Kelebihan Bisnes Spa dengan Produk Shaklee : Dapat Sertai Trip Shaklee yang Mewah!

By | 09/12/2017

Bisnes Spa Dengan Produk Shaklee

Hai Assalamualaikum! Dalam entry ni saya nak share tentang kelebihan kalau kita nak buat bisnes SPA, tapi kita pilih Spa yang menggunakan produk Shaklee. Apa bezanya buat bisnes spa dengan produk Shaklee berbanding menggunakan produk biasa-biasa? Haa… antara kelebihannya adalah DAPAT SERTAI TRIP SHAKLEE YANG PERCUMA DAN MEWAH !!

Kalau belum tahu apa itu Spa dengan produk Shaklee, boleh baca : Apa Itu Projek Spa ‘The Walking Beauty’?

Baca juga : Kursus Usahawan Spa Untuk Home Spa dan Mobile Spa

Ok so betul, bila kita buat bisnes spa dengan produk Shaklee, kelebihannya adalah kita boleh dapat Trip Shaklee !  Jadi saya akan share, macamana bestnya Trip Shaklee ni dan macam mana pulak kita nak dapatkannya melalui Projek Spa ni?

Cruise Trip Shaklee November 2017

Cruise Trip Shaklee November 2017

Cuba tengok gambar di atas ni. Ni adalah gambar Cruise Trip Shaklee yang berlangsung pada akhir November 2017 yang lalu. Baru je bulan lepas!! Cuba tengok ramai tak yang join trip Shaklee ni?

Ya ramai!!

Maksudnya?

Maksudnya tak susah pun nak dapatkan trip ni. Sebab buktinya ramai je yang mampu dapat.

Dan bagi mereka yang memilih untuk buat bisnes spa, tapi mereka pilih untuk buat spa The Walking Beauty melalui sistem Shaklee, mereka lebih beruntung. Kenapa? Sebabnya, orang lain yang buat spa tak ada pun peluang nak dapatkan trip mewah macam ni.

Tapi geng spa TWB?

Sambil spa, sambil dapat grow bisnes Shaklee. Sambil dapat bonus Shaklee dan sambil ada peluang dapat percutian mewah yang PERCUMA ! Kalau spa biasa, tak ada la peluang ni. Cukup sekadar mendapat pendapatan daripada keuntungan membuat servis spa. Tapi dengan bisnes spa dengan produk Shaklee, anda bakal dapat lebih banyak kelebihan seperti trip ini.

Bestnya Trip Percutian Cruise Shaklee

Dah nama pun cruise, sure la namanya naik kapal. Perjalanan cruise mereka bermula dari Pelabuhan Klang, kemudian ke Langkawi dan bersambung pula ke Phuket. Kiranya ada 3 perhentian.

Sedikit pengenalan, keistimewaan membuat bisnes Shaklee ni adalah berpeluang mendapat ganjaran Regional atau International Trip tau. Jadi cruise trip ni adalah dalam kategori Regional. Manakala untuk International Trip, terdapat 2 jenis trip antarabangsa. Iaitu percutian mewah ke negara-negara yang terpilih ataupun Umrah.

Berbalik kepada cruise trip tadi, kapal yang mereka naiki sangat besar dan mewah! Fuh. Korang pernah ke naik cruise ni? Saya tak pernah lagi. Tapi saya memang pernah tengok kapal cruise secara dekat semasa kat Pulau Langkawi. Memang sangat-sangat besar. Dan tahu tak berapa kosnya kalau nak naik cruise ni sendiri? Kos nak pergi sendiri cruise trip ni nak dekat RM3k.

Tapi untuk Shaklee, semua serbi dah ditanggung beres dan dibelanja oleh Shaklee. Bukan saja dah dibelanja trip cruise ni, tapi diberi elaun lagi! Kiranya yang dapat sertai trip ni hanya perlu pergi berlenggang je dan bawak barang, Kalau nak shopping je bawak duit sendiri. Lain-lain semuanya tak perlu risau.

Rupa luaran dan dalaman kapal cruise

Rupa luaran dan dalaman kapal cruise

Selalu dapat Room Drop Gift daripada Shaklee

Dalam mana-mana trip Shaklee, Shaklee selalu suka bagi surprise kat peserta trip. Bila balik daripada aktiviti atas kapal dan masuk bilik, mesti ada hadiah kat atas katil. Ada yang hadiah botol air, hadiah topi, hadiah beg, atau apa-apa lah hadiahnya. Macam surprise gift la gittew. Nak bagi exciting lagi trip tuh. huhu.

Drop gift by Shaklee

Drop gift by Shaklee

Kemewahan Trip Shaklee Adalah Tahap 5 Bintang

Bukan namanya trip Shaklee kalau layanan yang kita dapat bukan seperti VVIP. Atau tak keterlaluan kot kalau nak kata macam layanan raja. Semuanya sangat-sangat mewah. Bab makan tak payah cakap lah. Terlalu terlalu meriah dan mewah. Shaklee langsung tak kedekut untuk memberi ganjaran kepada ahli-ahlinya yang berjaya.

Kelebihan Bisnes Spa dengan produk Shaklee

Kelebihan Bisnes Spa dengan produk Shaklee

Ha tengok makanan atas kapal diorang ni. Mewahnyaaa! Feeling orang kaya sangat. Walhal dapat free je. Hehe.

Makanan high-class yang dihidangkan atas atas cruise ship

Makanan high-class yang dihidangkan atas cruise ship

Seronok kan? Mostly seafood la makanan yang dihidangkan. Dan bila di Phuket, maklum sajalah dah namanya Thailand, mestilah kebabom gila makanan dari Thailand :D.

Jadi Macam Mana Dengan Spa Kita Boleh Dapat Trip Shaklee?

Trip Shaklee ni dalam setahun ada 2 kali trip. Seperti yang saya sebut di atas, satu international trip; iaitu boleh pilih nak Umrah atau negara yang Shaklee pilih untuk tahun itu).

Satu lagi local trip dalam Malaysia. Dulu dia local trip. Tapi sekarang dah ubah ke regional trip. Maksudnya negara yang dekat-dekat.

Sebab tu lah Shaklee buat cruise ni dengan trip ke Langkawi, Penang dan kemudian ke Phuket, Thailand.

OK so tahun 2017 ni dah naik cruise ke dalam negara dan luar negara. Tahun depan pada tahun 2018, Shaklee menawarkan regional trip ke Bangkok pulak! Ini untuk regional trip.

Manakala untuk international trip, Shaklee menawarkan Mediterranian Cruise! Dalam Mediterranian Cruise ni, mereka akan ke beberapa negara termasuklah Barcelona, Italy dan France.

Satu lagi Umrah, macam biasa setiap tahun dapat tawaran mengerjakan Umrah.

Dan tahun 2019 akan pergi ke Las Vegas dan San Francisco, USA pula!

Jadi persoalannya, macamana nak bagi dapat trip ni?

Dalam Bisnes Spa TWB kita, kita bukan saja dapat peroleh pendapatan melalui servis spa daripada kedai bergerak spa kita sendiri seperti facial, hand & foot spa, body scrub dan lain-lain. Tapi kita juga digalakkan untuk menyebarkan ilmu kemahiran spa yang kita dah belajar dan mahir ni kepada wanita lain agar mereka juga dapat belajar dan mencari pendapatan sampingan melalui bisnes spa.

Umum mengetahui bahawa kursus spa di luar sana bukannya murah-murah. Kalau kita survey, kursus spa dan mobile spa sebenarnya sangat mahal. Ada yang mencecah RM2k, ada yang RM2.5k. Ada yang langsung tak dapat apa-apa produk, ada yang langsung tak dapat modul. Ada jugak yang murah tapi tak diajar camne nak run the business pulak. Dah tu terkontang-kanting tak reti nak marketing. Dan kebanyakannya pun tak ada support group yang terus menerus akan menolong kita jalankan bisnes spa ini.

Perbandingan harga kursus spa di luar dengan kursus spa TWB

Perbandingan harga kursus spa di luar dengan kursus spa TWB

Tapi dalam projek spa TWB iaitu bisnes spa dengan produk Shaklee, semua ni pun akan dapat. Dengan kos yang jauh lebih murah. Tak sampai RM1k pun. Kenapa murah dan sangat banyak yang TWB bagi? Sebab dalam kursus spa TWB, kita memang berhajat nak membantu lebih ramai wanita untuk berkemahiran dan berupaya mencari pendapatan sampingan dengan modal yang rendah dan mampu milik.

Dalam projek spa TWB, peserta akan berpeluang mempelajari:

  • 5 kursus dan 1 advance course. Termasuklah :
    • Facial Relaxing Treatment
    • Body Scrub
    • Sauna Herbs
    • Aroma Milk Bath
    • Foot & Hand Spa
    • 1 advanced course : How to setup and run Mobile Spa
  • Hands-on practical on model
  • Modul training
  • Sijil penyertaan
  • Trial kit spa
  • Beauty products (untuk spa dan inner beauty)

Selain itu, kesemua pelajar akan dimasukkan ke dalam Support Group untuk terus mendapat semangat dan bimbingan. Just in case ada benda yang pelajar nak terus bertanya dan rujuk tentang bisnes spa ni kan.

Dalam support group TWB, peserta akan berkawan dengan ramai beauticians lain dari seluruh negara (setakat ni dah 100+ orang ahli) agar mendapat idea dan semangat untuk menjalankan bisnes spa masing-masing.

Selain daripada bisnes servis spa, kita boleh juga peroleh pendapatan melalui training ke atas pelajar baru. Lagi ramai yang kita dapat bantu, lagi lumayan lah bonus Shaklee yang bakal kita perolehi nanti. Dan semua ni akan menyumbang kepada tiket trip Shaklee nanti.

Dengan memberi training kepada orang lain yang baru nak belajar juga, akan menjadi saham pahala buat kita. Kenapa tu ya? Sebabnya, kita sedang mengajar orang lain untuk turut sama berkemahiran, mampu menjana wang dan memperkukuhkan ekonomi keluarga sebagaimana kita. Kita memang nak bantu lagi ramai wanita untuk pandai cari duit sendiri. Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain, betul tak? Jadi apa lah salahnya bila kita ajar orang lain pulak. Kita bukan saja dapat kutip pahala, malah dapat lebih ramai ahli baru Shaklee bawah kita.

Kiranya kita tak lah bergantung kepada pendapatan spa sahaja, tapi kita jugak mengajar orang lain sama. Shaklee pun akan bagi ganjaran dan bonus kepada kita.

Bila lagi ramai beautician spa yang kita lahirkan bawah kita, lagi besarlah peluang untuk kita dapat tiket percutian mewah daripada Shaklee.

Sebab itulah, andainya kita hanya membuat bisnes spa sahaja tanpa Shaklee, kita rugi.

Tapi kalau kita buat bisnes spa dengan produk Shaklee, kita akan dapat lebih banyak reward ! Insya Allah.

Apa yang Shaklee Boleh Bagi?

Selain daripada cash bonus, Shaklee juga menawarkan car bonus atau bonus kereta. Satu lagi adalah convention ataupun percutian mewah ini.

Percutian mewah yang BEST, MEWAH dan sangat MENYERONOKKAN ni.

Gambar-gambar yang saya share dalam entry ni, semuanya daripada salah seorang ahli beautician spa TWB yang dapat pergi. Hanya dengan menyertai bisnes spa yang dicampur Shaklee, dia berpeluang untuk mendapat lebih banyak kelebihan, bukan sahaja daripada pendapatan spa dan training, malahan juga trip Shaklee, car bonus dan cash bonus daripada Shaklee.

Penutup

Saya masih baru lagi dalam bisnes Shaklee ni dan jujurnya saya masih belum layak untuk dapatkan trip mewah Shaklee ataupun car bonus Shaklee. Saya baru merasa cash bonus Shaklee setiap bulan sebanyak 3 hingga 4 angka.

Namun, saya percaya. Asalkan saya tetap terus menyebarkan kebaikan dan berkongsi ilmu spa dan ilmu Shaklee kepada ramai orang, peluang itu pasti ada untuk saya. Bukan saja saya, tapi anda semua juga berpeluang. Tak kira siapa pun kita. Kita boleh!

InsyaAllah, saya aim untuk dapatkan tiket regional dan seterusnya tiket international! Bukan untuk saya seorang, tapi untuk suami saya juga :-).

Kalau anda pun teruja dan berminat nak dalami ilmu kemahiran spa dan bisnes spa dengan produk Shaklee sambil-sambil terjun dalam bisnes Shaklee untuk dapatkan lebih banyak kelebihan selain spa macam ni, anda dijemput untuk join team TWB kami!

Anda dapat belajar kemahiran spa, dapat pelajari tips bisnes terutamanya bisnes spa dengan produk Shaklee dan juga berpeluang mendapat ganjaran daripada Shaklee.

Boleh hubungi saya, okay!

Salam mesra,

Wan Syahida Kahar

012-6753078

Ahli Projek SPA ‘The Walking Beauty’ merangkap SID Shaklee.

12 thoughts on “Kelebihan Bisnes Spa dengan Produk Shaklee : Dapat Sertai Trip Shaklee yang Mewah!

    1. syahida Post author

      Hehehe… Tu la.. sape nak bagi tiket melancong… kita pun tak sanggup nak keluarkan duit sendiri nak pi melancong mewah2 ni 😀

      Reply
  1. Halilah Hassan

    Bestnya trip shaklee. Pernah dapat layak satu local trip shaklee dulu.. tapi tak dapat join sebab ada kekangan keluarga. Memang betul bag nak packing baju pun shaklee provide waktu tu. Seriously best. Menyesal pulak rasanya x join dulu hehe .. 😅
    Takpe next time pula sama2 kita kerja trip shaklee😉

    Reply
    1. syahida Post author

      Wow bestnya! Saya belum sampai lagi tahap layak 😀

      Reply
    1. syahida Post author

      Hehee.. tak perlu jadi agen & menjual pun. yang lebih penting, beli dan makan untuk diri sendiri dan keluarga sendiri je.. jadi ahli lagi jimat.. kesihatan kena diutamakan 🙂

      Reply
  2. Pingback: Kelebihan Kursus Spa Bergerak Tanpa Kedai "The Walking Beauty" • SyahidaShukri

  3. Pingback: Buat Duit Dengan Mobile Spa Selepas SPM • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge