Khasiat Omega-3 yang Menyokong Kesihatan Jantung

By | 18/08/2017

Khasiat Omega-3 yang Menyokong Kesihatan Jantung

Dalam minggu lepas, dah 2 kejadian fatal heart attack (serangan jantung yang mengakibatkan kematian) selepas main badminton yang saya dengar. Terasa sangat penting untuk saya ceritakan dan berikan kesedaran tentang kesihatan jantung ni. Mungkin ramai yang tak menyedarinya, atau yang tak ambil endah pun tentangnya. Mereka sangka mereka masih muda, jadi tak perlu risau apa-apa. Mereka rasa mereka tak ada simptom sakit dada, tidak merokok dan bergiat aktif dalam sukan.

Tapi sebenarnya serangan jantung bukannya hanya terjadi kepada mereka yang merokok je. Yang tak merokok, yang bergiat aktif dalam sukan dan yang masih muda juga berisiko untuk mendapat serangan jantung. Haa, jangan tak tahu ye. Kes-kes kematian mengejut dan serangan jantung yang berlaku ini,

  • Semua kes adalah lelaki.
  • Semua kes adalah baru berumur 30 hingga 40-an. Masih muda!
  • Dan semua kes adalah lepas main badminton waktu malam.
  • Semua kes adalah mereka yang suka bersukan.

Sebenarnya ni bukannya first time dengar.

Dah banyakkkk berita pun disiarkan tentang serangan jantung selepas bersukan malam-malam.

Tak kira la badminton ke, futsal ke, apa ke.

Dan kejadiannya bukannya orang tu tahu dia ada sakit jantung ke apa.

Tapi dah tiba-tiba.

Kes lain, lelaki muda-muda, juga mendapat serangan jantung walaupun mereka jenis yang aktif bersukan, mereka tak merokok, paras kolestrol tak bahaya, belum ada simptom-simptom sakit dada ke apa.

Ada yang bernasib baik sebab terselamat, tapi ramai juga yang kurang bernasib baik. Saya sendiri ada kenalan lelaki yang menceritakan rakannya, baru umur 29 tahun, juga seorang lelaki, baru je main badminton ngan dia minggu sebelumnya, tapi tetiba kat sekolah (dia cikgu), terasa sakit dada secara tiba-tiba dan terus dapat serangan jantung dan meninggal.

Saya tanyakan kawan saya, kolestrol dia tinggi ke? Tak. Dia merokok ke? Tak jugak.

Nampak, kan?

Benda ni tak kira umur.

20-an pun bleh kena.

Saya sendiri mengenali wanita-wanita ibu tunggal, masih muda-muda, Tapi.. Suami dah takde sebab, serangan jantung.

Sedih, kan?

Tapi mereka redha, gembira seadanya. Ada banyak masa datang dengar kuliah agama di masjid, bermasyarakat, dan semua ini sihat untuk mereka agar tidak tertekan dengan kehilangan suami

Umum pun memang tahu kan, kejadian serangan jantung memang seringkali terjadi ke atas lelaki berbanding wanita.

Wanita pula risikonya selepas menopause.

Sebab tu, kita kena prihatin untuk buat saringan kesihatan jantung setiap tahun.

Untuk lelaki, 35 tahun ke atas.
Untuk wanita, 40 tahun ke atas.

Tapi kalau ada sejarah keluarga, silalah pergi ke saringan kesihatan jantung ini lebih awal ye.

Untuk lelaki, 30 atau 35 tahun lagi dah kena buat pemeriksaan.

Cadangan untuk saringan kesihatan jantung setiap tahun oleh CEO Institut Jantung Negara : Go For Heart Check Every Year Says IJN CEO

Kebarangkalian risiko serangan jantung diterangkan oleh doktor : Amaran Apakah Serangan Jantung Dr. Beni Rusani

Kesihatan Jantung : Saya dan Keluarga saya

Untuk diri saya dan keluarga saya, kami selalu ingatkan untuk lakukan pemeriksaan jantung. Lagipun ada orang kerja check jantung kat rumah ni selalu ingatkan. Itu lah suami saya yang kerja di hospital sebagai Cardiovascular Technologist.

Sekurang-kurangnya, lakukan rutin pemeriksaan darah (blood test) setiap tahun. Saya sendiri selalu lakukan rutin pemeriksaan darah ini khususnya untuk periksa paras kolestrol saya setiap tahun.

Baca tentang Cara Menurunkan Paras Kolestrol Yang Tinggi.

Selain daripada pemeriksaan berkala ini, kita juga kena elakkan sakit jantung ini dengan pemakanan yang sihat.

Kalau suami saya kerap ingatkan untuk buat check-up darah dan jantung, saya pula mestilah membekalkan dan mencadangkan keluarga saya untuk amalkan minyak ikan Omega-3 untuk kesihatan jantung masing-masing.

Saya bagi semua!

Suami saya, kedua-dua ibu dan ayah saya, dan juga kedua-dua ibu dan ayah mertua saya.

Kenapa?

Tentunya untuk kesihatan jantung, untuk paras kolestrol yang sihat, untuk kesihatan sendi-sendi dan juga untuk kesihatan otak agar cerdas dan kuat ingatan.

Di sini saya kongsikan jurnal antarabangsa yang menyokong pengambilan Omega-3 untuk kesihatan jantung kita :

Omega-3 Fatty Acids and Cardiovascular Disease

Apakah Asid Lemak Omega-3?

Ia adalah sejenis lemak yang badan kita perlukan. Selalu kita ingat lemak ni tak sihat kan? Tapi yang ini lain. Ia adalah lemak sihat yang memang sangat penting dan sangat-sangat badan kita perlukan.

Omega-3 ini adalah merupakan asid lemak yang kaya dengan DHA dan EPA. Ia teramatlah penting untuk fungsi optimum badan kita.

Pemilihan lemak yang betul ini sangat penting tau. Ada banyak jenis asid lemak dan Asid lemak Omega-3 ini adalah poly-unsaturated fatty acid yang memberikan banyak manfaat kepada kesihatan.

Sedikit pengenalan mengenai lemak ini, lemak terdiri daripada 2 jenis :

  1. Trans fat 
    • Lemak ini lemak yang bahaya kerana ia meningkatkan paras triglycerides
  2. Poly unsaturated fat
    • Ini adalah di antara lemak yang paling sihat di antara semua lemak.
    • Omega-3 adalah asid lemak yang termasuk dalam kategori ini.

Fungsi Omega-3 di dalam Badan Kita

  1. Membantu dalam penghasilan membran sel. Kalau kita lihat kepada struktur sel, sel terdiri daripada membran yang ibaratnya macam baju kepada sel tu la. Ia mengelilingi sel itu sendiri. Badan kita ini pula memang terdiri daripada sel-sel dan sel-sel ini bergabung untuk membentuk tisu. Jadi anda boleh bayangkan, membran sel ini yang memisahkan antara dua sel. Jadi bagi Omega-3, ia akan membantu menyokong penghasilan sel membran untuk sel-sel badan.
  2. Apabila sel membran kita sihat dan lengkap dengan nutrien, ia akan membantu kemasukan nutrien ke dalam sel dan ke luar sel dengan sempurna dan efficient. Sel akan dapat menjalankan fungsinya dengan lebih baik bila ia sendiri sihat untuk menjalankan tugasannya.
  3. Omega-3 ini tidak boleh dihasilkan oleh badan kita sedangkan ia merupakan Essential Fatty Acid yang sangat-sangat penting. Disebabkan itu, kita hanya boleh mendapatkannya daripada makanan untuk membekalkan asid lemak penting ini. Jadi sebab itu, penting sangat-sangat untuk kita dapatkan makanan yang mengandungi Omega-3 ini atau mengambil supplement Omega-3 untuk dapatkan kebaikan Omega-3 kepada badan kita.

Kebaikan Omega-3 untuk Kesihatan Jantung

  1. Biasa dengar tak Omega-3 berfungsi sebagai anti-radang? Ya, memang. DHA dan EPA adalah nutrien dalam Omega-3 yang sangat bagus sebagai anti-keradangan.
  2. Ini kerana badan kita ni sangat la mudah untuk hasilkan keradangan atau inflammation. Kalau la ada keradangan dalam mana-mana saluran darah dalam badan kita ini, ia boleh merosakkan saluran darah kita. Bila radang ini berlaku, ia menambahkan risiko penghasilan plak dalam saluran darah yang rosak itu pula.
  3. Jadi sebab itu lah penting sangat untuk kita jaga baik-baik saluran darah kita dan elakkan daripada keradangan dalam saluran darah.
  4. Bila saluran darah kita sihat, peredaran darah kita juga akan menjadi lancar. Jantung pun boleh pam dengan lancar dan jalankan fungsinya dengan baik. Bagus, kan?
  5. Jantung kita ni sangat la penting untuk kita jaga. Bayangkan, dalam sehari saja, jantung kita mengepam sebanyak 100 ribu kali untuk mengepam darah ke seluruh badan.
  6. Dan bayangkan jika ada saluran darah yang tersumbat, jantung akan menjadi sangat stress dan terbeban untuk mengepam darah ke seluruh badan. Inilah yang menyebabkan lemah jantung. Bacaan ‘pulse rate’ juga tak cantik. Bila saluran darah tersumbat kerana plak pula, ia akan menyebabkan serangan jantung. Jika tidak dapat diselamatkan, serangan jantung itu akan menyebabkan kematian. Na’udzubillahi minzaalik.
  7. Adalah baik jika kita awal-awal lagi dah siap amalkan pemakanan supplemen Omega-3. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa Omega-3 mengurangkan paras triglyceride di dalam badan kita. Jika triglyceride kita tinggi, ia akan meninggikan risiko mendapat sakit jantung dan strok.
Jantung berisiko untung mendapat sakit jika kita ambil ringan tentang kesihatan

Jantung berisiko untung mendapat sakit jika kita ambil ringan tentang kesihatan

Keistimewaan Omega Guard

Secara ringkasnya, Omega Guard adalah minyak ikan berkualiti Shaklee yang :
? Menepati piawaian antarabangsa
? Bertaraf ‘pharmaceutical grade’
? Melalui penyulingan berperingkat sebanyak 3 kali untuk mendapatkan fish oil yang paling tulen dan bersih daripada bahan berbahaya dan tercemar
? Selamat daripada bahan berbahaya seperti merkuri, kadmium, lead
? Kaya dengan asid lemak Omega-3 EPA dan DHA
? Setiap hidangan memberikan 1000 mg Omega-3.
? Meninggikan level HDL (kolestrol baik)
? Merendahkan level LDL (kolestrol jahat)
? Merendahkan level triglyceride (lemak dalam darah)
? Merendahkan risiko ‘blood clot’
? Mengurangkan inflamasi

Sokong kesihatan jantung dengan Omega Guard

Sokong kesihatan jantung dengan Omega Guard

Omega Guard juga diiktiraf oleh Friends of Sea kerana ia hanya mengambil ikan kecil bersederhana besar, dan bukan ikan besar dan dewasa yang penting untun membiak ikan baru dan bukan juga anak-anak ikan. Ini bagi mengekalkan keseimbangan dan kelancaran ekosistem.

Baca juga Tips Cara-cara Memilih Minyak Ikan di Pasaran.

Penutup

Berminat untuk dapatkan Omega Guard untuk kesihatan jantung anda dan ahli keluarga anda yang tersayang?

Saya adalah pengedar Shaklee yang boleh membantu anda memberikan konsultasi yang terbaik dan berguna InsyaAllah.

Saya sendiri merupakan pengguna Omega Guard dan saya berikan kepada suami, anak-anak dan seluruh ahli keluarga saya kerana saya ingin mereka turut sama menjaga kesihatan mereka dan kesihatan jantung mereka.

Saya suka membantu anda juga 🙂

Berminat, boleh hubungi saya ya.

Salam mesra,

Wan Syahida Kahar

012-6753078

SID 1143254

Pengedar Shaklee seluruh Malaysia

 

 

13 thoughts on “Khasiat Omega-3 yang Menyokong Kesihatan Jantung

  1. Pingback: 10 Tips Penjagaan Jantung Agar Lebih Sihat dan Lebih Tahan Lama • SyahidaShukri

    1. syahida Post author

      ya betul.. kaum lelaki lagi kena jaga-jaga…

      Reply
    1. syahida Post author

      terbaiklah… lagi bagus jika makan sampai bila-bila hehehe

      Reply
  2. Pingback: Set Kesihatan Optimum Untuk Keperluan Harian • SyahidaShukri

  3. Pingback: CoQ10 dalam CoQ-Trol Plus Shaklee • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge