Mentor Bisnes Saya

By | 08/10/2019

Hai Assalamualaikum. Mentor bisnes saya adalah guru saya di sepanjang proses saya menjadi siapa saya hari ini. Selama 4 tahun saya berkecimpung dalam bisnes Shaklee, saya bukannya bermula dengan menjadi hebat terus. Saya ada mentor-mentor saya yang banyak mengajar saya. Hari ni saya ingin mengabadikan mereka di dalam sebuah entry.

Mentor Bisnes Saya

Sebelum saya menyertai bisnes Shaklee, saya berkecimpung dalam bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak dan menjual bahan-bahan pendidikan bayi dan anak-anak. Itulah pengalaman perniagaan saya yang pertama. Masa tu, founder bisnes adalah Puan Siti Sarah Mohd Fauzi. Saya berterima kasih kepadanya kerana pernah memberi galakan dan peluang untuk saya berjinak-jinak dalam bisnes dropship.

Kemudian setelah saya mencuba produk Shaklee, saya berdaftar sebagai ahli Shaklee dengan sahabat satu Universiti dan satu kolej saya ketika di UM, iaitu Wafa. Ketika tu, saya hamil anak kedua. Dan setelah anak kedua saya lahir, saya berminat untuk menjalankan bisnes Shaklee pula memandangkan bisnes saya dalam bahan pendidikan bayi dan kanak-kanak tu sangat tak memberangsangkan.

Di sini, saya mula berjinak-jinak dengan bisnes Shaklee dan dunia nutrisi suplemen semulajadi. Wafa lah yang memberi pendedahan tentang ilmu nutrisi dan bagaimana nak memulakan bisnes Shaklee ini. Beliau juga merupakan founder sebuah jenama tudung. Jadi, beliau ada pengalaman bisnes ini sedikit sebanyak.

Kemudian, Wafa perkenalkan saya kepada Mentor bisnes beliau iaitu Master Ainul Shahrazad. Masa ni sekitar akhir tahun 2014. Master Ainul Shahrazad pun masa ni baru je beberapa bulan mendapat rank Master Coordinator, iaitu rank tertinggi di dalam Shaklee. Masa inilah detik pertama saya mengenali Master Ainul dan saya terus mendapat coaching daripada beliau.

Saya mula dengan biasa-biasa. Kemudian slowly saya progress di dalam bisnes Shaklee. Lama-lama apabila bisnes saya semakin besar, organisasi saya juga semakin besar dan saya dah menaiki rank yang pertama saya iaitu Supervisor, maka Master Ainul pun dah start coaching saya secara direct supaya saya dapat lebih berjaya lagi dalam bisnes Shaklee ini.

Bermula dengan penyertaan saya dalam TWB pada tahun 2015, saya mula menjadi semakin aktif dan berjaya di dalam bisnes Shaklee ini. Saya kongsikan perjalanan bisnes saya dan kejayaan saya dalam bisnes di sini : Kisah Kejayaan Saya Dalam Bisnes Shaklee.

Mentor Bisnes Saya: Master Ainul Shahrazad

Master Ainul Shahrazad adalah mentor bisnes saya yang sangat memberikan inspirasi. Beliau dahulu berasal daripada keluarga yang susah dan duduk di kampung. Ayah beliau pernah terlibat dengan masalah hutang dengan Along menyebabkan seluruh keluarga mereka ditimpa pelbagai kesusahan, ugutan, ancaman dan sebagainya. Ayahnya juga jatuh bankrupt disebabkan masalah ini.

Namun begitu, Master Ainul tak pernah merasakan macam nak putus asa. Sebaik saja beliau mengenali bisnes Shaklee, beliau berusaha dengan keras untuk mencapai tahap kewangan yang lebih baik. Sebaik sahaja mendapat bonus bulanan, perkara pertama yang beliau lakukan adalah menghulurkan sebahagiannya kepada Ibu dan Ayahnya.

Lama-lama apabila incomenya dalam Shaklee bertambah, beliau mula memberikan lebih banyak.

  • Memberikan supply supplemen kesihatan untuk jaga kesihatan ibu ayah
  • Membelanja mereka menaiki flight dan bercuti di hotel
  • Membayarkan hutang-hutang keluarga
  • Menaiktaraf rumah mereka di kampung
  • Membelanja makan di luar
  • Membelanja trip Umrah dan percutian ke luar negara sebaik saja bebas bankruptcy ayah.

Saya kongsikan rumah ibunya di kampung yang dinaiktarafkan oleh beliau setelah berjaya mengumpulkan simpanan wang, asbab berbisnes Shaklee.

Master Ainul selalu galakkan kami untuk berusaha keras untuk membahagiakan ibu bapa kita sementara mereka masih ada bersama kita. Usia mereka pun bukannya semakin panjang, tapi semakin singkat. Boleh ke agaknya kita bersenang lenang dengan diri kita dan keluarga kita saja, tanpa memikirkan bagaimana untuk membahagiakan mereka sementara mereka masih ada?

Sebab itu, pentingnya untuk kita keluar daripada “comfort zone” hidup kita, dan berusaha untuk memperbaiki tahap kewangan kita. Sertailah bisnes dan berusahalah untuk membahagiakan kedua-dua ibu ayah kita. Usaha untuk berikan mereka kesenangan dan cubalah sehabis baik untuk membalas jasa mereka serta berkhidmat kepada mereka.

Banyak lagi khidmat dan reward yang beliau hadiahkan kepada Ibu Ayahnya seperti beg tangan berjenama dan pakaian. Semua ini sangat memberikan inspirasi dan idea kepada saya, apa yang saya harus buat untuk membahagiakan ibu ayah saya.

Bacakan juga entry beliau yang diabadikan di dalam blog : Bahagiakan Ibu Ayah Sementara Masih Ada Peluang

Buat yang masih punyai ibu dan ayah, tolong hargai masa bersama mereka. Peluklah mereka selalu, berbicaralah dgn mereka selalu. Gembirakan mereka dgn sebaik mungkin. Usahalah untuk tunaikan IMPIAN mereka. Kerana sekali Allah tarik nyawa mereka, maka hilanglah salah satu DOA MUSTAJAB, hilanglah salah satu pintu rahmat dari hidup kita. Aku berada sampai di tahap ini juga asbab doa mereka, asbab kasih sayang mereka. Dan kini aku sudah kehilangan salah satu darinya. Allah :'(. If and If Only We know, we don’t have much time to be wasted …

– Master Ainul Shahrazad

Asbab Bisnes Shaklee, Mampu Membeli 6 Buah Hartanah

Dengan ilmu hartanah yang beliau pelajari, beliau manfaatkan segala bonus Shaklee yang beliau perolehi secara bulanan itu dengan menyertai pelaburan hartanah.

Sehingga kini, mentor bisnes saya telah memiliki 6 buah property di sekitar Selangor dan Johor. Di antaranya bernilai jutaan ringgit. Semuanya dengan hanya menggunakan pay slip yang beliau perolehi daripada Shaklee.

Bayangkan, beliau yang merupakan seorang surirumah pun mampu membeli hartanah. Pastinya pay slip beliau bukannya calang-calang, kan?

Apa yang best, beliau selalu tak lokek ilmu untuk berkongsi mengenai tips-tips menguruskan kewangan dan pembelian hartanah kepada kami, downlines beliau dalam TWB.

Mentor bisnes saya, Master Ainul Shahrazad.
Saya bersama mentor bisnes saya, Master Ainul Shahrazad ketika sambutan Hari Raya bersama Team Mobile Spa TWB di Parkfield Residences, rumah baru beliau di Kajang pada tahun 2018.

Gambar-gambar di sekitar sambutan jamuan hari raya bersama Team Mobile Spa ‘The Walking Beauty’, team bisnes Shaklee kami di Parkfield Residences, kediaman baru Master Ainul Shahrazad di Kajang.

Bacakan juga entry mengenai Peluang Bisnes Mobile Spa dan Shaklee bersama ‘The Walking Beauty’.

Saya sendiri banyak mendapat bimbingan dan inspirasi daripada beliau dalam usaha pertama saya menggunakan pay slip Shaklee untuk pembelian rumah. Walaupun saya seorang surirumah, sama seperti beliau, saya masih boleh apply home loan dan beli rumah selagi saya aktif dan serius melakukan bisnes Shaklee ini.

Sebab itu, bila kita nak lakukan bisnes, tak kiralah apa pun, baik kita lakukannya bersama bimbingan seorang mentor atau tak kiralah berapa mentor pun kita nak ada. Untuk saya, mentor bisnes saya yang memberi banyak tunjuk ajar dalam kehidupan dan bisnes Shaklee, ialah Master Ainul. Pentingnya untuk kita fokus dalam sesuatu bisnes dan seseorang mentor supaya kita dapat lebih terpandu ke arah kejayaan tanpa mudah distracted dengan benda lain.

Walaupun saya seorang surirumah, saya juga berimpian untuk membalas jasa Mak dan Ayah saya, menunaikan Umrah, berjalan mengelilingi dunia dan menaiktaraf rumah. Semuanya mestilah memerlukan wang betul tak?

Master Ainul selalu berkongsi kisah beliau antara dulu dengan sekarang. Bagaimana hidup sekarang telah banyak berubah dengan asbab bisnes Shaklee.

InsyaAllah, kita juga boleh asalkan kita ikut jejak langkah mereka yang dah berjaya melakukannya. Kita hanya perlu duplicate apa yang telah mereka buat dan lalui kejayaan yang kita nak.

To succeed in our life, we must DO the RIGHT BUSINESS, and DO the BUSINESS RIGHT.

– Master Ainul Shahrazad

Kenapa Kami Pilih Bisnes Shaklee?

Bagi kami, kami memilih bisnes Shaklee kerana bisnes ini sentiasa evergreen sepanjang masa. Ia berkenaan kesihatan dan sentiasa amat perlu dititikberatkan dan dicari manusia tak kira dalam zaman apa pun. Dari dulu sampai sekarang, orang akan tetap mencari kualiti kesihatan. Betul tak?

Malahan produk syarikat Shaklee juga telah bertahan selama lebih 100 tahun. Menandakan kualiti dan keperluannya saban tahun. Orang tetap cari dan demand masih ada sepanjang masa.

Setiap orang menginginkan kualiti kesihatan dan kecantikan. Mereka juga turut inginkan kebebasan kewangan dan kualiti kehidupan seperti keluarga yang sihat, bahagia dan ada nikmat kewangan supaya dapat mengembara dan bercuti ke luar negara. Dan itulah yang Shaklee tawarkan kepada para pengedarnya yang serius dan aktif.

Penutup

Alhamdulillah, Allah kurniakan saya mentor bisnes yang sangat serasi, sangat best, sangat memberikan inspirasi dan sangat memberi sokongan kepada saya dalam bisnes Shaklee ini. Beliau adalah guru saya bukan saja dalam bisnes, tetapi juga di dalam kehidupan ini. Beliau juga sahabat, mak usrah, kakak, rakan bisnes dan mentor. MashaAllah Tabarakallah.

Semoga Allah melimpahkan rezeki yang banyak dan diberkati kepada beliau yang telah banyak berjasa membantu saya menjadi orang yang lebih berjaya, terutamanya di dalam bisnes Shaklee. 🙂

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
Pengedar Shaklee Semenjak 2014

30 thoughts on “Mentor Bisnes Saya

    1. syahida Post author

      Ya betul tu SA. Terima kasih di atas doanya. Aamiin..

      Reply
    1. syahida Post author

      Hehe. Ya biasanya surirumah suka lah kerana bisnes ini sangat fleksibel. Ramai wanita yang suka join hehe.

      Reply
  1. Iza

    produk shaklee memang bagus. Iza pernah consume sebelum ni. tapi bab bisnes ni apa-apa produk pun kita kena cuba dulu baru kita boleh yakinkan orang lain. bila berbisnes semua kena rajin. tu la yang iza belajar masa kerja dulu. nak cari customer bukan senang,

    Reply
    1. syahida Post author

      Ya betul. Kena cuba dan rasakan effectnya dulu. Bila dah sendiri rasa, barulah boleh berkongsi dengan orang lain 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Ya itulah pentingnya ada mentor bila berbisnes. Ada short cut untuk berjaya :). Terima kasih 🙂

      Reply
  2. mekyunie

    keep it up sis. dengan adanya mentor at least kita akan sedikit terubat bila kita agak jatuh. sekurang kurangnya kita tahu kita nak letak diri kita di mana dalam perniagaan ni.

    Reply
    1. syahida Post author

      Ya betul tu. Biar berjalan di jalan yang betul.. 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Hehehe.. Yeahh. Syukur dapat mentor yang sangat supportive dan yang penting sangat serasi 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Ya betul sangat tu. Susah nak berjaya kalau kita buat sorang-sorang tanpa bimbingan orang yang dah pernah berjaya.

      Reply
  3. Mimie
    Twitter:

    Bila kita menceburikan diri dalam bidang perniagaan ni memang kita perlukan mentor untuk membimbing kita kan. Bagus kalau ada mentor ni kan kalau ada masalah ke apa kita boleh rujuk pada mereka untuk meningkatkan lagi income kan

    Reply
    1. syahida Post author

      Ya betul tu Mimie.. Bukan saja dalam pelajaran kena ada guru, dalam bisnes pun mesti ada 🙂

      Reply
  4. Lia Hasty

    Kalau nak berjaya dalam life mesti kita akan ada satu Guru untuk bimbing kita bukan. Bukan senang nak berjaya. Semua bermula dari bawah. Lia nampk shaklee banyak buka peluang untuk orang berjinak untuk business.

    Reply
    1. syahida Post author

      Terima kasih Lia. Benda yang bukan senang tu lah yang kita perlu ada guru. Kalau tak, nanti kita juga yang bermuram sorang-sorang. Hehe.

      Reply
  5. Dik bee
    Twitter:

    Tahniah awak kerana berjaya berjumpa mentor yang mampu menjaga dan membimbing anak buahnya. Baru la sama-sama boleh berjaya kan. Ni tidak, ada setengah mentor atau ketua tu cuma nak pergunakan anak buah untuk kejayaan dia sahaja. uishhh, tak baik kan gitu. apapun sy doakan awak terus berjaya ye..
    Dik bee recently posted…Wow!! Vivo V17 Pro Didatangkan Dengan 6 KameraMy Profile

    Reply
    1. syahida Post author

      Ya betul jugak tu Dee. Mungkin ada lah yang macam tu. Kesian dekat anak-anak buah dia tu. Dapat mentor yang mana ni juga satu rezeki 🙂

      Reply
  6. Ayu Rafikah
    Twitter:

    Bagusnya. Memang memberi inspirasi kepada sy yang juga seorang surirumah. Mmg bagus bila kerja ada mentor, byk advise dan bantu bila perlu

    Reply
    1. syahida Post author

      Ya. Kalau kita nak berjaya dengan cepat, pastikan kita ada seorang mentor yang boleh membimbing kita. Kita juga kena pastikan mentor tu ada proven success. Barulah kita boleh follow.

      Reply
  7. Slumberlady

    Dalam apa2 pun mentor perlu ad untuk guide lagi lagi dalam bisnes. Saya tgk kawan2 yang maju dalam Shaklee semuanya bersemangat dan mentor yang sangat proaktif. Tahniah. Semoga terus maju!

    Reply
    1. syahida Post author

      Ya apa saja yang kita ceburi, buatlah dengan bersungguh-sungguh. InsyaAllah, kejayaan pasti menanti. Aamiin. terima kasih 🙂

      Reply
  8. Nipu Barua (RainaStudio)
    Twitter:

    Hello Syahida,
    Assalamualaikum!!!

    Firstly, thanks for your sharing article. I am a professional web developer and I love to Blogging. Today, I fund this blog on Google. I search for ”Corporate WordPress Themes” then face this post. Here has clearly explained “Mentor Bisnes Saya” I recommend this post! And I’ll share this post on social media.

    Thank You!!!
    –Nipu

    Reply
  9. De Alif
    Twitter:

    Setuju sangat… dalam melakukan apa-apa, kita memang perlukan bimbingan untuk memastikan kita berada di landasan yang lurus… terinspirasi juga saya apabila membaca entri Syahida kali ini… setiap kejayaan pastinya memerlukan pengorbanan juga determination… semoga Syahida terus berjaya ya…

    Reply
    1. syahida Post author

      Terima kasih De Alif kerana membaca dan terinspirasi :). Amiin terima kasih atas doanya..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge