Rasanya semua orang dah memang tahu yang Malaysia mengungguli carta negara paling gemuk di Asia kan? Bagi kita dah macam normal kalau jumpa orang yang berbadan besar ni. Bukan seorang dua, tapi sebenarnya ramai. Kita pun dah makin sedar akan hal ni. Pergi la ke mana-mana pun. Ia sangat mudah dilihat.
Saya pernah ke negara Vietnam. Vietnam ialah sebuah negara jajahan komunis. Mereka negara yang tak begitu maju seperti Malaysia. Diet mereka sangat simple. Banyak makan sayur. Rakyat mereka? Sangat kurus-kurus je semuanya. Jarang nak jumpa macam kat Malaysia ni. Kalau pun anda ada jumpa rakyatnya yang berisi atau berbadan besar sikit, biasanya mereka pernah duduk di negara lain beberapa tahun.
Mungkin sebab mereka negara orang susah kan. Jadi makan pun dah terbiasa dengan yang biasa-biasa je. Nasi dengan sayur je pun biasa saya nampak. Kalau ada daging tu mewah dah tu. Huhu.
Ok lah. Dah.. Jom kita lihat, perbezaan tahap obesiti di kalangan negara di Asia ini berdasarkan kajian.
Hah! Betul tak saya cakap.. Kurus kan Vietnam? Tengok yang kanan sekali. Tu lah Vietnam. Rupa-rupanya Vietnam adalah yang paling kurus di Asia. Yang terbesar sekali? Mestilah Malaysia. Sebab tu la tak hairan langsung dah sekarang ni bila kita jumpa rakyat Malaysia banyak yang gemuk.
Soalnya sekarang, adakah ia sesuatu yang membanggakan? Tentulah tidak. Ia sesuatu yang sangat-sangat membimbangkan sebenarnya. Ia telah pun dilaporkan di media. Jom lihat.
Malaysia Negara Paling Gemuk: Apa Risikonya?
Apa yang membimbangkan ialah berat badan yang berlebihan dan obesiti ini merupakan faktor utama yang sering dikaitkan dengan penyakit kronik seperti diabetes dan penyakit kardiovaskular.
Bukan itu saja, malah kegemukan juga menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan. Baca laporan akhbar Berita Harian : Realiti Impak Obesiti Terhadap Kesuburan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengajak rakyat Malaysia meluangkan lebih banyak masa secara berterusan untuk menjalani gaya hidup sihat khususnya bersenam.
Katanya, gaya hidup sihat adalah langkah pencegahan terbaik penyakit tidak berjangkit (NCD) yang kian meningkat di Malaysia.
Detox Bukan Sekadar Untuk Kurus, Tapi Untuk Sihat
Walaupun ia masalah obesiti, kita tidak hanya perlu menurunkan berat badan. Tetapi kita juga harus berusaha untuk meningkatkan kualiti kesihatan. Menjadi semakin kurus itu tak semestinya kita semakin sihat.
Boleh jadi orang yang bertambah kurus, badannya masih ada masalah darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi ataupun lain-lain masalah.
Jadi detox itu bukan sekadar untuk kurus. Lepas detox, kita akan dapat lebih daripada sekadar kurus.
Masalahnya bila kita nak berusaha untuk bertambah sihat dan kurus, dengan corak pemakanan, gaya hidup dan persekitaran yang penuh pencemaran sekarang, adakah kita yakin kita tua dan berusia nanti kita masih sihat atau penuh dengan penyakit?
Kita faham tadi yang obesiti meningkatkan pelbagai risiko dan masalah kesihatan. Tak mustahil kalau orang yang gemuk lebih mempunyai organ yang rosak dan penuh toksin. Lihat organ usus dengan hati di atas.
Adakah anda rasa untuk berusaha merawat organ ni cukup sekadar kita mengurangkan berat badan dan mengecilkan saiz badan kita dengan senaman dan mengurangkan makanan dalam pinggan kita?
Ia takkan cukup dengan diet. Dan tak cukup dengan hanya mengurangkan statistik obesiti. Di sinilah saya nak bagi kita faham yang kita bukan sekadar nak detox untuk kurus, tapi untuk sihat sekali.
Jika kita hanya nak mengharapkan ubat-ubatan hospital untuk menyelesaikan masalah organ yang rosak ini, ubat-ubatan itu hanya sekadar akan “menahan” kita daripada mengalami simptom yang tidak sihat itu. Bukanlah benar-benar mengatasi punca badan kita yang dah tidak sihat itu.
Yang sebenarnya, kita kena bersihkan toksin daripada tubuh badan kita terlebih dahulu. Kesian dekat organ-organ tubuh kita yang dah terbeban dengan pelbagai jenis makanan yang tidak sihat, pencemaran, bahan kimia, kekurangan nutrisi dan tidak mampu berfungsi dengan efisyen lagi.
Disebabkan bebanan toksinlah, maka kita mengalami pelbagai simptom masalah kesihatan. Mari kita periksa, sama ada anda perlu detox atau tak.
Di bawah adalah checklist, siapa antara anda yang perlu membuat detoks:
- Tidak membuang setiap hari
- Cepat letih
- Badan berbau walaupun memakai deodorent
- Berat badan berlebihan
- Mulut berbau / nafas berbau
- Sering kembung perut, dan penghadaman tidak baik
- Menghadapi masalah alergik
- Kerap diserang penyakit seperti selsema
- Sukar untuk fokus
- Sering ada lingkaran hitam bawah mata
- Makan supplimen tidak mujarab
- Rambut gugur
- Insomnia
- Mengalami masalah jerawat, eczema dan psoriasis
- Minum kurang 3 gelas air sehari
- Pengambilan sayur kurang 1/2 cawan sehari
- Makan daging lebih 2x sehari
- Sudah tidur cukup tapi masih mengantuk
- Kerap sakit kepala / pening
- Kerap craving benda manis-manis
- Stress, cepat marah
So ada berapa yang anda ada?
Kesihatan Bermula Dengan Organ Yang Sihat
Scary kan tengok hati yang rosak macam dalam gambar di atas?Untuk menyingkirkan toksin daripada organ hati juga bukannya senang. Ia takkan cukup dengan sekadar buah-buahan dan sayur-sayuran. Pilihlah supplemen kesihatan yang memiliki nutrien untuk membantu membersihkan toksin daripada hati kita.
Contohnya dalam Program Jom Detox Jutawan kami, kami supply sekali supplemen DTX Complex yang memang dikhususkan untuk mencuci organ hati. DTX Complex memiliki nutrien-nutrien yang sangat sukar didapati dan kalau kita nak cari sendiri tumbuhan ini, harganya bukan murah.
Apabila kita berjaya detoks dan dah singkirkan toksin daripada tubuh kita, barulah organ-organ kita dapat menjalankan fungsinya dengan lebih baik. Kita pun akan rasa lebih sihat dengan tubuh badan kita. Penyakit pun semakin dijauhi. Itu yang kita nak.
Effectnya kita juga akan bertambah kurus dan mengalami inch loss. Ini kerana program Jom Detox Jutawan kita merangkumi keseluruhan faktor untuk membantu seseorang itu sihat. Pemakanan yang sihat, gaya hidup yang sihat, senaman, supplemen yang membantu dan berkualiti serta mengubah tabiat daripada yang tidak sihat kepada yang sihat.
Baca: Gaya Hidup Sihat Dengan Jom Detox Jutawan.
Sebab itu, kesemua peserta program Jom Detox kami menunjukkan result yang sangat-sangat mengagumkan. Ada yang berjaya turun 10kg dalam satu program detox sahaja!! Banyak kan? Tu dalam 15 hari saja tau.
Baca : Detox Selesaikan Banyak Masalah Kesihatan
Memang beza kesan program kurus dan detox ni antara makan supplemen dengan tak makan supplemen. Sebab itulah, program kami sangat-sangat berkesan.
Baca : Success Stories Jom Detox Jutawan
Penutup
Kami ingin membantu rakyat Malaysia yang mahu memiliki tubuh badan yang lebih sihat, lebih kurus dan juga lebih cantik melalui program Jom Detox Jutawan kami ini.
Kami mahu menurunkan statistik kegemukan di kalangan rakyat Malaysia ini dan tidak mahu Malaysia berada dalam kedudukan negara paling gemuk di Asia. Kami yakin dengan program kami kerana semuanya dipandu oleh ahli-ahli nutrisi dan diperakui oleh doktor serta saintis. Set Detox yang kami gunakan adalah yang tinggi kualiti daripada syarikat nutrisi nombor 1 dan paling terkemuka di US iaitu Shaklee (syarikat nutrisi supplemen kesihatan pertama di dunia).
Oleh itu, para peserta tidak perlu risau. Kami memberi jaminan program kami berkesan membantu anda mengurangkan berat badan dan saiz badan, serta membantu tubuh anda rasa lebih sihat dan bertenaga.
Berminat untuk sertai? Hubungi saya, Syahida di 012-6753078.
Baca juga : Bagaimana Nak Join Program Jom Detox Jutawan?
Salam Mesra,
Wan Syahida Kahar
SID 1143254
FB : Wan Syahida Kahar
IG : @shye_wsyahida
Pengedar Shaklee (since 2014)
Twitter: misshawahassan
Seram dengan realiti sekarang. Tapi betullah detoks bukan sekadar untuk kurus tapi kesihatan tubuh badan secara menyeluruh. Tambahan pula dengan meriahnya menu makanan kat Malaysia ni, memang kena mujahadah betul nak jaga pemakanan tu. Hihi.
Hawa Hassan recently posted…Nah! Ini Tips Kemas Rumah Mudah Tanpa Stres
Ya mencabar duk kat Malaysia ni. Kalau tak jaga, kita pun join sama dalam statistik orang yang berpenyakit 😀
Twitter: Mooneira
It is so scary that Malaysia is one of the country with high obesity problem. Memang x patut. Org Malaysia patutnya kecik2 Dan comel molek. Must be becoz of our lifestyle and the things we eat.
Fadima Mooneira recently posted…The 7 Things That I Love To Do To Make Myself Happy
Twitter: Nonie Azhar
Takut pula bila dapat tahu Malaysia adalah negara yang paling ramai obesiti,sebab itulah saya selalu menjaga pemakanan harian saya.
Terbaik cik petit. semoga istiqamah 🙂
sebab tu sekarang dah ramai pihak bangun untuk sedarkan sesama kita berkenaan lifestyle yang sihat. Termasuklah awak! Thanks sharing!
Ya. mereka berniat baik sebenarnya :). WELCOME 🙂
Twitter: nurdecamellia
Bikin seram pula tengok gambar organ2 dalaman yg tak sihat tu. Terima kasih sharing sesuatu yg memberi kesedaran buat kita semua. Terasa nak makan menu pantang pulak huhu
Nur Decamellia recently posted…Percutian 5 Hari 5 Negeri Kami Sekeluarga
Menu pantang sedap juga. Haha 🙂