Kesihatan Lebih Baik Dengan Shaklee

By | 01/11/2019
Kesihatan lebih baik dengan Shaklee

Saya memiliki kesihatan lebih baik semenjak saya mengenali Shaklee. Sedar tak sedar, dah 5 tahun saya mengamalkan Shaklee. Sebelum tu, saya juga seperti orang lain. Sangat memandang rendah kepada jenama ni. Saya tak rasa pun ia ada sesuatu yang penting dan hebat untuk diketahui.

Sebenarnya produk Shaklee di Malaysia tak la sebanyak seperti di US. Dan Shaklee adalah syarikat nutrisi nombor 1 di Amerika Syarikat. Usia syarikat ini telah pun mencecah 63 tahun. Manakala di Malaysia, 24 tahun (setakat 2019).

Syarikat ini juga hanya fokus kepada produk nutrisi dan supplements. Selebihnya ia ada produk penjagaan rumah yang mesra alam dan produk kecantikan luaran iaitu skincare dan penjagaan rambut. Sejujurnya saya ingin katakan yang saya dah mencuba kesemua produk Shaklee di pasaran Malaysia ini.

Antara yang saya pernah cuba ialah:

  • Set Hamil : Vitalea, B-Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard
  • Set Berpantang : Set Hamil + Alfalfa
  • Set Menyusu : Set Hamil + Alfalfa + Lecithin
  • Set Kurus : Cinch Shake, Herblax, Alfalfa, Lecithin
  • Set Detox : DTX Complex, Herblax, Peppermint-Ginger, Alfalfa, Vivix
  • Set Kecantikan : ESP, Vitamin C, Vitamin E, Collagen Powder, Vivix.
  • Set Immune Booster : Nutriferon, Garlic
  • Set Hormon & Kesuburan : GLA Complex, Omega Guard
  • Set Kecergasan : Performance Drink
  • Skincare Youth : Cleanser, Toner, Serum, Day Cream, Moisturizer, Masker, Night Cream, Eye Treatment Cream

Kesihatan Lebih Baik Semenjak Mencuba Produk Shaklee

  1. Ketika hamil, paras HB saya menaik ke paras yang normal. Saya juga mampu berpuasa ketika hamil dengan baik, langsung tak perlu berbuka puasa walaupun saya sedang morning sickness yang teruk.
  2. Kejadian muscle cramp ketika hamil juga sangat jarang berlaku. Begitu juga dengan masalah sembelit. Jarang nak alami masalah selsema atau batuk sehingga terpaksa mengambil ubat. Masa hamil kan tak elok ambil ubat? Jadi saya amalkan set hamil untuk maintain sihat dan bertenaga.
  3. Ketika berpantang, bayi saya juga sihat dan tidak selsema atau demam. Luka selepas bersalin juga sembuh dengan cepat dan baik.
  4. Ketika menyusukan bayi, bayi saya juga cepat kenyang dan tidur dengan nyenyak. Kesihatan juga sangat baik. Keperluan berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak kerana sebarang kecemasan juga tiada, Alhamdulillah. Cuma anak saya kurang berat badan je.

Kesihatan Lebih Baik Saya Yang Pernah Dikongsikan

Boleh juga bacakan pengalaman saya di sini:

Saya juga ada kongsikan perubahan saya dari dulu sehingga sekarang. Perubahan dari segi fizikal, dalaman dan juga kewangan semenjak saya terjebak dengan supplemen dan bisnes Shaklee ini.

Saya betul-betul rasa bersyukur dengan nikmat kesihatan yang saya perolehi semenjak saya mengamalkan Shaklee. Alhamdulillah bila saya kerap amalkan nutrien yang baik ni hari-hari, saya dapati yang saya jarang jatuh sakit. Terutama sekali bila saya selalu ada masalah resdung.

Saya jarang selsema macam dulu lagi. Paling best, kulit muka pun dah semakin sihat dan glowing semenjak cuba Youth Skincare. Hari-hari pun rasa sihat dan kuat. Syukur sangat-sangat.

Saya ada anak-anak yang saya perlu jaga 24 jam sehari. Jadi saya tak boleh lemah. Tak boleh selsema, batuk or demam apatah lagi terlantar sakit. Kalau saya tak sihat atau lesu, saya tak mampu nak jalankan tugasan saya sebagai seorang ibu dan surirumah sepenuh masa. Apatah lagi dapat fokus kepada bisnes dan kerjaya daripada rumah.

Saya seronok bila bisnes dan kerjaya yang saya ceburi ni merangkumi kesemua faktor yang sangat penting dalam hidup kita iaitu faktor kesihatan, kecantikan dan juga kewangan.

Dan sekarang lagi best bila saya juga mendapat rewards hasil daripada gigih berbisnes Shaklee.

Saya tak pernah jumpa lagi bisnes lain yang complete segala-galanya macam ni. Saya seronok menjalankan kerjaya saya dari rumah seperti sekarang. Setiap bulan juga saya ada pendapatan, sama seperti orang bekerja. Dan dengan pay slip saya, saya juga mampu memohon pinjaman perumahan, kereta mahupun kad kredit. Padahal saya surirumah je. Tapi surirumah berkerjaya :-).

Penutup

Syukur di atas segala nikmatNya. Pasti takkan ada benda yang sia-sia yang Allah kurniakan kepada kita semua. Untuk kes saya, Allah pertemukan saya dengan produk supplemen yang bukan saja membantu untuk saya sihat dan cantik, tetapi juga membantu saya membina kerjaya yang selesa daripada rumah. Terutama sekali pada waktu saya buntu nak buat bisnes apa yang selesa tapi fleksibel dengan pendapatan yang lumayan.

Jom lah.. bertukar ke supplemen Shaklee. Nak tahu kenapa saya pilih jenama ni? Boleh bacakan di sini:

Kenapa pula saya memilih bisnes Shaklee ini, dan bukannya bisnes lain?

Berminat untuk mencuba produk Shaklee? Boleh terus hubungi saya. Mungkin anda pun one day boleh menambah pendapatan dengan bisnes Shaklee? Siapa tahu kan… buat sambil-sambil.. 🙂

Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
FB : Wan Syahida Kahar
IG : @shye_wsyahida
012-6753078
www.syahidashukri.com

16 thoughts on “Kesihatan Lebih Baik Dengan Shaklee

    1. syahida Post author

      Thank you Racheal for sharing your experience 🙂

      Reply
  1. Mekyunie

    Semoga syida terus dapat sebarkan kebaikan shaklee untuk kami semua. Kadang orang tak tahu kepentingan suppliment. Yelah, belum kena sakit kan. Huhu.

    Reply
    1. syahida Post author

      Hehehe… Ramai yang terbaik lagi dalam Shaklee ni. Pengedar Shaklee dikenali ramai sebagai orang yang hebat bisnes.

      Reply
  2. Mimi Azirah
    Twitter:

    Saya pernah cuba produk shaklee memang bagus. Semoga Syida daoat sebarkan lahi kebaikan Shaklee pada masyarakat. Sekarang ni saya tengok ramai yang jual shaklee

    Reply
  3. Fadzi
    Twitter:

    Betul sangat. Bila dah ada anak anak ni, kena jaga badan. Kalau boleh tak nak sakit langsung sebab banyak kudrat yang diperlukan untuk menjaga anak ni. Kalau kita sakit rasa memang satu rumah berterabur

    Reply
    1. syahida Post author

      Hehehe. Kannn.. Orang yang paling perlu menjaga kesihatannya ialah wanita. Mereka tulang belakang keluarga kan 🙂

      Reply
  4. preciousCLA

    Dulu my parents jadi member untuk Shaklee ni tapi dah tak aktif lagi sebab agak mahal. Apa pun according to my parents shaklee ni memang ok.

    Reply
    1. syahida Post author

      Ooo.. memang biasa tu. Yang murah tu cheap crappy food. Yang mahal tu yang berkualiti tinggi :). Yang penting ia berkesan dan berkualiti 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.