu sehari. Kalau 30 hari? Dah RM1800.

Dan bisnes ini juga tak memerlukan pekerja. Andalah boss dan andalah pekerja. Maka segala keuntungan hasil spa itu akan hanya menjadi milik anda. Tak perlu bayar sewa kedai, tak perlu berikan komisen kepada sesiapa, dan tak perlu bayar gaji pekerja. Best dan lumayan sangat, kan?

Mobile Spa Bantu Jana Pendapatan Wanita

Mobile Spa Bantu Jana Pendapatan Wanita

Baca juga : Part Time Job Mobile Spa

Selain Jana Pendapatan dengan Mobile Spa, Nak Raih Lagi 5 Penjuru Pendapatan Dalam TWB Pun Boleh!

Haaa ini yang paling istimewa dalam Kursus Mobile Spa TWB yang tak ada dalam mana-mana kursus mobile spa yang lain.

Kursus Mobile Spa yang ditawarkan TWB sangat istimewa kerana kita menggunakan produk Shaklee. Secara automatik, pengusaha spa TWB adalah pengedar bebas Shaklee dan boleh terus saja menambahkan pendapatan melalui bisnes Shaklee. Jadi, sesambil anda jana pendapatan melalui servis spa, anda juga boleh upsell produk-produk Shaklee kepada pelanggan-pelanggan spa anda.

Baca juga : Kelebihan Menggunakan Shaklee Dalam Spa TWB

Banyak peluang anda boleh dapat. Nak jual Set Cantik boleh. Nak jual Set Menyusu boleh. Set Berpantang boleh. Set Skincare sama seperti yang digunakan untuk Spa pun boleh. Untung-untung, dapat untung runcit.

Tambahan pula, jenama Shaklee telah pun dikenali ramai. Makin ramai orang yang meyakini jenama ini kerana Shaklee merupakan produk yang terkenal dengan konsep semulajadi, selamat dan berkesannya. Malah ia telah berpuluh tahun berada di Malaysia. Kalau ia tak bagus, dah lama syarikat ni bungkus. Tapi tidak. Makin ramai orang yang mencari produk-produk Shaklee sama ada untuk kesihatan mahupun untuk kecantikan.

Disebabkan itu, ramai yang meminati Spa Shaklee. Bila mereka tahu ada servis spa yang khusus menggunakan produk Shaklee, mereka teruja!! Mereka sukakan konsep produk yang dijamin semulajadi, selamat dan mesra alam seperti Shaklee ini. Jadi jangan risau, sebab anda bakal menggunakan produk yang sangat diyakini ramai. Silap-silap, orang yang cari anda dan request nak facial dengan anda, right after mereka tahu anda gunakan produk Shaklee dalam spa! Siap boleh mobile ke rumah diorang lagi! Lagilah orang seronok 🙂

Penutup

InsyaAllah, sangat berbaloi kalau anda cuba usaha jana pendapatan melalui Mobile Spa ni. Lebih-lebih lagi spa yang menggunakan produk Shaklee sepenuhnya. Dari skincare, masker, scrub, mandian susu, foot spa, hand spa dan sauna, kami gunakan sepenuhnya produk Shaklee! Hasilnya superbbb sangat tau! Jangan terkejut nanti bila pelanggan-pelanggan anda minta nak repeat lagi dan lagi!!

So, jangan bertangguh lagi. Jommm sertai Kursus Mobile Spa dengan “The Walking Beauty”!!

Berminat untuk sertai, hubungi saya Syahida di 012-6753078.

Boleh juga baca : Cara-cara Menyertai Kursus Spa TWB

Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar

Pengedar Shaklee dan Trainer Spa TWB

012-6753078

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.