Kursus Berpantang 2018

By | 05/09/2018

Hai Assalamualaikum semua. Mungkin anda datang ke sini sebab nak cari maklumat mengenai Kursus Berpantang? OK, berita baik. Kami dalam Team Mobile Spa “The Walking Beauty” bakal menambahkan Kursus Berpantang di dalam Pakej Kursus Belajar Buka Spa Tanpa Kedai atau Kursus Home & Mobile Spa kami yang sedia ada.

Kalau anda belum tahu, TWB bermula dengan Mobile Spa yang hanya merangkumi 5 modul di dalam Pakej Lengkap Kursus Home & Mobile Spa iaitu :

  • Facial Relaxing Treatment
  • Sauna Herbs
  • Mandian Aura
  • Body Scrub & Urut Lulur
  • Foot & Hand Spa

Bermula September 2018 ini, InsyaAllah TWB akan menambahbaik Kursus Spa dengan menambahkan Kursus Berpantang pula. Sebenarnya jujur saya cakap, Mobile Spa yang merangkumi servis-servis di atas ni pun dah cukup banyak permintaan. Sangat-sangat banyak permintaan. Team beautician TWB pun tak putus-putus dapat bookings untuk Mobile Spa di seluruh Malaysia. Alhamdulillah, kebanyakan peserta yang sertai Kursus Lengkap Mobile Spa bersama TWB mudah dapat balik pulangan modal selama 1 hingga 2 bulan selepas mereka training praktikal. Yang tu yang penting, kan? Sebab TWB sangat-sangat mementingkan results. Anda join, anda laburkan modal untuk training, then anda juga mesti dapat balik modal itu melalui servis spa anda.

Kursus Berpantang Yang Trending Masa Kini

Pakej Berpantang kini menjadi buruan artis

Pakej Berpantang kini menjadi buruan artis

Sejak Datuk Seri Siti Nurhaliza gunakan Confinement Lady (CL) service dari Natalis untuk berpantang, wahh makin popular tau job CL ni. Sana sini orang survey berapa kos tempahan CL. Orang-orang yang nak bersalin la especially. Siap-siap cari khidmat CL. Yes, orang mencari! Sebab orang sekarang mahukan kesenangan. Mungkin mereka dah merasa pengalaman berpantang anak yang pertama atau kedua. Jadi bila anak ketiga, nak merasa khidmat CL pula. Ataupun mereka dah tak nak menyusahkan ibu atau ibu mertua yang menjaga mereka berpantang, jadi mereka menempah CL. Ada jugak yang duduk jauh daripada ibu, dan tak nak berpisah daripada anak-anak yang dah makin membesar yang memerlukan penjagaan, maka mereka mencari khidmat CL.

Alhamdulillah servis Berpantang untuk ibu-ibu selepas bersalin ni makin mendapat tempat di kalangan wanita di Malaysia. Sudahnya Confinement Lady sangat-sangat sibuk dan penuh dengan tempahan. Maklumlah, hari-hari pun ada orang beranak betul tak? Hehehe. Jadinya CL pun sibuk la sama. Bukan doktor bidan je yang sibuk kan? Tapi malangnya orang yang menawarkan servis ni berapa ramai je kat Malaysia ni. Servis khidmat berpantang atau penjagaan selepas bersalin ni belum begitu banyak dipelopori lagi. Demand pun dah melebihi supply.

Jadi, oleh yang demikian, Mobile Spa TWB akan tembusi bisnes servis Penjagaan Selepas Bersalin ini bagi membantu para wanita yang inginkan ketenangan, keselasaan dan penjagaan rapi ketika tempoh berpantang mereka, seolah-olah ada spa di rumah sendiri. Pada masa yang sama, Mobile Spa TWB juga menawarkan Kursus Berpantang dan ingin menawarkan peluang pekerjaan buat mereka yang berminat untuk menambahkan pendapatan melalui pekerjaan Confinement Lady ni.

Pakej Berpantang dan Urutan Selepas Bersalin TWB

Kursus Berpantang TWB 2018. Harga RM899.

Kursus Berpantang TWB 2018. Harga RM899.

Antara tawaran yang anda akan perolehi dalam Pakej Berpantang TWB adalah :

  1. Urutan tradisional
  2. Rawatan selepas bersalin
  3. Cara bertungku
  4. Cara sengkak yang tak memudaratkan
  5. Cara bertangas kering dan basah
  6. Spa & rawatan baby
  7. Cara pembuatan jamu
  8. Demo/praktis

Dan secara eksklusif lagi dalam Pakej Berpantang TWB, anda juga bakal menerima :

  1. Sijil penyertaan
  2. Bimbingan support group
  3. Kitab harga dan modules

Kesemua Pakej Berpantang ini berharga RM 899 sahaja ALL IN.

Apa Produk yang Kursus Berpantang TWB Gunakan?

TWB adalah spa yang menggunakan produk Shaklee. Jadi di dalam Kursus Berpantang TWB, kami menggunakan Set Berpantang Shaklee dan juga Set Hamil Shaklee.

Kehebatan dan keberkesanan kedua-dua set ni memang tak disangkal lagi. Dah ramai wanita di Malaysia yang memanfaatkan set ni untuk kehamilan dan berpantang. Jadi bayangkan, bila Khidmat Penjagaan Selepas Bersalin (Confinement Lady) yang ada complete service confinement tu pun dah include Set Pantang Shaklee dan Set Hamil Shaklee ni lagi, mesti lagi best kan Pakej Berpantang Mobile Spa kita! Dan kalau Pakej Berpantang biasa-biasa je pun dah high demand, kalau Pakej Berpantang dengan Spa Shaklee sure lagi banyak permintaan.

Boleh bacakan lebih lanjut tentang kelebihan Set Pantang Shaklee DI SINI :

Set Berpantang Shaklee – Kelebihan Yang Sangat Hebat!

Apa Nutrien Yang Penting Pada Waktu Sebelum Hamil dan Semasa Hamil?

Bagaimana Caranya Untuk Saya Sertai Kursus Berpantang Bersama TWB?

Untuk menyertainya, anda perlu menyertai Full Package Training Mobile Spa TWB dengan RM1,999 terlebih dahulu. Bacakan lebih lanjut di SINI :

Kursus Spa The Walking Beauty – Kursus Spa Termurah Di Pasaran

Kemudian, baru anda boleh UPGRADE ke Kursus Berpantang bersama TWB ini dengan hanya RM 899.

Pakej Berpantang dan Penjagaan Selepas Bersalin

Pakej Berpantang dan Penjagaan Selepas Bersalin

Berminat untuk sertai TWB dan Kursus Berpantang? Hubungi saya dengan KLIK di link Whatsapp saya DI SINI. Saya akan bantu anda sertai TWB dan pelajari Kursus Spa bersama kami 🙂

Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar

012-6753078

Ahli ‘The Walking Beauty’ sejak 2015

Pengedar Bebas Shaklee Seluruh Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.