Kisah Kejayaan Saya Dalam Shaklee

By | 18/09/2019

Hai Assalamualaikum. Best tak tajuk? Kali ni entry blog ini akan berkisar mengenair diri saya dan kisah kejayaan saya dalam Shaklee. Sedar tak sedar, dah 5 tahun saya menjalankan bisnes Shaklee ni sejak tahun 2014. Dalam tempoh tu, banyak sangat yang saya dah kecapi untuk diri saya sendiri dan juga keluarga saya. Bermula daripada saya yang tiada apa-apa, kini saya dah berubah menjadi orang yang lebih berkeyakinan, lebih berpenampilan dan berkerjaya.

Permulaan Saya

Kisah kejayaan saya dalam Shaklee. Bagaimana saya bermula.
Saya bermula sebagai pengguna Shaklee pada tahun 2014

Saya juga seperti kebanyakan orang lain. Bermula sebagai seorang pengguna yang ingin mencari solusi kepada masalah yang saya hadapi. Sebagai seorang yang baru resign dan baru bergelar surirumah sepenuh masa, ditambah pula saya baru saja hamil anak kedua, saya berasa terlalu penat dan letih.

Bermula dari situ, saya terpaksa mencari supplemen untuk memperoleh kekuatan bagi menjaga diri saya, anak sulung saya dan anak di dalam kandungan ketika berseorangan di rumah sementara suami saya pergi kerja.

Maka saya pun try lah produk Shaklee – Vitalea Iron Formula. Dipendekkan cerita, HB saya naik ke paras yang baik, tenaga saya kembali kuat dan saya dapat menjalani hari-hari kehamilan dengan lebih baik, Alhamdulillah.

Bila dah best, saya pun berminat nak daftar sebagai ahli dan terus berminat untuk menjalankan bisnes bersama Shaklee. Bila dah decide macam tu, terus saya jumpa Master upline direct saya, Master Ainul Shahrazad di rumahnya untuk coaching bisnes. Masa ni sekitar September atau November tahun 2014 ketika saya dah habis berpantang. Di sinilah kisah kejayaan saya dalam Shaklee sedang bermula.

Kisah Kejayaan : 2015-2016

Dari tahun 2015 hingga tahun 2016, saya mula berkongsi mengenai Shaklee dan membina organisasi saya. Berterusan belajar dan bercinta dengan nutrisi, saya mula mengembangkan ahli-ahli di bawah group saya. Sekitar akhir tahun 2016, Alhamdulillah saya berjaya menaiki rank pertama di dalam Shaklee iaitu Supervisor.

Kisah Kejayaan : 2017

Hasil kejayaan saya pada cycle 2016-2017, saya terpilih sebagai Leader yang layak untuk menghadiri Business Leaders National Conference (BLNC) yang Shaklee adakan buat pertama kali di Malaysia.

Masa ni, saya memang teruja sangat-sangat. Maklumlah, dijemput ke event khas Shaklee!! Dapat menghadiri Conference di Sunway Convention Center, dapat pelbagai free gift, dapat menjumpai leaders lain di dalam Shaklee, dapat jumpa sidelines lain dan dapat makan makanan sedap-sedap dalam jamuannya :-).

Nak tahu tak? Pada akhir tahun 2017 ni, ketika saya baru saja melahirkan anak ketiga saya Aafeeyah Syuhairah, saya berjaya mencapai rank Senior Supervisor pada 31 Disember 2017. Masa ni, saya baru hari ketiga berpantang. Aafeeyah lahir pada 29 Disember 2017 di Hospital DEMC, Shah Alam. Dan walaupun saya sedang terlantar di dalam wad labor room (selepas melahirkan), saya tetap continue bisnes Shaklee saya dan keep continue close deals dengan customers saya.

Sebenarnya nak fokus bisnes masa ni lagi mudah sebab dua-dua anak saya yang lain, mak saya jaga di kampung. Kat Hospital pula, baby memang asyik tido je. Dan saya pula, senang lenang je atas katil dan nurse yang uruskan semua. Haha. Best gilaaa!

Berkat kegigihan saya pada bulan tu dan berkat sokongan suami saya juga, dengan izinNya saya pun dapat naik rank Senior Supervisor, Alhamdulillah :-).

Kisah Kejayaan : 2018

Tahun 2018, saya berjaya melayakkan diri saya untuk menghadiri BLNC sekali lagi. Masa ni, walaupun saya masih berada dalam hari berpantang (hari ke 42), saya tetap gigihkan diri untuk hadir ke BLNC. Saya ditemani suami saya sekali lagi ;-).

Kisahnya pada tahun 2018 ni pula, Syukur Alhamdulillah, dengan izinNya, saya dapat menaiki rank Coordinator pula pada bulan Oktober 2018. Masa ni, saya berjaya lahirkan leaders Sabariah Sharif, Che Suraya dan juga kakak saya Wan Shakirah.

Sekitar majlis Master Celebration Master Ainul Shahrazad dan Master Athirah yang memberikan recognition kepada para leaders. Ketika ni saya menaiki stage untuk menerima sijil Coordinator :-).

Kisah kejayaan saya dalam Shaklee : Saya bersama barisan penerima anugerah rank Coordinator dalam Shaklee.
Saya bersama barisan penerima anugerah rank Coordinator dalam Shaklee.

Alhamdulillah, semua ni merupakan kenangan yang manis buat saya di sepanjang proses saya berkecimpung di dalam bisnes Shaklee ini :-).

Kisah Kejayaan : 2019

Untuk tahun 2019, saya berjaya melayakkan diri saya sekali lagi untuk ke BLNC. Jomm layankan gambar-gambar BLNC 2019 ni pula.

Sepanjang bisnes Shaklee juga, saya turut menerima beberapa recognition daripada upline Master saya, Master Ainul Shahrazad. Antaranya ialah, dengan menjadi TWB Top Scorer :). Beliau memang mentor saya yang cukup suka memberi pelbagai rewards kepada leaders nya. Antaranya, makan-makan di hotel. Jomm layan gambor gambor ni pulak!

Alhamdulillah.. Banyak sangat benda-benda best yang saya dapat dalam bisnes Shaklee ni. Syukur sangat kepada Allah di atas kurniaanNya. Dan akhir sekali, saya nak kongsikan kejayaan saya untuk melayakkan diri mendapat tiket PERCUMA Shaklee Regional Incentive Trip ke Phuket pada tahun 2019 ini :-).

Kisah Kejayaan Saya dalam Shaklee : Incentive Trip Qualifier.
Bersama riben Incentive Trip Qualifier. 🙂

Semoga semua kisah kejayaan saya ini bukan saja dapat terpahat ke dalam memori saya, tetapi turut sama dapat memberikan inspirasi buat anda para pembaca saya yang budiman :-). Memang tidak ada kejayaan yang datang tanpa usaha. Tanpa pengorbanan, tanpa kesusahan dan tanpa air mata. Memang benar, banyak dugaan dan ujian yang datang dan pergi. Semuanya amat-amat mematangkan kita untuk menjadi businessperson ini.

Baca juga kisah-kisah success story Team Mobile Spa TWB ini : Cara Bebas Hutang Melalui Bisnes Mobile Spa TWB

Selama 5 tahun ini, terlalu banyak yang saya dah pelajari dan berjaya ubah pada diri saya. Saya pun tak sangka, saya dah mampu sampai ke tahap ini. Walau bagaimana pun, perjalanan ini belum lagi selesai. Kisah kejayaan saya masih banyak yang belum saya kecapi. Saya masih ada jalan yang jauh untuk saya tempuhi.

Baca juga apa yang Shaklee offer di sini : Peluang Bisnes Shaklee 3C Yang Awesome!

Doakan saya dapat istiqamah membantu orang lain sihat dan berjaya dengan Shaklee ni juga ye. Sebagai seorang Shaklee Leader, saya juga seperti Leaders otai yang lain; saya pasti akan berasa amat gembira apabila saya berjaya melahirkan Supervisors dan leaders baru dalam organisasi saya. Dan inilah misi saya sekarang ini dan ia tetap berterusan.

InsyaAllah, bagi mereka yang menyertai team saya, saya akan bimbing semampu yang boleh agar anda turut sama memperoleh kejayaan sepertimana yang saya telah kecapi. Jom!! Kita berjaya dalam bisnes Shaklee ini sama-sama.

Baca juga entry daripada saya mengenai : Sifat Orang Yang Berjaya, Suka Merebut Peluang

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
Shaklee Leader
Pengedar Shaklee sejak 2014
Trainer The Walking Beauty Mobile Spa

14 thoughts on “Kisah Kejayaan Saya Dalam Shaklee

    1. syahida Post author

      Thank u Faridah.. Semoga kita sama-sama sukses.. 🙂

      Reply
  1. Maisarah Ismail

    Bestnya baca. Teruja sangat. Usaha yang tak putus akhirnya berjaya sampai ke tahap ni. Moga terus maju dan berjaya mendapat rank Master Coordinator..doakan saya juga 🙂

    Reply
    1. syahida Post author

      Amiiin. Terima kasih Maisarah. Semoga Maisarah juga berjaya mencapai impian Maisarah 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Kan.. itulah adat orang yang berbisnes. Nak berjaya, kena lalui pelbagai rintangan.

      Reply
  2. syuhaidah

    congratulations kak shye. semoga terus berjaya.. 🙂

    Reply
    1. syahida Post author

      Terima kasih Zumal. Semoga dapat memberikan inspirasi kepada orang lain juga 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge