Kursus Berpantang dan Penjagaan Ibu Selepas Bersalin

By | 26/07/2019

Assalamualaikum semua. InsyaAllah Team Kursus Mobile Spa TWB kini bakal memperkenalkan semula Kursus Berpantang dan Penjagaan Ibu Selepas Bersalin mulai Julai 2019, sebagai tambahan kepada Kursus Mobile Spa yang sedia ada. Dulu kami pernah buat dah tapi dihentikan sementara. Sekarang InsyaAllah kami sambung semula hehe.

Peserta-peserta Kursus Berpantang dan Penjagaan Ibu Bersalin gembira mendapat sijil masing-masing.

Tambahan Kursus Berpantang dan Penjagaan Ibu Selepas Bersalin ini adalah untuk memberi peluang kepada Beautician Mobile Spa TWB yang berminat untuk menambahkan servis perkhidmatan Mobile Spa mereka kepada servis penjagaan ibu selepas bersalin.

Jadi, boleh lah Beautician Spa TWB menawarkan lebih banyak perkhidmatan dan pilihan kepada pelanggan-pelanggan. Memandangkan permintaan terhadap penjagaan ibu selepas bersalin ni sebenarnya sangat tinggi dan semakin meningkat.

Oleh itu, kelebihannya bagi mereka yang menyertai Kursus Mobile Spa TWB, mereka bukan sahaja bakal mempelajari kursus-kursus Mobile Spa (ada 5 course iaitu facial relaxing treatment, body scrub, mandian aura, sauna herba dan hand & foot spa) tapi mereka juga bakal mempelajari
Kursus Berpantang dan Penjagaan Ibu Selepas Bersalin .

Beautician Spa boleh tawarkan perkhidmatan ini kepada ibu-ibu selepas bersalin dan kemudian menawarkan servis Spa (yang 5 course tadi) sebagai Pakej Penutup Pantang pula :-).

Maka bertambah complete la kursus Mobile Spa yang ditawarkan The Walking Beauty atau TWB ini.

Ehhhh kejap kejap. Tak pernah dengar apa tu TWB?

Secara ringkasnya, TWB adalah The Walking Beauty, iaitu sebuah organisasi yang menawarkan kursus mobile spa dan servis spa menggunakan rangkaian produk daripada jenama Shaklee.

Tapi kenapa Shaklee kan?

Disebabkan kami mencintai nutrisi dan kesihatan serta kecantikan dari dalam, kami memilih untuk menggunakan produk yang semulajadi, berkualiti tinggi, mempunyai kajian saintifik dan bukti penyelidikan yang meyakinkan dan yang pastinya telah dijamin memberikan kesan-kesan yang terbaik dan berkesan kepada pengguna-penggunanya.

Sebab bagi kami, kami utamakan kualiti dan produk yang bukan cikai-cikai dalam servis kami. Kami juga mengutamakan kepuasan pelanggan serta berhasrat mempunyai pelanggan yang mengulangi servis-servis kami.

Sebab itu, pemilihan produk dan jenama itu sangat-sangat penting. Keselamatan produk dan jaminan terhadap pelanggan juga menjadi keutamaan kami. Shaklee amat popular dengan Tagline “Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam”.

Oleh itu, kami amat yakin yang segala servis kami dan produk yang kami gunakan ini bakal memberikan pengalaman dan keberkesanan yang terbaik buat semua pelanggan-pelanggan kami. Begitu juga dengan kualiti servis Beauticians kami 🙂

Produk yang digunakan akan pasti memberi effect terhadap kualiti servis kita juga, betul tak?

So, peserta-peserta Kursus Mobile Spa TWB semua jangan risau! Sebab TWB sentiasa menggunakan produk yang berkualiti tinggi, dijamin berkesan dan memuaskan hati, sentiasa semulajadi dan selamat serta sentiasa mesra alam. Hehehe.

Kursus Berpantang dan Penjagaan Ibu Selepas Bersalin ‘Mother’s Recovery’ atau MoRec Treatment

Memperkenalkan ‘Mother’s Recovery’ atau singkatannya MoRec di dalam Kursus Berpantang dan Penjagaan Ibu Selepas Bersalin TWB.

Apa yang bakal anda pelajari dalam MoRec ini?

  1. Urutan tradisional (sengkak, ibu hamil, ibu normal & pembedahan)
  2. Cara membuat param dan pilis menggunakan produk Shaklee
  3. Jadual pemakanan Set Berpantang Shaklee
  4. Pemakaian bengkung
  5. Tangas kering dan basah
  6. Bertungku
  7. Penjagaan bayi (tuam, mandi, bercukur)

Jadi, InsyaAllah apabila anda menyertai Kursus Mobile Spa TWB berserta
Kursus Berpantang dan Penjagaan Ibu Selepas Bersalin ini, anda akan menjalani Kursus Mobile Spa selama 1 hari, kemudian Kursus MoRec ini pada 1 hari yang lain pula.

Tak boleh semuanya 1 hari. Pengsan nanti. Haha! Nak belajar Kursus Mobile Spa yang 5 course tu pun dah agak memenatkan dan ambil masa 1 hari. Hihi.

Kelebihan Mempelajari Kursus Berpantang dan Penjagaan Ibu Selepas Bersalin

Trending sangat sekarang bila ibu-ibu selepas bersalin sentiasa tercari-cari orang yang boleh menjaga mereka ketika tempoh berpantang. Yang menjadi masalah zaman sekarang adalah servis yang tinggi demand tapi supply tak begitu mencukupi lagi.

Ada tu yang appointment Confinement Lady dah fully booked sampai berbulan-bulan lamanya kerana begitu banyak permintaan. Jadi sebab itulah kami di Mobile Spa TWB, berhasrat untuk memenuhi keperluan ini.

Di samping itu, dapat menambahkan peluang bisnes kepada para wanita yang meminati bidang ini.

Dengar kata pendapatan buat servis penjagaan ibu ni sangat lumayan, betul ke?

Ya memang betul!! Tak caya, jom baca artikel berita ini 🙂

Kemahiran Urus Ibu Berpantang Jana Pendapatan Lumayan

Ini pula kisah pengalaman beautician Spa TWB kami, Puan Eyqa yang telah upgrade kepada kursus berpantang dan penjagaan ibu selepas bersalin selepas menjalani kursus Mobile Spa TWB.

Baca : Dari Peniaga Jalanan, Menjadi Confinement Lady Berpendapatan 5 Angka

Menarik bunyinya kan?

Kalau anda seorang wanita yang suka menceburi bidang servis dan suka menawarkan perkhidmatan kepada kaum wanita untuk kecantikan dan kesihatan, then anda sesuai sertai Kursus Mobile Spa TWB dan Kursus Berpantang dan Penjagaan Ibu Bersalin MoRec ini 🙂

Yang paling penting adalah minat anda. Kemudian kesungguhan anda untuk menawarkan servis kepada kaum wanita dan para ibu. Kami di TWB akan menyediakan segala yang anda perlukan untuk menjadi ahli terapis yang bukan sahaja berilmu dan berkemahiran, malah menjadi ahli terapis yang berjaya InsyaAllah.

Asalkan anda berani mencuba, tak mudah putus asa, mempunyai minat yang mendalam dan kesungguhan untuk berjaya.

Berapa Harga Kursus Mobile Spa dan MoRec TWB ini?

Kursus Mobile Spa serta Kursus Berpantang dan Penjagaan Ibu Bersalin adalah dalam Pakej C
Senarai Pakej yang terdapat dalam Kursus Mobile Spa TWB. Kursus Mobile Spa serta Kursus Berpantang dan Penjagaan Ibu Bersalin adalah dalam Pakej C.

Pakej C – Kursus Mobile Spa (Total 5 Course) dan Kelas Berpantang dan Penjagaan Ibu Bersalin – berharga RM2,999.

Dilengkapi dengan semua alat dan bahan-bahan untuk memulakan bisnes spa. Termasuk harga kursus, harga trainer, harga sijil, harga barang, dan semua sekali lah dah include semua.

Harga ini ALL-IN dan dah tak ada extra charge lagi selepas pembayaran ini. Pembayaran juga hanya diterima sekaligus, tanpa sebarang ansuran. Kalau tak cukup modal, Puan-puan boleh saja ambil Pakej A dulu (ada Mobile Spa sahaja) dan kemudian upgrade ke Pakej C.

Tapi tak berapa untung la sebab ambil satu satu kan. Nak lagi jimat dan menguntungkan, ambil terus Pakej C supaya anda boleh terus join dua-dua course pada harga paling minimum.

Penutup

Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan ye. InsyaAllah saya bantu. Di mana kursus diadakan? Mobile Spa diadakan di pelbagai lokasi di seluruh Malaysia. Hanya Kelas Berpantang saja yang biasanya kami adakan di sekitar Lembah Klang sahaja.

Boleh hubungi saya, Shye di 012-6753078 atau Whatsapp :-).

Salam Mesra,
Wan Syahida Kahar
Trainer dan Leader TWB (since 2015)
Pengedar Shaklee (since 2014)

20 thoughts on “Kursus Berpantang dan Penjagaan Ibu Selepas Bersalin

    1. syahida Post author

      Ya terima kasih :-). Memang nak bantu para wanita yang berminat dengan bidang servis.. boleh menambah pendapatan 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Hehehe.. Sebab tu ada demand di luar sana 🙂

      Reply
  1. Ayu Rafikah
    Twitter:

    Wahh ada set berpantang ehh shaklee. Siap pakej mobile lagi. Zaman sekarang memang mudah. Janji kita selesa why not kita cuba pakej yg ditawarkan

    Reply
    1. syahida Post author

      Zaman sekarang , semuanya mobile je kan! So sama juga dengan spa dan berpantang. haha…

      Reply
    1. syahida Post author

      Alhamdulillah.. ni dah combine Confinement Services dengan Shaklee, semoga ramai yang suka. Hehehe

      Reply
    1. syahida Post author

      Yess spa bergerak atau mobile spa. Ada je orang mencari servis ni. So boleh la ambil peluang buat duit dalam bisnes ni 🙂

      Reply
  2. precious cla

    Program macam ni memang baik sangat khusus buat para wanita dan bakal ibu-ibu. Artikel yang beinfo dan berguna. Thanks for sharing

    Reply
  3. Zharif Azis

    Wahhhh tak sangka ada servis mcm nie ya sekarang. Mudahlah bila ramai ada kepakaran dan ilmu berpantang nie. Boleh turunkan ilmu utk generasi muda.

    Reply
    1. syahida Post author

      Ya.. nanti isteri awak pun boleh la ambil servis ni ok 🙂

      Reply
  4. Faries

    Bagusnya join kursus-kursus macam ni. Untuk wanita-wanita yang pertama kali akan melalui proses ini pasti akan lebih bermanfaat.

    Reply
  5. Halimah
    Twitter:

    Bagusnya ada kursus mcm ni khas utk yg berminat bidang ni, mmg Untung bljr kursus ni blh tambah pendapatan sbb kak pun mmg tukang urut ibu lps bersalin

    Reply
    1. syahida Post author

      ooo ya ke!! OK kan bisnes ni? Semoga semakin dimurahkan rezeki kak.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.