Kebaikan Makanan Pertama Bayi – Susu Ibu

By | 13/01/2016
Assalamualaikum mommies 🙂
Hari ni saya ingin nak berbicara tentang kebaikan makanan pertama bayi iaitu susu ibunya sendiri. Anda tahu tak segala kebaikannya?
Ibu-ibu mesti tahu, bahawa makanan pertama yang mesti masuk ke dalam perut bayi adalah susu ibu. Menyusukan bayi dengan susu ibu adalah langkah yang sangat penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi  yang sihat kerana susu ibu bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi. Susu ibu mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Ketahuilah bahawa susu ibu yang mula-mula keluar dinamakan kolostrum.

Kolostrum

Kolostrum mengandungi khasiat terbaik yang diperlukan oleh bayi anda untuk hari-hari pertama selepas dilahirkan. Kolostrum turut mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada sebarang jangkitan seperti :
1) Cirit-birit
2) Radang paru-paru
3) Selsema
4) Jangkitan kuman
Ternyata, susu ibu amat penting untuk bayi sebab tidak ada makanan lain yang dapat memberikan khasiat yang sehebat itu.
Bilakah boleh mula?
Mulakan menyusukan bayi sebaik sahaja selepas bersalin atau dalam masa 1 jam selepas bersalin. Ini penting untuk memastikan proses pengeluaran susu bermula dengan segera.
Dalam masa 3 hari selepas bersalin, anda akan menghasilkan susu yang pekat berwarna kekuningan yang dikenali sebagai kolostrum.
Sepanjang tempoh tumbesaran, susukanlah bayi anda mengikut kehendak mereka. Ketahuilah bahawa bayi akan menangis apabila kelaparan. Jika sudah kenyang, dia akan tidur atau melepaskan puting.
Keadaan ini dinamakan ‘penyusuan mengikut kehendak bayi’. Jangan risau, bekalan susu anda memang cukup untuk memenuhi kehendak bayi..
Kebaikan susu ibu kepada ibu :
  1. Penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh melewatkan kedatangan haid dan dalam masa yang sama boleh merancang kehamilan.
  2. Boleh melangsingkan badan.
  3. Membantu mengembalikan rahim ke saiz asal dengan lebih cepat.
  4. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari.
Kebaikan susu ibu kepada bayi :
    1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi semasa membesar.
    2.  Susu ibu, khasnya kolostrum, mengandungi bahan-bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jagkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.
    3.  Susu ibu juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut.
    4. Susu ibu mengandungi zat khusu yang penting untk perkembangan otak bayi.
    5. Susu ibu mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.
    6. Memberikan bayi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukannya.
    7. Menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibunya, berbanding dengan cara penyusuan yang lain. 
    Bagi memastikan anak anda mendapat bekalan susu yang mencukupi, jangan sesekali mengambil sebarang jenis pil perancang kehamilan dalam tempoh satu bulan pertama selepas melahirkan anak.
    Ingat tu ya.
    Tapi jika ingin mengambilnya, boleh lah mengambilnya selepas tempoh itu. Itu pun pil perancang Noriday yang paling selamat kerana ia bukan saja dapat menjadi pil perancang, malahan dapat merangsang hormon pengeluaran susu ibu. 
    Yang lebih selamat untuk menyusukan bayi, lebih-lebih lagi sekiranya bayi mempunyai jaundis hanyalah makanan tambahan atau supplemen seperti Shaklee yang berbentuk vitamin tambahan.
    Anda juga boleh membaca :

      Leave a Reply

      Your email address will not be published. Required fields are marked *

      CommentLuv badge