Ilmu Nutrisi dan Kesihatan untuk Diri dan Keluarga

By | 27/07/2017

Ilmu Nutrisi dan Kesihatan untuk Diri dan Keluarga

Salah satu kelebihan bila kita ni buat bisnes dalam niche kesihatan, family kita pun kita nak tolong ‘jaga’. Bayangkan, dalam bidang ini, saya kerap kali menghadiri kelas ilmu nutrisi baik secara online mahupun offline. Kebanyakannya saya pelajari daripada ahli nutrisi, pengamal perubatan, dan orang-orang yang berpengalaman dalam topik tersebut.

Selama lebih 3 tahun saya berkecimpung dalam bisnes ini, Alhamdulillah memang dah banyak kesedaran yang timbul dalam diri saya, setelah kerap mencari ilmu nutrisi ini. Kalau dulu saya langsung tak ambil berat dan tak sedar akan kepentingannya, kini saya mula faham tentangnya dan kenapa kita semua perlu belajar mengenainya.

Saya dapat banyakkk ilmu pengetahuan dan ilmu nutrisi yang betul untuk saya bantu. Sama ada untuk diri saya mahupun untuk ahli keluarga saya. Tentu semua orang mengalami masalah kesihatan yang tertentu yang kerap kali dipandang ringan. Mungkin mereka tak tahu apa yang menyebabkan mereka kerap mengalami masalah tersebut.

Masalah Kesihatan Keluarga

Berikut adalah sedikit sebanyak masalah kesihatan yang ahli keluarga saya alami:

  • Ibu saya yang ada darah tinggi
  • Ibu mertua saya yang diabetes
  • Ayah saya yang resdung dan sakit urat
  • Ayah mertua saya yang tinggi kolestrol
  • Suami saya yang bermasalah angin dan gatal-gatal kulit
  • Anak saya yang kerap demam

Disebabkan masalah-masalah ini, saya bantu dengan cara memberikan nutrisi-nutrisi yang penting berkaitan dengan masalah kesihatan mereka.

Kesihatan boleh dibina dengan ilmu nutrisi yang betul, seterusnya mengelakkan penyakit.

Kesihatan boleh dibina dengan ilmu nutrisi yang betul, seterusnya mengelakkan penyakit. – DR. Bruce Daggy adalah seorang senior scientist di US.

Berikut adalah apa yang saya pernah berikan mereka:

  • Ibu saya yang ada darah tinggi
    • Ibu saya amalkan Garlic dan Omega Guard untuk membantu mengawal tekanan darah
    • Phytocol-ST dan Omega Guard untuk membantunya menurunkan paras kolestrolnya yang tinggi
    • Saya berikan Ostematrix untuk ibu yang dah mula sakit lutut
    • Saya berikan B-Complex untuk ibu yang sakit saraf dan membantu ibu lebih kuat bertenaga terutamanya semasa menunaikan Umrah dan melancong.
    • Vitamin C untuk ibu yang ada masalah resdung.
    • ESP untuk ibu kenyang lebih lama ketika berpuasa dan mudah untuknya bersahur.
    • Herblax untuk ibu yang prihatin untuk mencuci dan mendetoks ususnya agar badannya tidak mengumpulkan toksin
    • Vivix untuk ibu saya yang pernah mengalami masalah buah pinggang akibat darah tinggi. Vivix juga untuk ibu saya sihat dan nampak lebih muda dan cantik.
    • Collagen Powder untuk kesihatan lutut mak saya dan untuk awet muda.

Baca juga : Turunkan Darah Tinggi dengan Omega Guard

  • Ibu mertua saya yang diabetes
    • Saya berikan B-Complex untuk membantunya lebih bertenaga dan kurang menggigil
    • Ostematrix untuk ibu mertua yang menderita sakit kaki dan betis.
    • Omega Guard untuk sakit lututnya juga. Omega Guard juga penting untuk mengawal paras kolestrol kerana pesakit diabetes amat perlu menjaga paras kolestrol.
    • Collagen Powder juga untuk sakit lututnya dan supaya membantunya kuat berjalan.
    • Vivix untuk kurangkan komplikasi diabetes dan untuk memperbaiki sel-sel tubuh badan yang rosak. Juga mengelakkan buah pinggangnya rosak akibat komplikasi diabetes.
    • Vitamin C, juga untuk memelihara buah pinggangnya kerana diabetes.
    • GLA Complex untuk membantu mengurangkan masalah kebas-kebas tangan dan kakinya akibat diabetes.
    • DTX Complex untuk membantunya mendetoks hati akibat dah terlalu banyak mengambil ubat-ubatan akibat diabetes.
    • ESP untuk ibu mertua lebih kuat dan kenyang lebih lama ketika berpuasa Ramadhan.

Baca juga : Ikhtiar Cegah Rawat Kencing Manis dengan Shaklee.

  • Ayah saya yang resdung dan sakit urat
    • Saya bekalkan Vitamin C supaya ayah dapat kurangkan masalah selsema dan resdungnya.
    • Omega Guard untuk membantu ayah memelihara kolestrol dan jantungnya serta membantu masalah uratnya.
    • Ostematrix untuk ayah yang kerap berkebun dan melakukan aktiviti di luar.
    • Vitalea untuk memenuhi keperluan nutrisi ayah.

Baca juga artikel berkenaan resdung : Resdung? Tak tahan lagi dah. 

Resdung yang teruk dulu kini semakin baik.

Masalah gatal tekak, hidung dan jadi selsema?

  • Ayah mertua saya yang tinggi kolestrol
    • Omega Guard untuk membantunya mengurangkan paras kolestrol
    • Vitamin C untuknya lebih sihat dan tak mudah jatuh sakit.
    • B-Complex untuknya berasa lebih bertenaga kerana beliau masih bekerja mencari wang.
    • Vivix untuknya yang ada masalah dengan bacaan blood test untuk prostatnya
    • Ostematrix untuk ayah mertua kurangkan sakit-sakit dan lenguh-lenguh badan kerana bekerja membuat aktiviti berat.

Baca juga : Set Kolestrol Shaklee : Cegah Kolestrol daripada Makanan dan Turunkan Kolestrol Sedia Ada

Elak Perut Buncit dan Kolestrol Tinggi Pada Musim Raya

Cara Menurunkan Paras Kolestrol Yang Tinggi

  • Suami saya yang bermasalah angin dan gatal-gatal kulit
    • Saya berikan Ostematrix sebagai sumber kalsium untuk suami saya hilangkan lenguh dan sakit-sakit badan serta membantunya tidur dengan lena dan berkualiti
    • Omega Guard untuk memelihara kolestrol dan jantungnya.
    • Garlic untuk masalah gatal-gatal kulitnya.
    • Baru-baru ni suami saya tercedera di ibu kakinya kerana terhempap dengan kerusi. Saya berikannya Vivix agar ia cepat sembuh.
    • B-Complex untuknya bertenaga sepanjang hari di tempat kerja.
    • Vitamin C agar dia tak mudah jatuh sakit.
    • Herblax apabila suami saya makan banyak pada hari itu. Kerana dia juga ambil berat tentang berat badannya.
    • Peppermint-Ginger apabila ada masalah angin dalam badan akibat tersalah makanan dan minuman segera 3 in 1.
    • Vitamin E agar memelihara jantungnya dan menjauhi kanser.

Baca juga : Kenapa Kalsium Penting Sangat?

  • Anak saya yang kerap demam
    • Untuk anak-anak saya, saya berikan Meal Shakes setiap hari agar imuniti mereka kuat dan tak kerap demam lagi.
    • Saya akan berikan Nutriferon setiap minggu supaya mereka tak mudah jatuh sakit dan ketika mendapat simptom-simptom seperti nak demam. Selalunya mereka tak sempat demam dan dah cepat sembuh sendiri.
    • Anak boy saya, saya berikan Omega Guard supaya dia bijak dan lebih cepat bercakap. Anak boy saya lambat cakap sikit. Sekarang dah makin ok. Kadang-kadang dia juga batuk, jadi Omega Guard juga solusinya. Kejap je sembuh daripada batuk. Kahak dia pun hilang entah pi mana. Hehe.

Baca juga : Pengalaman Saya Menguatkan Sistem Imun Anak Untuk Elak Selsema Batuk Berlarutan

Otak Lebih Pandai Dengan Mengamalkan Fish Oil Omega Guard !

Ini lah betapa kesemua ahli keluarga saya telah saya Shakleekan setelah saya dalami ilmu nutrisi. Hehe. Mulanya saya belanja. Tapi bila dah kerap, mereka kasihankan saya yang kerap menghadiahkan mereka supplemen. Kadang-kadang mereka akan hulurkan wang untuk pembelian kesemua supplemen ni. Tapi most of the time saya memang sudi untuk menghadiahkan terutamanya kepada suami, mak, ayah, mak ayah mertua dan anak-anak.

Saya suka memberikan mereka dengan duit saya sendiri, hasil daripada perniagaan Shaklee saya. Tapi ada yang harganya agak mahal untuk saya kerap hadiahkan, terutamanya Vivix, Collagen Powder dan juga Omega Guard. Sebab tu mereka selalu berminat untuk bayarkan. Kadang-kadang suami saya yang belanjakan. Ikut lah siapa yang ada rezeki lebih, kan :). Apa yang penting, kita saling membantu mana yang kita boleh.

Dan Alhamdulillah, setelah sekian lama mengamalkan semua produk Shaklee ini, banyak feedback kesan positif yang saya terima dan nampak sendiri. Alhamdulillah.

Mengaplikasikan ilmu nutrisi : Kesan positif ahli keluarga saya

Kesemua mereka menyuarakan kesihatan badan yang mereka makin alami. Selepas buat blood test dengan doktor, kerap kali doktor berpuas hati dengan keputusan ujian darah mereka. Contohnya ayah mertua saya yang tinggi kolestrol, ketika beliau konsisten makan ubat kolestrol doktor, bacaannya masih belum memuaskan. Akhirnya saya bagi Omega Guard, semakin ok. Bila ada masalah prostat (ada bacaan yang tak memuaskan, doktor dah warning), so saya dan suami pakat untuk pujuk ayah mertua saya makan juga Vivix tu. Selepas sebulan, buat blood test semula, dah ok dah bacaan tu :).

Ibu mertua saya dapat kurangkan simptom akibat masalah diabetesnya. Badan rasa lebih bertenaga, kurang menggigil lagi, kaki lebih kuat berjalan dan muka pun dah nampak lebih muda kerana dah berapa banyak botol Vivix beliau dah minum. Sebenarnya saya dan suami paling risau kakinya tu. Maklumlah beliau kan diabetes. Jadi kalau ada sebarang sakit, lambat lah nak sembuhnya. Jadi sebab tu saya kena usaha lebih, berikan Omega Guard, Collagen Powder dan juga Vivix. Mak mertua saya la orang yang paling banyak kena makan ubat disebabkan diabetesnya yang agak teruk sampai kena cucuk insulin. Saya jugak risau buah pinggangnya akan semakin rosak akibat diabetes juga. Sedaya upaya nak kena elakkan daripada kena dialisis. Alhamdulillah belum kronik sangat lagi. Sebab kalau dialisis, ia akan menyusahkan ayah mertua yang perlu pergi bekerja. Sebab tu saya bagi Vitamin C.

Ibu saya juga yang kerap kali dapat keputusan ujian darah yang baik. Kolestrol juga makin menurun. Badan nampak lebih sihat dan saya pun dah tak nampak dah mak saya derita selsema dan resdung. Dulu mak saya kerap kena appointment dengan doktor pakar. Tapi bila tahap kesihatan dah makin baik, hanya perlu check-up ngan doktor general je. Mak saya sampai sekarang pun kerap melancong ke luar negara dan masih kuat kakinya berjalan ke mana-mana. Wajah pun nampak muda dan orang selalu tak pandai teka umurnya. Gambar tak ada. Sorry sorry. Nanti next time saya share insyaAllah :).

Baca juga : Bagaimana Kalsium Penting Untuk Orang Tua?

Suami saya paling suka Ostematrix sebab dia terasa sangat tidurnya sangat lena. Maklumlah dia kan bekerja. Malam kena la dapat rest yang cukup. Bila restnya cukup, esoknya akan bangun dengan lebih segar. Setiap malam sebenarnya kami terpaksa tidur lewat sebab melayan kerenah anak-anak. Jadi kami pun sama-sama penat. haha. Pagi-pagi pulak suami saya akan solat berjemaah Subuh di surau. Suami saya juga adalah Imam di surau jadi dia pun memang kerap mengimamkan jemaah di situ. Jadi bila ada Ostematrix, dapatlah memudahkannya bangun pagi. Bacaan kolestrol suami saya paling mengagumkan. 3.0+ saja. Lagi rendah daripada saya tau. Penting dia jaga jantung ni sebab dia sendiri kerja check jantung orang kat hospital. So kena la jaga imej kesihatan jugak kan. hehe. Isteri dia ni yang tolong jaga :). Sakit gatalnya belum diatasi sepenuhnya sebab suami saya susah skit nak konsisten makan supplemen ikut dos yang sepatutnya. Makan sikit-sikit je.

Ayah saya ni kurang sikit nak nampak sebab ayah merokok dan penggemar kopi. Orang yang merokok dan kerap meminum kafein ni, penyerapan vitaminnya selalu terbantut. Tapi saya bagi juga lah segala supplemen. Sebab bila ayah merokok, ayah lebih memerlukan banyak Vitamin C. Nutrien-nutrien yang lain pun turut sama penting. Mujurlah ayah saya tak ada sebarang penyakit kronik pun seperti darah tinggi, diabetes mahupun gout. Hanya ada masalah kolestrol je. Jadi saya turut berikan Omega Guard. Juga semasa ayah Umrah, saya berikan B-Complex. Bila ayah kurang masalah penyakit, kami anak-anak pun senang hati. Macam tu la selalunya, kan? Jadi saya pun suka bantu ayah dengan memberikan multivitamin Vitalea, Vitamin C dan juga Omega Guard tu.

Anak-anak saya, paling menggembirakan saya dan suami. Anak sulung saya dulu, kalau nak tahu, masa kecik-kecik kerap sangat selsema, batuk dan demam. Pulak tu susah benau nak makan ubat. Macam kena dera pun ada kalau kami nak bagi ubat. Menangis gila-gila. Last-last kami give up. Bila saya bekalkan Meal Shakes setiap hari, kami mula perasan anak kami tu dah kurang jatuh sakitnya. Dari umur 3 tahun sampai la sekarang dah 6 tahun. Bayangkan, bila kat sekolah dan ramai kawan-kawannya jatuh sakit, demam dan membawa virus ke sekolah (kat sekolah kan biasa jangkit penyakit), anak saya tetap maintain tak terikut sama jatuh sakit. Ini la yang paling kami syukuri dan nampak sangat perubahannya. Selera makan pun baik. Sembelit memang tak ada. Anak boy saya pun sama. Tak mudah jatuh sakit, jarang la nak demam-demam ni. Alhamdulillah la, setakat ikhtiar kami untuk melihat mereka sentiasa sihat.

Tapi tak dinafikan pernah la jatuh sakit, terutamanya bila terkena virus yang menular atau keracunan makanan. Anak boy saya pernah dapat HFMD, tak tau dapat dari mana. Kemudian dia juga pernah dapat Rotavirus setelah mandi air kolam. Peliknya kakaknya tak kena pulak. Mungkin kakaknya dah kuat imuniti badan.

Ini lah sekitar feedback positif yang saya lihat sendiri di kalangan ahli keluarga saya. Takde satu pun yang saya buat-buat cerita. Dan tak ada yang overclaim. Memang kesemuanya adalah pengalaman mereka sendiri setelah konsisten mengamalkan Shaklee.

Seronok rasanya tau bila kita dapat tolong orang improve kesihatan diorang. Lebih-lebih ahli keluarga kita sendiri.

Ilmu Nutrisi : Pengalaman Omega Guard

Nak citer la sikit ye, bermulanya Oktober 2016 tahun lepas saya sebenarnya baru start ajar Mak Mertua dan Ayah Mertua saya untuk amalkan OmegaGuard untuk khasiat Omega-3.

Sebab saya tahu mereka amat memerlukan Omega-3.

Dan… Baru je semalam duk borak dengan mak mertua. Sebab kami sama-sama tunaikan Umrah Disember lepas.

Cerita mak, kebiasaannya mak akan batuk-batuk dan tak sihat tiap kali balik daripada Umrah. Memang normal kan orang yang balik dari sana yang demam dan batuk-batuk? Kadang-kadang kat sana tak batuk pun. Tapi bila balik Malaysia, baru la batuk-batuk.

Tambahan lagi Mak dah kerap menunaikan umrah. Mak cerita, balik semula ke Malaysia dan batuk tu biasa. Saya tak ingat la berapa kali Mak dah tunaikan umrah. Tapi banyak kali la jugak. Ada la dalam 5-6 kali dah kot? Dan cerita Mak, tiap kali balik tu memang pasti akan batuk.

Last year kami tunaikan Umrah bersama-sama. Saya, suami, anak-anak saya, Mak Mertua dan Ayah Mertua. Ini kali pertama saya umrah, kali kedua suami saya Umrah dan entah dah berapa kali Mak Mertua saya umrah.

Tapi umrah kali ni takde tau batuk-batuk. Ini la perbezaan yang paling ketara, compare to umrah tahun dulu-dulu.

Alhamdulillah.

Tu berkat start amalkan OmegaGuard tau. Saya pun kalau batuk, suami saya batuk, OmegaGuard la yang kami akan cari dan consume lebih.

Kerana OmegaGuard memberi kesan anti-radang, memanaskan badan, menguatkan imun dan kalau batuk, Omega-3 akan membantu mencairkan kahak dan cepatkan sembuh daripada batuk. Ibarat macam Vicks laaa. Vicks kan kasi panas kalau kita sapu kat dada, kan? Omega Guard pula, kita makan dan ia akan membantu kita panas di dalam.

Ayah mertua pula, lepas duk amalkan Omega, check-up kolestrolnya makin baik.. sama kes dengan Mak Mertua bila appointment dengan doktor dan doktor puas hati dengan kolestrolnya yang dah menurun ke bawah paras 5.2.

Baca juga : Tips Ringkas Cara-cara Memilih Minyak Ikan di Pasaran

Ilmu Nutrisi yang Berguna 

Ini la antara nikmatnya mempelajari ilmu nutrisi dan mendalami dunia Shaklee.

Kita dapat dalami ilmu kesihatan dan ilmu nutrisi yang betul, dengan mengamalkan produk yang diformulasikan oleh para doktor, saintis serta pakar, dan kita diajar pula oleh ahli nutrisi untuk ajar kita, camne nak pelihara kesihatan kita untuk elakkan masalah kesihatan tertentu.

Takde benda yang meragukan sebab semuanya ada backup studies, research and proven by science.

Then saya dapat bantu keluarga saya. Bantu dengan produk yang paling berkualiti yang lengkap dengan clinical studies!

Imagine, kalau saya takde apa-apa pengetahuan langsung tentang ilmu nutrisi dan ilmu supplemen serta sistem tubuh badan… apa la sangat yang saya boleh bantu keluarga saya?

Takkan nak tengok je ahli keluarga saya sakit dan mengeluh??

Kemudian bila mereka sakit, kita juga resah memikirkan bagaimana nak bantu mereka.

Alhamdulillah saya dapat membantu menjaga tahap kesihatan mereka, dan mengelakkan penyakit mereka bertambah teruk.

Dalam Shaklee saya banyakkk sangat belajar..

Banyak sangat ilmu kesihatan dan ilmu nutrisi yang saya dapat apply untuk keluarga. Tentang pemakanan sihat, makanan tambahan yang penting… dan macam-macam lagi tips penjagaan kesihatan.

I am now a consultant for supplementation. I can consult my family. I can help.

Sebab tu, bersyukurnya saya bila saya dah berkecimpung dalam dunia Shaklee!

Dalam dunia ni, saya nampak lubuk pahala yang saya boleh dapat sama.

Bukan sekadar menjual untuk untung. Tiada langsung.. sebab matlamat terbesar adalah membantu orang agar lebih sihat…

Anda pula macam mana?

Kalau anda pun miinat nak dapatkan manfaat yang sama untuk diri sendiri, pasangan dan keluarga, atau nak belajar tentang ilmu nutrisi, boleh cari saya sebab saya suka nak bantu ?

Salam sayang dan salam mesra daripada saya,

Wan Syahida Kahar

012-6753078

Founder of Young Successful Team

Pengedar Shaklee Petaling Jaya

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at www.syahidashukri.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di www.syahidashukri.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

6 thoughts on “Ilmu Nutrisi dan Kesihatan untuk Diri dan Keluarga

    1. syahida Post author

      Selagi kita boleh bantu, kita bantu 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      🙂 Terima kasih kerana meninggalkan komen.

      Reply
    1. syahida Post author

      Betul.. malangnya ramai orang yang tak minat nak ambil tahu.. buat tak tahu.. dah sakit baru nak cari cara elak..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge