Masker Youth – Clay Mask dan Gold Mask

By | 02/09/2019

Hi Assalamualaikum. Saya nak share mengenai Masker Youth yang terbaru keluaran Shaklee. Buat pengguna-pengguna skincare Youth keluaran Shaklee, pasti terasa berpuas hati dengan keberkesanan skincare ini. Youth memang dah memikat hati ramai pengguna kerana ciri-cirinya yang 100% berasaskan tumbuh-tumbuhan, sumber yang semulajadi, tulen dan organik, malah bebas daripada 1500 jenis bahan yang biasa terdapat dalam skincare biasa.

Paling mengagumkan, Youth telah melalui penyelidikan selama 8 tahun lamanya sebelum akhirnya diluluskan untuk pasaran. Dan ia bukannya memberi jaminan sekadar kata-kata. Tapi Youth telah diuji ke atas 100 orang wanita dari pelbagai usia, jenis kulit, dan warna kulit. Hasilnya amat memeranjatkan apabila 100% penggunanya telah diuji mengikut Skin Age Index bahawa kulit mereka telah beralih menjadi lebih muda.

Manakala 1/3 daripada jumlah pengguna yang diuji itu pula telah mendapat kulit muka yang 10 tahun lebih muda. Kulit mereka telah diuji dari segi:

  • Kedutan kulit
  • Saiz pori
  • Tona kulit
  • Keanjalan
  • Tekstur kulit
  • Hiperpigmentasi
  • Seri kulit
  • Kekenduran

Boleh juga bacakan mengenainya DI SINI : Keputusan Klinikal YOUTH Skincare Tanpa Kompromi.

Kini, rangkaian skincare Youth telah memperkenalkan masker terbarunya iaitu Youth Purifying Clay Mask dan Youth Hydrating Gel Mask.

Masker Youth yang kini didatangkan dengan 2 jenis iaitu Purifying Clay Mask dan juga Hydrating Gel Mask.
Masker Youth: Purifying Clay Mask & Hydrating Gel Mask

Masker Youth: Youth Purifying Clay Mask

Fungsi: Detoks dan Membersihkan

Clay Mask
  • Menyahtoksin dan membersihkan kulit dengan campuran tiga jenis tanah liat yang kaya dengan mineral, serbuk arang yang halus dan abu gunung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Laut Pasifik.
  • Menyerap dan menyingkirkan bahan pencemar, kotoran, dan sebum berlebihan untuk membantu meminimumkan penampilan liang pori, untuk kulit yang lebih licin.

Clay Mask ini sesuai untuk : Kulit Berminyak / Mudah Berjerawat.

Masker Youth: Purifying Clay Mask
Masker Youth: Purifying Clay Mask

Masker Youth: Youth Hydrating Gel Mask

Fungsi: Mengembalikan Seri Wajah

Gel Mask
  • Melega dan menyegarkan untuk kulit yang segar dan berseri.
  • Melembapkan kulit dengan asid hialuronik, jus daun aloe, dan gabungan pelbagai herba seperti Centella Asiatica dan ekstrak Chamomile.

Gold Mask ini sesuai untuk : Kulit Kering

Hydrating Gel Mask
Masker Youth: Hydrating Gel Mask atau Gold Mask

Cara-cara Penggunaan Masker Youth

Untuk Kulit Berminyak

Masker Youth Purifying Clay Mask untuk kulit berminyak dan berjerawat.

Selepas seharian terdedah kepada pelbagai kotoran, kulit memerlukan detoks yang menyeluruh. Gunakan Purifying Clay Mask untuk detoks dan pembersihan kulit.

Juga bagus untuk penggunaan sebagai rawatan tompokan untuk kulit berjerawat atau bahagian kulit yang mudah berjerawat.

Untuk Kulit Kering

Masker Youth: Hydrating Gel Mask untuk kulit kering.

Penghawa dingin boleh menyebabkan kulit kering. Legakan kulit anda dengan Hydrating Gel Mask untuk kulit yang sihat berseri.

Untuk Kulit Kombinasi

Manfaatkan kedua-duanya! Gunakan Purifying Clay Mask pada zon-T anda dan Hydrating Gel Mask pada pipi anda.

Pengalaman Saya Memakai Masker Youth

Saya dah pun pernah mencuba kedua-dua Maskers ni. Mula-mula saya pakai Clay Mask dulu sebab kebolehannya untuk mendetoks kulit kita daripada kotoran dan minyak.

Selepas dah bersih, boleh lah cuba apply Gold Mask ni pula. Saya tak apply straight away. Tapi saya apply pada hari esoknya.

My review? Untuk Clay Mask, selepas saya cucikan mask tu, memang terasa bersih dan halus sangat kulit saya. Rasa macam sangat bersih. Minyak semua haruslah dah takde. Jerawat? Wahhh memang cepat sangat dia kecut tau.

Gold Mask pula, sangat amazing untuk membuatkan muka kita glowing dan lembap. Ya lah kulit kita ni bila lembap, dia automatic akan glow dan berseri. Suami saya pula perasan yang kulit saya nampak makin cerah esoknya. Yang beza saya buat hanyalah memakai masker gold ni je lah.

So now, tiap kali saya ada jerawat ke, saya mesti suka apply Clay Mask ni selepas cuci muka dengan cleanser. Clay Mask sesuai untuk kulit yang berjerawat dan berminyak.

Then bila saya nak muka saya nampak lebih berseri, tak kusam dan nampak fresh, saya akan apply Gold Mask pula. Alhamdulillah, dia-dua pun best sangat dan saya pun terus repeat order sebab Clay Mask saya dah nak habis dah. Punyalah saya suka!!

Harga Masker Youth

Masker Youth.

Youth Masker ini dijual berpasangan. Sama ada kita nak beli secara kombinasi Clay Mask dan Gel Mask, ataupun nak dua-dua Clay Mask atau dua-dua Gel Mask. Jadi sepasang Masker Youth ini berharga RM297.50 untuk harga bukan ahli. Dan RM238 untuk harga ahli.

Jadi, untuk penjimatan yang lebih, jemputlah terus daftar sebagai ahli pengedar Shaklee. Anda berpeluang untuk menikmati pelbagai item Shaklee dan Youth pada harga paling rendah.

Bagi mereka yang ingin menyertai Kursus Mobile Spa TWB, kami biasanya akan bekalkan juga Masker Youth ini. Tertakluk kepada perubahan dari segi promosi Youth Skincare oleh Shaklee dan harga keseluruhan pakej training spa.

Penutup

Berminat untuk dapatkan Masker Youth ini? Saya recommend anda untuk cuba dulu Starter Set skincare Youth terlebih dahulu. Perhatikan keserasiannya dengan kulit wajah anda sendiri dan barulah cuba untuk gunakan Masker Youth ini bila Starter Set Youth pun dah membawa kelainan dan kesihatan kepada wajah anda.

Starter Set Youth terdiri daripada; Cleaner, Toner, Moisturizer dan Night Cream.

Youth Starter Set

Walau bagaimanapun, Youth skincare ini telah mendapat pelbagai reaksi positif daripada semua peserta Mobile Spa TWB. Ia sesuai untuk semua jenis kulit, malah sentiasa selamat digunakan. Para pelanggan spa kami juga kebanyakannya terasa berpuas hati dengan kemahiran yang TWB aplikasikan.

Baca juga : Hebatnya Facial Dengan Team Spa TWB

Berminat untuk mendapatkan harga promosi maskers ini, hubungi Shye 012-6753078.

Salam Mesra,
Wan Syahida Kahar
Founder of Young Successful Team YST
Trainer The Walking Beauty (since 2015)

16 thoughts on “Masker Youth – Clay Mask dan Gold Mask

    1. syahida Post author

      Ya. Mask ni agak baru lagi sebenarnya. Try lah Yaya.. Dua2 kena try tau. Try clay mask dulu baru gold.

      Reply
    1. syahida Post author

      Betul harga memang boleh tahan. Tapi hasil dia memuaskan hati sangat. Bayangkan saya sekali pakai je, suami tegur muka nampak glowing. Magic ke apa.. haha… tu la bestnya..

      Reply
  1. Mekyunie

    Wow masker !
    Youth punya masker memang menjadi (kawan kawan yang pernah cuba memang recommend this youth).
    InsyaAllah next time boleh cuba juga this masker.

    Reply
    1. syahida Post author

      Cubalah Mek.. Tapi Mek pun kulit dah cantik je saya tengok! Hehehe

      Reply
  2. airah syahirah

    Wah menariknya dah ada mask. Teringin nak cuba yang clay mask tu sebab kita memang peminat clay mask

    Reply
  3. Zharif Azis

    wahhhh menariklah mask nie. banyak betul benefits menggunakan mask muka nie ya. yelah, semakin meningkat usia nie, banyak benda nak kena fikir. keanjalan kulit pon makin berkurangan.

    Reply
  4. ziana eunos

    dah try dua dua memang best sangat, paling suka pakai yang clay mask. jerawat blackhead whitehead semua makin hilang !

    Reply
    1. syahida Post author

      Lor… masker saya dah habis sudah…

      Reply
    1. syahida Post author

      Heheh… Dah cuba mesti suka… Sebab berubah jadi makin glowing ๐Ÿ™‚

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge