Jemputan Raya Sepanjang Hari Dari Pagi ke Malam

By | 15/07/2017

Hai Assalamualaikum! Hari ni dah Sabtu. Biasalah kalau dah dalam bulan Syawal, hujung minggu sentiasa dipenuhi dengan jemputan raya. Ada tak yang takde jemputan? Saya memang sentiasa dipenuhi jemputan raya. Setiap hujung minggu, pasti ada jemputan raya.

Jemputan Raya pada waktu pagi

Untuk hari ni, pagi-pagi lagi dalam pukul 9.30pm, saya, suami dan anak-anak dah keluar menghadiri jamuan majlis hari raya anjuran PASTI sekolah anak saya belajar. Yang hadiri majlis jamuan ni adalah guru-guru, ibu bapa, murid-murid dan juga pengerusi PASTI. Selepas ucapan Pengerusi sekadarnya, terus makan-makan. Ada jugak ibu bapa yang sumbangkan makanan pot luck.

Juadah raya dan potluck

Juadah raya dan potluck

Saya dan suami sediakan popiah goreng. Jadi pagi tadi sama-sama la kami menggoreng popiah sambil-sambil siapkan anak-anak. Take turn gitu. Memula suami yang goreng, saya kemas-kemas rumah dan seterika baju. Dah siap, suami nak masuk bilik air, saya pula take over menggoreng. Macam tu kami bekerjasama sebab nak cepat-cepat pergi ke sekolah. Hehe.

Anak kami bersama kawan-kawannya

Anak kami bersama kawan-kawannya

Jemputan raya waktu tengah hari

Lepas makan-makan dan beramah mesra dengan murid-murid dan ibu bapa di sana, kami ke Universiti Malaya pulak. Di sana kami hadiri Majlis Reunion Raya ASTAR (Kolej Kediaman Pertama UM), iaitu tempat kediaman saya masa belajar di UM dulu. Situ juga tempat suami saya duduk dan di situ la tempatnya kami mula-mula bertemu dan berkenalan.

Agak gembira juga sebab dapat tengok-tengok kembali kolej kediaman kami tu, yang ada banyak sangat kenangan pahit manis masam masin. Heheh. Apa pun, memang semuanya menggamit memori-memori lama. Ya la dah pergi ke tempat lama kita kan. 3 tahun lamanya saya duduk di situ. Tahun keempat pengajian ijazah saya, saya dah duduk di rumah yang tak berapa jauh dengan universiti.

Saya bersama anak kedua saya di jamuan reunion raya ASTAR

Saya bersama anak kedua saya di jamuan reunion raya ASTAR

Selepas di UM, kami pulang ke rumah untuk solat zuhur dan terima tetamu yang datang ke rumah kami. Ada benda nak sembang dan bincang bersama. Sambil-sambil tu makan la mee goreng yang saya sempat tapau dari jamuan raya sekolah PASTI anak pagi tadi. Sebab ada banyak makanan berlebih. Cikgu ajak tapau.

Jemputan raya selepas Asar dan Maghrib

Selepas solat Asar, kami cepat-cepat pulak bersiap nak hadiri jamuan makan-makan kat rumah jiran kami. Dapat la makan laksa dan mee kari sedap. Memang sedap jiran saya ni masak! Rasa macam nak mintak resepi je!!

Lepas makan kat situ, lagi 10 minit nak masuk Maghrib. Cepat-cepat la balik pula untuk solat Maghrib sebab selepas tu nak hadiri jamuan makan-makan rumah jiran lain pulak! Pukul 8.15pm macam tu keluar la balik kami, naik motosikal ke rumah jiran.

Makan lagi laksa. Kemudian ada juga sate. Standard juadah raya. Biasanya tetamu yang datang pun jiran-jiran yang kami biasa jumpa juga sebab semuanya geng dan kariah surau apartment kami ni jugak.

Selepas tu, masuk waktu Isyak dan balik la kami dalam pukul 9.30pm. Balik solat dan berehat! Fuh banyaknya kami makan hari ni. Memang gantung la periuk sepanjang hari dan sepanjang hujung minggu.

Penutup

Malam tu kena makan segala Multi-vitamin dan Omega Guard saya sebab banyak sangat makan. Hehe. Suami saya pulak pekena Herblax sebab nak bagi detoks dan kempis balik perut.

Alhamdulillah kami memang sedaya upaya la penuhi semua jemputan raya. Moga ukhuwwah yang terjalin di antara sesama jiran sentiasa kukuh dan berpanjangan. InsyaAllah.

 

8 thoughts on “Jemputan Raya Sepanjang Hari Dari Pagi ke Malam

    1. syahida Post author

      Hehe… Kenal juga yer PD. Tu la kan. Nak kena minum ni.

      Reply
    1. syahida Post author

      Ha’a. Raya kan sebulan. Dahsyat Malaysia ni.

      Reply
    1. syahida Post author

      Betul.. UM kan universiti tertua di Malaysia.

      Reply
    1. syahida Post author

      Heheheh.. Tahun depan pulak InsyaAllah.. moga dipanjangkan umur kita 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge