Masalah Anak Kurang Selera Makan

By | 11/09/2014
Teks : Wan Syahida Kahar
Bismillah.
Assalamualaikum. Anda ada anak yang menghadapi masalah tidak mahu makan? Saya rasa normal sangat perkara ni, kan. Tak nak minum susu, tak nak susu EBM, tak nak susu formula, tak nak minum botol, tak nak makan, tak nak makan nasi, tak nak makan buah, apatah lagi nak makan sayur-sayuran. Baru-baru ni saya dan suami berjalan-jalan raya dan jumpa rakan-rakan yang ada anak lebih kurang 2-4 tahun juga, semuanya ada masalah yang sama; anak tak berminat nak makan. Siap ada yang cuba buat hipotesis yang anak-anak sulung kebiasaannya memang tak minat makan. Tapi kalau anak kedua, mesti lebih minat makan daripada abang atau kakaknya. Kalau anak anda dah sememangnya tak ada masalah untuk makan, Alhamdulillah.. senang cerita. Tapi bagi ibu-ibu yang ada anak tak mahu makan ni, camne nak buat yer??? Runsing.. runsing..
Anak saya pun sama je dua kali lima. Makan tu makan juga tapi ikut keadaan dan kesukaan dia. Waktu dia ‘behave’ dan ada ‘mood’, dia boleh makan nasi, mee, ayam, ikan, udang, sup, roti, buah-buahan. Tapi bila datang waktu tak ada ‘mood’, apa pun tak nak makan. Apatah lagi kalau tak lapar. Kalau anak saya sememangnya lapar, bermakna sejak semalam tak makan nasi, maka hari ni dia boleh minta nak makan nasi. Ini kes bila perutnya betul-betul mahukan makanan. 🙂
Adat juga kanak-kanak sukakan ayam goreng. Macam Upin Ipin la pula. Anak saya pun macam tu. Sukakan ayam goreng. Tapi kadang-kadang juga dan ikut ‘mood’. Stok ayam memang mesti sentiasa ada la dalam peti ais. Sup ayam dengan kentang pun kesukaan anak saya. Dalam setiap minggu, mesti ada sekurang-kurangnya sekali saya akan masak sup ayam. Anak saya pun ikut selera juga. Kalau hari-hari makan sup ayam je pun tak nak juga. 😀
Kes macam anak saya ni dah cukup bagus dan syukur la sebenarnya. Sebab sekurang-kurangnya anak saya makan. Yang menyedihkan bila melihat ada anak rakan-rakan yang langsung tak mahu makan. Kalau makan pun mungkin sikit sangat. Tengok badan pun kurus sangat.
Ada kawan saya, seorang doktor yang cuba berikan anaknya makan Appeton untuk tingkatkan selera anak. Katanya ada perubahan dan anak dah mula makan sikit-sikit. Anaknya 4 tahun nak masuk 5 tahun kalau tak silap. Ok la tu.. Pernah dulu masa anak saya kecik-kecik dalam awal 2 tahun kot, ada juga saya dan suami mengadu kepada doktor pakar kanak-kanak. Mereka hanya mencadangkan anak makan sirap multivitamin. Kami cuba juga bagi tapi anak kami memang ‘alergic’ bab-bab ubat. Payah sangat nak makan ubat walaupun bukannya ubat pun. Sirap multivitamin jer. Dah tu, semua jenis sirap multivitamin buang begitu saja je. Lama-lama tersimpan dalam peti pun tak bagus juga. Entah-entah dah lupus tarikh.
Baru-baru ni saya ada terjumpa dan mengenali Meal Shakes keluaran Shaklee. Bagi yang tidak kenal, Meal Shakes ini adalah multivitamin dalam bentuk serbuk. Bab Halal memang dah ‘settle’ dah. Perisa dia Vanilla. Ok jugak, tak dapat di’detect’ anak kalau masukkan sekali dalam susunya. Alhamdulillah anak saya memang tak perasan dan minum je. Berbekalkan protein dan multivitamin, dapat la saya berikan khasiat tu kepada anak saya. Beli Meal Shakes ni, jimat pun jimat sebab sekali bancuh tak pakai banyak pun. Hanya setengah sudu kecil sekali untuk anak saya! Saya ada rasa. Susu anak rasa lebih ‘milky’ dan penuh krim gitu. Anak saya pun lebih kenyang dan nampak lebih bertenaga.
Saya ada kenal produk Qaseh Junior. Ramai juga kawan-kawan yang berikan anak mereka makan Qaseh (kaya dengan madu dan kurma). Bagusnya kalau anak-anak mereka boleh makan. Anak saya memang tak boleh (tak boleh terima apa-apa yang macam ubat-ubat-makan-pakai-sudu-ni). Jadi tak dapat la khasiat tu. Alternatifnya, ambil la Meal Shakes. Kalau anda nak bagi anak makan dua-dua Qaseh Junior dan Meal Shakes tentu la lebih baik ;-). Hanya anak saya tak boleh. Ada juga yang kata boleh campur Qaseh dalam susu tapi saya bimbang anak saya boleh rasa dan perasan kelainannya.
Meal Shakes ini bukan sahaja baik untuk kanak-kanak, malah seisi keluarga terutamanya ibu yang menyusu, mengandung, ahli sukan, yang berdiet, dan lain-lain. Mari lihat kebaikan yang ada pada Meal Shakes Shaklee ini.
Apakah dia kebaikan Meal Shakes Shaklee ini?
Nutrisi Lengkap – Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.
* Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil, kanak-kanak yang tidak menggemari sirap multivitiamin dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.
Membekal Nutrisi kepada Sel Tubuh – Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain. Meal Shakes mempunyai Index glisemik rendah membuatkan glukosa dilepaskan secara perlahan-lahan dan teratur bagi kegunaan sel badan.
* Sesuai untuk anak-anak yang tidak mahu makan dan ibu-ibu yang menyusu untuk penghasilan susu badan.
Membantu Tumbesaran – Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
* Sesuai untuk tumbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
Anti-Oksida – Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
* Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
Mengembalikan Seri Wajah – Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.
* Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.
Detoksifikasi – Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangam dari perut dan usus.
* Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.
Kelazatan Rasanya – Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.
* Sesuai untuk kanak-kanak yang suka memilih makanan dan tidak ada selera makan.
    Meal Shakes sebenarnya tidak selamat untuk kanak-kanak?
    Ada yang mengatakan Meal Shakes Shaklee tidak selamat untuk kanak-kanak kerana kandungan maltodextrin dan gulanya serta tidak selamat untuk kanak-kanak bawah 4 tahun. Untuk ketahuinya dengan lebih lanjut, boleh klik dan baca di : Meal Shake Shaklee tidak selamat untuk kanak-kanak.
    Perbezaan Shaklee:
    Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi – buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.
    Meal Shakes Shaklee dihasilkan untuk semua golongan – bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, Meal Shakes Shaklee merupakan pilihan bijak. Lebih-lebih lagi untuk anak-anak yang kurang makan.
    Berikut testimoni yang pernah diterima tentang keberkesanan Meal Shakes ini:

     Masalah Sembelit

        ♛   My son 3y selalu sembelit b4 this..lpas consume mealshakes dh 2month sembelit xde.selera mkn mmg btmbh tp xobes pn..just nice je..lgpn ambil mealshake xmggemukkn kids,,sbb mealshake juga disarankn utk kids yg obese – Eyda Sukiman

        ♛   Anak sy 1thn 9bln, sbb dia ada sembelit sy bg dia mealshake 1 sudu teh setiap hari. Alhamdulillah, dh kurang sgt2 sembelit dia. Boleh bg kat anak yg 1yr above tp bukanlaa byk. cukup 1 sudu teh jaa. – Yana Hilme

        ♛   Memang bagus untuk sembelit..mujarab untuk ank saya..hari-hari memang lawas jer… – Zakiah Zakaria

        ♛   ank saya pn mnum mealshake mmg ok..dl tiap kali nk buang yg besar msti ngs tp sjk amalkn mnum mealshake nie alhmdllh la tiap2 ari lawas.. – Nurul Eida

    Masalah Kurang Fokus

        ♛   Saya GEMBIRA! Hari ke-3 kak long (anak sulung saya) ambil Mealshake, dia mampu bertahan menyiapkan kerja rumah sampai pukul 10 malam. Sebelum ini dia amat penat sekolah pagi dan petang. Lepas maghrib tentu lena di mana saja letak kepala.

        Alhamdulillah, moga kak long makin cergas dan cerdas! Moga gatal-gatal kulit pun akan makin elok. Dah tak tergaru2 setiap kali nak tidur.

        Umur anak sal 7 tahun. 🙂 Jom kita kenalkan mealshake untuk mereka yang tersayang!

        – Salwa Kamarudiin

    Masalah Kurang Berat Badan

        ♛   ank sy mnm 2 wks je dh btmbh berat n pp pun dh bom2…tp bkn kuat mkn…kuat menyusu…2wks dh abis mealshakes dia… – Suhaily Md Noor

        ♛   anak sy suka mkn mealshakes.. biasa sy topup dalam susu or dlm koko krunch dia.. Alhamdulillah.. nmpk perubhn.. mkn berselera.. jarang demam… – Dayana Bahar

        ♛   Salam:)semue…ni first time nk wat testimoni,hri ni dh smigu gune Produk mealshake tuk ank sye,nampak sgt perubhn pde die,minum ssu kuat,mkn dhlh xpyah pakse2 lg dh pandai mtk sndri n xblh nmpk ape kite mkn msti die nk..skrg ni saye btul2 prcye ade Produk yg blh mmbntu ank sye,30/5 ni ank sye g tmbg mudh2hn naiklh brt bdnnye hihiiii……….thks pd Kak Yat Hayati krne bnyak mmbntu….. – Rimazarnia Miyen

    Merawat Asthma

        ♛   Asthma anak saya Dah berkurangan sejak consume meal shakes setiap hari plus vit C Chew. Dulu, tiap-tiap bulan kena serang asthma pd tarikh yg sama. Alhamdulillah dia pun makin kuat mkn – Norazlinawati Mohamad

    Untuk Kesihatan Optimum

        ♛   ank2 mila 3 org mnum mealshake xde plak batuk2..jarang dmam n selera bertambah..n omega guard baik utk paru2..nih ape yg mila refer pd pakar kanak2 ciz ank mila yg kecil skali tu demam batuk selsema smpi semput n perlu amik nebulizer. .now alhamdulillah x lagi lpas consume mealshake + omega guard – Milla Firdauz

        ♛  anak sya pramatang lagi..start 6 bulan sya dah bg 1 sudu mealshakes sehari cmpur dlm susu dia…skrg dia dah tak kerap ke klinik..penjagaan pramatang lg sukar utk menjga sbb antibodi dia lg sensitif..demam+batuk+selsema=dah takder (mealshakes) puas ati…ahamdulillah skrg dah masuk 1 thn 10 bln… – MD Shakir

        ♛   yes mealshake leh cmpur dlm susu tp 1 sudu kecik jer , 1 x shari .. ank sya sbm ni alami ulser mulut yg trk n bpnjgn melshake alhamdulillah utk dmm btuk selsema sgt sesuai utk antibodi ank2 yg nk mbsr .. try la – Zaltiey Zahari

    Alhamdulillah. Ini adalah testimoni daripada ‘real customers’. Sukanya mereka dengan Meal Shakes. Tapi perlu diingatkan bahawa keberkesanan Meal Shakes ini berbeza di antara individu disebabkan pengaruh pemakanan seharian dan gaya hidup masing-masing. 
    Disebabkan Meal Shakes ini kaya dengan protein, vitamin dan mineral, ditambah pula diperbuat daripada sumber-sumber bahan semulajadi, Halal pula, maka ia menjadi kegemaran ibu bapa yang pernah mencubanya lebih-lebih lagi keberkesanan yang ditunjukkan dalam diri anak-anak. Di samping mudah dibancuh ke dalam susu anak, berperisa Vanila yang tidak mudah dikesan anak-anak di dalam susu mereka dan juga amat menjimatkan kerana satu hari hanya perlu gunakan satu sudu kecil sahaja. Tak perlu banyak. Menjimatkan bukan!
    Jangan risau sekiranya anak anda sensitif atau alergi kepada ‘soy-based products’ atau susu soya kerana Meal Shakes ini tiada soya langsung pun. Jadi sememangnya ia selamat!
    Apa pun, kita hanya mampu berusaha. Sembuh atau tidak sembuh, progres atau tidak, semuanya atas kehendak Alla jua. Namun kita boleh berikhtiar. Saya amat sarankan untuk anda mencubanya. InsyaAllah, Allah permudahkan. Berminat untuk mendapatkan Meal Shakes? Boleh hubungi saya untuk mendapatkannya dan mendapatkan konsultasi secara percuma dan berterusan. 🙂
    Promosi pada bulan September 2014! Beli 3 Meal Shakes, Percuma 1 Meal Shakes. Boleh hubungi saya untuk mendapatkannya 🙂
    Wan Syahida Kahar
    012-6753078
    Pengedar Shaklee Anda

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge