Kenangan Birthday 23 Julai 2020

By | 23/08/2020

Hai Assalamualaikum semua. Lama saya tak menulis di sini. So untuk warm up semula, saya nak abadikan kenangan hadiah birthday saya yang lalu. Kenangan birthday 23 Julai 2020. Alhamdulillah, tahun ni usia saya memasuki usia 36 tahun.

Tak expect apa-apa hadiah pun. Syukur je dengan usia dan rezeki yang Allah dah berikan. Tapi, kebetulan saya pun terasa macam nak reward diri sendiri, setelah saya dah lama tak shopping apa-apa untuk diri sendiri.

Masa bulan April yang lalu, saya ada reward diri sendiri dengan set starter kit Young Living Essential Oils. Saya spend RM750++ untuk beli one whole set YLEO tu. Saja-saja suka nak beli untuk keperluan bilik hehe. Sebab asyik dengar orang kata best je. Rasa macam nak cuba! Lebih-lebih lagi bila tabung simpanan saya ada la extra yang boleh saya belanjakan. Syukur dengan rezeki bisnes Shaklee semenjak PKP. Jualan semakin meningkat semenjak wabak COVID-19 bulan Februari 2020 yang lalu. Sampai terbawa-bawa ke bulan Julai dan Ogos 2020.

So, selepas saya reward diri dengan Young Living, saya reward pula diri saya dengan sign up as member Mary Kay pada bulan Julai. Dan saya beli set cosmetic yang lama dah saya fikir saya nak beli. Lama tau saya asyik usha je set set Mary Kay tu. Sampailah bila saya ada extra duit, barulah saya benarkan diri saya membeli one whole set yang saya nakkan selama ni. Alhamdulillah.

Pada masa yang sama, suami saya juga berikan surprise sempena birthday saya. Dia balik lambat daripada kerja. Ingatkan sibuk kerja. Rupa-rupanya dia singgah di Celcom Blue Cube di Sunway Pyramid untuk belikan iPhone 11 Pro yang baru untuk saya. Malam tu barulah dia bagitahu and serahkan, waktu anak-anak semua dah tidur. Hehe. Alhamdulillah, terkejut jugaklah saya. Sebab tak menyangka betul dia nak hadiahkan hadiah mahal iPhone ni. Nak tengok harga pun takut.

Memang dah lama dah sebenarnya dia sebut nak hadiahkan saya phone baru. Sebab saya kan business and work from home. Saya sangat banyak menggunakan phone untuk urusan bisnes saya. Termasuklah photo and video editing, coaching online dengan semua anak buah dan store pelbagai maklumat penting untuk urusan bisnes saya. Tapi saya selalu alami masalah dengan phone lama saya, iPhone juga lah, iPhone 6s. So Alhamdulillah, suami saya sudi belikan dan hadiahkan yang baru terus kepada saya. Tanpa saya keluarkan duit satu sen pun. MashaAllah. Thank you so much Encik Husband ku yang tercinta.

Sekarang, baru hampir sebulan saya gunakan iPhone 11 Pro ni. Memula tu kekok. Tapi kena banyak belajar. Sebab banyak sangat new features dalam iPhone 11 Pro tu. Bila belajar, terasa banyak sangat benda yang hebat dalam iPhone 11 Pro. Orang yang bisnes, orang yang suka edit gambar dan video dan orang yang “sibuk” dengan pelbagai task, sangat sesuai manfaatkan segala features yang ada dalam iPhone 11 Pro tu.

Now ALhamdulillah, dengan phone baru iPhone 11 Pro, saya mudah nak edit video untuk kegunaan team bisnes Shaklee saya. Mudah nak edit photo, mudah nak photoshoot gambar lawa-lawa dan edit pun cantik-cantik. Yang paling best, mudah nak buat apa saja sebab phone lajuuuuu dengan storage pun besauuuu. Tu yang paling best & mengujakan.

Bagi orang bisnes, spending on an expensive phone adalah suatu pelaburan untuk dia mantapkan lagi bisnes dia. Biar dengan phone yang lebih mahal yang kita guna, bisnes kita pun dapat berkembang dengan lebih baik dan income kita pun akan bertambah besar. Sebab tu lah kita sanggup spend untuk phone yang mahal-mahal. Sebab kita tahu kita akan gunakannya untuk tugas-tugasan kita. Barulah ia dinamakan aset dan bukannya liabiliti.

ALhamdulillah, income dengan bisnes Shaklee saya juga semakin meningkat, bukannya semakin menyusut. Dari bulan April, Mei, Jun hingga Julai, Alhamdulillah ada peningkatan pada bisnes Shaklee saya. Jadi padanlah saya dapat reward diri saya juga kan? Heee.

Harapan saya, saya dapat menjana lebih banyak pendapatan untuk simpanan saya. Walaupun target tahun 2020 saya untuk menunaikan Haji tahun ni tak kesampaian kerana COVID-19, saya tetap terus akan menanam impian untuk menunaikan Haji pada tahun hadapan pula, tahun 2021 InsyaAllah. Saya dan Encik Suami sama-sama berazam untuk itu.

Baru-baru ni saya ada bersembang dengan seorang rakan yang terpilih sebagai duyufurrahman pada tahun 2019. Beliau kongsikan kepada saya, biarpun kita rasa kita belum mampu untuk menunaikan Haji, berdoa je lah kepada Allah untuk Allah makbulkan hajat kita. Bila Allah redha dengan kita dan dijemput kita, tiba masanya Allah akan lorongkan rezeki-rezekiNya kepada kita supaya kita mampu untuk menunaikannya.

Saya teringat perkongsian Ustazah Asma’ Harun di LIVE Facebooknya pada musim Hari Raya AidilAdha yang lalu berkenaan topik hijrah dan pengorbanan. Bila kita telah niatkan untuk menunaikan Haji dan memohon kepada Allah supaya dimurahkan rezeki untuknya, Allah akan bantu kita di sepanjang usaha kita untuk mampu menunaikannya itu InsyaAllah.

Sebab tu lah saya berusaha membuat bisnes Shaklee ni sungguh-sungguh. Walaupun saya seorang surirumah sahaja sepenuh masa, ia bukannya alasan buat saya. Kesibukan tugas seorang ibu dan isteri takkan membiarkan saya berada dalam ‘Comfort Zone’. Saya ada impian saya, ada keinginan yang nak saya capai, dan saya perlu ada jawapan untuk saya jawab kepada Allah apabila ditanya kepada saya, apa usaha saya dalam menunaikan Rukun Islam yang ke-5 ini?

Saya tak nak, Allah ambil nyawa saya dalam keadaan rukun Islam saya belum sempurna. At least kalau saya belum sempat menunaikan Haji lagi, at least saya ada niat untuknya dan ada usaha untuk melakukannya. Selagi kita bernyawa, ini lah yang perlu kita usahakan.

So, doakan impian saya berjaya dicapai ya. Saya nak buat bisnes Shaklee ni sungguh-sungguh sehingga ke peringkat Master Coordinator. Saya nak capai Car Bonus final stage saya dan saya perlu rank up ke next rank iaitu Senior Coordinator. Dan yang paling penting, saya perlu bantu anak-anak buah dalam team saya supaya mereka juga meraih sehingga 4 angka bonus pada bulan Ogos ini.

Dalam Shaklee, kita takkan berjaya selagi mana kita tak bawa orang lain untuk berjaya bersama-sama kita. Itu konsep perniagaan yang Shaklee bawakan. Biar orang yang makan Shaklee dengan kita tu bukan sahaja dapat menikmati kesihatan yang lebih baik, malah dapat juga memperbaiki tahap kewangan mereka kepada yang lebih baik. Itu azam dan impian kami.

Kalau lah ada yang berminat nak cari side income dalam Shaklee, boleh hubungi saya untuk saya bantu sebaiknya. Untuk pengetahuan, sales Shaklee yang terbesar adalah pada bulan Julai yang lepas dengan RM30 juta sales seluruh Malaysia. Padan lahhhh semua barang sold out dan out of stock jeee kan. Sampai kami pun pening dengan stok yang tak cukup ni.

Sebab tu, ramai yang dah makin nampak peluang dalam bisnes Shaklee ni. Jenama nya telah sangat dikenali dan dipercayai. Jadi orang mudah nak beli, orang suka nak repeat beli dan orang pun percaya untuk jadikan ia bisnes dan sumber pendapatan kedua.

Success Stories Business Partners Saya Dalam Young Successful Team (YST)

Happy sangat dengan pencapaian ahli-ahli dalam team saya. Nak jadi macam mereka tak? Jom! Saya sedang mencari mereka yang mahu dibantu untuk berjaya seperti mereka. Kalau anda lah orangnya, jom!! PM saya dan saya bantu anda dengan group support yang awesome daripada kami. 🙂

Salam Mesra,
Wan Syahida Kahar
Founder Young Successful Team (YST)
FB : Wan Syahida Kahar
IG : @shye_wsyahida
Blog : www.syahidashukri.com
No. Telefon : 012-6753078



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge