Kelahiran Anak Ketiga Saya – 29 Disember 2017

By | 07/01/2018

Hai Assalamualaikum.. Mungkin ada pembaca yang tak tahu lagi, kan. Kalau yang tak friend dengan saya di FB, tak tahu yang saya baru je lepas bersalin anak saya yang ketiga pada Jumaat 29 Disember 2017 yang lepas. Alhamdulillah dengan izin-Nya, saya selamat melahirkan bayi perempuan saya pada pagi Subuh, hari Jumaat seminggu yang lalu. Hari ni, anak saya dah pun berusia 9 hari. So untuk tak terlupa cerita kejadian, saya saja nak tulis di blog ni untuk kenang-kenangan dan ingatan saya :-). Jemput baca Cerita Kelahiran atau Birth Story saya :-).

Sebelum Kelahiran

Semasa kelahiran anak pertama dan kedua saya yang terdahulu, kedua-duanya lahir beberapa hari je sebelum due date. Jadi untuk anak yang ketiga ni, saya dan suami turut menganggarkan yang baby ni akan keluar sebelum tarikh due date. Tapi siapalah kita yang nak tahu ketentuan Allah, kan. Ditakdirkan bahawa saya lahirkan baby saya overdue 2 hari. Sebelum tarikh due date lagi suami saya dah ambil cuti. Sengaja nak bersedia cuti mana tahu saya nak beranak dah , kan.

Yang sedihnya hari yang suami saya cuti (dia susah sangat nak dapat cuti), baby saya tak nak keluar-keluar lagi. Puas la kami berjalan ke sana ke mari. Berjalan sana sini. Pusing satu kawasan kedai kat area Bandar Baru Bangi ni. Saya siap ikut suami saya tiap kali dia kena pergi kerja pada hari cuti bekerja dia. Suami saya ni walaupun dia dah apply cuti, dia tetap kena kerja kalau ada kes. Itu lah kalau dah kerja hospital dan line clinical services ni. Asal ada patient, bergegas la dia ke hospital.

Jadi memandangkan saya perlukan suami saya kalau saya dah rasa sakit bersalin untuk ke hospital, maka tiap kali suami saya kena pergi kerja tu lah saya kena ikut. Haha. Anak-anak saya tinggalkan di rumah Mak Ayah saya untuk mereka tolong jagakan. Bayangkan suami saya dah start cuti mulai Selasa (26 Disember 2017) sebab Sabtu, Ahad dan Isnin (25 Disember) dah cuti, sampai ke Jumaat lah baru saya nak bersalin.

Dalam tempoh Sabtu sampai Khamis tu lah kami tunggu dan tunggu. Jalan dan jalan. Makan dan makan. Pusing sana pusing sini. Tapi baby belum nak keluar. Akhirnya pada malam Jumaat, saya dah terasa sangat-sangat berat dah perut saya tu. Terasa dah beratttt sangat. Nak jalan pun seksa. Mungkin tu lah tanda baby dah turun. Pagi tu sekitar jam 3 pagi, saya terjaga sebab nak ke tandas. Saya pun ambil wudhuk dan luangkan masa untuk tunaikan solat-solat sunat, solat Tahajjud terutamanya.

Hari Melahirkan

Tak mengantuk pun masa tu sebab saya tidur awal malam tu. Maklumlah penat berjalan pada siang hari. Malam pun kepenatan lah. Hehe. Selepas selesai solat sunat, tetiba terasa ada sakit datang. Saya tak boleh sure lagi tu rasa contraction. Jadi untuk nakkan kepastian, saya perlu tunggu sama ada sakit tu kerap atau tidak. Saya pun terus download App untuk kira kekerapan contraction ni.

Dan memang ya, lepas sakit tu, dia pergi, dan dia datang lagi. Beza kekerapan masa tu, 7 minit. Not so intense. Then saya tunggu lagi. Eh dah makin cepat. Sekerap 5 minit. Akhirnya saya dah yakin ini memang contraction. Saya cepat-cepat kejut suami saya dari tidur dan beritahu saya dah sakit. Dah kena pergi hospital dah ni. Lagipun masa bangun pagi pukul 3 tu dah ada tanda darah.

Kelahiran anak ketiga - contraction

Kekerapan contraction yang datang. Yang 13 minit tu saya pergi ke tandas.

Kalau nak tahu tanda-tanda dah nak bersalin ni ada 3 petanda, yang mana kalau dapat salah satu, kena prepare untuk pergi ke hospital dah.

  1. Blood show
  2. Contraction every 5 minutes
  3. Pecah air mentuban

So saya dah ada 2 petanda jadi kami pun bersiap-siap untuk ke hospital. Masa tu dah dekat pukul 4 pagi. Suami saya bangun, mandi, solat sunat dan beritahu Mak saya di tingkat atas. Saya pun pergi lah mandi dan bersiap untuk ke hospital. Sambil-sambil melayan contraction.

Saya cuma alas perut dengan meminum susu kambing dan ESP untuk tenaga. Suami saya tolong bancuhkan. Sebab saya dah tengah menahan sakit. Kata orang, ESP amat membantu ibu-ibu bakal bersalin supaya rasa lebih bertenaga untuk meneran nanti. Saya telan juga Ostematrix sebab Ostematrix pun amat membantu kita mudah bersalin. Ostematrix ni ibarat selusuh lah. Mungkin sebab ia nutrien yang sangat baik untuk otot. Contraction kita pun disebabkan pergerakan otot di sekeliling rahim. Jadi kita bantu otot kita berfungsi dengan baik dengan nutrien yang ia perlukan.

Selepas bersalaman dengan Mak saya, saya dan suami pun bertolak ke hospital. Rumah Mak saya terletak di Seksyen 9, Bangi. Dan saya nak bersalin di DEMC Specialist Hospital di Shah Alam. Agak jauh la sebenarnya. Saya dan suami kerap berdoa supaya proses bersalin ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Dan benar Allah permudahkan. Allah datangkan sakit ni pada waktu pagi-pagi buta dan bukannya pada siang hari yang mungkin ada traffic jam dan kesulitan lain. Jadi dengan mudah lah suami saya bawa kereta, tanpa perlu risau tentang banyak kereta. Alhamdulillah pada jam 4.30 pagi kami menaiki kereta, jalan raya sememangnya lengang.

Kami tiba di DEMC tepat jam 5 pagi. Masa tu tetiba hujan renyai-renyai. Kedengaran dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam, suara azan untuk mengejut orang bangun qiyamullail. Masa tu, saya dah kerap merasa contraction setiap 4 minit. Suami saya terus bawa saya ke bahagian Emergency. Bertemu dengan kakitangan hospital dan seterusnya doktor yang bertugas pada waktu itu. Saya hanya beritahu tentang petanda-petanda awal saya dan tentang contraction. Doktor memeriksa perut sahaja dan terus mengarahkan supaya saya dibawa ke Labor Room.

Petugas bagi saya nak wheelchair dan saya pun dibawa ke tingkat 2. Bahagian Emergency untuk kelahiran. Labor Room la. Suami saya setia menemani. Sebab suami saya memang kerja kat DEMC, jadi memang mesra la dia bertegur sapa dengan setiap orang yang dia jumpa.

Di Labor Room, saya dibantu oleh seorang nurse yang siapkan saya untuk labor. Memula dia check VE. 4 cm dah masa tu katanya. So masa tu prepare la semuanya. Bermula dengan CTG, kemudian kena cucuk, sebab saya ada GBS jadi saya dimasukkan antibiotik. Antibiotik tu kuat sangat la bagi saya, sampai nurse cucuk dan masukkan drip ubat antibiotik tu, saya terus tetiba termuntah! Waduh.. habis terbuang semua ESP saya. Sedihhh. Tapi nak buat macam mana, kan. Semoga Allah berikanlah kekuatan kepada saya nak meneran nanti :-).

Masa tu, contraction dah makin kuat, makin sakit dan makin kerap. Saya dah tak terkira dah berapa minit. Jam dah menunjukkan 5.45 am. Tak lama lepas tu kedengaran azan Subuh. 6 lebih sikit macam tu saya minta untuk nak ambil wudhuk la untuk solat Subuh. Nak pergi toilet ambil wudhuk memang dah tak larat lagi dah. Jadi saya request botol spray untuk ambil wudhuk. Suami yang setia menemani lah yang spraykan air untuk saya berwudhuk. Lepas saya dah settle wudhuk tu la nurse masukkan antibiotik, saya termuntah dan terus dah tak mampu lagi nak solat :-(. Allahu… Semoga Allah maafkan saya, ampunkan saya sebab tak sempat dan tak mampu nak bersolat masa tu kerana kesakitan yang amat sangat. Suami pesan, takpe nanti jangan lupa qadha’ solat. Saya hanya mampu mengangguk sebab contraction kuat.

Lebih kurang pukul 7 am, doktor O&G saya datang. Saya terkejut jugak sebenarnya sebab dia kata dia cuti dan akan digantikan oleh doktor lain. Lega la juga perasaan di hati sebab doktor saya datang jugak walaupun cuti. Sebab pada 29 hari bulan tu dia sepatutnya cuti untuk orientasi sekolah anak dia. Terharu saya, Alhamdulillah. Doktor saya assistkan segala urusan labor saya sampai selesai.

Masa tu saya dah lost track dah pasal jam pukul berapa dan segalanya. Yang saya fikir hanya contraction, sakit dan proses nak bersalin ni je. Mata sentiasa pejam menahan kesakitan. Saya dah tak tengok kiri dan kanan. Hanya tutup mata, fokus and breathe. Huhu. Nurse check VE lagi dan tetiba dah 7-8 cm. Memang nak dekat sangat dah. Saya keep on breathing and menahan sakit contraction. Sekali sekala suami saya bagi saya minum air zam zam. Di-offernya kurma tapi saya tak mampu lagi nak mengunyah apa-apa.

Akhirnya dah sampai ke 9-10 cm. Rasa nak bersalin ni akan datang bila kita terasa macam nak buang air besar. Dan bila contraction kuat datang, masa tu la kita kena meneran di bahagian bawah abdomen. Part ni kita kena fokus sendiri, meneran di bawah. Sebab kebiasaannya kita meneran kuatnya di leher (atas abdomen). Jadi kita sendiri kena fokus meneran di bawah supaya baby mudah keluar.

Kalau saya boleh recall balik detik-detik melahirkan tu, memang sakit sungguh la. Sakit saya lebih banyak di bahagian belakang. Bawah memang sangat sakit la. Meneran sekuat hati bila tiba masanya. Banyak attempt jugak saya kena meneran pun. Tak terkira la berapa kali attempt saya meneran sampai lah baby berjaya keluar. Tapi serious, sangat memakai tenaga. Kita kena sangat kuat. Semangat pun kena kuat dan tak boleh putus asa. Tetap kena berjuang melahirkan bayi ni walaupun dalam keadaan sakit yang teramat sangat macam nak putus nyawa!!

Suami saya kat sebelah keep on bagi semangat. Doktor pun cakap satu lagi, satu lagi (push).. last ni Syahida.. last last.. Saya pun sekuat hati la meneran.. Tarik nafas, teran sekuat hati. Repeat sampai berjaya Alhamdulillah. Akhirnya keluar pun baby dan lega nya tok sah kata.. Sangat la lega rasanya. Baby keluar, terus terberak.. Mujur la tak berak dalam perut huhu. Sebab bahaya. Baby keluar pun terus dengar dia menangis. Nurse terus balut baby dan tunjuk kepada saya, bagi saya cium. Nurse uruskan semua pasal baby dan doktor pula usaha keluarkan uri saya pula. Sakit lagi haha. hadoi.. Pastu ada jahitan juga lagi dan semua la yang berkaitan post-delivery.

Selepas Kelahiran

Saya? Penat tak terhingga…. Sangat-sangat penat. Tengok jam, tengok luar.. Alhamdulillah.. Dah pagi. Dan hari tu hari Jumaat. Saya selamat melahirkan pada jam 7.50 am pada pagi Jumaat yang dingin dan baru lepas hujan.

Suami saya update dalam Whatsapp group family tentang kelahiran yang berjaya. Masuk LR lebih kurang 5.30 am, berjaya deliver jam 7.50 am. Alhamdulillah baby girl, berat 3.45 kg dan panjang 53 cm.

Kelahiran anak ketiga saya.

Kelahiran anak ketiga saya.

Walaupun saya bangun awal, pukul 3 pagi dan habis tenaga nak deliver ni, sepanjang hari tu saya tak boleh nak lelap mata langsung. Sepanjang hari hanya terbaring atas katil dan berehat. Sambil layan phone dan sambil menunggu ketibaan bayi saya. Then saya cuba menyusu pula dan cuba latching. Tak tahu la baby dapat minum apa-apa tak hehe. Tapi petangnya baby dah buang air besar dan juga air kecil. Malamnya struggle la saya menyusu sepanjang malam. Dan esoknya Doktor Pakar Kanak-kanak check baby untuk prosedur yang standard. Doktor O&G saya pun datang untuk check perut dan pastikan tak ada ketulan yang tertinggal dalam perut..

Tengah hari pada hari Sabtu tu, Alhamdulillah saya boleh check-out setelah semuanya sihat dan selamat. Alhamdulillah pulang semula la kami ke rumah Mak saya di Bangi sambil memperkenalkan adik baru kepada Kakak dan Abang yang dah lama menanti ketibaan adik baby :-).

Alhamdulillah all went well. Semoga pengalaman kelahiran ini tetap terus diabadikan dalam ingatan memori saya dan suami. Syukur Allah telah banyak memperkenankan permohonan kami agar proses kelahiran ini dipermudahkan, dipercepatkan, dan Allah berikan keselamatan dan perlindungan kepada saya dan bayi daripada sebarang komplikasi kelahiran.

Penutup

Buat anak saya, semoga Aafeeyah membesar menjadi anak yang sihat, solehah dan berjaya di dunia mahupun di akhirat. Jadi lah anak yang baik, kebanggaan Ummi dan Abi ya. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah kerana mengurniakan anak lagi kepada kami dan mempermudahkan proses kelahiran anak ketiga saya :-). Dan mudah-mudahan tetap terus dikurniakan rezeki anak seterusnya pula 🙂 Tapi bukan lah dalam masa terdekat.. hehe..

12 thoughts on “Kelahiran Anak Ketiga Saya – 29 Disember 2017

    1. syahida Post author

      Haha.. Mak-mak akan rasa benda yang sama.. Hadap je lah. hehehe.. Sekejap je.. Pastu lega 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      ALhamdulillah. Ooo MH pun ada 3 anak. Sama la bilangan anak kita 😀

      Reply
  1. hajarmatjam

    alhamdulillah, tahniah shye. selamat berpantang. tahu aritu dalam group twb je..bila baca subhanallah dapat fefeling camne shye nye kelahiran kali ni 🙂

    Reply
    1. syahida Post author

      TQ Hajar sebab drop by and baca :). Ya sampai hari ni masih segar di ingatan setiap satunya. Tujuan tulis kat sini pun sebab nak abadikan supaya feeling tu tak lupa 😀

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge