Ikhtiar Cegah Rawat Kencing Manis dengan Shaklee

By | 09/02/2017

cegah rawat kencing manis

 IKHTIAR CEGAH DAN RAWAT KENCING MANIS DENGAN SHAKLEE
Sejujurnya saya mula ambil berat dan gigih belajar tentang Diabetes dan Kencing Manis ni apabila Ibu saya sendiri border line Diabetes. Asalnya ada Darah Tinggi je. Mak mertua saya pulak Diabetes yang agak serius. Sekarang dah kena ambil insulin setiap hari.
Kedua-dua ibu dan mak mertua saya memang dependent kepada ubat doktor. Ubat doktor tu macam tak berkesudahan. Kami sebagai anak hanya boleh menggalakkan dan memastikan yang mereka disiplin makan ubat. Di samping berjaga-jaga dalam pemakanan. Kita mesti lah nak pelihara kesihatan mak-mak kita kan?
Dengan inisiatif saya sebagai Distributor Shaklee, saya selidiki juga apa yang bagus daripada Shaklee untuk bantu mereka. Dan ternyata ilmu yang saya pelajari daripada ahli nutrisi sangat saya hargai. Jadi saya suka nak kongsikan dengan umum.
Bagaimana Kita Nak Mencegah Dan Merawat Diabetes / Kencing Manis?
1. Bersenam
 

Ini penting. Bersenam dapat mengurangkan risiko diabetes sebanyak 58%. Tak kira lah anda dah pun disahkan mempunyai diabetes, adalah elok untuk banyakkan bersenam di samping menjaga berat badan agar tidak obes. Cadangan kekerapan adalah 3 kali seminggu.
2. Pemakanan Seimbang
Pesakit Diabetes perlu menjaga diet mereka agar sentiasa kaya dengan nutrien, rendah lemak dan sederhana dalam kalori. Juga berjaga-jaga dengan makanan tinggi karbohidrat dan gula.
Pilih makanan rendah Nilai Glisemik Indeks (GI) untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Makanan yang rendah GI adalah bernilai lebih rendah daripada 55. Contoh makanan tinggi GI yang perlu dielakkan adalah roti putih, tepung gandum dan nasi putih. Ini kerana makanan tinggi GI akan menaikkan gula dengan mendadak. Selepas 30 minit hingga sejam akan mudah rasa mengantuk. Jadi, amalkanlah makanan rendah GI seperti sayur-sayuran, roti gandum penuh whole bread, oren dan kacang soya.
Kacang soya mempunyai GI yang rendah. Ia membantu memberikan tenaga tanpa menaikkan gula yang tinggi dalam darah. Contohnya ESP dapat membantu mengawal paras gula dan memberikan tenaga yang berpanjangan. GI bagi ESP sangat rendah, hanya 39 dan lebih rendah berbanding tembikai, kentang dan nasi putih. Sebab tu anda takkan rasa cepat letih bila ambil ESP. ESP akan melepaskan gula dan tenaga ke dalam darah secara perlahan-lahan.
Sebab itu, ESP sangat sesuai bagi mereka yang menghidap diabetes sebagai makanan gantian atau mereka yang ingin mencegah paras gula yang tinggi.
3. Pengambilan Asid Lemak Omega-3
Diabetes, darah tinggi dan sakit jantung adalah penyakit yang berangkai. Kebiasaannya paras kolestrol juga mudah untuk meningkat. Selalunya paras kolestrol dan tekanan darah yang tinggi akan menyebabkan serangan jantung.
Pengambilan Omega-3 akan membantu menurunkan paras kolestrol dan menjaga kesihatan jantung.
Minyak ikan Omega-3 OmegaGuard Shaklee mempunyai keistimewaan :
A) Mempunyai ketulenan yang tinggi
Menjalankan proses penyulingan molekul berperingkat  dan bertekanan tinggi yang dapat menapis bahan berbahaya contohnya bahan logam seperti lead, merkuri dan plumbum (boleh merosakkan sel-sel otak) di samping memelihara kandungannya dengan cara yang paling semulajadi. Dengan mengamalkan minyak ikan Shaklee, anda tak perlu risau dengan kontaminasi. Jadi ia juga selamat untuk ibu hamil serta kanak-kanak.
Minyak ikan OmegaGuard juga menapis lemak yang tidak sihat contohnya transfat (selalunya didapati dalam planta dan marjerin) yang menaikkan paras kolestrol dan meningkatkan risiko penyakit jantung.
B) Membekalkan lebih EPA dan DHA
OmegaGuard membekalkan lebih EPA dan DHA berbanding jenama lain. Setiap hidangan OmegaGuard ini akan membekalkan 90% EPA dan DHA. Berbanding dengan jenama lain yang hanya membekalkan 30-50% EPA dan DHA sahaja.
4. Makanan Tinggi Kromium
Kromium adalah mineral dalam makanan yang membantu insulin untuk bekerja secara lebih efektif dan membantu sel badan bertindak balas dengan insulin dengan lebih baik. Dengan itu, kromium dapat membantu mengekalkan tahap gula yang sihat.
Kromium boleh didapati dalam sayuran, gandum dan telur kuning. Suplemen daripada Shaklee untuk membekalkan kromium adalah Vitalea. Bukan sahaja kromium, Vitalea juga mengandungi vitamin dan mineral lain yang diperlukan tubuh. Sebab tu ia juga digelar sebagai multivitamin.
Dengan teknologi micro asid folik berpaten, Vitalea akan larut dalam darah anda dengan lebih cepat dan cepat terserap.
5. Diet Yang Tinggi Dengan Polifenol Tumbuhan
Polifenol boleh membantu merencatkan AGE Protein. AGE Protein adalah gabungan gula berlebihan dengan protein. AGE protein ini adalah berbahaya dan akan meningkatkan risiko penyakit berkaitan dengan penuaan serta penyakit kronik seperti diabetes.
Polifenol tumbuhan adalah sejenis bahan kimia semulajadi yang didapati dalam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Dengan 1 sudu kecil Vivix, anda akan mendapat 15 jenis polifenol dan resveratrol. Resveratrol adalah sejenis polifenol tumbuhan.
Ramuan utama Vivix ini adalah Anggur Muscadine, Lobak Ungu, Elderberry Eropah dan Polygonum Cuspidatum. Kajian menunjukkan bahawa bahan polifenol tumbuhan boleh membantutkan sebanyak 90% pertumbuhan AGE Protein dalam badan berbanding Resveratrol biasa dalam pasaran. Resveratrol biasa hanya 30% AGE Protein dibantutkan.
Kuasa dan fungsi Vivix adalah jauh lebih kuat berbanding Resveratrol biasa.
Nak ketahui lebih lanjut tentang kebaikan Vivix untuk Diabetes? Boleh baca lebih lanjut dan detail DI SINI.
6. Pengambilan Asid Lemak Omega-6
Seringkali pesakit kencing manis akan mengalami kebas-kebas pada kaki atau tangan kerana masalah saraf. Asid lemak Omega-6 adalah baik untuk mengelakkan masalah kebas-kebas pada kaki dan tangan pesakit kencing manis.
Omega-6 banyak terdapat dalam GLA atau Gamma-Linoleic Acid iaitu sejenis asid lemak sihat. GLA sangat penting sebagai anti-radang.
Terdapat GLA daripada sumber yang lain, contohnya:
A) Blackcurrant oil (setitis hanya memberikan kepekatan sebanyak 15-20% sahaja).
B) Evening Primrose (memberikan kepekatan 7-10% sahaja).
GLA daripada Shaklee pula adalah esktrak daripada bunga borage dan memberikan kepekatan GLA paling tinggi berbanding yang lain. Setiap titis memberikan 17-25% GLA.
7. Pengambilan Vitamin B6 dan B12
Pesakit diabetes mempunyai risiko untuk mengalami masalah sakit saraf. Jadi mereka memerlukan Vitamin B untuk membantu mengurangkan masalah sakit saraf.
Di Shaklee, kami mempunyai B-Complex yang mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan. Selqain itu, ia juga ditambah dengan sistem penyerapan bioaktif berpatent yang membantu B-Complex ini larut dalam badan.
Kebiasaannya Vitamin B-Complex yang ada di pasaran mempunyai kadar penyerapan yang rendah. Penyerapan lemah menyebabkan badan tak berjaya mendapat khasiat Vitamin B dengan sepenuhnya. Sedangkan, Vitamin B-Complex lebih efisyen apabila semuanya badan kita dapat kerana ia semua saling memerlukan untuk menjalankan fungsinya dengan paling optimum.
8. Pengambilan Vitamin C
Pengambilan Vitamin C akan membantu mengurangkan gula yang bertukar kepada sorbitol. Sorbitol adalah sejenis gula yang tidak dapat ditukar menjadi tenaga. Sorbitol ini akan terkumpul di dalam sel, dan seterusnya mengakibatkan kerosakan sel anda contohnya sel mata dan sel buah pinggang.
Pengambilan Vitamin C akan mengelakkan bertambahnya sorbitol apabila gula ditukarkan ke sorbitol. Sebaliknya ia akan menukarkan gula itu kepada tenaga. Maka tiada lah Sorbitol.
Vitamin C Shaklee adalah 500mg per tablet. Ini penting bagi penyerapan yang berterusan. Vitamin C ini akan melepaskan 100mg Vitamin C setiap jam selama 5 jam untuk keperluan Vitamin C tubuh badan yang berterusan. Ini kerana Vitamin C sifatnya mudah larut dan tidak mampu dihasilkan atau disimpan oleh tubuh badan. Kita mesti mengambilnya hari-hari.
Ditambah dengan 120mg bioflavonoid, ia akan dapat melindungi tablet Vitamin C daripada aktiviti oksidasi dan seterusnya meningkatkan penyerapan Vitamin C.
9. Tingkatkan Sistem Imun
Pesakit kencing manis mempunyai sistem imun yang lebih rendah kerana kerana kepekatan darah yang tinggi mengakibatkan sakit atau luka sukar untuk sembuh. Dengan mengambil Nutriferon, ia dapat menguatkan sistem imun anda dengan menggalakkan pengeluaran interferon secara semulajadi.
Interferon ni adalah ibarat security guard di dalam sistem pertahanan badan kita. Interferon ini akan diaktifkan atau security guard akan bertindak bila terdapat serangan terhadap sel oleh virus atau bakteria. Interferon akan mewujudkan sistem imun untuk menghapuskan virus dan bakteria yang menyerang badan.
Inilah Set Cadangan Kencing Manis Shaklee. Sebenarnya ia merangkumi keseluruhan sudut penyakit diabetes dengan harapan dapat mencegah atau merawat diabetes dari puncanya.
Saya juga nak kongsikan Testimoni pesakit Diabetes dengan Set Kencing Manis atau Set Diabetes Shaklee ini. Tentang seorang Ibu yang telah menderita sakit kencing manis selama 30 tahun tapi kesihatannya bertambah baik dengan Shaklee. Anda boleh bacakan DI SINI.
Berminat untuk bertanya lebih lanjut atau order, boleh hubungi saya ya.
Wan Syahida Kahar
Rakan Nutrisi Shaklee Anda
Pengedar Shaklee seluruh Malaysia

One thought on “Ikhtiar Cegah Rawat Kencing Manis dengan Shaklee

  1. Pingback: Vivix Shaklee : Promosi Februari 2019 • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge