Kenapa Semua Orang Perlu Detox?

By | 29/10/2019

Semua orang perlu detox ke? Saya percaya, perkataan detox bukannya perkataan yang baru buat anda. Kat mana-mana pun kita boleh baca infonya kalau kita Google. Jadi kenapa sebenarnya detox itu penting dan kenapa semua orang perlu detox?

Teknologi yang semakin canggih sekarang menyebabkan kawasan sekeliling kita dipenuhi oleh bahan-bahan yang bertoksik dan terdapat banyak jenis bahan kimia yang dihasilkan setiap hari.

Contohnya pencuci yang anda guna setiap hari di rumah, shampoo yang anda guna, sabun basuh, kosmetik dan skincare yang anda pakai dan sapukan ke atas kulit, makanan terproses yang anda ambil, semuanya penuh dengan bahan kimia.

Oleh itu, sangat susah bagi kita untuk nak elakkan bahan-bahan bertoksik seperti ini bila kita kerap terdedah. Jadi, tubuh badan anda semakin lama semakin dibebani dengan toksin. Kesannya kulit anda menjadi kusam dan gelap, berat badan anda menaik dengan mendadak, dan anda tak dapat uruskan badan dengan sempurna lagi.

Jadi sebab itu pentingnya kita menyingkirkan toksin yang sekian lama deposit masuk dalam tubuh kita. Tak kira lah kita adalah orang yang paling sihat sekalipun. Pasti ada toksin yang memasuki tubuh kita.

Sebenarnya badan kita mempunyai satu sistem penyingkiran toksin yang berfungsi untuk menyingkirkan sebarang toksin yang masuk ke dalam badan kita setiap hari. Dan sistem ini terdiri daripada beberapa organ yang penting seperti:

  • kolon (usus besar)
    • menyingkirkan najis dan bakteria
  • hati (liver)
    • memecahkan racun dan menapis darah daripada bahan-bahan kimia seperti ubat yang anda ambil serta bahan-bahan kimia daripada makanan proses.
  • paru-paru
    • mengeluarkan gas karbon dioksida
  • buah pinggang
    • menyingkirkan toksin dalam bentuk larut dalam air atau air kencing. Sistem limfa mengeluarkan toksin daripada tisu badan, menapis bakteria dalam cecair limfa anda
  • kulit
    • mengeluarkan toksin apabila kita berpeluh

Apabila badan kita mempunyai banyak sangat toksin, kesihatan organ-organ mendetoks ini akan terjejas. Sebagai contoh, bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit, mukanya mudah dipenuhi jerawat dan badan akan mudah berbau apabila berpeluh.

Secara puratanya, seorang wanita akan terdedah kepada sebanyak 126 jenis bahan kimia waktu mereka sedia untuk bertolak ke tempat kerja. Kenapa banyak sangat?? Kaum wanita mudah terdedah kepada toksin contohnya apabila mereka:

  • Make up yang mereka pakai : bedak, lipstik, perfume, shampoo, losyen dan sebagainya.

Sumber Toksin : Pencemaran Udara

Kenapa semua orang perlu detox? Sumber pencemaran udara.
Pencemaran udara

Selain itu, terdedah juga kepada pencemaran udara seperti asap kereta dan bas, jerebu, asap rokok dan lain-lain. Semua bahan ini mengandungi partikel-partikel yang saiznya sangat-sangat kecil yang akan masuk ke dalam sistem pernafasan anda dan meningkatkan risiko asma. Juga akan turut menyebabkan mata anda berair, tekak rasa sakit dan batuk.

Selain itu, semburan pewangi seperti Air Wick dan Ambi Pur yang kita gunakan dalam rumah dan dalam kereta. Sebenarnya bahan-bahan pewangi ini mempunyai banyak bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan badan kita.

Bayangkan betapa pentingnya setiap orang perlu detox ini. Hari-hari berapa kerap kita amalkan semua benda ni kan? Pastinya setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun dan selama berpuluh-puluh tahun.

Sumber Toksin : Pencemaran Air

Kenapa semua orang perlu detox? Sumber pencemaran air.
Pencemaran air

Air di Malaysia tidak boleh diminum tanpa penapis air (water filter) kerana mengandungi banyak bahan seperti klorin, chloroform, merkuri, pestisid dan plumbum. Bahan-bahan ini amat berbahaya kepada organ-organ detox kita.

Tangki air yang terdapat di atas rumah kita juga kerap berkarat. Water tank ini nampak cantik di luar tapi di dalamnya penuh dengan karat. Jadi bayangkan kalau rumah kita tak mempunyai sebarang penapis air dan kita terus gunakan air daripada tangki tu dan terus minum. Badan kita akan menjadi semakin tidak sihat disebabkan bahan-bahan kimia yang kita minum setiap hari.

Sumber Toksin : Sumber Makanan

Menurut satu kajian, setiap sajian buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi sebanyak 47-67 jenis racun serangga. Selain itu, terdapat terlalu banyak makanan GMO di pasaran sekarang seperti lobak merah, tomato, buah oren, yang mana buahnya semua mempunyai warna yang sangat cantik dan sekata dan saiznya juga semua sama.

Apa itu GMO? GMO ialah genetically modified organismes bermaksud genetiknya telah diubahsuai.

Selain itu, terdapat juga makanan terproses seperti tuna, hot dog, burger, nugget, maggie mee atau sebagainya yang mengandungi banyak bahan pengawet (biasanya dalam makanan tin), bahan perisa dan pewarna makanan.

Sumber toksin daripada pemakanan yang tidak sihat.

Sebagai kesimpulan, tidak akan mungkin seorang manusia itu tidak mempunyai sebarang toksin, walau bagaimana kuat pun anda sangat menjaga kesihatan anda atau jarang makan makanan di luar. Ini kerana, even buah dan sayur yang anda beli sendiri di pasar itu adalah tinggi dengan racun serangga dan GMO.

Terdapat juga laporan di akhbar bahawa bahayanya bahan pewarna dalam makanan ringan. Pewarna makanan ini akan menyebabkan anak menjadi panas baran dan kurang tumpuan di dalam kelas.

Kenapa semua orang perlu detox? Sumber toksin: Makanan segera.
Laporan akhbar yang menunjukkan kajian akibat daripada bahan pewarna dalam makanan. Kanak-kanak menjadi panas baran dan kurang tumpuan.

Minyak masak yang kita gunakan di rumah juga berbahaya apabila ia digunapakai banyak kali. Apabila minyak masak digunakan untuk menggoreng french fries contohnya, ia akan menghasilkan sejenis bahan toksik yang dinamakan acrylamide. Ia dihasilkan apabila karbohidrat french fries tadi digoreng dalam suhu yang tinggi. Kemudian apabila kita gunakan semula minyak masak itu, kita sebenarnya sedang mengambil acrylamide daripada minyak itu.

Kenapa semua orang perlu detox? Sumber pencemaran makanan
Sumber makanan yang tidak sihat dan dicemari.

Boleh baca selanjutnya mengenai acrylamide dan ambil tahu tentang risiko yang ia boleh bawa seperti kanser. Baca : Acrylamide and Cancer Risk.

Sekarang di pasaran, terdapat juga banyak jenis makanan tiruan seperti telur, beras dan minyak masak. Kita juga secara tidak langsung menelan bahan-bahan kimia daripada pembungkus makanan seperti polisterene dan plastik yang kita guna semasa kita tapau mee hoon soup. Plastik yang kita gunakan ini mempunyai plasticizer yang boleh membahayakan badan kita yang lama-kelamaan boleh menyebabkan kanser.

Sumber Toksin : Sisa Metabolik

Tubuh kita pun boleh “menghasilkan” toksin tau. Macamana? Haa, ia datang daripada sisa metabolik. Sisa metabolik ini dihasilkan setiap hari dalam badan daripada penghasilan tenaga dan daripada metabolisme hormon kepada senaman dan juga pecahan toksin (proses menapiskan toksin). Peluh, air kencing, itu semua juga adalah hasil sisa metabolik. Ia wajib dibuang daripada tubuh badan kita.

Kita ingat senaman itu menyihatkan badan secara sepenuhnya. Tapi senaman itu sendiri menghasilkan radikal bebas yang menjadi punca pengoksidaan. Kalau kita bersenam tapi kita tak amalkan pemakanan sihat seperti buah dan sayur, maka kita sedang menambahkan toksin dalam badan.

Aktiviti memakan makanan segera, meminum alkohol dan merokok juga akan memberikan beban terhadap badan. Ini secara langsung akan menyebabkan sistem penyingkiran badan kita menjadi semakin lemah. Akibatnya ia menyebabkan kesan kepada kesihatan tubuh kita.

Kenapa Semua Orang Perlu Detox? Simptom-simptom Badan Bertoksin

Di sini ada 32 senarai simptom yang menunjukkan badan anda penuh dengan toksin ye. Jom perhatikan:

  • Sakit kepala
  • Candida
  • Gas
  • Jerawat
  • Keletihan
  • Sembelit
  • Ketidaksuburan
  • Racing Pulse
  • Arthritis
  • Lapar berterusan
  • Pening
  • Hyperaktif
  • Alergik
  • Perut kembung
  • Bau badan
  • Sakit-sakit badan
  • Kanser
  • Badan lemah
  • PMS
  • Tapak tangan berpeluh
  • Sukar bernafas
  • Penuaan pra-matang
  • Obesiti
  • Cepat marah
  • Kemurungan
  • Asthma
  • Nafas berbau
  • Insomnia
  • Masalah sinus
  • Varicose Veins
  • Masalah penumpuan

Bagi sesiapa yang mempunyai sebarang masalah kesihatan di sini, anda mesti detoks supaya sel-sel dalam badan anda sentiasa bersih dan sihat.

Apabila sel tubuh badan anda bersih dan sihat, segala nutrien yang anda perolehi daripada makanan dapat diserap dengan lebih baik.

Semua Orang Perlu Detox. 3 Tips Detox Tubuh

  1. Detoks melalui nutrisi
    • contohnya melalui supplemen Shaklee
    • untuk mengekalkan kesihatan sistem penyingkiran toksin
    • Nutrien dalam Shaklee: Alfalfa, DTX Complex, Peppermint-Ginger dan Herblax
  2. Detoks melalui pemakanan
    • gantikan pemakanan anda yang tidak sihat kepada yang lebih sihat
    • kurangkan kalori makanan untuk mengurangkan keradangan dalam tubuh
  3. Detoks melalui gaya hidup

Akhir sekali, saya ingin menjemput anda untuk menyertai program kurus Jom Detox Jutawan bersama-sama dengan kami. Program kami merangkumi kesemua ketiga-tiga tips detoks di atas. Sangat complete, sangat holistik dan menyeluruh, kami berikat diet pemakanan yang sesuai untuk proses mendetoks dan untuk kurus, dan kami sediakan juga program yang dipenuhi dengan amalan gaya hidup sihat untuk membantu proses anda mendetoks. Selepas habis program, anda akan berubah menjadi orang yang baru!!

Baca: Perbezaan Program Jom Detox Jutawan dengan Program Kurus Yang Lain.

Sambil-sambil anda mendetoks toksin daripada tubuh, sambil anda mendapat side effect badan semakin kurus dan sihat juga. Siap dapat pakej berubah jadi semakin cantik.

Ramai peserta yang telah mendapat effect yang sangat-sangat positif. Saya kongsikannya di sini:

Saya harap, anda semakin faham kenapa semua orang perlu detox. Tak kiralah siapa kita dan betapa terjaganya kesihatan kita. Hakikatnya kita semua terdedah kepada toksin di mana-mana sahaja dan kita wajib lakukan detox secara menyeluruh. Tak boleh bergantung kepada perubahan pemakanan sahaja. Tetapi mestilah dibantu dengan makanan tambahan yang terbukti membantu seperti Set Detox Shaklee dan Pakej Pilihan Program Jom Detox Jutawan.

Berminat untuk sertai Program Jom Detox bersama kami? Hubungi saya untuk saya berikan E-Book percuma mengenai Rahsia Buang 10kg Dalam Program Detox.

Salam mesra,
Wan Syahida
012-6753078
Pengedar Shaklee Anda
Pengedar Shaklee Petaling Jaya

31 thoughts on “Kenapa Semua Orang Perlu Detox?

    1. syahida Post author

      Yes, true. Hope it’s beneficial and informative for all.

      Reply
  1. Red Linda
    Twitter:

    memang digalakkan untuk buat amalan detok s ni untuk cuci dalaman.maklumlah, macam-macam kita rakyat malaysia ni makan.lebih lagi makanan yg berkolesterol atau tidak sihat…tapi sebab sedap, itu yg bedal juga makan tu.hehehe

    Reply
    1. syahida Post author

      Boleh bedal. lepas tu kena bersihkan balik hehe.

      Reply
  2. Fas
    Twitter:

    Banyak sungguh bloggers share mengenai detox ni dan bagaimana produk dari Shaklee dpt membantu. Oh lapar pun tandanya badan prrlu detox ya?

    Reply
    1. syahida Post author

      Lapar makanan yang tak elok seperti craving yang manis tu tanda perlu detox.

      Reply
    1. syahida Post author

      Everybody must detox no matter how healthy their food is. Because greens have a lot of pesticides and herbicides.

      Reply
    1. syahida Post author

      Tu kelebihannya bagi yang mendetoks. Perut sendiri rasa best 🙂

      Reply
  3. Mekyunie

    Yep bersetuju kenapa dan tujuan detox yg sebenar. Banyak pemakanan kita hari ini dicemari. So kenalah eat clean juga.

    Reply
    1. syahida Post author

      Ya. Ditambah dengan set supplemen detox untuk bantu bersihkan setiap organ kita yang susah nak dicuci dengan diet semata-mata.

      Reply
  4. Syafiera Yamin
    Twitter:

    Bila baca post ni terus I rasa I nak pergi detoxs la sebab asyik nak marah je memanjang lately… i rasa badan i tengah banyak toksik kot.. jadi nak kena keluarkan ahahhaha thanks for sharing 😉

    Reply
    1. syahida Post author

      Hehehe. Kalau kita banyak makan sayur-sayuran hijau, kita ambil banyak Vitamin B yang memberi rasa relaks dan kurangkan emosi stress.

      Reply
  5. Syafiera Yamin
    Twitter:

    Bila baca post ni terus I rasa I nak pergi detoxs la sebab asyik nak marah je memanjang lately… i rasa badan i tengah banyak toksik kot.. jadi nak kena keluarkan ahahhaha thanks for sharing ;)…..

    Reply
    1. syahida Post author

      Ya betul. Minum banyak air untuk menyempurnakan detoks.

      Reply
    1. syahida Post author

      Sila rajin kalau tak nak sakit pada kemudian hari ye 🙂

      Reply
  6. Nadia johari
    Twitter:

    Dah bannyak kai baca berkenan toksik badna dan detox ni.. Ada banyak info juga berkenaan toksik, kesan dan punca.. Cara atsi ramai share guna shaklee ni.. Okla.. Kalau nad ras anak cuba boleh gak nanti

    Reply
    1. syahida Post author

      Ya. InsyaAllah ia pelaburan yang berbaloi utk diri sendiri 🙂

      Reply
  7. Liez
    Twitter:

    Lepas bersalin nnt nak try la detox ni. Dah lama baca pe galaman org buat detox shaklee tapi tak kesampaian nak cuba. Next year lepas bersalin nak buat lah.. nak sihat dan kurus jugak
    Liez recently posted…Sambal Kelapa Resepi EmakMy Profile

    Reply
    1. syahida Post author

      Jom! Pastikan selepas bayi berusia 6 bulan ye.

      Reply
  8. Hanny Abdullah
    Twitter:

    Memang bagus buat detox ni..buang toxin yg dh bersarang lama dlm perut kita ni. Sis pun lama gak tak buat..ingat nak buat jugaklah nanti

    Reply
  9. Slumberlady

    Nak tak nak kita perlukan juga makanan tambahan utk bantuk badan kita. Lagipula zaman sekarang ni zaman processed food berlambak dam merata2. Huhu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge