Kanser Payudara dan Kesan Resveratrol Ke Atasnya

By | 21/02/2019

Hai Assalamualaikum! Tajuk kali ni adalah mengenai Kanser Payudara. Saya pernah beberapa kali menulis artikel mengenai Kanser di dalam blog ini dan nutrisi-nutrisi yang baik untuk diamalkan bagi pesakit Kanser. Baik untuk memberi kekuatan semasa menghadapi kemoterapi mahupun untuk mengelakkan kanser. Namun kali ini, saya ingin berkongsi secara khususnya mengenai kanser payudara.

Apa Itu Kanser Payudara?

Umum mengetahui bahawa kanser payudara adalah kanser paling utama terjadi di kalangan wanita di Malaysia. Di Malaysia, 1 dalam 19 wanita adalah berisiko. Berbanding dengan 1 dalam 8 wanita di US dan Eropah.

Kanser payudara bermula dari sel payudara. Ia biasa terjadi pada wanita dan hanya 1% lelaki mendapat kanser payudara.

Payudara wanita adalah terdiri daripada sel-sel kelenjar lobul yang menghasilkan susu (lobulas), saluran yang membawa susu ke bahagian puting, lemak dan tisu pengantara, saluran darah dan juga limfa. Kebanyakan kanser payudara bermula daripada sel yang melapisi bahagian saluran (ductal cancer). Sebahagian lain pula bermula daripada kelenjar lobul (lobular cancer) dan selebihnya bermula daripada tisu-tisu lain.

Apabila sel kanser ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan kanser yang merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.

Penyebab Kanser Payudara

Faktor risiko yang meningkatkan kemungkinan seseorang itu untuk mendapat kanser payudara itu terbahagi kepada 2 kategori:

Faktor risiko tidak boleh dikawal:

  • Umur — Semakin berumur semakin tinggi kemungkinan mendapatnya. Wanita yang berumur 50 tahun ke atas mempunyai 8-10 kali ganda kemungkinan mendapat kanser berbanding umur muda.
  • Wanita mempunyai 100 kali ganda risiko berbanding dengan lelaki.
  • Sejarah keluarga — Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi kanser payudara, risiko anda lebih tinggi.
  • Sejarah lalu kanser payudara — Sekiaranya anda pernah didiagnos kanser payudara pada masa lalu, anda lebih berisiko untuk mendapat kanser payudara sekarang.
  • Tempoh haid — Lebih awal anda mendapat haid yang pertama, lagi berisiko untuk mendapat kanser payudara ketika telah berusia.
  • Faktor keturunan — 5-10% adalah berkaitan dengan mutasi gen.

Faktor risiko boleh dikawal:

  • Penyusuan — Wanita yang menyusukan anak dalam tempoh 1-2 tahun mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.
  • Alkohol — Wanita yang mengambil alkohol mempunyai risiko 1.5 kali ganda lebih tinggi daripada wanita yang tidak mengambil alkohol.
  • Senaman — Wanita yang bersenam secara berterusan dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Kajian menunjukkan senaman 30 minit sehari selama 5 hari seminggu adalah mencukupi.

Sumber : Portal MyHealth

Apa Itu Resveratrol?

Polifenol adalah sekumpulan bahan semulajadi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang berperanan memberi warna kepada buah dan tumbuhan sambil melindunginya daripada penyakit dan serangan bakteria.

Terdapat lebih daripada 8000 Polifenol yang dikenalpasti dalam makanan seperti teh, anggur, coklat, buah-buahan, sayur-sayuran, minyak zaitun dan lain-lain.

Polifenol paling banyak dijumpai dalam tumbuhan berwarna gelap seperti anggur dan elderberry. Jumlahnya tinggi di dalam biji dan kulit buah itu.

Resveratrol adalah salah satu jenis Polifenol.

Menurut Wikipedia, Resveratrol (3,5,4′-trihydroxy-trans-stilbene) ialah stilbenoid, sejenis fenol semulajadi, dan phytoalexin yang dihasilkan oleh beberapa tumbuhan sebagai tindak balas kepada kecederaan atau, apabila tumbuhan itu diserang oleh patogen seperti bakteria atau kulat. Sumber resveratrol dalam makanan adalah seperti kulit anggur, blueberries, raspberi, mulberi, dan kacang. Sumber : Wikipedia.

Resveratrol dan Polifenol ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan, melindungi sel-sel dalam tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas termasuk meningkatkan kesihatan dan keserian kulit.

Ia juga terdapat dalam sesetengah ubat tradisional Cina dan Jepun.

Kajian Kesan Resveratrol Ke Atas Kanser

Resveratrol dilaporkan mempunyai banyak kesan yang menggalakkan kesihatan, dengan ciri-ciri anti-penuaan. Ia juga dilaporkan mempunyai kesan anti-radang, anti-oksidan, dan anti-kanser. Kajian-kajian ini telah dijalankan secara in vitro (dalam makmal) dan dalam model haiwan.

Walaupun mekanisme kesan anti-kanser Resveratrol ini telah dikenal pasti, keupayaan untuk menterjemahkan penemuan ini kepada kajian dalam manusia adalah cabaran. Resveratrol mempunyai bioavailabiliti rendah pada manusia. Walaupun ia mudah diserap dalam usus kecil, ia mengalami metabolisme yang banyak menyebabkan kepekatan plasma rendah trans-resveratrol.

Disebabkan itu, pelbagai kaedah diuji dalam model haiwan, termasuklah melalui suntikan dan pemakanan. Manakala untuk kajian ke atas manusia, sebuah bentuk mikronisasi telah dibangunkan, yang meningkatkan luas permukaan dan keterlarutan Resveratrol ini dalam darah serta meningkatkan konsentrasi plasma sebanyak kira-kira 3.6 kali ganda dibandingkan dengan Resveratrol yang tidak bersifat mikronisasi.

Terdapat banyak kajian in vitro (di dalam makmal) ke atas pelbagai sel-sel kanser yang berbeza telah menunjukkan bahawa penggunaan Resveratrol membantutkan pertumbuhan sel dan peningkatan apoptosis (sel kanser yang membunuh diri). Beberapa mekanisme telah dikaitkan dengan sifat-sifat ini.

Kajian Kesan Resveratrol ke Atas Sel Kanser Payudara

Kajian klinikal Resveratrol terhadap Sel Kanser Payudara.
Kajian klinikal Resveratrol terhadap Sel Kanser Payudara.

Di dalam kajian terhadap sel kanser payudara ini, Resveratrol telah membantu menghalang pertumbuhan sel kanser payudara dan menggalakkan cetusan sel apoptosis (sel yang membunuh diri sendiri).

Semakin tinggi kandungan Resveratrol, semakin rendah bilangan kanser yang ada.

Pelbagai Kajian Klinikal kebaikan POLIFENOL yang terdapat di dalam Vivix terhadap kanser payudara :

  1. Sinha D, Sarkar N, Biswas J, Bishayee A. Resveratrol for breast cancer prevention and therapy: Preclinical evidence and molecular mechanisms. Semin Cancer Biol. 2016 Oct;40-41:209-232.
  2. S Garvin, K Öllinger, C Dabrosin. Resveratrol induces apoptosis and inhibits angiogenesis in human breast cancer xenografts in vivo. Cancer Letters. Volume 231, Issue 1, 8 January 2006, Pages 113-122.
  3. R Lu, G Serrero. Resveratrol, a natural product derived from grape, exhibits antiestrogenic activity and inhibits the growth of human breast cancer cells. Journal of cellular physiology, 1999. Volume179, Issue 3, June 1999, Pages 297-304.
  4. F Scarlatti, G Sala, G Somenzi, P Signorelli, N Sacchi, R Ghidoni. Resveratrol induces growth inhibition and apoptosis in metastatic breast cancer cells via de novo ceramide signaling. The FASEB Journal. December 2003. Vol 17, No. 15.

Bagaimanapun, ini hanyalah kajian di dalam makmal iaitu di dalam tabung uji kaji terhadap sel kanser payudara. Ia membuktikan bahawa Resveratrol membantu dalam menghalang pembiakan sel kanser payudara itu.

Makanan Tambahan atau Supplemen Resveratrol

Yang menjadi masalahnya bila khasiat Resveratrol ni bukannya mudah sangat didapati. Seperti yang saya tuliskan awal-awal tadi, Resveratrol banyak ditemui dalam kulit anggur, blueberries, raspberi, mulberi, dan kacang. Buah-buah ni kita jarang jumpa, jarang makan dan jarang juga beli. Bukan juga makanan biasa di Malaysia. Hanya sikit-sikit je kita makan. Biasanya buah-buah ni banyak didapati di negara yang beriklim lebih sejuk.

Anggur pula, Resveratrol banyak dijumpai pada kulit anggur je. Berapa banyak kulit anggur kita kena cari kan untuk dapatkan khasiat Resveratrol ni?

Lebih-lebih lagi bila kita nak elakkan kanser, dan bila kita dah pun didiagnos dengan kanser, pastinya dos Resveratrol yang lebih besar yang kita perlu amalkan.

Ramai orang berfikir bahawa mereka boleh mendapatkan resveratrol yang cukup daripada meminum anggur atau memakan anggur. Walaupun ini mempunyai jumlah yang kecil, ia tidak hampir dengan jumlah yang diperlukan untuk mencapai tahap klinikal yang dikaji.

Ia akan mengambil 41 gelas wain merah untuk mendapatkan sehingga 20 mg dos minimum yang berkesan secara klinikal. Jelas sekali ia tidak boleh dilaksanakan atau sihat!

Individu yang sihat boleh mempertimbangkan untuk mengambil suplemen resveratrol setiap hari dari 20 hingga 100 mg. Pesakit kanser boleh mendapatkan jumlah dos tambahan sebanyak 100 hingga 200 mg.

Memperkenalkan Vivix – 10 Kali Ganda Lebih Kuat Daripada Resveratrol Sahaja

Vivix adalah minuman tonik yang diperbuat daripada nutrisi Polifenol
iaitu campuran botani khas Shaklee iaitu ekstrak Muscadine Grape, Polygonum Cuspidatum, Purple Carrot dan European Elderberry.

Vivix mengandungi:

10x Lebih Berkuasa daripada Resveratrol sahaja.

15 Polifenol untuk perlindungan dengan spektrum yang lebih luas.

Kandungan Vivix

  1. Muscadine Grape
    • Mengandungi Asid Ellagic dan Ellagitannins
    • Menghalang dan mengurangkan pertumbuhan sel yang tidak normal. (1)
    • Memanjangkan umur dan pengeluaran tenaga pada peringkat sel. (1,2)
    • Mengawalatur tahap glukosa darah yang sihat. (3)
  2. Polygonum Cuspidatum (Japanese Knotweed)
    • Mengandungi Resveratrol
    • Menggalakkan kadar keradangan (inflammation rate) yang sihat. (3)
    • Meningkatkan peredaran darah. (4)
    • Merencatkan pergumpalan (aggregation) platelet darah. (5)
  3. Purple Carrot
    • Mengandungi Anthocyanin
    • Menggalakkan penglihatan yang sihat. (6)
    • Meningkatkan keanjalan salur darah. (7)
    • Mengurangkan keradangan (inflammation). (8)
  4. European Elderberry
    • Mengandungi Anthocyanin
    • Meningkatkan perlindungan imun. (10)
    • Properti anti-bakteria dan anti-virus. (10)
    • Menggalakkan perkembangan sel-sel normal dan sihat. (11)

Di Malaysia, VIVIX diklasifikasikan di bawah kategori MAKANAN, di bawah bidang FSQD (Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan) Kementerian Kesihatan Malaysia.

Senarai bukti kebaikan POLIFENOL yang terdapat di dalam Vivix melalui Kajian Klinikal:

(1) Tamaro S. Hudson, Diane K. Hartle, Stephen D. Hursting, Nomeli P. Nunez, Thomas T.Y. Wang, Heather A. Young, Praveen Arany and Jeffrey E. Green. Inhibition of Prostate Cancer Growth by Muscadine Grape Skin Extract and Resveratrol through Distinct Mechanisms. Epidemiology and Prevention 2011;96(5):1409-1414.

(2) Fiorani, M., Guidarelli, A., Blasa, M., Azzolini, C., Candiracci, M., Piatti, E. and Cantoni, O. (2010) Mitochondria accumulate large amounts of quercetin: prevention of mitochondrial damage and release upon oxidation of the extramitochondrial fraction of the  avonoid. J Nutr Biochem 21, 397–404.


(3) Banini, A., Boyd, L., Allen, J., Allen, H. and Sauls, D. (2006). Muscadine grape products intake, diet and blood constituents of non-diabetic and type 2 diabetic subjects. Nutrition, 22(11-12), pp.1137-1145.


(4) Ghanim, H., Sia, C., Abuaysheh, S., Korzeniewski, K., Patnaik, P., Marumganti, A., Chaudhuri, A. and Dandona, P. (2010). An Anti-inflammatory and Reactive Oxygen Species Suppressive Effects of an Extract of Polygonum Cuspidatum Containing Resveratrol. The Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism, 95(9), pp.E1-E8.


(5) Kennedy, D., Wightman, E., Reay, J., Lietz, G., Okello, E., Wilde, A. and Haskell, C. (2010). Effects of resveratrol on cerebral blood  ow variables and cognitive performance in humans: a double-blind, placebo-controlled, crossover investigation. American Journal of Clinical Nutrition, 91(6), pp.1590-1597.


(6) Wang, Z., Huang, Y., Zou, J., Cao, K., Xu, Y. and Wu, J. (2002). Effects of red wine and wine polyphenol resveratrol on platelet aggregation in vivo and in vitro. 2002 Jan;9(1):77-9.
International Journal of Molecular Medicine.

(7) Zafra-Stone, S., Yasmin, T., Bagchi, M., Chatterjee, A., Vinson, J. and Bagchi, D. (2007). Berry anthocyanins as novel antioxidants in human health and disease prevention. Molecular Nutrition & Food Research, 51(6), pp.675-683.


(8) Assous, M., Abdel-Hady, M. and Medany, G. (2014). Evaluation of red pigment extracted from purple carrots and its utilization as antioxidant and natural food colorants. Annals of Agricultural Sciences, 59(1), pp.1-7.


(9) Vendrame, S. and Klimis-Zacas, D. (2015). Anti-in ammatory effect of anthocyanins via modulation of nuclear factor- B and mitogen-activated protein kinase signaling cascades. Nutrition Reviews, 73(6), pp.348-358.


(10) Ercisli, S., Tosun, M. and Akbulut, M. (2009). Physico-chemical characteristics of some wild grown European elderberry (Sambucus nigraL.) genotypes. Pharmacognosy Magazine, 5(20), p.320.


(11) Ozgen, M., Scheerens, J., Reese, N. and Miller, R. (2010). Total phenolic, anthocyanin contents and antioxidant capacity of selected elderberry (Sambucus canadensis L.) accessions. Pharmacognosy Magazine, 6(23), p.198.

Baca juga : Bagaimana Vivix Boleh Membunuh Sel-sel Kanser

Penutup

Disebabkan kepekatan Resveratrol di dalam Vivix, ramai yang menggemari Vivix kerana kekuatan anti-oksidannya. Bagi pengguna Vivix, mereka hanya perlu mengambil 5mL Vivix sahaja dalam sehari untuk memperoleh khasiat 10x ganda Resveratrol yang lebih pekat daripada Resveratrol sahaja. Sangat best dan mudah, kan? Jika kita mahukan khasiat Resveratrol itu.

Jom amalkan Vivix setiap hari untuk hidup yang lebih sihat! Lebih-lebih lagi jika kita ada keprihatinan yang lebih untuk mengelakkan daripada kanser payudara berdasarkan risiko-risiko yang mungkin ada. Jika kita tidak mahu mengambil Vivix kerana tidak ada kanser, ambillah Vivix untuk menikmati penuaan sel yang lebih sihat dan mengelakkan penyakit-penyakit berbahaya yang lain juga.

Promosi VIVIX Twin Pack! Jimat sehingga RM375!

(Sehingga 28 Februari 2019).


Dengan belian VIVIX TWIN PACK dengan hanya RM684 (Normal RM950), anda dapat:-
✅ Diskaun 10% dari Harga Ahli (jimat rm76)
✅ FREE Membership (jimat rm65)
✅ FREE Postage (jimat rm10)
✅ FREE Shaklee Shaker (jimat rm26)
✅ CASH BONUS RM34!

Berminat untuk dapatkan Vivix? Hubungi Wan Syahida di 012-6753078 atau klik link ke whatsapp.

Atau anda berminat untuk mendapatkan Set Kanser Shaklee? Boleh rujuk di LINK ini untuk mengenali Set Kanser Shaklee.

Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

7 thoughts on “Kanser Payudara dan Kesan Resveratrol Ke Atasnya

    1. syahida Post author

      Ya betul tu. Mohon dijauhkan daripada kanser.

      Reply
    1. syahida Post author

      Kanser memang sangat menakutkan. Sebolehnya janganlah kita terkena kanser ini.

      Reply
    1. syahida Post author

      Ya betul tu. Masalahnya rakyat Malaysia susah nak ubah habit pemakanan. Semua gaya hidup yg tak sihat 😀

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge