Keluar Daripada Zon Selesa Untuk Menjadi Orang Yang Lebih Maju

By | 09/07/2017

Ramai di antara kita yang tak sedar yang kita berada dalam comfort zone ataupun zon selesa. Sebenarnya namanya saja comfort zone tapi sebenarnya ia sedang membunuh dan merosakkan kita bila berada dalam keadaan selesa saja terlalu lama tanpa ada perubahan hidup ke arah yang lebih baik.

Zon selesa yang tak ke mana-mana

Zon selesa yang tak ke mana-mana

Zon selesa ini bermakna kita sedang membiarkan hidup kita dalam keadaan biasa-biasa dan tak nak cuba untuk memperbaiki diri kita atau masa depan kita dengan sesuatu yang bermanfaat dan memberi nilai. Kita terlalu banyak membuang masa dengan berehat-rehat dan enjoy membelanjakan wang. Sedangkan orang yang nak berjaya itu akan sentiasa sibukkan diri. Bukan sibukkan diri dalam perkara-perkara yang lagha atau membuang masa, tapi dalam perkara-perkara yang berfaedah sahaja.

Itu adalah sifat-sifat orang yang sentiasa ingin keluar daripada zon selesa dan sentiasa suka memajukan diri menjadi orang yang lebih baik, lebih bermanfaat dan lebih berjaya pada setiap hari atau setiap bulan atau setiap tahun. Manakala orang yang selesa dalam zonnya pula akan sentiasa mempunyai masa lapang. Mereka tak ada impian hidup. Mereka tak ada visi dan misi hidup. Bagi mereka hidup ni biasa je. Asal dapat gaji sudah lah. Asal dapat bayar installment bulan-bulan sudahlah. Tapi mereka tidak bertindak lebih jauh.

Orang lain dah sampai bulan dan bintang dah. Dah capai macam-macam impian dah. Dah explore banyak negara dah. Dah bebas hutang dah. Sedangkan mereka, masih dalam rutin yang biasa dan relax. Kalau ada masalah dalam tempat kerja, diterima saja tanpa rasa nak mahu ubah apa-apa.

Aduh, kesiannya orang yang terperangkap dalam keadaan begini, menyangkakan hidup mereka telah selesa. Mereka belum lagi merasai jatuh ditimpa tangga. Tiba masanya nanti, barulah akan tersedar dan baru nak keluar daripada zon selesa. Moga kita tak terkena la sebarang musibah ini. Sebaiknya kita sentiasa bersedia dan telah ada perancangan masa depan sekiranya perkara buruk terjadi.

Kalau kita tetap relax dalam zon selesa ini, kita la orang yang sedang rugi..

Kita yang mana? Boleh la difikir-fikirkan. Tak kira lah kita ini makan gaji, bekerja sendiri atau surirumah sekalipun. Setiap daripada kita boleh terperangkap dalam situasi zon selesa ini.

Orang Yang Sibuk Pula Dah Keluar Daripada Zon Selesa Ke?

Tapi ada pula orang yang sangat komited dalam pekerjaannya. Sangat gigih di tempat kerja. Mungkin dia terlalu minat dengan kerjanya sehingga begitu fokus, tak boleh fikir yang lain. Ya saya tahu ada orang yang begini. Memang bagus. Dia kerja dan dia tahu apa yang dia buat. Dia mahir dalam apa yang dia lakukan dan dia suka dengan apa yang dia kerjakan. Di tempat kerjanya, dia seorang yang sangat sukses dan berjaya.

Tapi tak bermaksud orang yang sibuk itu telah keluar daripada zon selesa. Boleh jadi, dalam kesibukannya, dia sebenarnya tak selesa. Maknanya, dalam keadaan dia sibuk bekerja tu, dia tak suka bila peranan dia yang sepatutnya menjadi seorang ibu kepada anak-anak telah terabai. Dia tak suka bila dia tak sempat memasak untuk suami dan anak-anak. Dia tak suka bila rumahnya dijaga sepenuhnya oleh orang gaji. Dia tak suka bila anak-anaknya hanya rapat dengan orang gaji ataupun pengasuh. Walaupun dia cemerlang dalam kerjayanya, dia mendapat gaji yang agak besar untuk menampung keluarga, tapi rasa-rasa anda, adakah dia berada dalam zon selesa?

Jawapannya tidak. Selagi dia tak berpuas hati dengan kehidupannya yang sebenar, dia belum selesa. Mana mungkin selesa kan? Bila anak-anaknya sedih dia pergi kerja. Bila anak-anaknya sakit, terpaksa ditinggalkan kepada pengasuh. Bila anak-anaknya nak tidur, mereka pilih nak tidur dengan orang gaji. Menu anak-anak dan suami, orang lain yang masakkan. Ataupun makanan yang dibeli dari luar. Tak best, kan? Deep down inside, sebagai seorang ibu, tentu tak gembira dengan keadaan ini.

Tapi dia terpaksa biarkan sahaja keadaan itu dan terima. Itu tetap bermakna dia sedang berada dalam zon selesa walaupun sebenarnya ia tak selesa.

Orang Yang Sibuk Tapi Dia Memang Berusaha Untuk Keluar Daripada Zon Selesa

Ini pula orang yang sibuk dan menyedari apa masalah yang dihadapinya. Bila dia sedar, dia bertindak untuk keluar daripada zon selesa itu. Dia cuba cari penyelesaian kepada masalahnya. Dia akan mula untuk ubah fikiran. Kalau selama ni dia fikir kerjaya makan gaji adalah yang terbaik, kini dia mula mencari-cari apa yang boleh dia buat untuk keluar daripada zon selesa ini.

Tak kira lah sama ada melakukan sesuatu secara part-time ataupun berkecimpung dalam sesuatu yang boleh memberi nilai kepada masa hadapannya. Contohnya, belajar ilmu hartanah, belajar ilmu saham, belajar ilmu membuat kek, ilmu perniagaan, ilmu insurans, belajar ilmu memberi servis dalam sesuatu kemahiran dan lain-lain yang memberi nilai untuk diri sendiri serta masa depan.

Ini adalah orang yang bertindak di luar kebiasaan orang biasa. Mereka sentiasa membuat sesuatu yang lain daripada yang terbiasa setiap tahun, setiap bulan atau setiap hari. Ini barulah orang yang sedang cuba keluar daripada zon selesa. Mereka bersusah payah dan berkorban masa untuk melakukan sesuatu yang mereka tidak biasa pun lagi. Mereka ingin keluar daripada zon selesa dan tak mahu merugikan diri sendiri dalam situasi yang mereka tak suka lagi.

Orang Yang Sibuk Merungut?

Kadang-kadang ada orang mengeluh sebab dia tak punya masa untuk diri sendiri. Sebenarnya sibuk itu juga nikmat. Asalkan kita gunakan kesibukan itu untuk perkara yang betul. Tapi jangan la sampai tak rest langsung kan.

Kita pun manusia. Ada masa kita bekerja. Ada masa kita mencari ilmu. Ada masa kita memberi ilmu.

Yang pasti, jadi la kita orang yang sentiasa bermanfaat, sentiasa produktif, sentiasa bekerja untuk keselesaan masa depan dan tak hanyut dengan dunia yang kadang-kadang lagho dan melekakan..

Yang sentiasa menyibukkan diri dengan perkara yang penting dan bermanfaat saja. Kita kena ingatkan diri kita selalu, biarlah kita sibuk hari ni. Biarlah kita susah hari ni. Semuanya demi masa depan. Jadi dengan memahaminya, kita akan tetap gigih berusaha dan sibukkan diri. Iaitu keluar daripada zon selesa.

Tak usahlah memandang kehidupan orang lain yang seronok. Mereka mungkin hidup senang. Mereka mungkin telah ada banyak kemudahan. Tak macam kita. Kita sedar siapa diri kita. Kita kena lakukan yang di luar kebiasaan untuk keluar daripada kepompong kesusahan iaitu zon selesa.

Orang Yang Telah Berjaya

Selalunya orang yang dah berjaya dalam dunia ni adalah orang yang telah pun bekerja keras untuk mencapainya. Sebab takde benda yang mudah pun dalam dunia ni. Semuanya kita mesti usahakan. Kita mesti kejar. Kalau kita nakkan sesuatu tu, kita la yang kena gerak ke arahnya. Bukan saja bergerak, tapi cuba untuk berusaha LEBIH daripada apa yang sepatutnya kita buat.

Mereka tahu, mereka perlu berusaha untuk keluar daripada zon selesa ini. Bagi mereka, zon selesa tu mereka belum capai lagi. Masih banyak perkara yang ingin dicapai dalam hidupnya. Bukan saja untuk diri sendiri, tetapi untuk ibu bapa, suami dan anak-anak juga. Sebenarnya orang yang berjaya ini sentiasa ada ciri-ciri ingin memajukan diri sendiri. Setiap hari, ada saja benda yang dia nak belajar dan nak perbaiki. Ataupun lebih banyak memberi dan mengajar orang lain.

Lakukan Lebih Daripada Yang Biasa

Orang yang nak keluar daripada zon selesa adalah orang yang sangat berusaha, sangat cekal dan sangat komited. Mereka suka lakukan LEBIH daripada yang biasa. Mereka suka perform dengan lebih baik, hari demi hari.

Contoh macam kalau kita ni seorang peniaga. Kalau ada pelanggan yang mencari penyelesaian, berikannya LEBIH dari apa yang dia biasa dapat. Kita nak bagi lebih. Kita nak buat yang terbaik. Usahakan explanation yang jauh lebih complete dan memuaskan. Jadi lah ‘sales person’ yang terbaik yang pernah pelanggan itu jumpa. Dia nak beli ke tak nak adalah perkara kedua. Explanation tu kalau boleh, berikan dari hati, kerana explanation dari hati akan sampai ke hati. Menyentuh emosi.

Juga penuh dengan penerangan yang sangat bersesuaian dengan apa yang dicarinya. Selari dengan masalah yang dihadapinya. Sehingga dia cukup kenal. Dan dah terlepas tanggungjawab kita untuk menyampaikan apa yang patut diketahuinya. Dan apa yang kita pernah rasa dengan produk tu, mesti disampaikan juga kepadanya. Our real life experiences. Or somebody else’s experiences. Sampai dia rasa best sangat sampai tak boleh tolak & memang nak kena beli jugak. Ini la contoh orang yang berusaha dan cuba untuk membuat yang lebih baik.

Memang ada ciri-ciri orang yang mahu bertindak keluar daripada zon selesa. Sebab itu mereka sanggup memberi lebih, melakukan yang luar daripada kebiasaan dan berkorban banyak perkara. Semuanya demi masa depan yang lebih baik serta memperbaiki diri sendiri agar menjadi orang yang lebih berkemahiran.

But the most important thing is, choose to HELP them MORE. To SELL, falls to second place. First thing first, help them with information that are valuable to help them. Macamana kita nak tolong diri kita dan orang-orang yang kita sayang. Camtu la jugak kita kena tolong customers kita.

Biar pun pelanggan tak jadi beli, kita dapat tambah pahala menyampaikan. Dan dapat tambah kemahiran menceritakan. Ini bermakna, dalam usaha kita untuk keluar daripada zon selesa itu, walaupun kita belum mencapai targetnya, kita tetap dapat tambah kemahiran kita dalam prosesnya untuk berjaya tu. Kita tetap menjadi orang yang lebih baik kan?

Penutup

Memang nak keluar daripada zon selesa ni bukannya mudah. Banyak perkara yang terpaksa kita korbankan. Wang, tenaga, masa, suami dan anak-anak, semuanya perlu berkorban demi masa depan yang lebih baik. Sebab tak ada istilah selesa pun hidup kat Malaysia ni. Melainkan kita ni dah sedia jutawan dan datang daripada keluarga orang kaya-kaya, kan?

Jadi, apa pilihan kita? Nak terus duduk dalam keadaan selesa yang tak berapa nak selesa sangat tu, atau bersusah-susah sekarang dan bersenang-senang kemudian?

Pilihan di tangan kita. Muda bukannya banyak kali. Hanya sekali saja kita akan lalui usia muda kita ini. Tiba masa, kita akan menjadi tua dan janganlah sampai masa itu nanti, kita akan pandang belakang dan berasa menyesal kenapa kita tak cuba lakukan sesuatu untuk merubah nasib hidup kita. Janganlah kita mengeluh dengan pengakhiran hidup kita yang susah atau berhutang sana-sini. Ataupun tak mampu melancong ke mana saja yang kita impikan. Kalau masa zaman muda lagi kita dah banyak membuang masa, banyak relaks dan dah rasa seronok dengan kehidupan. Itu memang salah diri sendiri. 🙂

13 thoughts on “Keluar Daripada Zon Selesa Untuk Menjadi Orang Yang Lebih Maju

  1. Anuar

    Btul! Setuju…
    Orang yang luar biasa akan melakukan tindakan yang luar biasa…. Sebab tu mereka agak sibuk dengan pelbagai perkara….

    Reply
    1. syahida Post author

      Itu lah. Sentiasa tak boleh rasa lapang. Kena buat kerja sebab tak ada istilah selesa pun selagi kita berhutang dan belum mencapai banyak impian 😀

      Reply
  2. Amirul

    Setuju. Siapa je yang tak sibuk kan? Dah besar kena pandai atur masa sendiri. Perkongsian yang menarik.

    Reply
    1. syahida Post author

      Ya betul. Usaha keluar darinya.. Baru hidup akan berubah.

      Reply
  3. Bahrain

    kena sentiasa fikir untuk ke arah yang luar biasa..kurang berfikir.. hidup pun biasa je..tiada kemajuan

    Reply
  4. Haidar

    Motivasi yang baik. Terima kasih kongsi. Saya juga berazam untuk keluar dari comfort zone.

    Reply
    1. syahida Post author

      Your welcome. Sama-sama kita berusaha :).

      Reply
  5. irda

    insyaALLAH tak lama lagi saya akan keluar dari zon selesa.hehe:).thank you for sharing

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge