Kursus Usahawan Spa Untuk Home Spa / Mobile Spa “The Walking Beauty”

By | 16/10/2017
Kursus Usahawan Spa "The Walking Beauty"

Kursus Usahawan Spa “The Walking Beauty”

Hai Assalamualaikum ! Hari ni saya nak share tentang peluang mempelajari bidang spa seperti facial, face massage, body scrub, sauna, aura bath dan juga hand & foot spa. Khusus buat para wanita yang menginginkan peluang pekerjaan secara sampingan untuk menambahkan pendapatan. Orang panggil ‘side income’. Hehe. Mungkin anda wanita yang dah memang bekerja, tapi nak cari part-time business yang boleh dibuat pada hujung minggu ke, malam-malam lepas balik daripada kerja ke, kan. Jadi, di atas keperluan ini, sekumpulan team yang dinamakan “The Walking Beauty” yang terdiri daripada beautician spa, sedang mengadakan kursus usahawan spa yang murah dan mampu milik bagi membantu para wanita yang nak cari kursus spa yang tak terlalu mahal tapi berbaloi.

The Walking Beauty Project untuk wanita yang ingin mencari pendapatan dari rumah dengan servis home spa atau mobile spa

The Walking Beauty Project untuk wanita yang ingin mencari pendapatan dari rumah dengan servis home spa atau mobile spa

Kenapa Home Spa atau Mobile Spa?

Sebenarnya konsep spa di rumah dan mobile ni adalah cara yang paling mudah untuk anda yang baru nak start memulakan perniagaan servis spa. Sebab kalau nak terus mulakan dengan membuka kedai spa, ia akan memakan modal yang sangat-sangat banyak. Sedangkan anda belum ada modal yang sebegitu besar, dan anda hanya nak mula dengan modal yang kecil tapi tetap menguntungkan.

Paling mudah dan paling murah, adalah dengan menjalankan servis spa dari kediaman kita sahaja. Ataupun, kalau rumah kita tak sesuai untuk pengalaman spa yang menarik, anda boleh je jalankan servis spa secara mobile. Bermakna anda mendapat tempahan daripada pelanggan, kemudian anda pergi ke tempatnya atau kediamannya untuk melakukan mobile spa.

Pendek kata semuanya bergerak di dalam kediaman sahaja. Bukan je ia amat menjimatkan, malah amat memudahkan pelanggan yang tak perlu susah-susah nak ke kedai spa. Panggil je beautician mobile spa ni untuk datang ke rumahnya dan terus boleh rasai pengalaman melakukan spa ibarat seperti di kedai spa juga :).

Maklumlah, zaman sekarang ni orang dah tak sempat nak ke kedai spa. Kalaupun sempat, mereka malas nak bergerak. Tapi dalam hati tetap teringin nak alami pengalaman spa dan melakukan treatment facial. Jadi, amat mudah dan menguntungkan bila anda ambil peluang permintaan spa di rumah ini dan menjalankan bisnes mengenainya.

Tambahan lagi, spa secara mobile atau dari rumah ini bayaran yang dikenakan ke atas pelanggan pun lagi murah. Jadi pastinya ia lebih menjimatkan dan memudahkan pelanggan yang tak perlu susah-susah ke premis spa. Call saja mobile spa beauticians ni untuk datang lakukan treatment spa. Tentunya ia pilihan yang lebih menarik kepada pelanggan yang serba sibuk masa kini.

Ingin Menjana Pendapatan Dari Rumah? Perniagaan SPA adalah sesuai

Ingin Menjana Pendapatan Dari Rumah? Perniagaan SPA adalah sesuai

Apa yang bakal anda pelajari dengan menyertai Kursus Usahawan Spa “The Walking Beauty”?

Melalui Projek “The Walking Beauty” ini, peserta akan diajar bagaimana mereka MAMPU untuk Memiliki SPA Sendiri dengan kos yang sangat minima tetapi mampu menjana pendapatan sehingga 4-5 angka sebulan HANYA DARI RUMAH.

Bukan itu sahaja, peserta malah akan diajar bagaimana menjana pendapatan agar duit masuk hari-hari dan berpelunag mendapat Recurring Income (pendapatan berulang-ulang) melalui agen-agen yang dilahirkan di bawah nama SPA mereka sendiri.

Melalui Projek The Walking Beauty ini, setiap peserta akan diberi latihan secara PERCUMA dan diberikan peralatan asas untuk memulakan perniagaan SPA.

Setelah anda pelajari cara-cara melakukan spa, anda juga boleh melakukan spa ke atas diri sendiri atau “Self-Spa”. Kita pun suka kan kalau dapat “pamper” diri kita sekali-sekala? Ataupun lakukan treatment spa kepada pasangan kita :-). Untung kan?

Projek Memikat Hati Suami dalam “The Walking Beauty”

Training Spa TWB

Training Spa TWB

Siapa yang patut sertai Projek SPA “The Walking Beauty”?

Ada 8 golongan sasaran yang PATUT menyertai projek ini:

  1. Wanita yang berhasrat memiliki Spa sendiri
  2. Mereka yang berminat dengan perniagaan SPA tetapi tiada modal yang besar
  3. Mereka yang ingin menjalankan perniagaan dari rumah tetapi tidak tahu perniagaan apa yang hendak dijalankan
  4. Mereka yang bekerja full-time dan ingin memulakan perniagaan dari rumah secara part-time
  5. Para surirumah yang sedang mencari perniagaan yang boleh dijalankan dari rumah secara sampingan
  6. Para graduan yang masih menganggur dan ingin mencari duit untuk meneruskan kehidupan
  7. Pelajar IPT yang ingin menjalankan perniagaan sampingan untuk menampung duit poket di kolej
  8. Atau pengusaha SPA sendiri yang dibelenggu dengan hutang dek kerana tiada/kurang pelanggan dan terpaksa membayar sewa kedai yang tinggi
Cabaran ekonomi masa kini : Semua orang perlu cari kemahiran dan pendapatan alternatif untuk persediaan masa depan

Cabaran ekonomi masa kini : Semua orang perlu cari kemahiran dan pendapatan alternatif untuk persediaan masa depan

Mengapa perniagaan SPA Tanpa Kedai adalah Bisnes yang sangat menguntungkan?

  1. Permintaan untuk HOME SPA yang sedang meningkat pada masa kini
  2. Boleh dijalanknan di mana-mana walaupun ketika sedang bercuti
  3. Tiada risiko untuk bankrup kerana modalnya sangat kecil
  4. Tidak perlu berhutang atau membuat loan dengan bank untuk membuka kedai dan membeli peralatan SPA
  5. Boleh dimulakan secara sambilan pada hujung minggu
  6. Bisnes ini mudah dibina, fleksibel dan risiko untuk gagal yang rendah (amat sesuai buat wanita yang sudah mempunyai anak dan keluarga)
  7. Hasil keuntungan lebih besar kerana tidak perlu sewa kedai dan upah pekerja
Membuka bisnes spa sendiri kini adalah sangat mudah.

Membuka bisnes spa sendiri kini adalah sangat mudah.

Siapa yang pernah sertai dan apa kata mereka?

Alhamdulillah sejak pertama kali Projek Kursus Usahawan Spa “The Walking Beauty” ini ditubuhkan, dah berpuluh-puluh beautician spa telah dilahirkan di seluruh Malaysia termasuklah di Sabah. Setakat ini juga, beautician spa kita telah pun sampai ke Dubai dan Australia.

Kebanyakan mereka adalah golongan wanita yang sangat-sangat ingin mencari pendapatan sampingan. Latar belakang mereka terdiri daripada pelbagai bidang dan kebanyakan mereka tidak ada pengalaman atau kemahiran spa langsung. Mereka juga ada yang berkerjaya dan memiliki profesion yang hebat seperti guru, engineer, akauntan, pegawai bank, malah ada juga yang masih belajar di IPT tetapi mahu mencari peluang side income. Terdapat juga para surirumah dan juga mereka yang menganggur setelah terpaksa diberhentikan pekerjaan.

Di sini saya sertakan beberapa testimonial daripada mereka yang dah pun melalui Kursus Usahawan Spa “The Walking Beauty” ini. Jommm kita baca apa kata mereka :



Testimoni peserta-peserta Kursus Usahawan Spa The Walking Beauty

Testimoni peserta-peserta Kursus Usahawan Spa The Walking Beauty

Testimoni peserta-peserta Kursus Usahawan Spa The Walking Beauty

Menarik, kan? Kalau dulu-dulu, selalu kalau akhir bulan je, mula lah duit poket dah makin kering. At least sekarang ni dengan income sampingan daripada spa, duit tu boleh la juga cover kos minyak, tol, parking, makan lunch di office ataupun disimpan untuk waktu-waktu kecemasan.

Ada juga yang menyimpan untuk majlis perkahwinannya. Sebab pekerjaan spa ni bagus untuk mereka yang masih bujang juga. Bayangkan dengan hanya membuat satu kali servis spa, anda boleh dapat upah paling kurang sebanyak RM50. Kalau sehari 4 orang, dah RM200. 🙂

Belajar Buka Spa Dari Rumah dengan Kursus Usahawan Spa TWB

Belajar Buka Spa Dari Rumah dengan Kursus Usahawan Spa TWB

Kelebihan dan Keseronokan menjadi sebahagian daripada Beautician Spa “The Walking Beauty”

Selain daripada anda bakal mendapat bimbingan dan networking yang baik selepas selesai training serta mendapat bimbingan tentang cara marketing spa yang berkesan, anda juga bakal menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ahli-ahli The Walking Beauty gemar lakukan setiap tahun.

Iaitu dengan melancong!!

Kalau anda nak tahu, pada tahun 2017 yang lalu, ahli-ahli beauticians The Walking Beauty telah pergi melancong bersama-sama ke Perth, Australia. Hanya gegirls je tau! Ada juga yang bawa anak. 🙂

Ahli-ahli beauticians TWB ketika melancong ke Perth pada tahun 2016

Ahli-ahli beauticians TWB ketika melancong ke Perth pada tahun 2016

Haa, kalau anda sukakan me-time untuk enjoy sekali-sekala dan ‘reward’ diri sendiri dengan sesuatu yang menyeronokkan, dalam The Walking Beauty ni memang ada!!

Kos pelancongan yang team TWB ini pun sangat minima kerana penganjur kami, Kak Ainul akan plan baekkkk punya. hehehehe. Semua itinerary pun akan dirancang untuk anda. Dan kalau nak tahu, ahli beauticians ni pergi melancong ni pun dengan menggunakan hasil pendapatan bisnes spa mereka sahaja tau!!

Yang paling terharu, kebanyakan daripada kami ni pun tak biasa langsung pergi melancong ke luar negara. Tapi bila join geng spa ni, sama-sama kami support each other dan bersemangat bersama-sama untuk keep on buat bisnes servis spa ni sampai dapat income yang banyakkkk serta saving setiap bulan.

Maklumlah, kita ni kalau bisnes sorang-sorang, kita akan mudah mengalah dan buntu. Hanya dengan duduk bersama-sama team mates yang supportive dan positif je lah kita boleh tetap bersemangat dan tetap terus go on dengan apa yang kita dah pernah mulakan! Dan ini lah keistimewaan dan keseronokan team spa “The Walking Beauty”!

Kalau tahun 2016 dah pergi Perth, tahun ni team beautician Spa TWB baru je balik daripada Maldives bulan September yang lalu. Pun sama, group gegirls jugak yang pergi :-).

Ahli-ahli beauticians TWB ketika melancong ke Maldives pada September 2017

Ahli-ahli beauticians TWB ketika melancong ke Maldives pada September 2017

Dan Insya Allah, tahun 2018 team beautician TWB merancang untuk melancong ke Paris pula!

InsyaAllah tahun 2018 ke Paris pula. Guna hasil duit pendapatan spa je tau. Nak ikut?

InsyaAllah tahun 2018 ke Paris pula. Guna hasil duit pendapatan spa je tau. Nak ikut?

Kalau awak pun jenis yang suka berimpian, suka reward dan suka berjalan, team TWB ni memang group spa yang paling sesuai untuk awak sertai 🙂

Hasil pendapatan Para Beautician Spa “The Walking Beauty” selepas Kursus Usahawan Spa

Kalau orang lain banyak menghabiskan wang mereka ketika hujung minggu, para beautician spa pulak dapat menjana wang pada hujung minggu. Jommm kita baca apa pengalaman mereka 🙂



Hasil pendapatan spa setelah menjalani training belajar buka spa

Hasil pendapatan spa setelah menjalani training belajar buka spa

Hasil pendapatan spa setelah menjalani training belajar buka spa

Hasil pendapatan spa setelah menjalani training belajar buka spa


Hasil pendapatan spa selepas jalani training spa The Walking Beauty

Hasil pendapatan spa selepas jalani training spa The Walking Beauty

Promosi Pakej Kursus Usahawan Spa “The Walking Beauty” pada bulan Oktober 2017

Di dalam Pakej Spa bulan Oktober ini, anda bakal mempelajari 5 courses :

  1. Facial
  2. Body scrub
  3. Sauna
  4. Aura bath
  5. Foot & hand spa

Juga akan mendapat :

  1. Sijil
  2. Trial kit spa
  3. Access ke Group Support
  4. Produk kecantikan

Kesemua ini hanya dengan RM 999.

Tetapi sekiranya anda tidak mampu untuk membayar RM 999, anda boleh mencari seorang lagi untuk menyertai kursus ini bersama-sama anda.

Maka seorang hanya perlu membayar RM 499 sahaja.

Anda dah jimat RM 500 !!

Course dan benefits yang dapat tetap sama.

Pakej Belajar Home Spa dan Mobile Spa "The Walking Beauty" untuk bulan Oktober 2017

Pakej Belajar Home Spa dan Mobile Spa “The Walking Beauty” untuk bulan Oktober 2017

So macam mana? Minat nak turut serta dalam team beautician spa “The Walking Beauty” ini dan pelajari Kursus Usahawan Spa??

Boleh hubungi saya terus okay!!

Salam mesra dan salam sayang,

Wan Syahida Kahar

012-6753078

Ahli “The Walking Beauty”

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

 

 

23 thoughts on “Kursus Usahawan Spa Untuk Home Spa / Mobile Spa “The Walking Beauty”

  1. Aina

    Menariknya. Pernah buat part time bisnes buat facial spa masa belajar kat universiti dulu. Pergi dari bilik ke bilik. Tapi sekrang dah lama tinggal.

    Reply
    1. syahida Post author

      Ouhh… Rajin menambah pendapatan ye masa tu. Menguntungkan, bukan?

      Reply
    1. syahida Post author

      Ya kita nk bantu kaum wanita.. dan juga surirumah atau graduan yg menganggur..

      Kita ajar kemahiran 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Ha’a boleh lah kalau nakkan servis spa terus ke rumah!

      Reply
    1. syahida Post author

      Ya semoga dapat bantu wanita mengukuhkan kewangan keluarga 🙂

      Reply
  2. Mohd Aswad

    Bagus kursus ni.. sbb banyak kos boleh dijimatkan bila buka spa…

    paling best dia punya tagline ..”The Walking Beauty”
    lain dari yang lain

    Reply
    1. syahida Post author

      Hehehehe. Sesuai untuk para wanita 🙂

      Reply
    2. syahida Post author

      Ya.. tak yah la modal besar2 sampai bukak kedai kan..

      Kita nak bagi caj pun tak yah mahal2 mcm kat kedai spa..

      Reply
    1. syahida Post author

      Hehehe… Ya memang. Kita pun bukannya ada modal besar kan? Seboleh-bolehnya nak bisnes yang perlukan modal yang palingggg minima!

      Reply
    1. syahida Post author

      Ya betul… Boleh buat di rumah jeee jimat banyak!!

      Reply
  3. Main Saham

    Ramai org bekerjaya malas nak kluar rumah hjg minggu yang slalu ambil.. Mereka ingin rehat di rumah shj

    Reply
    1. syahida Post author

      Ada juga orang berkerjaya yang rajin nak cari extra income 🙂 Mereka nak kuar daripada comfort zone 🙂

      Reply
  4. Pingback: Testimoni Peserta Kursus Mobile Spa “The Walking Beauty” • SyahidaShukri

  5. Pingback: Apa Itu Projek Spa 'The Walking Beauty'? • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge