Impian Yang Kita Sendiri Rasakan

By | 15/09/2014
Teks : Wan Syahida Kahar
Bismillah..
Pernahkah anda rasakan seolah-olah anda begitu ‘determined’ akan sesuatu? Kadangkala kita membaca inspirasi daripada pengalaman hidup orang lain, dan ia mengusik hati serta emosi kita. Kemudian kita terasa seperti ingin menjadi sepertinya. Boleh jadi perasaan teruja kita akan terhenti setakat di situ dan cerita yang pernah membawa inspirasi kepada kita itu berlalu begitu sahaja, ataupun kita memilih untuk terus bertindak mulai sekarang untuk menjadi sepertinya kerana jelas akan apa yang menjadi impian kita. Mana satu pilihan kita?
Kita boleh bermimpi, berimaginasi, mempunyai visi, misi, wawasan dan objektif serta matlamat yang ingin kita capai. Namun, sedalam manakah ia? Sebenar-benar ‘passion’ atau tidak? Untuk berjaya dalam sesuatu yang ingin kita capai, ‘passion’ adalah amat penting. Ia ibarat anda terlalu ‘menggilai’ dan meminatinya siang dan malam sehinggakan anda terlalu fokus untuk berusaha mencapainya dan anda sanggup bersengkang mata, menggali, membedah, mencungkil, mencari idea dan berfikir akannya. Ibarat sebatang anak panah yang menanti untuk dipanah ke sasarannya, anda begitu fokus dan membulatkan tekad anda untuk mencapai dan menuju ke arahnya. Sehingga anda berjaya menggenggam kejayaan yang anda impikan. 
Anda kemudian sibuk memikirkan mengenai apa orang kata? Apa, penting sangatkah pandangan orang lain itu? Berfikir tentangnya terlalu banyak dan masih takut-takut untuk melangkah menuju cita-cita kita dek kerana bimbang akan ‘sangkaan buruk’ atau kata-kata negatif orang lain mengenai kita itu hanyalah membunuh diri kita. Inilah halangan paling besar di hadapan kita, iaitu sangkaan yang kita fikirkan dalam diri kita mengenai orang lain.
Bolehkah kita cuba meranapkan sebentar segala pandangan negatif itu? Hapuskan semuanya dan jangan biarkan semua itu menjadi penghalang kepada cita-cita kita yang amat jelas nyata di dalam minda dan fikiran kita. Semua itu akan menjadi racun. Jangan langsung memikirkannya. Sebaliknya, berjalan terus ke hadapan dan bertindak segera untuk mencapai target yang anda telah tetapkan. Percayalah, 1000 orang yang sukakan kita, 1 orang akan membenci kita. Jangan dikisahkan pada yang membenci. Sebaliknya, hargailah mereka yang mencintai. Nescaya, hidup dan fikiran kita akan lebih bahagia.
“Dream Big. Think Big. You Are What You Think You Are. Never Let Other People Make Your Choices.”
Langkah Menuju Kejayaan, Adalah Bermula Dengan Satu Langkah Pada Hari Ini. Tetap Terus. Dan Kita Pasti Akan Berjaya.
Insya Allah. Shaklee Effect amat membuka hati dan minda saya. Ramai orang baru yang saya dapat kenali dan mereka semuanya hebat-hebat belaka. Kenapa saya katakan hebat? Kerana mereka tidak kisah apa yang bakal diperkatakan orang. Mereka ibarat ‘artis’ yang kita kagum melihatnya. Mereka berjaya dan lulus dalam setiap ujian getir yang melintasi hidup mereka. Dan semuanya itu bukannya menyebabkan mereka semakin lalai dan lupa diri. Malahan semua itu lebih mendekatkan lagi hubungan mereka dengan Allah kerana pergantungan sepenuhnya diri mereka kepada tali Allah, yakinnya mereka dengan rezeki yang datang hanya daripada Allah dan kejayaan hanya akan hinggap kepada mereka yang telah berusaha. Mereka kaya jiwa, bukan sahaja kaya harta. Mereka suka memberi dan terus memberi tanpa memikirkan hasil yang mereka akan perolehi kerana yang penting, di dalam Shaklee dan di dalam hidup kita, kita jalani tanggungjawab kita untuk terus memberi manfaat dan kebaikan kepada orang lain mengenai apa yang kita telah ketahui, pelajari dan alami sendiri akan keberkesanannya dan kehebatannya. Rugi? Tiada istilah rugi kerana pulangannya hanya daripada Allah. Dibenci? Tiada istilah dibenci asalkan kita tidak berbuat jahat kepada orang, malahan kita berkongsi manfaat dan menyebar kebaikan. Di luar sana masih terlalu ramai yang tidak tahu, jadi atas tanggungjawab kitalah untuk memberitahu.

Kejayaan itu pasti akan tiba sekiranya kita tidak berputus asa dan terus konsisten dengan misi dan matlamat kita. Alhamdulillah, terima kasih Allah dan terima kasih rakan-rakan Shaklee-ku yang banyak memberi tunjuk ajar dan semangat. Anda berminat untuk mengubah diri anda dan merasai kehebatan yang sama serta berada dalam lingkungan ‘aura positif’ yang sama? Mari sertai keluarga kami dengan menjadi ahli Shaklee. Konsultasi percuma akan diberikan dan anda akan terus dapat join group Shaklee dan rasai Shaklee Effect-nya! Hubungi saya untuk mendaftar ya. Anda bukan sahaja dapat mengubah hidup anda, malahan dapat menikmati supplemen kesihatan yang hebat-hebat dan amat-amat-amat bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan anda, demi kebaikan masa depan anda, keluarga serta anak-anak. 😉

Wan Syahida Kahar
Shaklee Independent Distributor
ID : 1143254
012-6753078

2 thoughts on “Impian Yang Kita Sendiri Rasakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge