Kenapa Saya Menyertai Shaklee?

By | 15/05/2014
Teks : Wan Syahida Kahar
Bismillah.
Assalamualaikum.
Hari ni hari yang ceria. Alhamdulillah syukur di atas nikmatNya. Walaupun rutin harian sebagai seorang surirumah adalah sama setiap hari, namun rutin dan kebiasaan itu juga adalah nikmat. Walaupun orang mungkin kata, surirumah itu tak ada kerja, tapi hakikatnya, tak menang tangan dengan kerja, seandainya mereka tahu :-).
Syukur Alhamdulillah lagi, usia kandungan saya dah mencecah 35 minggu. Sangat aktif pergerakan baby sehingga kadangkala saya tak dapat tidur, terasa terganggu dan sedikit ngilu di bahagian tulang pinggul, kadang-kadang di bahagian abdomen. Dan mungkin yang paling menguji saat ini adalah heart burn atau sakit ulu hati yang kadang-kadang saya alami ketika tidur. Belum lagi kekejangan kaki sekiranya saya kurang meminum air atau tidak meminum susu atau tidak mengambil supplemen Vitamin D dan Calcium. Namun semua ini adalah perkara biasa bagi ibu yang mengandung. Saya tentu sudah maklum dan faham memandangkan ini adalah kandungan saya yang kedua kali :-). Alhamdulillah, Allah berikan peluang untuk saya melalui detik-detik indah ini. 🙂
Oh, bercakap mengenai Vitamin D dan Calcium, saya memang perasan, setiap kali saya tak makan supplemen Vitamin D dan Calcium, saya memang mudah untuk ‘cramp’ di betis pada waktu malam. Tambahan lagi, malam-malam sekarang saya kena selalu pasang air-cond sebab panas!! Ini lagi satu cabaran ibu-ibu mengandung. Panas dan berpeluh tu biasa sangat :-D. Jadi, saya sentiasa tak lupa untuk meminum susu, tak kira susu low fat atau susu kambing. Kalau tak sempat, ambil la supplemen. 
Alkisahnya, pada suatu hari saya dah kehabisan supplemen Vit D + Calcium. Maka saya pergi la ke kedai farmasi dan saya pun membeli Caltrate 60 plus yang memang biasa saya beli. Masa tu saya terpaksa beli tergesa-gesa sebab saya dan suami baru pulang dari antenatal class dan kami mengejar masa untuk solat Asar. Saya pun ‘grab’ aje Caltrate tu. Bila sampai di rumah dan bersedia untuk makan, baru saya tergerak hati untuk belek kandungan dan ‘check’ halal dia. Oh no! Takde halal langsung. Aduh, runsing…. Menyesal tak sudah. Sekarang saya baru tersedar yang selama ni saya makan Caltrate untuk Vit D + Calcium, tak ada halal! Tengok pulak manufacturer, Made in China. Kandungan, ada gelatine (bovine). Ahhh!! Tidak tidak. Saya memang langsung tak nak makan kalau macam tu 🙁
Terus saya Whatsapp rakan-rakan di group. Mujur ada yang cadangkan Ostematrix Shaklee. Saya bukan ahli Shaklee (masa tu), dan saya memang belum pernah ‘consume’ Ostematrix ni. Yang pernah saya ‘consume’ hanya Vita-Lea. Kawan beritahu, nak halal, Shaklee boleh ‘offer’ yang halal. Maka saya fikir, wah.. yeke.. tak yah saya runsing-runsing lagi dah kalau memang Shaklee ni halal. Saya sendiri alami kepayahan mencari supplemen yang halal di kedai farmasi. Nak belek satu hal. Pastu kita pun tak tahu mana brand yang bagus, mana yang tidak. Alhamdulillah ala kulli haal, bertitik tolak daripada situ, saya mula membuka mata kepada Shaklee. 
Saya fikir, hmm saya memang dah consume Vita-Lea sebagai sumber multivitamin dan multimineral saya. Jadi tak rugi langsung kan kalau saya terus jadi ahli dan straight from there terus saja sentiasa beli produk Shaklee dengan harga murah (harga ahli) dan tak perlu susah-susah ke farmasi lagi. Malahan supplemen ni kita sebenarnya memang perlukannya sepanjang hidup (if you are concern with your health!). Well since saya memang tahu yang saya akan sentiasa perlu beli, I might as well become a member and get them all by myself in the future. Kan?
And plus, saya juga akan mendapat bonus untuk saya sendiri. Tak perlu lagi beli dengan orang yang mana mereka akan mendapat bonus untuk mereka. Kan kan? 
Alhamdulillah saya memang takkan tengok ke belakang. Saya bersyukur saya dah jadi ahli Shaklee. Rupa-rupanya juga, Shaklee menawarkan peluang perniagaan yang baik dengan kenalan rakan-rakan yang baik dan sangat supportive. Baru saya nampak, dalam team Shaklee ni ada semangat bantu-membantu dan sharing is caring gitu!! At the same time you get to buy supplements for yourself (also for your spouse, your parents, parents-in-law, kakak ipar etc), you will also gain knowledge about vitamins and health, and gain friends along the way! Best!
Sekarang saya perlahan-lahan nak kongsi kebaikan kesihatan dan kecantikan dengan kawan-kawan rapat dan ahli keluarga. Kalau la saya ni banyak duit, nak aje saya belikan supplemen-supplemen kesihatan dan sedekahkannya saja dengan ahli keluarga, mak ayah mertua dan ipar duai yang memerlukan. Sebab Shaklee ada banyak kebaikan untuk ibu-ibu yang menyusu, ibu-ibu mengandung, yang nak menguruskan badan, yang nak mencantikkan muka, nak maintain health dan macam-macam lagi. 
Tapi apakan daya saya bukan insan yang kaya. Hehe. Saya hanya mampu berkongsi tapi tak mampu nak membelikannya untuk mereka atau anda. Jadi, nasihat saya, jom la kita sama-sama semua menjadi ahli Shaklee. Kebaikannya untuk anda sendiri, bukannya totally saya. Anda buat, anda dapat. Anda tak buat, orang lain tak rugi tetapi anda. Baru saya sedar, patut la ramai orang join dan consume Shaklee. Rupa-rupanya ia memang bagus. 
Kalau anda berminat nak tahu lebih lanjut, boleh aje hubungi saya. 🙂
Hotline number : 012-6753078
Wan Syahida
Shaklee Independent Distributor
Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge