Kembalikan Tenaga dengan ESP Protein Powder!

By | 24/04/2018
Kembalikan tenaga dengan ESP !

Kembalikan tenaga dengan ESP !

Hai Assalamualaikum! Saya nak share mengenai cara kembalikan tenaga dengan ESP protein powder. Lately ni ada rasa lesu-lesu ke? Hopefully cepat-cepat cuba atasinya sebab bulan puasa dah tak lama lagi ni. Sekarang bulan Rejab kan.. Jadi fizikal kita sendiri kena lah tip top. Nanti nak fokus kepada mental dan spiritual untuk persediaan Ramadhan pula :-). So InsyaAllah, saya nak share tentang camne nak kembalikan kecergasan badan kita, nak-nak bulan puasa bakal tiba, kan? Tak bulan puasa pun kita kena cergas-cergas. Sebab kita ni manusia yang ada pelbagai peranan. Kita selalu ada banyak kerja, banyak tugasan, dan banyak jugak tanggungjawab. Semoga kita dapat tingkatkan penambahan tenaga dengan ESP.

Tenaga dengan ESP : Adakah Pengambilan Protein Anda Mencukupi?

Mula-mula kita boleh periksa sama ada badan kita ni dah cukup protein ke belum? Kita boleh lihat tanda-tanda atau simptom yang badan kita tunjuk.

Perhatikan sama ada badan anda menunjukkan simptom-simptom :

  • Kulit kering, kusam, kasar dan mengelupas
  • Rambut bercabang, rapuh, bercabang dan frizzy
  • Kuku yang cepat patah (brittle nails)
  • Sistem imuniti yang rendah, mudah sakit
  • Penuaan kulit yang ketara daripada umur yang sebenarnya
  • Penambahan berat badan
  • Badan anda tak fit, kulit menggelebeh
  • Metabolisme anda rendah
  • Letih terutamanya sewaktu balik kerja
  • Tulang yang lemah, sakit belakang

Selalunya bila usia kita semakin meningkat, tanda-tanda ni akan makin jelas. Seandainya anda mempunyai simptom-simptom ni, anda perlu bekalkan protein kepada tubuh badan.

Protein adalah bahan-bahan asas untuk membina sel-sel yang baru. Ibarat batu-bata yang nak membina bangunan. Kalau protein tak cukup, rambut, kulit, kuku dan semua sel-sel badan kita tak dapat tumbuh dengan sempurna.

Sumber Protein

Berasaskan haiwan : daging, ikan, ayam, telur, susu, cheese etc.

Berasaskan tumbuh-tumbuhan : tofu, kekacang, tempe, etc.

Jika dibandingkan sumber protein yang berasaskan haiwan dan tumbuh-tumbuhan, sumber daripada tumbuh-tumbuhan adalah lebih sihat. Sebabnya sumber haiwan selalunya mengandungi kandungan kalori yang berlebihan. Contohnya ayam peha, dimasak secara goreng dan menyebabkannya mengandungi trans fat dan saturated fat. Kedua-duanya menyebabkan penambahan lemak yang tak bagus dan menyebabkan trigliserides dalam darah kita meningkat.

Protein daripada sumber haiwan juga tinggi kolestrol. Bila kita kerap makan sumber protein haiwan seperti daging dan seafood, ia akan mudah tingkatkan risiko mendapat gout.

Sebab tu, kita digalakkan untuk mengambil sumber protein daripada tumbuh-tumbuhan. Tapi bila sumber protein daripada tumbuh-tumbuhan pun kita tak berjaya dapatkan secara optimum dan penuh (kurang makan kacang, tempe atau tauhu), maka di situlah kita perlukan makanan tambahan atau supplement protein.

Tips memilih protein yang sesuai untuk cukupkan keperluan tubuh badan kita

Tips 1 : Pilih sumber protein yang berasaskan soya

Ia sesuai untuk semua orang kerana 100% berasaskan tumbuh-tumbuhan termasuklah mereka yang vegetarian dan ada alahan terhadap laktosa. Ada orang yang tak boleh minum susu sebab mudah cirit-birit dan kembung perut. Jadi mereka boleh pilih sumber protein berasaskan soya.

Kajian juga menunjukkan sekiranya anda mengamalkan susu soya sekurang-kurangnya 25g terhadap sehari, ia akan memberi kesan penurunan terhadap kolestrol.

Ada juga kajian menunjukkan susu soya baik untuk mengurangkan simptom-simptom menopaus seperti osteoporosis dan hot flush.

Tips 2 : Pilihlah serbuk protein yang mempunyai tahap Glisemik Indeks yang rendah

Glisemik Indeks (GI) ini menunjukkan kesan makanan terhadap gula dalam darah. Jadi protein dan GI yang rendah ini dapat membantu mengekalkan paras gula yang sihat dalam darah terutamanya mereka yang ada masalah kencing manis atau pre-diabetes. Orang kencing manis kan ada masalah paras gula cepat naik lepas makan, kan?

Selain itu makanan rendah GI ini boleh membantu kekalkan rasa kenyang yang lebih lama sebab ia akan lepaskan gula dalam darah kita secara perlahan-lahan. Lambat la kita nak rasa lapar tu. Jadi ia juga boleh membantu untuk kuruskan badan for those yang nak kurangkan makan tu kan.

Ha disebabkan tu juga, protein yang rendah GI ni dah tentu sangat sesuai untuk dijadikan menu sahur ketika berpuasa. Cuba try amalkan makanan protein rendah GI ketika sahur, dan anda takkan cepat rasa lapar walaupun dah tengah hari. Menggigil pun kurang, especially ibu-ibu yang menyusu anak sambil berpuasa.

Tips 3 : Pilih serbuk protein yang dilengkapi dengan 9 jenis amino asid

Badan kita perlukan 20 jenis asid amino dan badan kita boleh menghasilkan 11 jenis asid amino. Bermakna kita memerlukan 9 jenis asid amino lagi daripada makanan. Dengan asid amino yang lengkap ini, ia boleh jadikan binaan blok protein. Jadi ia dapat bantu kekalkan fungsi tubuh badan yang optimum dan bantu menggalakkan pertumbuhan kulit, rambut, kulit, kuku dan sel imun yang sihat.

Tips 4 : Pilih serbuk protein yang bukan GMO (Genetic Modified Organism)

GMO adalah pengubahsuaian secara genetik. Makanan yang GMO ini dihasilkan sebab mereka dapat memastikan jagung, sayur dan haiwan seperti ayam dapat memenuhi keperluan di pasaran. Dan proses pengubahsuaian genetik ni dapat memastikan haiwan dan tumbuh-tumbuhan ini lebih bertahan dan tak cepat mati, ataupun tahan lasak dengan bakteria dan tumbuh dengan lebih besar.

Masalahnya, makanan GMO ini akan kurangkan nutriennya. Jadi kita kena pastikan yang kita pilih makanan yang bukan GMO supaya nutriennya tak terjejas dan dia adalah alternatif kepada makanan yang lebih selamat dan sihat. Sebab makanan yang GMO ni ada side effect pada jangka masa panjang yang tak elok. Boleh jadi ia menyebabkan ketidaksuburan dalam genetik kita dan tumor.

Tips 5 : Pilih serbuk protein yang rendah lemak

Ia dapat memastikan pengambilan lemak tepu dan kolestrol adalah dalam kandungan yang paling minimum. Ia dapat membantu kita kekalkan binaan otot tanpa tambahan kalori. Bermakna kita dapat semua kalori daripada protein. Selalunya bila kita terambil lemak yang berlebihan ni, ia akan disimpan di dalam badan kita nak menyebabkan gemuk.

Bila waktu yang terbaik untuk mengambil protein?

Waktu sarapan sebagai menggantikan sarapan yang tidak berapa sihat seperti roti canai atau roti-roti dan nasi lemak. Boleh juga jadikannya sebagai minuman tengah hari bagi menggantikan milo ais dan teh tarik. Boleh juga gantikan minum petang bagi menggantikan Starbucks, kek dan donut. Ataupun kalau nak makan makanan yang ringan sebagai makan malam, anda boleh minum protein shake dengan mem-blend dengan buah-buahan atau oat.

Bagi mereka yang selalu pergi ke gym, anda boleh amalkan protein shake ni 30 minit sebelum anda bersenam dan 2 jam selepas anda bersenam. Ini dapat membantu membaiki dan mempercepatkan proses pembaikan otot dalam badan kita.

Untuk makan lewat malam pula, bagi mereka yang lapar dan selalu makan burger atau suka minum susu, anda boleh gantikan dengan protein shake ini. Sebab protein shake ni kaya dengan kalsium dan ia dapat meningkatkan kualiti tidur anda supaya lebih lena.

Memang tak dapat dinafikan bahawa protein ini memainkan peranan yang penting dalam tubuh badan kita.

Siapa yang perlukan protein yang lebih?

  • Mereka yang kerap bersenam dan ke gym. Sebab protein yang cukup ini dapat membantu mereka bina balik dan memperbaiki otot mereka.
  • Mereka yang masuk ke usia pertengahan, kadar pembentukan otot mereka menjadi semakin lambat dan pada masa yang sama mereka juga mungkin akan hilang otot yang sedia ada dalam badan. Jadi bila usia makin meningkat, sebab itu kulit menjadi semakin kendur.
  • Bagi mereka yang sedang berusaha untuk mendapat zuriat, mereka perlukan protein sebab ia bahan asas untuk membina sel bayi anda. Ia penting untuk pertumbuhan otot dan perkembangan sel yang sihat. Manakala kalau tak cukup, ia akan tingkatkan risiko kelahiran pra-matang.
  • Wanita yang biasa memerlukan sebanyak 55g protein sehari. Bagi mereka yang sedang hamil, mereka memerlukan lebih 7.5g sehari.
  • Ibu yang sedang menyusu, mereka memerlukan kalori yang berlebihan yang disarankan untuk diambil daripada protein. Mereka perlukan 25g protein lebih daripada wanita yang biasa. Bermakna jumlah protein yang mereka perlukan adalah 75g setiap hari untuk membekalkan susu yang cukup dengan kualiti dan kuantiti yang tinggi untuk bayi mereka.
  • Disyorkan untuk mereka yang sukakan makanan atau minuman yang manis-manis. Sebab diet yang tinggi protein dapat membantu mengawal kandungan gula dalam darah.
  • Bagi mereka yang mahu menjaga berat badan, pengambilan protein dapat membantu mereka rasa kenyang lebih lama dan dapat mengawal pengambilan kalori mereka.

Baca juga : Lain macam berpuasa dengan ESP dan Performance Drink

Makanan apa yang kita perlukan untuk mendapat 14g protein sehari?

  • Anda perlukan 500ml susu lembu atau 2 gelas setiap hari, atau
  • Anda perlukan 1 saiz tapak tangan daging merah setiap hari, atau
  • Anda perlukan 56 biji kacang badam, atau
  • 5 keping roti

Good read : 20 delicious high-protein foods

Tak perlu susah-susah!

Shaklee ESP boleh bekalkan 14g sehari dalam 1 sajian sahaja!

Kuasa Protein untuk Tenaga dengan ESP

Kebanyakan orang tidak dapat mengekalkan tenaga atau stamina mereka sepanjang menjalani kehidupan seharian. Tingkatkan tenaga harian anda dengan minuman protein ESP Shaklee yang mempertingkatkan TENAGA-stamina anda. Protein soya berasaskan tumbuhan untuk tenaga lebih lama.

ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder

Memberikan tenaga dengan ESP secara berterusan, berasaskan protein tumbuhan yang berkualiti tinggi.

Protein adalah seperti blok yang membina tubuh anda, seperti batu bata yang membina rumah anda. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan dan perkembangam. Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.

Keistimewaan ESP Shaklee

  1. Shaklee menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).
  2. Setiap hidangan membekalkan 14g protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolestrol. (Jumlah protein soya yang disyorkan untuk membekalkan kesan penurunan terhadap kolestrol darah adalah 25g sehari).
  3. Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) yang tertinggi iaitu 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan kepada protein haiwan.
  4. Membekalkan 9 asid amino. Sebab itulah mereka yang mengamalkan ESP ni akan perasan kulit mereka semakin cantik. Begitu juga dengan rambut dan kuku.
  5. Tinggi dengan kalsium (500mg kalsium dalam 1 hidangan) yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
  6. ESP menggunakan water-wash yang memastikan semua nutrien dan anti-oksidan yang semulajadi daripada soya ni dapat dikekalkan dan tak hilang.
  7. Juga kaya dengan zat besi dan Vitamin B yang diperlukan oleh badan kita.

ESP Shaklee mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang rendah.

Indeks Glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan ke atas gula dalam darah.

Protein Soya ESP dengan GI yang rendah dapat membantu:

  • Menstabilkan tahap gula dalam darah
  • Membekalkan tenaga dengan ESP, memberi rasa kenyang yang lebih lama
  • Mengekalkan berat badan yang sihat dan kesihatan jangka panjang

Baca juga : Kebaikan ESP Shaklee dan Keburukannya

Bantu Atasi Gastrik dengan ESP

Tenaga dengan ESP : Penutup

Best sebenarnya ESP ni. Banyak sangat khasiat dan manfaatnya. Sebab protein adalah benda paling asas dalam binaan tubuh badan kita, jadi kita memang wajib ambil ia hari-hari. Maklumlah, kalau nak bergantung sepenuhnya kepada protein daripada diet harian, sama ada ia tak cukup ataupun ia meningkatkan risiko masalah kolestrol dan lemak bila cara masaknya tidak sihat. Boleh juga tingkatkan risiko gout terutamanya bagi kaum lelaki yang memang popular dapat gout.

Baik untuk dibaca : Set Kesihatan Optimum untuk Keperluan Harian

Camtu jugak dengan orang yang perlukan tenaga. Bekalkan tenaga dengan ESP ini untuk keperluan harian anda ok?!

Ok, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua, dan pastikan anda mengamalkan protein yang secukupnya setiap hari. Terutamanya jika anda seorang ibu hamil, ibu menyusu ataupun yang sedang usaha untuk mendapatkan zuriat.

Boleh juga baca Info Produk ESP.

Apa kata pengguna ESP ?

Sebarang pertanyaan atau order untuk ESP ini, boleh lah directly hubungi saya di 012-6753078.

Salam mesra,

Wan Syahida Kahar

SID 1143254

Pengedar Bebas Shaklee Seluruh Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge