Langkah-langkah Menjadi Surirumah Sepenuh Masa

By | 06/11/2014
Teks : Wan Syahida Kahar
Sewaktu anda telah tamat belajar dan telah selamat memperolehi segulung ijazah, anda bersemangat untuk bekerja. Setelah anda gembira memperoleh pekerjaan dan pendapatan secara makan gaji, maka anda bersemangat pula untuk berkahwin. Setelah anda berkahwin, anda mendapat anak. Kini anda menggalas ‘title’ dan tanggungjawab yang lebih banyak dan berat, iaitu menjadi isteri kepada suami, ibu kepada anak dan pekerja kepada bos. Anak seorang mungkin masih ‘ok’ lagi. Tetapi, masuk anak yang kedua, anda mula ingin untuk berhenti bekerja dan berimpian untuk menjadi seorang surirumah sepenuh masa sahaja. Namun begitu, ramai di antara kawan-kawan saya yang sangat-sangat ingin untuk berhenti bekerja dan berhasrat untuk menjadi surirumah sejak mendapat anak pertama lagi. Lebih-lebih lagi sekiranya anaknya selalu jatuh sakit, anaknya OKU, ingin melihat anak membesar, ingin mendidik anak sendiri ataupun ingin menumpukan perhatian kepada anak-anak sahaja. Tapi, anda takut. Anda risau. Takut dan risau akan tanggapan masyarakat, tentang kata-kata ahli keluarga, tentang pendapatan, tentang ‘saving’, tentang masa depan, tentang hidup.
Ya, memang. Bermulanya langkah awal untuk ‘resign’ daripada sektor pekerjaan ini dan bekerja hanya sebagai seorang surirumah sepenuh masa bukannya suatu keputusan yang mudah. Lebih-lebih lagi sekiranya anda belum pun ada sebarang pendapatan sampingan. Tapi, hati amat berkobar-kobar ingin berhenti bekerja yang penuh dengan stress itu. Saya sendiri mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan untuk berhenti bekerja. Mungkin berbulan-bulan atau mungkin hampir setahun dua. Lama saya fikirkan. Lama saya ceritakan kepada suami perihal pekerjaan saya yang tidak menentu. Lama saya mencari pekerjaan yang lebih sesuai. Lama saya mencari lokasi bekerja yang boleh memudahkan dan menjimatkan lagi duit saya. Maklumlah, hidup di KL. Setakat manalah yang mampu dengan kos hidupnya yang sangat tinggi. Kasihan warga KL. Selalu berdepan dengan kehidupan stress terutamanya di jalan raya.
Dengan sedikit pengalaman saya, di sini saya cuba senaraikan langkah-langkah sekiranya anda sedang berfikir-fikir untuk berhenti bekerja dan menjadi surirumah sahaja. 
1. Fikirkan dengan teliti kenapakah anda ingin sangat untuk berhenti bekerja? Kalau sebab anak anda sering sakit, sekiranya anda telah menjadi surirumah dan anak telah kembali sihat, adakah anda ingin bekerja semula? Kalau sebab gaji pekerjaan anda tidak memuaskan, sekiranya anda telah menjadi surirumah dan cuba berniaga secara online tapi keuntungannya langsung tidak memberangsangkan, maka adakah anda akan terpaksa bekerja semula? 
Saya berhenti bekerja kerana saya kesal dengan syarikat lama saya yang tidak menggalakkan peningkatan di dalam kerjaya saya walaupun telah 5 tahun bekerja di syarikat itu. Gaji juga amat rendah dan tidak berbaloi dengan usaha serta kepakaran saya yang telah 5 tahun berpengalaman bekerja di situ. Saya telah mencuba untuk mencari pekerjaan lain tetapi hampa. Jadi, saya telah buat keputusan untuk berhenti bekerja dan lakukan sesuatu yang lain daripada yang lain agar saya boleh ‘mengembangkan kerjaya’ saya dengan cara yang tersendiri. Jadi saya buat keputusan untuk berniaga online Islamic Kids Shop berserta Homestay.
Saya tak suka menjadi ‘statik’ dengan kemampuan yang sama sepanjang masa. Apabila saya menyertai dunia perniagaan, saya gembira kerana saya telah memasuki dunia tanpa sempadan yang mana saya berupaya mencabar diri saya membuat sesuatu yang tak pernah saya lakukan. Alhamdulillah keputusan untuk berhenti memang tepat kerana saya banyak belajar dalam mengusahakan bisnes-bisnes saya. Saya fokus untuk menuntut ilmu tentang bisnes online dan cuba maju ke arahnya. Saya mempunyai target dan sedikit demi sedikit saya mula memperoleh pendapatan daripada perniagaan online saya. Walaupun dengan hanya melakukan ‘dropship’. Mula-mula dropship, lama-kelamaan borong sendiri.
Jadi, nasihat saya, fikirkan dan jelaskan dalam fikiran, kenapa sebenarnya anda mahu berhenti bekerja? Supaya ‘reason’ anda berhenti bekerja itu menjadi sebab utama untuk anda terus bermotivasi dan istiqamah untuk menjadi seorang surirumah sehingga anda tidak mampu untuk menoleh ke belakang lagi. Bagi diri saya, ‘reason’ saya adalah saya ingin ‘meningkatkan kemahiran diri saya dan berjaya’ dengan cara yang luar biasa, bukannya dengan makan gaji yang mengehadkan ‘development’ diri saya.
2. Lakukan solat sunat istikharah. Bukan sekali, bukan dua kali, bukan juga tiga kali. Tetapi sebanyak yang mungkin. Kalau boleh, hari-hari. Mohonlah sebanyaknya kepada Allah, apakah keputusan yang terbaik buat kita. Kerana mungkin fikiran kita untuk menjadi surirumah itu bukannya membawa lebih sinar kepada masa depan, tetapi sebaliknya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita pada masa hadapan kita. Jadi, merujuklah selalu kepada Allah. 
Dahulu, sewaktu saya hampir-hampir menghantar surat perletakan jawatan saya kepada bos, saya telah solat sunat istikharah dahulu selepas waktu solat zuhur. Namun Allah telah gerakkan hati saya supaya ‘hold’ dulu. Maka saya tak jadi untuk menghantar surat sampai beberapa bulan. Kemudian suatu hari setelah saya rasa semakin bersedia, saya solat sunat istikharah lagi dan setelah itu, saya telah merasakan suatu ketenangan untuk menghantar surat perletakan jawatan pada hari itu juga. Maka yakinlah saya bahawa itu semua adalah petunjuk yang benar daripada Allah untuk saya. Dan sampailah pada hari ini, sedikit pun saya tak pernah lagi menyesal yang saya telah meletakkan jawatan saya sebagai engineer di syarikat multi-national itu. 
3. Bincang sedalam-dalamnya dengan pasangan tentang hasrat dan suarakan kegelisahan anda. Dapatkan redha suami untuk anda berhenti bekerja. Lebih-lebih lagi apabila anda telah menjadi surirumah nanti, semua perbelanjaan atas dia sahaja nanti. Maka berbincanglah sebaiknya. Dapatkanlah juga ‘second opinion’ ahli keluarga paling rapat anda seperti ibu anda. Kalau tidak boleh, mungkin kakak anda? Atau sesiapa yang anda rasa sesuai. Namun sekiranya anda masih belum bersedia untuk menceritakan kepada ahli keluarga, anda boleh juga rahsiakan dahulu sekiranya itu yang anda rasakan lebih sesuai buat anda pada masa ini.
4. Tuntut ilmu dan cari sumber-sumber yang boleh membantu anda untuk memulakan perniagaan online atau part-time bermula dari zaman anda makan gaji lagi. Berjinak-jinak dengan dropship, cuba membuat penjualan, cuba mahir dalam marketing, cuba dan cuba. Banyakkan belajar daripada orang lain. Nanti apabila sampai masanya anda telah letak jawatan, anda boleh terus mengusahakan lagi bisnes online anda itu.
5. Pastikan anda memohon kekuatan daripada Allah agar hati anda kental untuk menghadapi apa-apa sahaja dugaan menjadi seorang surirumah ataupun surirumah bekerjaya. Niatkan di dalam hati supaya anda dapat menjadi seorang isteri yang terbaik, ibu yang terbaik dan anak serta menantu yang baik. Percayalah bahawa rezeki itu bukan manusia yang berikan, tetapi Allah. Rezeki itu di tangan Allah, jadi mohonlah padanya. Insya Allah, akan ada lorong-lorong untuk anda berjaya. Semoga tips menjadi surirumah sepenuh masa ini sedikit sebanyak membantu anda yang sedang terfikir-fikir untuk berhenti kerja.
Ramai di antara rakan-rakan surirumah telah membuat keputusan yang tepat untuk menjalankan bisnes Shaklee. Kenapa sebenarnya orang ramai berbondong-bondong nak buat bisnes Shaklee? Sebab banyak keuntungan yang bakal anda dapat. Baik dalam kesihatan, kemajuan hidup, memberi kebaikan kepada diri dan keluarga dan menambah nilai kepada kehidupan orang lain pula setelah anda sendiri telah merasai keberkesanan serta kehebatannya. Percayalah bahawa di dalam Shaklee, tiada istilah penjual itu sahaja yang untung. Penjual dan pembeli, sama-sama untung. Di dalam Shaklee, para penjual juga saling bantu-membantu dan sama-sama untung. Tiada istilah saya rugi tapi dia berjaya. Tapi mestilah saya dan dia sama-sama berjaya. Di dalam Shaklee, telah terdapat ramai ibu-ibu dan surirumah-surirumah hebat dan anda juga boleh menjadi hebat juga. Mari bersama kami, sertai kumpulan Shaklee yang super duper marvellous yang bakal mengubah kehidupan anda. Percayalah juga, ramai yang memanjatkan rasa bersyukur mereka setelah mereka menjadi ahli dan menjalankan perniagaan Shaklee. 
Berminat untuk mencuba produk Shaklee dan menjadi ahli? Mahu turut sama meningkatkan diri menjadi lebih baik dari segi rohani dan meraih pendapatan? Pilihlah Shaklee dan saya akan dengan senang hati mendaftarkan untuk anda. SMS/Whatsapp saya di 012-6753078 (Shye) jika mahu sembang-sembang dan ingin menjadi ahli Shaklee dan mula berniaga secara sambilan. Insya Allah akan ada group yang membantu :-).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge