Kenapa Anda Perlu Detox Jika Nak Kurus

By | 25/09/2019

Hai Assalamualaikum. Jumpa lagi. Kali ni saya nak share, kenapa anda perlu detox jika nak kurus? Ramai orang yang bila nak kurus, diorang selalu fokus menahan diri daripada makan makanan tertentu, kurangkan portion makanan, tukarkan habit pemakanan yang lebih sihat, minum banyak air dan juga membuat senaman je semata-mata. Kan?

Tapi, tak ramai yang sedar akan kepentingan detox ini. Diorang tak tahu pun yang kalau nak kurus, kena buangkan sekali toksin. Dan toksin ni pun bukan semata-mata toksin yang ada dalam perut atau usus je. Tapi toksin yang terdapat di bahagian bahagian organ dan tubuh yang lain juga.

Ramai yang tak sedar bahawa organ-organ tubuh badan kita turut sama mempunyai toksin yang telah bertahun-tahun tersimpan dan diternak dalam badan.

Selepas Berjaya Kurus Dengan Diet, Bagaimana Tahap Kesihatan Pula?

Mari sama-sama berfikir.. Apa gunanya kurus kalau badan masih menyimpan toksin yang menjadi punca kepada pelbagai masalah yang kita tak sedar ia sebenarnya tanda kita tak sihat sebenarnya. Contohnya, kita jaga makan, kita diet dan kita juga bersenam.

Tapi, kita masih alami masalah seperti sembelit, kulit berjerawat, perut buncit, perut kembung, sakit urat, sakit kaki, mudah mengantuk, cepat letih, craving makanan manis, tak mampu kawal makan dan lain-lain habit yang tak sihat.

Nanti bila dah habis “diet” kita tu, kita akan back to habit asal. Daripada time diet yang kita tak makan nasik (atau kurangkan portion nasi), kita kembali kepada diet yang sama dan masa tu, kita akan perasan yang berat kita akan kembali rebound.

Penat-penat turunkan berat badan masa diet, tapi bila back to normal routine, berat kita akan naik balik. Perasan tak? So, di manakah silapnya? Kita dah berjaya kuruskan badan dengan cara exercise dan jaga makan, tapi, bagaimana dengan craving? Sembelit? Lesu? Kolestrol tinggi dan lain-lain?

Ok, di sini saya akan kongsikan kenapa kita perlu detox kalau nak kurus.

Kenapa Anda Perlu Detox Kalau Nak Kurus?

Sekiranya kita telah melakukan diet dan bersenam, namun kita belum membuang toksin di dalam tubuh, berkemungkinan besar kita akan kembali gemuk apabila kita berhenti diet dan berhenti bersenam.

Tentu ada fasa dia yang kita rajin jaga makan, rajin pantang dan juga rajin bersenam. Masa ni, kita dah berjaya turunkan berat badan kita dan berjaya mendapat saiz badan yang lebih kecil.

Namun, setelah kita berhenti amalan diet, berhenti pantang makan dan bersenam pun dah makin berkurang, kita mula frust bila berat badan kita pun slowly makin naik.

Perkara ini berlaku kerana toksin yang kita belum buang itu menyebabkan fungsi organ dalam tubuh badan kita masih belum “reset” dan masih lagi mempunyai software tubuh badan kita yang lama. Kita masih ada kotoran di dalam perut dan usus, masih ada lagi toksin di dalam hati, masih lagi mempunyai bahan-bahan yang tidak diingini pada organ-organ tubuh kita yang menyebabkan badan kita akan repeat software yang lama yang menyebabkan kita gemuk pada masa dahulu.

So mari kita lihat gambarajah di atas ini. Badan kita yang asalnya mempunyai toksin yang belum pernah dibuang, disimpan bersama lemak di dalam tubuh badan kita.

Apabila Anda Kurus Dengan Berdiet

Apabila kita menjalankan program diet, iaitu kita jaga makan, kita kurangkan portion nasi, kita berpantang dan kita bersenam, lemak akan berkurang kerana telah digunakan sebagai tenaga dan memang kita akan berjaya kurangkan berat dan inci. Namun, toksin masih duk ada.

Lebih-lebih lagi apabila kita “berlapar” atau berdiet, kita kurang mengambil nutrien nutrien tertentu yang badan kita perlukan. Badan kita akan merasai stress. Bila dah stress, toksin pun makin bertambah lagi.

Hasilnya bila kita dah berjaya kuruskan badan dengan diet, badan pula masih tinggi toksin, maka lemak akan berkumpul semula menyebabkan berat badan kita rebound! Maksudnya, gemuk semula la senang cerita.

Badan kita terpaksa menternak balik lemak di dalam tubuh disebabkan toksin-toksin ini.

Apabila Anda Kurus Dengan Detox Dulu

Apabila kita diet dengan cara mendetoks, kita akan membuang toksin pada masa yang sama kita membuang lemak. Dan toksin yang kita maksudkan ini bukan saja toksin di bahagian perut dan usus saja, tapi turut berada di organ-organ penting detoks yang lain termasuklah hati, peparu, buah pinggang dan kulit. Iaitu organ-organ yang selalu berfungsi memproses dan menyingkirkan toksin daripada tubuh kita.

Setelah toksin dan lemak dibuang, maka tubuh kita ibarat “reset” semula dan segala fungsi organ dapat berjalan dengan lebih sihat, lebih efisyen dan lebih bertenaga.

Tanpa toksin dan lemak juga, berat badan kita tidak akan lagi bertambah semula. KIta tak akan menjadi gemuk semula. Buktinya? Selepas tempoh detox, makan la balik semula mengikut diet asal kita seperti sebelum detox, maka kita akan perasan yang berat badan kita tetap maintain.

Kenapa macam tu? Kerana badan kita dah mampu memproses toksin dengan baik dan menyingkirkan toksin yang tak perlu. Bila toksin “diproses” dengan baik, lemak pun tak jadi lah nak berkumpul dan berternak. Bagus kan?

Kebaikan Kurus Dengan Cara Mendetoks

Apa yang bagusnya adalah kesan yang kita dapat hasil daripada mendetoks adalah bukan saja tubuh badan yang dah slim dan dah ringan, tapi juga kita akan dapat tubuh badan yang jauh lebih sihat, lebih cergas, tak penat, takde masalah badan yang kita pernah hadapi macam dulu lagi dan kita akan rasa macam orang yang baru.

Craving kita terhadap makanan dan minuman manis juga akan berkurang. Ada di antara peserta kita yang cuba membuat blood test dan membuat pemeriksaan doktor selepas menjalani detox. Hasilnya? Bacaan darah menjadi lebih baik, kolestrol jahat makin menurun, dan ada di kalangan peserta kami yang dahulunya terpaksa memakan ubat darah tinggi, kini doktor telah mengurangkan preskripsi ubat terhadapnya.

Ada juga kisah peserta kami yang berjaya mengatasi masalah eczema mereka. Ada juga yang telah berjaya mengurangkan masalah SLE. Dan yang paling banyak sekali adalah sangat ramai yang tetiba mudah hamil sebaik saja lepas menjalani detox, terutama sekali mereka yang telah lama menanti untuk hamil. Alhamdulillah.

Penutup

Banyak sangat manfaatnya bila kita fikirkan keutamaan mendetoks tubuh badan ini. Seperti yang saya pernah sebutkan, detoks ini bukan saja tertumpu kepada organ perut atau usus saja. Tapi program Jom Detox Jutawan kami adalah menyeluruh. Kami cover detoks kepada keseluruhan tubuh.

Baca : Kelebihan Program Jom Detox Jutawan

Dan hasilnya? Result kesihatan yang lebih baik dan berat badan yang lebih ringan. Ada yang berjaya menurunkan berat sehingga 2kg dalam sekali detoks dan inch loss yang ketara. Dan ada juga yang berjaya menghilangkan 9kg sekali join program detoks kami. Hebat gila! Baca lebih banyak Success Story Jom Detox Jutawan DI SINI.

Berminat nak tahu menyertai Program Jom Detox? Ketahuinya di link ini : Bagaimana Nak Join Program Jom Detox Jutawan.

31 thoughts on “Kenapa Anda Perlu Detox Jika Nak Kurus

  1. farhanajafri

    ohhh no wonder lah cepat sangat badan naik balik lepas kurus. Penting sangat detox ni untuk kita supaya toksin tu keluar dari badan. Muka cantik, badan sihat, tekanan darah jadi lebih baik.

    Reply
    1. syahida Post author

      Ya betul. Kalau tak detoks, rugilah usaha menguruskan badan.. Nanti naik balik.. So, jom join program detox kami!

      Reply
  2. faries

    Terpengaruh pula bila baca sebab kite memang tengah kawal makan sebab nak diet.hehehehe.Pernah dengar juga pasal detox ni.Boleh trylah nnti.hehehe

    Reply
    1. syahida Post author

      Jom join program jom detox jutawan kami. Banyak guidance kami akan berikan. Semua proven result!

      Reply
  3. adianiez AIDA

    Tq for sharing.
    Detox memang penting.
    Aida tau dari membaca juga.
    Bersihkan dalaman dulu, baru start diet.
    Barulah sihat dan kurus tu adalah bonus.

    Reply
    1. syahida Post author

      Ya betul sangat. Jemput sertai program jom detox jutawan kami ni πŸ˜‰

      Reply
    1. syahida Post author

      Minum detox tak cukup. Dia mesti menyeluruh.. Program kami sangat menepati ciri-ciri tu. Sebab tu peserta2 kami dapat result yang sangat awesome. Jom join jugak!

      Reply
    1. syahida Post author

      Yes, too many toxic we take everyday. Not just from food but from the environment and the cosmetics that we use. We must detox to feel healthier.

      Reply
  4. Nina Mirza

    Bagusnya penjelasan berkenaan detox
    Memang penting detox ni kannnn, kalau nak citer bebetul 7hari 7 malam tak sudah. Tapi kita setuju dengan detox, jaga pemakanan, bersenam konsisten memang akan berjaya dapat berat badan idaman. Dan lebih cantik luar dalam.

    Reply
    1. syahida Post author

      Ya semuanya kena buat. Barulah berkesan. Kalau bersenam saja tak cukup. Jaga pemakanan saja pun tak cukup. Mesti semua sekali termasuklah mendetokskan badan daripada toksin. Program kami memberikan panduan yang sangat lengkap dan results pun hebat-hebat.

      Reply
    1. syahida Post author

      So siapa-siapa yang nak turunkan berat badan, jangan tinggalkan proses detox ni. Kalau tak, rugilah masa dan tenaga. Baik detox sambil kurus. Kurus tu bonus lah :). Jom sertai program kami πŸ™‚

      Reply
    1. syahida Post author

      Em tak sure pulak air detox tu macam mana. Kami tak supply air detox. Tapi kami supply program detox. Bukan melalui produk semata2 tapi diet yang sesuai untuk detox. Semuanya diajar oleh pakar pemakanan dan ahli nutrisi yang bertauliah. Program kami 17 hari πŸ™‚

      Reply
  5. De Alif
    Twitter:

    Owhhh… gitu, mamknanya, selain berdiet secara sihat, badan juga perlu didetoks… baiklah, akan ku cuba untuk memperoleh keputusan yang lebih memberangsangkan… bukan diet sebab terlebih berat ke hape… tapi diet sebab rasa macam badan tak selesa… BMI okay je… doakan saya berjaya juga ya…

    Reply
    1. syahida Post author

      Kena lah join program Jom Detox kami! Ada panduan yang lengkap daripada coach yang berpengalaman. Barulah hasilnya lebih hebat. Results peserta kami semua hebat-hebat! Jom join..

      Reply
  6. precious cla

    thanks for the article. selama ni tak pernah pun detoks atau ambil apa-apa ubat nak diet ke apa. Just joging without knowing about this. Nanti nak try tips ni.

    Reply
    1. syahida Post author

      Rugi kalau bersenam saja semata-mata. Pemakanan kena jaga, termasuklah bab mendetoks badan daripada toksin. Kita kalau bersenam, toxin pun build up sama dalam badan sebab radikal bebas terhasil selepas bersenam. So, kena seimbang senaman dan penjagaan badan melalui pemakanan sihat dan detox daripada toxin.

      Reply
  7. Ummi Zarra
    Twitter:

    Bagusnya sharing tentang detox. Banyak cara dan tips kan dan perkongsian ni sedikit sbyk bgi semangat utk Nora kurang kilo pada badan. Heheheh

    Reply
    1. syahida Post author

      Sesiapa yang nak turunkan berat badan, mereka amat perlukan support. Sebab, bukan senang nak buat sorang-sorang. Jadi, join program jom detox kami untuk mendapat support system yang sangat membantu usaha menguruskan badan πŸ™‚

      Reply
  8. Nadia Johari
    Twitter:

    Memang banyak prkara kalau nak kurus ni..detox memng penting supaya badan kita keluar segala benda yang tak diingini..Kalau dh detox kenala buat senaman semua tu kan..

    Reply
  9. Nadia
    Twitter:

    Macam2 da ade cara nak kuruskan badan..untung la siapa yg bdan kurus tue, tak payah sbuk2 nak diet..

    Reply
    1. syahida Post author

      Yang kurus tu untung, untung juga. Tapi tak semestinya juga badan dia bebas daripada toksin. Sebab tak kira gemuk atau kurus, kita tetap ada toxin dalam badan. Sebab tu semua orang mesti detox. Kalau bertambah kurus selepas detox tu, bonus la tu πŸ™‚

      Reply
    1. syahida Post author

      Jom sertai program Jom Detox kami sebab program kami lengkap mendetoks keseluruhan organ terutamanya organ-organ detox seperti hati, buah pinggang, usus, kulit dan peparu. Semua complete dari segi diet harian, exercise, supplemen untuk detox yang lebih efisyen dan ilmu2 kesihatan yang coach semua akan berikan. πŸ™‚

      Reply
  10. Zharif Azis

    Ramai memilih cara detox untuk kurus. Mmg ramai kata berkesan. Sy pernah jugak cuba dan mmg nampak hasilnya. Berat semakin berkurang.

    Reply
    1. syahida Post author

      Terbaik.. Terus konsisten at least sebulan sekali untuk gaya hidup yang sihat πŸ™‚

      Reply
  11. Sharon

    Never knew is important to detox for weight loss. Thanks for this post info, now I learn alot about detox and how to slim down more effectively.

    Reply
    1. syahida Post author

      Yes, must make sure to detox first. Then only we will get a good result!!

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge