Kursus SPA The Walking Beauty 2018 – Kursus Spa Termurah!

By | 05/04/2018

Hai Assalamualaikum semua :). Hari-hari pun ada yang hubungi saya tanya tentang kursus mobile spa di bawah ‘The Walking Beauty ni. Maklumlah, Kursus Spa Termurah lah katakan!! Saya sebenarnya tak sangka, begitu ramai orang yang sebenarnya berminat nak cari side income dengan bisnes spa tanpa kedai, Mobile Spa ni. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada anda yang berminat nak pelajari kursus spa ini dan lebih-lebih lagi yang berminat nak menyertai Kursus Spa di bawah ‘The Walking Beauty’ atau singkatannya TWB.

Kursus Spa Termurah di bawah Projek Spa ‘The Walking Beauty’

Kursus Spa Termurah

Pakej Kursus Spa ‘The Walking Beauty’ Bermula April 2018

OK for those yang baru lagi dengan projek Spa TWB ni, saya brief sedikit apa yang spa training kami sediakan dan saya akan explain, kenapa Kursus Spa The Walking Beauty adalah Kursus Spa Termurah.

Basically, Kursus Mobile Spa TWB kita ini menyediakan :

  • 5 courses (facial relaxing treatment, body scrub, sauna herbs, aroma milk bath, foot & hand spa)
  • 1 advanced course (how to setup & run mobile spa)
  • manual lengkap dan bercetak mengenai course yang akan diajar
  • beauty products & skincare Youth dari Shaklee
  • hands-on practical training
  • free membership Shaklee
  • sijil beautician
  • trial kit spa
  • teknik marketing
  • support group
  • berpeluang bersama-sama dengan ahli TWB dalam lawatan ke luar negara setiap tahun

Dan mulai bulan April 2018 ini, Pakej Kursus Spa di bawah The Walking Beauty ini bakal melengkapkan lagi pakejnya dengan menyediakan bersama beberapa alatan untuk spa agar beauticians boleh terus start servis spa mereka IMMEDIATELY, right after training. Seperti :

  • beg ekslusif mobile spa
  • steamer
  • mangkuk
  • Ion massager

Bermakna setiap orang yang menyertai Kursus Mobile Spa TWB bakal mendapat COMPLETE barangan untuk terus menjalankan bisnes spa mereka. Bermakna mereka boleh terus prepare modal untuk betul-betul setup bisnes spa ni. Sebab sebelum ni, those yang join TWB sebelum ni hanya mendapat barangan kecantikan, trial kit spa dan skincare. Kami tak provide beg spa atau alatan macam steamer atau ion massager sebab kami berikan kelonggaran kepada mereka untuk mendapatkannya mengikut bajet memasing.

Tapi mulai April 2018, InsyaAllah kita akan provide terus barang-barang ni dan sekalikan dalam pakej kursus spa yang complete. Jadi tak perlu la anda susah-susah nak mencari dan survey kan.. Kami dah siap sediakan semua untuk anda. Amacam ok tak ? 🙂

Jujurnya saya memang kerap ditanya juga tentang alatan mesin ini. Sebab biasalah spa kan memang ada mesin-mesin dia yang diperlukan, kan? Kalau sebelum ni kami menjawab kami tak provide, kini kita akan provide. Tujuan kami provide ni supaya nak memudahkan kerja anda la jugak. Kiranya join je dengan full package, anda dah siap dapat semuanya.

Bila kesemuanya dah complete, siap dengan beauty products, skincare, module hardcopy, hands-on training, support group, peralatan spa, beg dll, maka YURAN PENYERTAANnya pun tentulah dah bertambah ya! Kiranya tak de dah harga full package RM 1,299 lagi. Mulai akhir Mac 2018 dan April 2018, Pakej Kursus Mobile Spa kita dah menjadi RM 1,999.

Pakej Kursus Mobile Spa ‘The Walking Beauty’ 2018 : RM 1,999

Kenapa Ia Dikatakan Kursus Spa Termurah? Mahal Tak Sebenarnya Kursus Mobile Spa TWB Ni?

Kursus Spa Termurah : Dapat Complete Youth Skincare

Perlu ditekankan, there’s no hidden charges in RM 1,999. Peserta akan mendapat complete produk premium dan natural Youth skincare yang tengah viral tu sekarang ni. Complete tau Youth skincare ni dari Cleanser, Toner, Serum, Moisturizer, Night Cream dan juga Radiance C+E. Semua sekali ada 6 item. Banyak tu. Yang jumlahnya adalah worth RM1.4k untuk FULL SET YOUTH ni saja.

Youth Skincare

Youth Skincare yang bakal anda perolehi dalam Pakej Lengkap Kursus Spa TWB. Tengok lah ramuannya yang membuatkan ia produk skincare yang premium dan ekslusif. Kesan penggunaan skincare ni adalah superb!

Baca mengenai YOUTH Skincare :

Penjagaan Kulit Anti-Penuaan dengan Shaklee Youth

Rangkaian Set Penjagaan Kulit Youth Complex

Keputusan Klinikal Youth Skincare Tanpa Kompromi

Kursus Spa Termurah : 5 Courses Spa & Marketing Course

Kemudian para peserta akan dapat pelajari 5 courses untuk spa iaitu Facial Relaxing Treatment (termasuk teknik Face Massage yang sangat-sangat bernilai), Body Scrub, Sauna menggunakan herba, Aroma Milk Bath dan Foot & Hand Spa. Semua ni dah complete dah untuk anda buat Pakej Pengantin. Yang mana satu pakej Spa Pengantin pun dah boleh charge ratus-ratus. Sangat valuable, kan? Dan semua ni akan diajar kepada anda :-). Eh korang. Setiap course ni tak cikai tau. Setiap satu daripadanya ada nilai ekslusifnya tersendiri.

Next, anda akan belajar How To Setup & Run Mobile Spa. Home Spa or Mobile Spa? Dua-dua pun lebih kurang sama aje. Dua-dua pun boleh buat. Kita tunjuk ajar macam mana anda boleh terus jalankan bisnes spa ini sebaik sahaja selepas selesai training dan bagaimana dengan sistem Spa bawah TWB, anda tak perlu risau legal ke tidak bisnes aku ni untuk aku jalankan. Haa.. no worries!! Sebab dengan spa TWB, anda boleh jalankan bisnes ni terus tanpa was-was.

Kursus Spa Termurah : Beauty Products Semulajadi & Bermutu Tinggi

Kemudian anda akan terus dapat Beauty Products, yang selain daripada Skincare. Beauty Products ni termasuklah bahan-bahan untuk masker, untuk scrub serta sauna.. Dan kalau nak tahu juga, bahan-bahan yang kami gunakan bukannya cikai-cikai okay!! International products mari dan semuanya diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi sahaja! Siap ada Scientific Studies dan Clinical Tests lagi pernah dijalankan ke atas produk-produk ini yang menunjukkan bahawa ia produk jenis selamat dimakan dan tidak memudaratkan. Haa terkejut kau masker dan scrub kita benda leh makan dan bahan bermutu tinggi!! So bayangkan lah sekiranya ia selamat dimakan, selamat masuk ke dalam perut, maka apatah lagi kalau ianya disapu ke atas kulit muka, kan.

Kursus Spa Termurah : Dapat Kit Spa & Alatan Facial

Kemudian ada juga alatan asas untuk buat facial macam head band, brush, dan sponge kan. Kita juga dah siap bagi Beg Eksklusif Mobile Spa dan bagi alatan mesin untuk facial seperti steamer dan massager, yang mana anda dah boleh terus buat spa right after training.

Kursus Spa Termurah : Support Group & Mentor

Anda juga siap dapat buat Hands-on Practical Training, dapat Hardcopy Module, dapat Support Group selepas training, dapat diajar camne nak dapat customer, diajar tentang teknik marketing, dapat berterusan duduk dalam networking group TWB yang sangat ramai dari seluruh Malaysia, pastu dapat mentor lagi. Haa… Best tak best tak? Kiranya anda taklah berseorangan selepas training nanti. Penting ke ni?? Yesss penting sangat-sangat!!

Kebanyakan training spa di luar sana, lepas je training, awak dilepaskan berseorangan untuk jalankan bisnes spa awak. Last-last, spa pun tak berjalan walaupun selepas habis training. Kita tak macam tu. Yes ia memang bisnes milik anda, tapi dengan sistem spa TWB, kita akan bersama dengan anda rapat-rapat. Walaupun selepas selesai training. Kita sudi tolong anda promote spa, tolong provide consultation tentang produk spa dan bisnes spa, tolong anda bermotivasi dalam bisnes spa, tolong anda camne nak jalankan marketing, dan macam-macam lagi. Siap bagi coaching bisnes online secara berterusan lagi. Tapi pendapatan bisnes spa anda adalah milik anda. Tak perlu bagi TWB sebarang komisyen. Ok sangat kan?

Cuma kita ada beberapa syarat untuk anda keep on dapat bimbingan dan coaching daripada kami. Syaratnya anda mestilah tetap terus menggunakan produk Youth skincare dan barangan Shaklee dalam bisnes spa anda. Ini adalah amanah yang perlu dijaga dalam sistem bisnes Spa TWB.

Actually you have nothing to lose pun bila guna produk Shaklee. Sebab jenama Shaklee dah sangat dikenali yang ia adalah syarikat yang mengutamakan barangan yang berkualiti tinggi, dengan hanya menggunakan bahan-bahan dan ramuan semulajadi, tiada langsung bahan kimia berbahaya atau mencurigakan, malah diperkaya dengan banyak kajian saintifik dan kajian klinikal di sebalik setiap produk-produknya. Sebab tu, silalah gunakan produk Shaklee ke atas customers spa anda TANPA WAS-WAS.

Baca mengenai Keistimewaan Menggunakan Shaklee dalam Spa ‘The Walking Beauty’.

So, sebenarnya kalau anda gunakan Shaklee dalam Spa, anda dapat sediakan servis spa yang sangat berkualiti tinggi, kan? Sebab bahan natural, ada international patent, ada scientists, ada testimoni seluruh dunia, ada nutritionists yang boleh bantu atasi masalah kulit customer, of course ada kelulusan KKM, ada juga sijil Halal, ehh macam-macam lah ada. Lagi BONUS buat servis spa anda kan? Ia adalah VALUE yang anda boleh tawarkan dalam servis spa anda. Dan kami inginkan customers spa TWB semua dapat merasai ekslusifnya produk-produk semulajadi bermutu tinggi ini. Sama macam mereka, kami pun mencintai produk-produk semulajadi tapi bermutu tinggi.

Kursus Spa Termurah : Kursus Spa Bersijil

Kemudian setelah selesai menjalani training kita secara praktikal, anda akanterus layak  untuk mendapat Sijil Beautician daripada kami. Jadi kursus spa bersama TWB ini bukan sahaja cukup lengkap dengan ilmu, peralatan dan bimbingan, malah ia juga dilengkapi dengan Sijil yang akan certify yang anda dah menjalani training bersama kami. Haa boleh lah tayang dalam frame gambor ye!! Bangga kan rasa? Hehehehe..

Kursus Spa Termurah : Travel Rewards

Spa TWB juga suka mengadakan travelling dan holiday sebagai Yearly Treat buat semua ahli-ahlinya. Dengan pendapatan spa kami, kami dapat menabung dan menyertai percutian ke luar negara sebagai REWARDS dan ME-TIME :-). Seronok, kan!!

Baca : Apa Itu Projek Spa “The Walking Beauty” untuk melihat trips menarik yang telah kita lawati.

Penutup

So InsyaAllah… Apa yang bakal anda dapat dalam Pakej Kursus Spa TWB sebanyak RM1,999 ini adalah SANGAT BERNILAI dan SANGAT BERBALOI dengan apa yang anda laburkan. Berdasarkan semua NILAI ini, ia pasti akan memberikan anda option untuk mendapatkan Kursus Spa Termurah di antara kesemua kursus spa yang ada di luar sana. Cukup dengan segala yang anda perlukan. Dengan support group yang berterusan, anda tak perlu khuatir kecundang di pertengahan jalan. Kita sentiasa akan motivate dan bakar anda dengan aktiviti-aktiviti spa dan ‘get-together’ kami, berserta Youth Party yang akan buatkan anda terus teruja dan minat dengan bidang spa dan kecantikan ini.

Youth Gathering Party

Youth Gathering Party yang diadakan di AVANI Sepang.

Dan berdasarkan daripada Proven Results daripada beauticians kami, MODAL anda akan berjaya anda dapat kembali. Asalkan anda seorang yang BERUSAHA, BERMINAT dan RAJIN. Keep on sharing, keep on being passionate in beauty & spa, and know why you started in the first place.

Baca mengenai Sejauhmana Bisnes Mobile Spa Boleh Memulangkan Balik Modal?

InsyaAllah anda memang takkan menyesal menyertai team spa The Walking Beauty ini. 🙂

Jemput baca : Saat Magika Bersama TWB Saya, yang pernah saya rakamkan dalam tulisan.

Berminat nak sertai training TWB dan menjadi ahli beautician TWB? Hubungi saya, jangan segan-silu!! Whatsapp 012-6753078 atau Add Friend di FB.

Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar

SID 1143254

Ahli “The Walking Beauty” dan Pengedar Bebas Shaklee

8 thoughts on “Kursus SPA The Walking Beauty 2018 – Kursus Spa Termurah!

  1. Pingback: Buat Duit Dengan Mobile Spa Selepas SPM • SyahidaShukri

  2. Pingback: Apa Itu Projek Spa 'The Walking Beauty'? • SyahidaShukri

  3. Pingback: Cara Bebas Hutang Melalui Bisnes Spa Shaklee 'The Walking Beauty' • SyahidaShukri

  4. Pingback: Kursus Spa 1 Hari Bersama TWB • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge