Kursus Spa 1 Hari Bersama TWB

By | 16/05/2018

Hai Assalamualaikum! Ada yang mencari kursus spa 1 hari?? Kebanyakan kursus spa di luar sana akan pasti ambil masa 1 whole day dari pagi hingga ke petang. Kenapa yang lama sangat tu? Kesian juga kat para peserta yang susah nak dapat cuti atau susah nak tinggalkan anak-anak lama-lama. Ada pula yang datang dari jauh untuk menghadiri kursus spa. Jadi kalau kursus spa ni ambil masa at least 2 hari, emm bagi saya ia agak membebankan.

Kursus Spa 1 Hari TWB

Kursus Spa 1 Hari TWB

Dapatkan Kursus Spa 1 Hari Bersama TWB

Saya seorang Ibu yang mempunyai 3 orang anak. Kali pertama saya menghadiri training spa TWB adalah ketika anak kedua saya baru saja berusia sekitar 5 bulan. Saya direct breastfeed anak saya, jadi saya memang tak boleh langsung berpisah dengan anak walau beberapa jam, apatah lagi beberapa hari. Memandangkan saya seorang surirumah, anak-anak memang amat memerlukan saya sebab saya penjaga mereka sepenuh masa.

Ketika saya datang training untuk Facial Relaxing Treatment, saya bawa sekali baby saya tu. Mak saya ikut sama supaya boleh tolong tengok-tengokkan baby. Bila tiba masa baby nak susu, saya stop kejap training dan pergi menyusukan bayi saya. Kemudian mak saya tolong tidurkan. Ini pengalaman saya dan saya terasa sangat mudah bila TWB menawarkan kursus spa 1 hari yang amat convenient untuk ibu dan surirumah seperti saya.

Saya training lagi sekali dengan TWB untuk complete 5 courses yang ada dalam TWB. Jadi selain refresh ilmu dan kemahiran saya dalam Facial Relaxing Treatment, saya belajar pula course Aura Milk Bath, Body Scrub, Herbal Sauna dan Hand & Foot Spa. Semuanya hanya course yang paling tinggi permintaan dan paling mudah membuat duit.

Untuk training kali kedua ni, saya dah dapat anak ketiga pulak. Hehe. Pun sama, saya bawa sekali bayi saya yang baru berusia 4 bulan masa tu. Sambil dengar sambil menyusu bayi. Bayi pun saya boleh letak sekejap di sebelah untuk saya beri perhatian kepada training.

Lihat betapa mudah training spa TWB untuk ibu-ibu seperti saya? Sangat best kan? Tak perlu pun datang banyak hari dan duduk sana lama-lama. Cukup at least 4 jam, peserta training spa TWB dah boleh belajar hands-on practical training untuk mulakan bisnes spa! Hands-on tau.

Kursus Spa 1 Hari TWB : Mother-friendly and Muslimah-friendly

Jadi saya boleh katakan Kursus Spa TWB kita ni memang sangat-sangat Mother-friendly. Mak-mak tak perlu lagi risau nak tinggalkan anak-anak. Kalau tak boleh tinggalkan, angkut je bawa ke rumah trainer dan berikan mereka sesuatu untuk dibuat. Trainer takkan marah, jangan risau. Hehehe.

Sebab kita pun golongan ibu. Kita faham yang tak semua wanita yang ada peluang untuk pergi kursus yang lama dan pergi kursus selama sehari suntuk atau hingga 2 hari. Kita juga faham yang tak semua wanita itu boleh tinggalkan anak-anak mereka. Lain lah kalau mereka ada maid atau ada suami yang sudi nak take care anak-anak sekejap..

Kita juga faham yang kaum ibu perlu cepat dan tak boleh spend time lama-lama sangat dalam kursus ni. Buat apa kalau attend kursus yang lama tapi takde result. Kita dalam TWB amat mementingkan result.

Kalau Mak perlu attend pada bayi, boleh je layan baby.. Dan kita take turn untuk training atau hands-on. Kalau nak BF secara private, ibu-ibu boleh BF di dalam bilik.

Selain mother-friendly, Kursus Spa 1 Hari TWB juga Muslimah-friendly. Ni penting k untuk training spa. Mana boleh open sebab kita akan mendedahkan aurat rambut dan kita akan berada dalam posisi baring untuk sesi facial. Jadi dalam Kursus Spa TWB, InsyaAllah, aurat anda akan tetap terpelihara. Kalau tangkap gambar pun, kita make sure rambut dan dada semua covered ya.

Kursus Spa 1 Hari TWB : Training Dalam Kumpulan yang Kecil

Class or training sessions kita tak ramai. Kita kalau buat training, paling sikit adalah dengan seorang peserta, paling ramai pun dalam 4 orang. Training kita pun semua by appointment dengan trainer. Tak perlu resah kalau nanti dalam training ada ramai sangat orang dan anda takut anda akan terpinggir. Konsep training kita by availability. Kita akan pilih tarikh training yang sesuai untuk kedua-dua trainer dan juga peserta.

Bukannya setiap minggu ada training. Asalkan ada yang nak belajar full package, kita terus set appoinment. Sebab tu, anda training sorang-sorang pun boleh. Kalau katakan kebetulan ada ramai orang yang nak training dalam masa yang sama, itu yang training session boleh cecah sampai 4 orang. Bergantung kepada permintaan dan availability ye.

Kursus Spa 1 Hari TWB : 1 Hari Dah Cukup?

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa Kursus Spa TWB tak ambil masa yang lama sampai berhari-hari? 1 hari je dah cukup ke? 4 jam je pulak tu? Biar benarrr!! Haha.

Latar Belakang Modul Spa TWB

Bagaimana Modul TWB ni dicipta? Memandangkan ramai juga orang yang bertanya tentang harga Full Package Kursus Spa TWB RM1999 yang terus boleh cover 5 courses ni, jadi sini saya cuba explain. Mereka tanya, boleh ke nak cover dalam masa sehari atau paling singkat pun, 4 jam? 5 courses pulak tu? Menarik sangat tu. Yup memang menarik. Sebab tu Kursus Spa TWB sangat lain daripada yang lain.

Orang akan nampak NILAI dalam Kursus Spa TWB ni bila ia terus boleh ajar 5 courses :

  1. Facial Relaxing Treatment
  2. Body Scrub
  3. Aroma Milk Bath
  4. Sauna Herbs
  5. Hand & Foot Spa

Kita juga berikan complete peralatan untuk spa, sijil beautician dan trial kit spa. Termasuk course tentang bagaimana untuk setup dan run bisnes Mobile Spa ini.

Sebelum founder TWB come out dengan module TWB ini, Puan Founder telah attend sangat banyak training spa di tempat lain. Facial Treatment saja ambil masa 1 whole day dari pagi ke petang. Sama juga dengan kursus Body Scrub, ambil masa selama 1 whole day. Jadi purata masa yang beliau ambil untuk belajar kesemua kursus yang beliau attend ni jumlahnya minimum 2 hari..

Harga kursusnya juga bukannya murah. Kursus Spa sebenarnya sangat mahal. Untuk kursus facial sahaja, beliau bayar sebanyak RM500-650 untuk belajar facial sahaja. Tanpa mendapat sebarang produk! Bayangkan, untuk 1 kursus facial je, tanpa produk dah ratus-ratus.

Sama juga dengan body scrub, sauna dan foot & hand spa, beliau belajar RM1000 harganya. Tak masuk lagi kursus Mobile Spa tentang bagaimana nak setup & run mobile spa, kos kursusnya adalah sebanyak RM2000-3000. Sebab tu, kesemua kursus ni tak murah.

Selepas beliau hadiri kesemua kursus, beliau come out dengan Module Spa TWB yang merupakan compilation kepada kesemua kursus spa yang beliau hadiri yang berjumlah beribu-ribu ringgit di atas nilainya. Kesemuanya sebanyak 5 course ini di-compresskan dalam module Spa TWB yang peserta boleh belajar dalam masa 4 jam atau sehari.

Modul Spa TWB juga dicipta dengan lengkap, mudah difahami dan mudah diaplikasikan bersesuaian dengan kesemua golongan wanita. Sebab kita pun faham yang tak semua wanita yang mampu untuk menyertai banyak kursus spa macam ni untuk belajar kesemua kemahiran spa.

Kalau katakan anda belajar kursus spa lain di luar pun, apa yang akan anda belajar tu sama jugak. Cuma TWB punya kita dah compile-kan semua dalam 1 module spa TWB dengan 5 course tu semua belajar dalam 1 hari je. Haa special tak?!

Sebab itu, sangat-sangat beruntung sebenarnya buat mereka yang join Kursus Spa The Walking Beauty. Sebab kita adalah Projek. Kita bukannya belajar kursus spa untuk jalankan training di luar sana. Tapi kita adalah Projek Spa Shaklee yang menjalankan servis spa dengan produk-produk selamat, power dan berkualiti tinggi.

Jadi, kalau anda tanya, apa dia kelainan yang ada dalam Kursus Spa TWB? Kursus Spa TWB sangat lain daripada yang lain bila mana ia ada :

  1. Modul yang sangat powerful
  2. Produk yang sangat berkualiti
  3. Support group yang sangat happening

Penutup

Jadi itulah sebenarnya sejarah dan latar belakang TWB ni yang menjadi tanda tanya ramai orang. Yang penting bagi kita adalah anda mendapat ILMU dan dengan ILMU tu, anda dah terus boleh PRAKTIKKAN. Seterusnya berjaya mendapat HASIL daripada apa yang kita ajarkan. Yang penting bagi kita adalah RESULT. Buat apa belajar banyak kursus spa tapi takde result kan? Buat membazir duit je. hehehe. Tapi dengan Kursus Spa TWB, kita ada banyak PROVEN RESULTS yang Modul Spa kita ni sangat-sangat MUDAH, sangat-sangat BERKESAN dan sangat-sangat MENGUNTUNGKAN.

Tak sabar-sabar dah nak join Kursus Spa Bersama TWB dan buat duit kepuk-kepuk?

Boleh rujuk dalam Entry Kursus Spa The Walking Beauty 2018 untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pakej Kursus Spa Lengkap dalam TWB ini.

Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar

012-6753078

Ahli The Walking Beauty dan Pengedar Bebas Shaklee

6 thoughts on “Kursus Spa 1 Hari Bersama TWB

    1. syahida Post author

      Ya.. amat memudahkan kerja2 memulakan bisnes ni 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Hihi.. ALhamdulillah ramai yang grab kursus ni 🙂

      Reply
  1. Gum Arabic Al-Manna
    Twitter:

    Kursus spa dalam masa satu hari lebih memudahkan peserta terutama yang dah berkeluarga dan mempunyai anak kecil. Selalunya aktiviti yang memakan masa lebih sehari mendapat penyertaan yang kurang bukan kerana aktiviti itu tak bagus, tapi masalah yang dihadapi peserta sebagaimana dinyatakan. Mudah-mudahan penyertaan ke kursus spa TWB mendapat perhatian ramai.
    Gum Arabic Al-Manna recently posted…Al-Hawa AmeerMy Profile

    Reply
    1. syahida Post author

      Itu yang kita nak bantu kaum ibu yang minat nak belajar 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.