Kegemukan Punca Sakit Kronik

By | 14/11/2019

Kegemukan di kalangan rakyat Malaysia sekarang dah makin serius tahun demi tahun. Akibatnya bertambahlah juga statistik rakyat Malaysia yang mengidap penyakit-penyakit kronik. Banyak penyakit kronik ni pun yang berpunca daripada kegemukan dan juga masalah gaya hidup dan pemakanan di kalangan kita.

Yang menambahkan masalahnya lagi bila masalah kegemukan atau obesiti ini pun bukannya di kalangan orang dewasa sahaja. Tapi turut ada di kalangan kanak-kanak dan golongan remaja. Benda ni tak bagus sebenarnya sebab kanak-kanak dan remaja yang gemuk ni akan lagi cenderung untuk mendapat penyakit-penyakit kronik apabila mereka meningkat usia lagi.

Untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya kegemukan ini, penting untuk kita ambil tahu apa dia penyakit-penyakit yang berlaku disebabkan kegemukan ini.

Tekanan Darah Tinggi

Bertambahnya lemak berlebihan di dalam tubuh kita akan menyebabkan peningkatan penggunaan oksigen dan nutrisi agar ia tetap hidup. Ini menyebabkan pembuluh darah mengalirkan lebih banyak darah ke jaringan lemak berlebihan itu dan meningkatkan bebanan terhadap jantung.

Lebih banyak pengaliran darah, maka lebih banyaklah juga tekanan kepada dinding arter. Tekanan yang lebih tinggi ini akan meningkatkan tekanan darah. Sebab tu lah kita dapat tekanan darah tinggi.

Selain itu, tambahan berat badan juga meningkatkan degupan jantung dan mengurangkan kemampuan tubuh untuk mengangkut darah ke pembuluh-pembuluh darah. Bila macam tu, kuranglah supply oksigen kepada tubuh badan yang lain.

Diabetes

Bertambahnya lemak berlebihan di dalam tubuh kita akan menyebabkan peningkatan penggunaan oksigen. Ini menyebabkan pembuluh darah mengalirkan lebih banyak darah ke jaringan lemak berlebihan itu dan meningkatkan bebanan terhadap jantung.

Lebih banyak pengaliran darah, maka lebih banyaklah juga tekanan kepada dinding arteri. Tekanan yang lebih tinggi ini akan meningkatkan tekanan darah. Sebab tu lah kita dapat tekanan darah tinggi.

Selain itu, tambahan berat badan juga meningkatkan degupan jantung dan mengurangkan kemampuan tubuh untuk mengangkut darah ke pembuluh-pembuluh darah. Bila macam tu, kuranglah supply oksigen kepada tubuh badan yang memerlukan. Itu yang ada kaki yang kebas, tangan yang kebas. Biasa kan dialami oleh penghidap kencing manis?

Masalah Jantung

Orang yang gemuk berisiko 10 kali lebih banyak untuk mengalami masalah pengerasan pembuluh darah atau aterosklerosis. Penyakit arteri koronari juga akan terjadi apabila terdapat timbunan lemak di bahagian arteri yang memasuki jantung.

Arteri yang terdapat timbunan lemak atau biasa kita panggil plak ini menyebabkan penyempitan arteri dan berkurangnya aliran darah ke jantung. Inilah yang terjadinya serangan jantung.

Selain masalah jantung, gumpalan darah yang terbentuk di arteri yang menyempit ini boleh menimbulkan strok pula jika ia melibatkan arteri pada bahagian otak.

Sakit Sendi

Obesiti juga mempengaruhi kesihatan lutut dan pinggul kita kerana tekanan yang terbeban ke atasnya akibat berat badan yang besar. Kalau nak buat operation bagi mengatasi masalah ni pun berisiko tinggi sebab ia akan menyebabkan masalah lain pula. Sebab memang susah nak tampung kan berat tu.

Bila dah lutut dan pinggul sakit, mulalah kita nak berjalan susah, nak beraktiviti susah, nak beriadah pun mengah, penat, nak beribadah pun susah..

24 thoughts on “Kegemukan Punca Sakit Kronik

  1. Min

    Betul tu, makan la secara bersederhana dan cut sugar intake insyallah akan prevent dari masalah kegemukan ni

    Reply
    1. syahida Post author

      Obesiti tinggi, toksin pun tinggi. Then penyakit pun turut sama tinggi.

      Reply
  2. nurul aqidah azahar
    Twitter:

    nice share. betul tu masalah kegemukan ni maskin meningkat. ini salah satu punca untuk penyakit yg lain. Bila mula dengan satu penyakit akan datang penyakit yg lain pula. Jaga makan dan kesihatan lebih penting

    Reply
    1. syahida Post author

      Masalahnya bila orang kita tak nak sedar2 diri.

      Reply
  3. MAISARAH IBRAHIM

    nice sharing. malaysia punya masalah kegemukan ni amat merisaukan. tahap kesihatan makin rakyat malaysia makin merosot

    Reply
    1. syahida Post author

      Sangat bimbang sebenarnya. Yang penatnya doktor dan pekerja hospital. Kewangan negara pun banyak kena spend kat kesihatan. Cuba kalau kita jaga kesihatan baik2 dan kurangkan depend kat ubat or hospital, dah dapat mengurangkan statistik pesakit hospital dan kurangkan bebanan kewangan negara juga.

      Reply
    1. syahida Post author

      Solusinya mudah tapi sukar dibuat. Huahuahua

      Reply
    1. syahida Post author

      Haha.. Tak best sangat bila gemuk. Badan jadi berat semacam. Jom sama2 kita berusaha 🙂

      Reply
  4. Ayu Rafikah
    Twitter:

    Mmg betul gemuk boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan. So kita kena berjaga jangan terlampau obes demi kecemerlangan kesihatan sepanjang hayat

    Reply
    1. syahida Post author

      Yup. Dan yang penting tidak hanya berkata2 tapi terus bertindak,…

      Reply
  5. mekyunie

    mek agak bersetuju sebab bila gemuk ada sahaja yang datang dengan tiada kebaikan. terutamanya diabetes senang sangat nak ada bila gemuk. yang penting BMI kena maintain 22. baru lah elok sejahtera.

    Reply
    1. syahida Post author

      BMI pun indicator yang baik untuk jaga berat badan dan saiz badan. Tapi kena juga detoks dan buang toksin.

      Reply
    1. syahida Post author

      Ya betul. Nak pakai lama.. kena la berusaha jaga bebaik..

      Reply
  6. Slumberlady

    Membuka mata! Masalah kegemukkan boleh mengundang penyakit2 kronik rupanya. Marilah kita sama2 menjaga kesihatan sebagai langkah pencegahan

    Reply
  7. Aisyah
    Twitter:

    Betul tu, saya belajar kat Malaysia ni highest obesity case dgn diabetes case. jadi kenala selalu jaga kesihatan. Exercise selalu. Diabetes ni mcm complication2 dia
    Aisyah recently posted…Mencintai RasulullahMy Profile

    Reply
    1. syahida Post author

      Diabetes itself sangat complicated and susah nak patah balik dah kalau dapat. Melainkan betul2 jaga pemakanan dan exercise… Must be very2 disciplined. The best is jangan dapat diabetes!! and to start with, jangan gemuk.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.