Journey To Coordinator

By | 06/09/2016
Assalamualaikum semua.
 
Alhamdulillah Ahad 28 Ogos 2016 yang lepas saya berpeluang menyertai kelas Journey To Coordinator anjuran Great Leaders Circle (GLC) bawah Master Laila di HQ Shaklee.
Ramaaii SID yang datang. Peserta-peserta pun kebanyakannya telah menaiki tangga pertama dalam Shaklee iaitu Supervisor. Yang mana dah naik Supervisor, mereka bawak anak-anak didik pula untuk mereka turut sama-sama groom untuk naik Supervisor juga bersama-sama dengan upline Supervisor yang sedang berusaha nak dapat Coordinator.
Bisnes Shaklee memang lain daripada yang lain. Syarat paling utama kalau nak naik rank seterusnya, anda mesti melatih orang lain juga untuk sama-sama berjaya exactly macam anda. Sistem Shaklee ni dia nak amalkan konsep sama-sama berjaya. Pimpin tangan sama-sama menuju kejayaan.
Macam hang nak masuk syurga la. Kalau hang nak masuk syurga, tapi anak terabai, mak ayah tak jaga, tanggungjawab sosial tak endah, Allah nak bagi tak masuk syurga? Walaupun untuk ibadah anda personally anda dah memang hebat la. Jawapannya Allah takkan bagi kalau dalam masa yang sama kita tak tunaikan tanggungjawab kita sebagai anak kepada ibu bapa, tanggungjawab kita sebagai ibu kepada anak-anak, tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah kepada umat Islam. 
Jadi macam tu juga dalam Shaklee. Anda nak berjaya, anda tak boleh berjaya sorang-sorang. Nak naik Supervisor boleh nak sorang-sorang. Tapi nak naik next rank Senior Supervisor, anda mesti bantu seorang daripada downline anda untuk naik Supervisor juga. Jadi ini la yang dinamakan proses duplikasi. Anda dah digelar leader. You lead the way for others. Teach others. 
Alhamdulillah dalam kelas Journey To Coordinator ni saya dapat tuntut ilmu yang best best daripada upline Masters saya. Immediate Master saya yang paling dekat, Master Ainul, sangat sangat supportive kepada saya. Master Zahirah my direct coach dalam bisnes Shaklee ni, selalu tegas. Garang dia ni. Tapi dia baik dan sangat sangat komited mengajar kami walaupun saya ni level 6. Jauhhh. Master Zura, banyak menjentik perasaan supaya berani melakukan bisnes ni. Master Laila, banyak ajar part teknikal tentang sistem duplikasi yang sepatutnya. Yang tak hadir adalah Master Maria, Master Hafsah dan Master Yani. Semuanya dalam legasi GLC bawah Master Laila. Tahun lepas sempat saya jumpa mereka semua dalam satu program dan kutip aura. Dalam tempoh kelas tahun lepas tu hingga kelas yang ini, saya berjaya naik rank dari Distributor sahaja ke Supervisor. Yeay! Untuk kali ni, semoga saya dapat naik rank ke Senior Supervisor dan seterusnya ke rank Coordinator. 
Balik daripada program, ceritakan kepada suami impian saya. At least dia sedang tahu apa yang sedang kita usahakan. Berdoa sekali ke kan. InsyaAllah. Saya bertekad untuk mendidik downlines saya untuk capai Supervisor macam yang saya dah dapat. Saya dah pikir dalam kepala nak ajar diorang apa. Hehe. Tunggu anak-anakku.. Saya akan groom hangpa sorang-sorang untuk dapat kejayaan dalam Shaklee ini!
 
Saya dan rakan-rakan seperjuangan
 
Semua daripada keturunan cucu cicit GLC Family 🙂
 
 Dah bergaya bebas heheh
Mereka semua hebat!
 
 
 
Saya yang khusyuk mendengar. Kadang-kadang terharu dan menangis. Perasaan saya join Shaklee ni sangat bercampur baur. Ada rasa teruja, gembira, bersemangat, rasa terinspirasi, rasa tak sabar, rasa suka, rasa takut, dan macam-macam lagi perasaan. 
Dulu, saya hanya perhati bisnes ni. Saya lihat gambar-gambar seperti ini di blog orang lain. Kini, macam tak percaya yang saya pun dah termasuk dalam gambar seperti ini ?. Tapi syukur, saya suka kerana saya dah berubah menjadi orang yang lebih berimpian besar dan positif. Saya menjadi orang yang berbeza. Saya rasa saya lebih bermanfaat. Saya dapat sentuh ramai orang dan membantu mereka berjaya. Dan Alhamdulillah saya rasa makin dekat dengan Allah. 
Saya sayangkan bisnes ni dan saya juga kasihkan mentor-mentor saya. Syukran jazilan kepada semua Master yang turun menyampaikan ilmu mereka dalam program Journey To Coordinator ini. One day, I will prove to them that I can achieve it ??
InsyaAllah. Amiin.
Ingin dapatkan suplimen untuk anda dan keluarga dengan harga istimewa?
Ingin mendapatkan tips ekslusif yang percuma?
Ingin menjana side income 2-5 angka setiap bulan hanya dari rumah?
 
Boleh hubungi,
Wan Syahida
Rakan Konsultasi Shaklee Anda
www.syahidashukri.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge