Langkah-langkah Persediaan Menyusu Bayi yang Anda Perlu Tahu

By | 23/12/2014
Assalamualaikum.. Apa khabar ibu-ibu yang sedang membuyung sekarang ni? Mungkin ada yang baru kali pertama mengandung, jadi sedang mencari-cari tips persediaan untuk menyusukan anak secara ekslusif dan sehingga 2 tahun. Lebih-lebih lagi sekiranya anda seorang ibu yang berkerjaya. Banyak sangat benda yang anda perlu pelajari dan ketahui. Apatah lagi lakukan persediaan. Kalaupun sudah pernah melaluinya semasa anak pertama dan sedang mengandung anak kedua, anda mungkin ingin nak ‘refresh’ pengetahuan tentang persediaan penyusuan anak.

Sebagai ibu baru, mesti anda ada tertanya dalam hati, apakah langkah pertama untuk menyusukan bayi? Atau mungkin anda dah baca sikit-sikit fakta atau maklumat tentangnya tapi masih tak berapa nak faham bagaimana mahu bersedia dan bermula.

Perkara pertama yang harus anda kenal pasti adalah:

1) ADAKAH SAYA MAHU MENYUSUKAN ANAK DENGAN SUSU IBU?! SEPENUHNYA DENGAN SUSU IBU.

Yes. Ini penting sangat. Niat kita sejak mula. Anda nak ke menyusu? Atau mahu menyusu sekadar ingin nak cuba jika ada susu? Ataupun mahu menyusu jika anak nak nyusu je? Atau benar-benar tekad mahu menyusukan anak walau apa pun dugaan yang melanda? Jadi, tetapkan pendirian anda yang satu. Niatkan untuk apa anda nak menyusu dan apa yang ingin anda capai. Macam saya dulu, saya dah berazam dari awal kehamilan lagi ingin menyusukan anak secara sepenuhnya sehinggalah cukup 2 tahun umur anak pertama saya dan saya menyatakannya kepada suami supaya dia akan sama-sama membantu saya di sepanjang perjalanan penyusuan saya itu.

2) Setelah membuat keputusan, buatlah persiapan dari segi fizikal dan juga mental.

Dari segi mental, tetapkan fikiran dan minda anda tentang apa yang anda mahukan sahaja. Usah pedulikan sekiranya anda tidak mendapat sokongan daripada orang sekeliling. Sekiranya anak menangis macamana pun, anda kena setkan minda bahawa anda mampu memberikan susu badan. Dapatkan sokongan daripada suami supaya anda tidak akan mudah patah semangat. Setkan minda bahawa anda harus tempuhi walau apa pun dugaannya.

Dari segi fizikal, bersedialah dengan menjaga kesihatan tubuh badan dan mencukupkan nutrisi harian yang disarankan. Ingat, untuk mendapatkan susu badan yang mencukupi dan berkhasiat, tubuh badan ibulah yang paling penting untuk dijaga agar sentiasa sihat dan cukup nutrisi. Apabila tubuh badan kita sihat, minda kita tenang dan badan dapat menghasilkan susu dengan lebih lancar. Jangan culas untuk memakan vitamin-vitamin yang dibekalkan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak seperti asid folik, B-Complex, Vitamin C dan juga Iron. Ketika menyusu, pastikan anda rajin meminum susu juga supaya badan anda cukup nutrisi kalsium. Ini kerana susu badan akan mengambil nutrisi daripada tubuh badan ibu juga. Jadi pastikan pemakanan ibu sentiasa seimbang dan mencukupi. Ibu amat digalakkan untuk mengambil supplemen tambahan seperti Shaklee kerana kita takkan mampu memastikan yang pemakanan harian kita akan mencukupkan nutrisi harian yang kita perlukan untuk diri kita dan juga bayi. Baca di sini untuk memahami nutrisi lengkap ibu ketika hamil, selepas bersalin dan juga semasa menyusu.

3) Pilihlah hospital rakan bayi dan berbincanglah dengan doktor yang bakal menyambut bayi anda.

Anda boleh sediakan breastfeeding plan dan birth plan dan kemudian berbincang dengan doktor anda. Beritahu doktor keinginan anda untuk menyusu bayi secara ekslusif dan anda perlukan sokongan mereka. Insya Allah, anda akan dibantu oleh bidan atau jururawat sebaik sahaja selepas melahirkan dan anda berpeluang untuk menyusukan bayi seawal kelahirannya, anda berpeluang untuk rooming-in dengan bayi selama 24 jam bersama anda selepas bersalin dan bayi anda juga tidak akan diberi mana-mana susu formula melainkan atas preskripsi doktor (jika bayi bermasalah) dan pelbagai lagi bantuan penyusuan. Di hospital lah kunci awal kejayaan anda dalam penyusuan.

Sekiranya anda tidak memilih untuk bersalin di hospital rakan bayi, tidak mengapa. Anda masih boleh bertanya dan berbincang dengan doktor dan anda perlu jelaskan kepada kakitangan kesihatan di hospital yang anda pilih itu tentang keinginan anda untuk menyusukan anak secara ekslusif. Anda boleh beritahu doktor anda tentang ‘breastfeeding plan’ anda seperti :

– Saya mahu FULLY BREASTFEED bayi saya. Jadi saya harap yang pihak hospital tidak akan memberikannya apa-apa jenis susu formula, air glukos atau air masak tanpa arahan doktor dan tanpa kebenaran saya. (Anda boleh minta tolong suami untuk tulis satu ‘sticky note’ dan lekat kepada baby cot. Tulis : BREASTFEEDING ONLY)

– Saya mahu mendakap dan menyusukan bayi sebaik sahaja dia lahir (jika boleh) dan saya mahu bersama dia 24 jam tanpa berpisah dengan saya kecuali jika diminta oleh doktor, mandi atau untuk tujuan vaksinisasi.

– Jika terdapat kaunselor laktasi atau breastfeeding educator atau mana-mana pihak yang boleh membantu saya untuk menyusukan bayi saya, saya harap mereka dapat membantu saya yang masih lemah dan baru dalam penyusuan bayi ini.

– Jika bayi saya mengalami masalah kesihatan dan terpaksa ditahan di wad NICU, saya masih mahu meneruskan penyusuan dengan memberikannya susu perahan saya.

– Saya harap doktor boleh mempertimbangkan permintaan saya ini dan saya juga akan berbincang sendiri dengan jururawat yang bertugas.

Kita juga harus bersedia pada waktu ini seandainya terdapat jururawat yang mendesak untuk memberikan susu formula kepada bayi. Mintalah bantuan daripada suami untuk menerangkan kepada jururawat tentang keinginan anda untuk memberikan yang terbaik untuk bayi anda. Anda berhak ke atas anak anda dan jangan takut untuk meminta kerana susu ibu adalah hak anak kita sendiri dan kita dilindungi oleh undang-undang jika menyusukan anak. Even kat hospital kerajaan pun ada kempen untuk mendidik ibu-ibu baru bersalin agar menyusukan bayi mereka secara eksklusif sahaja. Jadi jangan risau untuk buat beberapa request ini.

4) Kautlah segala ilmu penyusuan semasa anda mengandung lagi.

Rajin-rajin untuk mencari dan pergi ke kelas antenatal, kelas penyusuan oleh pakar laktasi, bertemu dengan kumpulan sokongan susu ibu dan banyakkan bacaan buku atau forum-forum di internet tentang penyusuan bayi serta masalah-masalah yang biasa dihadapi.

Namun kadangkala, apa yang kita baca, tak sama apabila ketika anak kita telah lahir. Lain orang mungkin lain pengalamannya atau lain masalahnya. Jadi jangan panik bila apa yang kita expect itu tidak berlaku atau berlainan seperti yang kita sangkakan. Jangan risau, jangan berhenti. Masa nilah kita nak belajar, nak didik kita supaya bersabar untuk meneruskan misi penyusuan. Anda boleh bertanya dan merujuk kepada pakar laktasi atau ibu-ibu lain yang berpengalaman dan berjaya melaluinya. Jadi apabila anda menghadiri kelas-kelas sokongan, dapatkan nombor telefon pakar laktasi atau breastfeeding educator supaya nanti anda boleh telefon dan tanya sekiranya timbul apa-apa masalah ketika penyusuan bayi.

Saya pernah menceritakan tentang pengalaman saya mengaut segala ilmu tentang penyusuan bayi semasa saya mengandung anak yang pertama dan kedua dahulu. Klik untuk membaca pengalaman saya.

5) Persediaan peribadi.

Persediaan puting iaitu perhatikan sekiranya puting adalah leper atau tenggelam. Cuba untuk lakukan rangsangan sekali sehari sebelum bersalin sekiranya puting leper/tenggelam atau gunakan kaedah Hoffman Exercises untuk rangsangan puting.

Menyediakan peralatan penyusuan seperti:

– Pam penyusuan (sama ada dual phase atau single phase).
– Peralatan lain: nursing bra, nursing clothes, storage bottles, steamer dan warmer

Sebaiknya, pilih breastpump yang bergred hospital dan mempunyai suction/hisapan seperti bayi menghisap, tidak sakit, selesa dan harga berpatutan.

6) Sokongan. Terutamanya daripada suami dan ahli keluarga.

Ada suami yang jenis tak ambil tahu dan serah segalanya kepada isteri, ada yang menentang terutamanya bab terpaksa keluarkan duit lebih untuk membeli peralatan penyusuan dan ada juga yang sangat-sangat menyokong dengan menemani isteri ke kelas penyusuan dan membantu membelikan peralatan penyusuan untuk isteri. Walau apa pun jenis suami anda, adalah tanggungjawab anda untuk memberikan kesedaran kepada suami agar dia mempunyai keinginan yang sama seperti anda tentang apa yang ingin dicapai. Seandainya mereka tak menyokong sekalipun, anda harus buktikan kepada mereka bahawa anda adalah ibu dan isteri yang hebat ;-).

Mungkin ada ibu atau ibu mertua yang tak berapa nak menyokong penyusuan susu ibu secara sepenuhnya ni. Tak mengapa. Banyakkan bersabar dan jangan cepat melenting. Cuba berikan penerangan yang jelas dengan cara yang baik. Dapatkan sokongan suami, adik beradik atau mereka yang memahami. Zaman sekarang dah ‘trend’ dan orang dah makin faham tentang kepentingan menyusukan bayi sepenuhnya tanpa susu formula. Yang pasti, kita tetap kena hormati ibu dan ibu mertua kita. Jangan risau kalau ibu atau ibu mertua merajuk dengan ‘kedegilan’ kita untuk tetap menyusu anak sepenuhnya tanpa sebarang campuran lain. InsyaAllah sekejap saja. Dengar suara cucu nanti hatinya akan cair kembali :-).

Sumber inspirasi : Sarakids
===

Jadi inilah di antara persediaan ibu yang berazam untuk menyusukan bayi yang bakal dilahirkan yang sempat saya kongsikan. Asasnya, banyakkan membaca, mula membuat simpanan, jaga kesihatan dengan sebaiknya dan banyakkan berdoa. Semoga impian anda ibu-ibu dan bapa-bapa untuk menyusukan anak secara ekslusif selama 6 bulan pertama kehidupan bayi berjaya direalisasikan dan diteruskan sehingga umur bayi 2 tahun. 2 tahun yang akan menjadi penuh memori :-D. Memori suka dan duka, jerit perih anda berusaha memberikan yang terbaik buat anak yang tercinta. Harap anda jangan berputus asa walau apa pun cabaran yang mendatang.

Semoga anak-anak kita membesar dengan sihat dan berakhlak mulia, berkat susu ibu yang diberikan. InsyaAllah.

Antara yang menarik :

Tips Merangsang Anak Bijak dan Berakhlak dari usia Kandungan Bayi Lagi

=========
Untuk sebarang pertanyan atau berminat untuk order, boleh hubungi saya, Shye di 012-6753078 (SMS/Whatsapp).

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjaga pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:

KONSULTASI PERCUMA
HARGA ISTIMEWA dan
PELUANG BISNES bersama SHAKLEE !!
Wan Syahida
Shaklee ID: 1143254
wsyahida@yahoo.com
012-6753078 (SMS/Whatsapp)
Facebook : Wan Syahida Kahar
Instagram : @shye_healthnutrition

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge