Info Produk – Energizing Soy Protein (ESP)

By | 15/12/2016
Assalamualaikum semua.
Tentu anda pernah dengar mengenai ESP kan? Lazimnya ESP ni sangat popular di kalangan ibu-ibu yang breastfeeding. Ini sebab ESP adalah Energizing Soy Protein yang amat kaya dengan protein berkualiti tinggi. Apabila ibu yang menyusu bayi meminum ESP, dia dapat memperoleh sumber protein yang berkhasiat bagi memekatkan susu badan mereka. Hasilnya, bayi mereka pun lebih cepat kenyang dan tak perlu menyusu terlalu lama.
 
Pengalaman Saya dengan ESP
Sepanjang saya menyusukan anak saya, saya juga rajin meminum ESP ni hari-hari. Saya paling suka bancuhkan dengan susu Low Fat Milk dan campur sekali dengan minuman coklat seperti Tamar Coco. Tambah pulak dengan ice cubes… dan shake!! Memang awesome sangat rasa dia!
Saya selalunya akan minum selepas bangun tidur dan sebelum masuk tidur. Kenapa? Sebab pagi-pagi kita perlukan tenaga dan perlu lakukan banyak tugasan. Jadi saya suka kalau saya dapat menyusu tak terlalu lama. Kalau sebelum tidur pula, saya suka bila anak saya dapat menyusu dengan kenyang dan tidur dia pun lebih lena. Hasilnya kita pun boleh tidur dengan lebih selesa!!
 
ESP Memberikan Tenaga Sepanjang Hari
Oh ye, jangan tak tahu tau. ESP ni sangat memberikan tenaga bagi sesiapa yang meminumnya. Anda akan perasan badan anda lebih bertenaga untuk hari tu! Tambahan pula, ESP ini mengenyangkan perut kita dengan lebih lama sebab Nilai Indeks Glisemiknya yang rendah. Jadi tak hairan la namanya pun Energizing!! Sebab itu lah ia juga baik untuk mereka yang ada masalah gastrik.
Apa Itu Nilai Indeks Glisemik Yang Rendah?
Nilai Indeks Glisemik yang rendah bermaksud tenaga daripada makanan yang dilepaskan perlahan-lahan. Setiap makanan mempunyai nilainya yang tersendiri yang menentukan secepat mana anda kembali lapar. 
Contohnya kurma, kurma mempunyai nilai indeks glisemik yang tinggi. Jadi bila kita berbuka puasa dengan kurma, dengan cepatnya kita dapat memperoleh tenaga. Kemudian anda akan lapar dan perlu makan nasik. 
 

ESP Adalah Soya Non-GMO (Non-Genetically Modified Organisme)
Sememangnya produk soya terlalu banyak di pasaran. Tapi kesemuanya berlabel soya GMO. Sebenarnya produk soya GMO adalah produk yang telah diubahsuai genetiknya sehingga serangga pun tak lalu nak makan. 
Jadi production pun bertambah besar dan pengeluar dapat memperoleh keuntungan yang berlipat kali ganda. Sebab itu lah mereka dapat menjual dengan lebih murah. Pengubahsuaian inilah yang boleh menyebabkan allergy, toksin dan potensi kanser.
Malangnya yang menjadi mangsa adalah pengguna yang tak tahu dan terus-menerus mengambil makanan GMO ni. Sekarang ni ada banyak makanan GMO seperti soya dan jagung. Jadi, kalau anda nak cari produk soya atau jagung, cari yang non-GMO ye.
Jangan beli sesuatu produk tu hanya kerana ia murah, mudah diperoleh atau pun sebab ia sedap sahaja. Cari lah yang boleh memelihara kesihatan kita.
Jadilah pengguna yang bijak. Protein soy shake memang banyak dijual tapi pastikan ye ia adalah GMO atau non-GMO?
 
ESP Pilihan Terbaik
Bagi saya, ESP memang pilihan yang terbaik kerana banyak faktor-faktor kualiti dan mutunya. Daripada benih hinggalah penyimpanannya, Shaklee hanya menggunakan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti. 
Berminat untuk mendapatkan ESP Shaklee?
Hubungi saya untuk sebarang order dan juga konsultasi ye. Saya sedia membantu.
Salam sayang,
Wan Syahida
Rakan Nutrisi Shaklee Anda
Pengedar Shaklee Petaling Jaya dan seluruh Malaysia
 

2 thoughts on “Info Produk – Energizing Soy Protein (ESP)

  1. Pingback: Masalah Ibu Hamil dan Menyusu : Lesu dan Menggigil Ketika Berpuasa

  2. Pingback: Kembalikan Tenaga dengan ESP Protein Powder! • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge