Masalah Ibu Hamil dan Menyusu : Lesu dan Menggigil Ketika Berpuasa

By | 14/07/2017

Assalamualaikum semua! Ada ibu-ibu yang dah selesai puasa ganti? Ke dah tengah puasa 6 bulan Syawal? Mungkin ada yang terpaksa mengganti lebih banyak hari sebab terpaksa ponteng puasa masa Ramadhan hari tu, dek kerana tak larat. Sebab sememangnya Allah memberikan keringanan kepada dua golongan ni iaitu ibu-ibu hamil dan menyusu sebab kekurangan upaya mereka. Mesti ada ibu hamil dan menyusu yang terasa lesu dan menggigil ketika berpuasa. Dalam kes ini, mereka diberi keringanan kerana bimbang ia memudaratkan bayi dalam kandungan atau bayi yang sedang menyusu sepenuhnya. Dalam keadaan mereka, mereka tak jatuh wajib berpuasa Ramadhan. Indahnya dan penyayangnya Islam terhadap golongan ibu ini.

Pengalaman Ibu-ibu Hamil dan Menyusu yang Lesu dan Menggigil Ketika Berpuasa

Saya merupakan ibu kepada dua orang anak. Saya sendiri pernah berpuasa sambil menyusukan badan, pernah berpuasa sambil sedang hamil malah tengah berpuasa sambil alahan pun ada, dan saya juga pernah bekerja sambil berpuasa dan menyusukan bayi di mana saya perlu konsisten mengepam susu untuk bekalan anak sewaktu saya pergi kerja.

Anak sulung saya, saya bersalin sehari sebelum masuknya Ramadhan, sehingga saya perlu mengganti puasa selama sebulan lamanya! Ketika mana menyusu sambil berpuasa, memang tenaga kita sangat digunapakai. Dan kita akan sangat-sangat cepat lapar dan dahaga. Maklumlah, menyusukan bayi itu sendiri membakar kalori. Malah ibu menyusu perlu meminum banyak air dalam sehari bagi memeriahkan susu badannya. Jadi macam mana lah ibu menyusu tak lesu dan menggigil ketika berpuasa, kan?

Begitu juga dengan ibu hamil. Kerap lesu dan letih sebab berbadan dua. Bayangkan bila berpuasa, lagi double letihnya. Tu kalau sarat. Kalau sedang alahan mengandung, pun sama la juga. Sangat penat sebab sudah la makan tak lalu, kerap muntah lagi, kemudian berpuasa dan perlu berlapar. Bayangkan lepas sahur dan ketika berpuasa, dah termuntah pula. Habis isi perutnya untuk bekalan puasa hari tu :D. Bila malam, selepas berbuka, pun sama, muntah lagi. Sudah la tak berselera dan susah nak makan, kan. Hehe. Macam-macam masalah dan cabarannya.

Untuk pengetahuan ayah-ayah, ibu hamil yang alahan ini perlu kerap makan tapi sikit-sikit, supaya mereka dapat kurangkan rasa loya itu. Jadi bayangkanlah bila mereka berpuasa. So ayah-ayah, bersimpatilah ya kepada isteri-isteri anda 🙂

Pengalaman rakan-rakan saya pun sama. Ramai yang mengadu letih, lapar, lesu dan menggigil ketika berpuasa dan rasa macam perlu berbuka puasa saja. Kebanyakannya tak suka untuk berbuka puasa. Satu sebab sayangkan puasa. Ruginya kalau missed puasa dalam bulan Ramadhan ni. Dua sebab nanti rugi hari, kan dah puasa beberapa jam. Dan ketiga sebab malas nak ganti. Jadi ada yang cuba untuk mencari jalan penyelesaiannya dengan supplement atau makanan tambahan. Mereka kalau boleh nak teruskan puasa dan seringkali bertanya tips daripada ibu-ibu lain, macam mana nak berpuasa dengan lebih bertenaga dan berupaya.

Ibu lesu, lapar dan menggigil ketika berpuasa dan menyusu

Ibu lesu, lapar dan menggigil ketika berpuasa dan menyusu

Puasa Lebih Bertenaga Apabila Bersahur dengan ESP

Ternyata ramai di antara kawan-kawan saya yang menceritakan tentang kebaikan mengambil ESP apabila berpuasa. Disebabkan pengalaman berpuasa pada hari pertama yang terlalu penat, lesu dan menyebabkan badan menggigil walaupun baru tengah hari, maka hari-hari berikutnya mereka cuba bersahur dengan ESP.

Memang lain rasanya bila berpuasa! Lesu kurang, terasa bertenaga sampai ke petang, perut rasa kenyang lebih lama dan yang paling best, dah tak menggigil lapar macam selalu! So boleh terus menjalankan rutin harian dengan gembira tanpa perlu terbaring kepenatan. Anak-anak pun lebih terjaga dan menyusukan bayi menjadi lebih mudah.

Nak siapkan juadah berbuka pun macam juara! Tak la asyik beli kat bazar je ataupun penat-penat nak siapkan juadah. Sekurang-kurangnya ibu lebih bertenaga dan mampu buat pelbagai kerja sampai lah waktu berbuka puasa. Rasa lebih seronok kan bila berpuasa dengan lebih bertenaga?

ESP bantu ibu cergas sepanjang berpuasa hinggalah waktu berbuka

ESP bantu ibu cergas sepanjang berpuasa hinggalah waktu berbuka

ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder – Kuasa Protein untuk Tenaga Lebih Lama

Kebanyakan orang tidak dapat mengekalkan tenaga atau stamina mereka sepanjang menjalani kehidupan seharian atau berpuasa. Minuman protein ESP dapat bantu tingkatkan tenaga harian dan stamina.

Protein soya ini adalah berasaskan tumbuhan untuk tenaga yang lebih lama.

Protein adalah seperti blok yang membina tubuh anda, seperti batu bata yang membina rumah anda. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan dan perkembangan sel-sel tubuh.

Selain protein, ESP juga diperkaya dengan kalsium.

Bagaimana ESP Membantu Mengekalkan Tenaga Sepanjang Hari

Indeks Glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan ke atas gula darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat menyebabkan paras gula darah anda naik mendadak dan kemudiannya turun dengan pantas, menjadikan anda letih, mudah rasa terganggu dan lapar.

Jadi kalau anda bersahur dengan karbohidrat iaitu nasi atau roti, anda akan cepat lapar dan cepat menggigil ketika berpuasa sebab karbohidrat akan terurai dan membebaskan tenaga dengan cepat. Ia tak seperti protein yang terurai lebih lambat kerana Indeks Glisemiknya yang rendah. Jadi protein akan terurai perlahan-lahan dan membebaskan tenaga sikit-sikit.

Dengan Protein Soya ESP yang mempunyai indeks glisemik yang rendah, paras gula dalam darah akan kekal stabil, kemudian ia akan membantu mengekalkan tenaga, mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama dan bermanfaat untuk mengurangkan berat serta mengekalkan kesihatan jangka panjang.

Sebab itu juga, ESP ni sesuai untuk mereka yang alami masalah gastrik dan juga diabetes.

InsyaAllah, pesakit gastrik akan kurang rasa sakit perut dan pesakit diabetes juga akan kurang menggigil ketika berpuasa.

Ketahui bagaimana ESP membantu atasi gastrik : Bantu Atasi Gastrik dengan ESP.

Ketahui juga cara Mengawal Diabetes dan Kencing Manis dengan Shaklee.

Keistimewaan ESP Shaklee Berbanding Protein Soya Jenama Lain

  1. Shaklee menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai secara genetik (Non-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).
  2. Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan.
  3. Protein soya membantu menurunkan paras kolestrol. (Nota : Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolestrol darah adalah 25g sehari).
  4. Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.
  5. Membekalkan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita dengan sendirinya.
  6. Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.
  7. Tidak mengandungi kolestrol dan laktosa.
  8. Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
Kelebihan dan Keistimewaan ESP Shaklee

Kelebihan dan Keistimewaan ESP Shaklee

Kelebihan Untuk Ibu Hamil dan Menyusu

Bagi ibu yang hamil, ESP yang kaya dengan asid amino akan memastikan pertumbuhan bayi yang sihat kerana ESP mencukupkan keperluan asid amino penting yang diperlukan ibu dan bayi.

Kepentingan protein kepada ibu hamil

Kepentingan protein kepada ibu hamil

ESP membantu di dalam penghasilan susu ibu yang lebih berkualiti kerana protein merupakan komposisi penting di dalam susu ibu. Lebih-lebih lagi ESP juga kaya dengan kalsium. Susu ibu akan kelihatan lebih pekat dan berkrim!

Kesannya, bayi yang disusukan akan terasa lebih cepat kenyang dan bila bayi cepat kenyang, dia kurang meragam. Ibu pun rasa lebih tenang bila bayi tak asyik lapar dan meragam atau menangis.

Susu ibu juga mengandungi antibodi yang dapat meningkatkan sistem imun bayi. Jadi, dengan memberikan susu yang lebih bernutrisi akan menjadikan bayi lebih sihat dan sukar dijangkiti penyakit.

Kepentingan protein untuk ibu menyusu

Kepentingan protein untuk ibu menyusu

Ketahui keseluruhan Set Menyusu Shaklee yang membantu ibu-ibu menyusu dengan jayanya dan bagaimana ia membantu 🙂

Bonus Bagi Peminat dan Pengamal ESP

Kebiasaannya mereka yang konsisten mengamalkan ESP ini akan perasan kulit wajah dan badan mereka terasa lebih halus, cerah dan gebu. Jerawat makin berkurangan, parut hilang entah ke mana dan wajah nampak berseri-seri je.

Ini memang real. Sebab protein yang dibekalkan dalam ESP akan mencukupkan kesemua asid amino penting yang badan kita perlukan dan yang tak boleh badan kita hasilkan sendiri. Kita mesti dapatkannya melalui pemakanan. Jadi bila kita amalkan ESP ini, asid amino penting kita akan mencukupi dan hasilnya badan kita akan dapat memperoleh kesemua asid amino yang penting itu secara lengkap. Maka segala pertumbuhan sel-sel badan pun akan menjadi lebih sempurna dan lebih sihat.

Sebab itu, kulit wajah akan membina sel-sel kulit yang baru dan lebih sihat dan sempurna, menampakkan kulit wajah kelihatan lebih cantik, gebu dan berseri-seri.

Jadi, tak rugi tau amalkan ESP ni. Banyak sangat kelebihannya. Dari perut, kesihatan tubuh badan, tenaga sehinggalah ke kulit wajah.

Testimoni Rakan Yang Bertenaga Selepas Mengamalkan ESP

Rakan saya pernah mengadu keletihan menjadi seorang ibu bekerja sambil menyusu. Dia adalah ibu kepada dua orang anak lelaki dan dia bekerja. Dia perlu struggle dengan pekerjaan dan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan anak kepada ibunya yang tengah sakit di hospital masa tu.

Jadi saya cadangkan beliau cuba amalkan ESP ni. Ternyata feedback daripada beliau sangat-sangat memuaskan! Nak tahu ceritanya? Baca lebih lanjut di SINI : Letih Terus Hilang, Kerja Pun Semangat!

Ini pula testimoni seorang ibu yang merupakan rakan saya sendiri yang pernah mencuba ESP ketika bersahur. Ternyata dia dah tak menggigil ketika berpuasa lagi dan rasa lebih bertenaga!

Testimoni ESP daripada ibu menyusu dan berpuasa

Testimoni ESP daripada ibu menyusu dan berpuasa

Penutup

Jadi sekiranya anda ibu hamil atau menyusu yang alami masalah lesu dan menggigil ketika berpuasa, cubalah amalkan supplemen yang selamat, sihat, selamat dan terbukti berkesan seperti ESP ini.

Ramaii sangat ibu-ibu yang dah merasai manfaat dan kelainannya. Ternyata mereka gembira dapat berkenalan dengan ESP ni kerana puasa mereka tak lagi menderitakan dan tak lagi lesu atau menggigil ketika berpuasa. Malah pengalaman berpuasa sambil menyusu dan hamil mereka menjadi semakin manis untuk dikenang.

ESP memberikan ibu tenaga sehingga ke petang dan berupaya menyusu bayi

ESP memberikan ibu tenaga sehingga ke petang dan berupaya menyusu bayi

Pernah jadi tau ESP ni sold out 1 Malaysia masa sebelum nak masuk Ramadhan tahun ni. Sangat merisaukan tau!! Sebab terlalu ramai orang yang tercari-cari ESP ni sebagai persediaan berpuasa! Jadi bila tak ada, sanggup diorang cari merata tempat!

Jadi, cubalah bagi anda yang belum pernah mencuba. Mesti anda akan rasa kelainannya.

Berminat untuk dapatkan ESP Shaklee? Boleh hubungi je saya untuk sembang-sembang dan ketahui cara yang sebaiknya untuk mengamalkannya.

Jom dapatkan ESP dan mencubanya untuk sahur !

Jom dapatkan ESP dan mencubanya untuk sahur !

Wan Syahida Kahar

SID 1143254

012-6753078

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at www.syahidashukri.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di www.syahidashukri.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

6 thoughts on “Masalah Ibu Hamil dan Menyusu : Lesu dan Menggigil Ketika Berpuasa

    1. syahida Post author

      Betul tu. Istimewanya wanita dalam Islam.

      Reply
    1. syahida Post author

      Memang betul :-). Memang ia sangat membantu memberi tenaga.

      Reply
  1. Pingback: Kembalikan Tenaga dengan ESP Protein Powder! • SyahidaShukri

  2. Pingback: Set Puasa Shaklee Untuk Rasa Sihat, Bertenaga dan Turunkan Berat • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge