Keputusan Klinikal YOUTH Skincare Tanpa Kompromi

By | 26/02/2018

Hai Assalamualaikum! Dah pernah dengar pasal Youth Skincare dan keputusan klinikal Youth? Youth adalah rangkaian penjagaan kecantikan kulit yang dikeluarkan oleh Shaklee — iaitu sebuah syarikat supplemen semulajadi nombor 1 di US. Ia adalah suatu penemuan baru dalam sains (BREAKTHROUGH) yang sangat hebat! Kenapa kita katakan breakthrough? Kerana Skincare Youth menunjukkan keputusan klinikal Youth yang hebat dalam sains, tanpa kompromi!

Youth menawarkan produk yang dicipta secara harmoni dengan alam semulajadi je tau. Tapi keputusan klinikalnya memang best. Bayangkan dengan tanpa menggunakan sebarang bahan kimia atau bahan mencurigakan yang selalu ada dalam skincare biasa, ia boleh je berikan perubahan kepada kulit yang sangat sangat positif, sangat cepat dan juga sangat ketara. Saya boleh katakan, ia sebenarnya sangat-sangat mengejutkan.

Keputusan Klinikal YOUTH Skincare

Keputusan Klinikal YOUTH Skincare

Keputusan Klinikal YOUTH Skincare

Daripada Keputusan Klinikal YOUTH, didapati bahawa :

  • 100% wanita yang mencuba YOUTH, telah dibuktikan secara klinikal bahawa mereka berjaya memiliki kulit yang kelihatan lebih muda.
  • Dua pertiga daripada wanita yang mencuba YOUTH ini juga telah berjaya mengubah usia kulit mereka kepada satu dekad lebih muda. Itu adalah 10 tahun tau. Bermakna kalau mereka umur 30 tahun, mereka berjaya dapatkan kulit yang sihat dan anjal macam 20 tahun.

Ini diuji dan dibandingkan menggunakan Indeks Usia Kulit (Skin Age Index).

Keputusan Klinikal Youth : 2/3 daripada pengguna Youth berjaya mendapat kulit wajah 10 tahun lebih muda!

Keputusan Klinikal Youth : 2/3 daripada pengguna Youth berjaya mendapat kulit wajah 10 tahun lebih muda!

Keputusan Klinikal YOUTH : Indeks Usia Kulit

Dibangunkan secara klinikal oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa, Indeks Usia Kulit ini mengukur kehadiran tanda-tanda utama penuaan dengan data klinikal yang berasaskan fakta :

  • Kedutan kulit
  • Saiz pori
  • Tona kulit
  • Keanjalan
  • Tekstur kulit
  • Hiperpigmentasi
  • Seri kulit
  • Kekenduran

Keputusan Klinikal YOUTH Yang Membezakan Dengan Skincare Lain

Shaklee telah membuktikan bahawa kita tak perlu pun korbankan keselamatan dan ketulenan untuk dapatkan keberkesanan. Maknanya, kita tak perlu pun mempertaruhkan keselamatan kulit kita dan kesihatan kulit kita, semata-mata nak dapatkan keberkesanan produk tu.

Sebab banyakkk skincare yang nak bagi berkesan dan effect cepat, diorang campurkan bahan-bahan kimia yang boleh bagi effect cepat, tapi tak sebenarnya selamat. Nampak tak? Tapi bagi Shaklee, Shaklee sanggup berusaha buktikan dalam bentuk keputusan klinikal macam ni tau! Supaya kita tak risau pun pasal apa-apa.

Ujian Ketulenan Yang Melebihi Standard

Kesemua produk Shaklee direka dan dihasilkan tanpa bahan kimia yang berbahaya dan tiada bahan-bahan yang mungkin dipersoalkan seperti produk-produk lain yang memberikan impak kepada anda dan planet kita.

Shaklee telah menguji lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak, dan bendasing pada setiap bahan botanikal baru, sebanyak 3 kali ganda berbanding dengan yang diperlukan.

Malah, Shaklee telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan yang produknya selamat.

Shaklee juga sangat mengutamakan Bumi. Dan Shaklee adalah syarikat yang pertama dalam dunia yang telah berjaya menyeimbangi pelepasan karbon supaya tiada jejak karbon yang tertinggal pada planet kita.

Senarai 1,500 bahan yang Shaklee tidak gunakan dalam formulasi skincarenya adalah terlalu panjang untuk disenaraikan. Jadi inilah sebahagian daripadanya:

  1. Lauril Sulfat/Laureth Sulfat
  2. Pewangi Sintetik
  3. Paraben
  4. Pengawet Formaldehid
  5. Pengawet Lain
  6. Minyak Mineral/Paraffin/Petrolatum
  7. Biji mikro (Plastik Mikro)
  8. EDTA
  9. Ethanolamines (MEA/DEA/TEA)
  10. Pelindung Matahari Kimia
  11. Benzofenon
  12. Phthalates
  13. Cyclosilicone
  14. Sebatian ammonium kuartener
  15. Quaternium-15
  16. Hydroquinone
  17. Pewarna Sintetik
  18. Bahan-bahan dari haiwan
  19. Lanolin
  20. PEGs
  21. Propylene glycol
  22. Logam Berat
  23. Merkuri
  24. Perak & Garam
  25. Garam Barium
  26. Pelarut
  27. Toluene
  28. Bahan Dorong Chlorofluorocarbon
  29. Sebatian berfluorin
  30. Tar Arang
  31. Talkum
  32. Gandum (gluten)

Produk skincare YOUTH juga 100% berasaskan tumbuh-tumbuhan sahaja.

Keputusan Klinikal YOUTH : Kuasa Botanikal YOUTH

YOUTH adalah sebuah revolusi. Dengan 8 paten dan paten-diproses, setiap produk YOUTH diformulasi secara spesifik untuk menangani pelbagai faktor penuaan, samada ianya cara hidup anda, kerosakan persekitaran, atau penuaan semulajadi.

Muscadine Grape

Polifenol Muscadine Grape yang dalam proses patent, melindungi dan memperbaiki DNA sel. Dalam masa yang sama, ia menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

Lotus Japonicus

YOUTH Complex yang dalam proses paten, digabungkan dengan Lotus Japonicus, mengaktifkan protein youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin.

YOUTH Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis Fruit Extract, yang membekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit anda secara berstruktur.

Apple Stem Cell Extract

Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit untuk keliahatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit anda kelihatan lebih berseri dan lembut, lebih lama.

Schisandra Chinensis Fruit Extract

Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit, Schisandra Chinensis Fruit Extract menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan anti-oksidan.

Vital Repair+® Complex

Vital Repair Complex+® yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti-oksida dan vitamin-vitamin yang penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

Untuk kenali setiap set dalam penjagaan rangkaian kulit YOUTH ni, boleh bacakannya di Rangkaian Set Penjagaan Kulit YOUTH.

Untuk ketahui sains di sebalik YOUTH dan melihat Testimoni Antarabangsa selepas penggunaan YOUTH, boleh bacakannya di Penjagaan Kulit Anti-Penuaan dengan Shaklee YOUTH.

Penutup

Dengan produk Skincare sehebat YOUTH dan keputusan klinikal YOUTH ini, anda pasti akan berpuas hati dengan value yang ia bawa. Sihat, berkesan dan dibuktikan secara saintifik! Malah ia juga selamat daripada sebarang bahan kimia berbahaya dan mencurigakan — sebanyak 1500 bahan tau! Banyak tu.

Itu lah Shaklee. Selalu tak mahu mengecewakan dan sentiasa mahu berikan yang paling berkesan, yang paling selamat dan yang paling semulajadi. Sebab itulah skincare YOUTH ni adalah penemuaan sains yang sangat hebat!

Berminat untuk dapatkan produk skincare YOUTH? Boleh hubungi saya di :

Wan Syahida Kahar

012-6753078

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia dan Ahli Spa “The Walking Beauty”

5 thoughts on “Keputusan Klinikal YOUTH Skincare Tanpa Kompromi

    1. syahida Post author

      Cewah kak anah baru try dah suka ek

      Reply
  1. Pingback: Kursus SPA The Walking Beauty 2018 - Kursus Spa Termurah! • SyahidaShukri

  2. Pingback: Kursus Spa TWB Termurah Di Pasaran • SyahidaShukri

  3. Pingback: Bestnyer Jadi Alumni Team Mobile Spa BOTG • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge