Hebatnya Facial Dengan Team Spa TWB

By | 17/08/2018

Hai Assalamualaikum! Ada yang pernah dengar tentang facial dengan team Mobile Spa TWB? Kalau tak pernah dengar, boleh cuba bacakan apa itu TWB di SINI : Apa Itu Projek Spa ‘The Walking Beauty’? Ia adalah suatu bisnes servis Mobile Spa yang menggunakan produk Shaklee sepenuhnya. Dari skincare, bahan scrub dan bahan masker, semuanya daripada Shaklee. Termasuklah juga sabun untuk membasuh perkakas spa serta losyen multi-purpose pun daripada Shaklee. Pendek kata, TWB ni Spa Shaklee lah.

Klik di SINI untuk Ketahui Kenapa TWB Menggunakan Produk Shaklee?

Facial dengan Mobile Spa TWB

Projek Mobile Spa TWB ini bermula daripada pengasasnya Puan Ainul Shahrazad yang merupakan seorang pengguna tegar Shaklee dan menjalankan bisnes Shaklee sepenuhnya. Beliau mendapati ramai anak cucu bisnesnya yang mengalami masalah untuk mendapat instant cash untuk membantu kehidupan. Jadi atas sebab itulah maka Projek Kursus Spa ‘The Walking Beauty’ ini diperkenalkan oleh beliau. Kursus demi kursus yang berharga ribuan ringgit Puan Ainul hadiri bagi menghasilkan modul kursus spa yang hebat di dalam TWB ini. Tujuannya adalah supaya ia dapat dijadikan bisnes sampingan bagi mengatasi masalah kewangan ahli-ahlinya.

Dan memang benar, projek Mobile Spa TWB ini berjaya membantu ahli-ahlinya mendapat ‘instant cash’ dengan mudah. Sama ada melalui servis spa seperti facial treatment, body scrub, sauna, mandian aura dan juga hand & foot spa mahupun penjualan produk Shaklee kepada para pelanggan. TWB mempunyai strategi perniagaan yang cukup hebat, sehinggakan ahli-ahlinya tak putus-putus berterusan mendaftarkan ahli-ahli baru dalam TWB saban hari dari seluruh Malaysia malah dari luar negara.

Konsep Mobile Spa TWB adalah Spa Bergerak Tanpa Kedai. Bermakna ia boleh dilakukan tanpa perlu mempunyai premis kedai spa seperti kebanyakan spa yang ada. Dengan Mobile Spa TWB, kita hanya perlu isikan segala kelengkapan spa kita di dalam Beg Mobile Spa, kemudian kita pergi ke tempat pelanggan bagi memberikan servis spa. Mesti seronok kan pelanggan tu sebab ada beautician yang boleh datang ke rumah dia untuk berikan servis spa?

Kita pun dapat jimat banyak kos sebab tak perlu menyewa premis spa atau menggajikan pekerja spa. Hanya gunakan barang yang ada saja. Gunakan kereta atau kenderaan yang kita miliki dan terus ke tempat pelanggan. Dengan Spa Bergerak Tanpa Kedai ini, kitalah boss dan kitalah pekerja. Kita juga yang boleh menentukan waktu bekerja kita kerana kerjanya yang sangat mudah serta fleksibel. Yang penting, kesan hebat yang dirasai pelanggan tu walau di mana jua servis spa ni dilakukan :-).

Hebatnya Facial Dengan Team Spa TWB

Salah satu kelebihan yang ada dalam Spa TWB ini adalah kekuatan produk yang ia gunakan. Sebab TWB menggunakan produk Shaklee, jadi bahan-bahan yang ia gunakan pun mestilah semulajadi, selamat, berkualiti tinggi dan sangat berkesan.

Scrub semulajadi untuk Facial.

Scrub semulajadi untuk Facial.

Jadi pelanggan lagi suka untuk tempah servis daripada TWB sebab mereka dah sedia tahu tentang kualiti produk Shaklee. Haa jangan tak tahu ye. Pelanggan bila dapat tahu je TWB guna barang-barang Shaklee, terus mereka nak booking sesi facial. Dan tahu tak, hampir 100% pelanggan spa TWB ini suka repeat session spa mereka bersama TWB dan ada yang siap booking untuk facial setiap bulan malah ada juga yang request setiap minggu!! Itulah penangan produk spa dalam TWB ;-).

Facial Treatment Spa TWB menggunakan Skincare keluaran Shaklee sendiri iaitu Youth Shaklee. Sama seperti produk-produk Shaklee yang lain, Youth juga merupakan produk semulajadi dengan 100% diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi, bebas daripada 1500 jenis bahan kimia yang selalu terdapat di dalam skincare dan bebas gluten.

TWB menggunakan Youth Shaklee dalam facial.

TWB menggunakan Youth Shaklee dalam facial.

Antara kehebatan Youth Shaklee, ia merupakan skincare yang sangat berkualiti dan telah menjalankan kajian dan penyelidikan selama 8 tahun secara teliti sebelum ia dikeluarkan. Kalau nak tahu, Youth Shaklee ni banyak sangat kelebihannya jika dibandingkan dengan skincare jenama lain di pasaran.

Nak tahu lebih lanjut tentang kehebatan Youth Shaklee ini? Klik di SINI : Sains Di Sebalik Youth Shaklee.

Kenali juga Rangkaian Set Penjagaan Kulit dengan Youth Shaklee.

Ok jom… Kita tengok pula kehebatan kesan-kesan yang dialami oleh pelanggan-pelanggan facial dalam Spa TWB.

Testimoni Facial TWB

Kulit rasa segar dan urutan sangat lembut.

Kulit rasa segar dan urutan sangat lembut.

 

Testimoni facial dengan spa TWB

Kulit nampak lebih cerah dan bersih.

 

Fine wrinkles di tepi hidung dan bahagian dahi terus hilang selepas facial dengan Youth Shaklee.

Fine wrinkles di tepi hidung dan bahagian dahi terus hilang selepas facial dengan Youth Shaklee.

 

Nampak ketara v-shape dengan radiance kan?

Nampak ketara v-shape dengan radiance kan?

 

Kedutan di dahi berkurangan.

Kedutan di dahi berkurangan.

 

Nampak lebih lembap dan bermaya.

Nampak lebih lembap dan bermaya.

 

Jeragat halus kelihatan pudar selepas facial!

Jeragat halus kelihatan pudar selepas facial!

Wowww… Rasa teruja tak dengan kesan-kesan facial dengan Spa TWB? Yang paling mempengaruhi effect hebat ni semua dah tentulah produk skincare nya yang HEBAT dan SANGAT BERKUALITI TINGGI. Bayangkan dengan sekali facial saja dah boleh dapat kesan yang sangat best macam ni. Ini baru yang kita nampak dalam gambar. Belum yang kita rasa sendiri facial ni. Hehe. Kalau nak tahu feeling dia macam mana, kena la try satu sesi facial dengan team beautician spa TWB!!

Penutup

Ok.. Kalau anda dah teruja sangat nak jkooin buat bisnes spa TWB seperti kami,m boleh la hubungi saya direct dengan klik di : Whatsapp 012-6753078. Atau boleh terus hubungi saya di 012-6753078. Nak borak-borak kat telefon pun boleh. Hehehe. Atau nak tempah satu sesi facial atau full spa dengan team kami? Boleh hubungi saya & saya carikan beautician yang paling dekat dengan lokasi anda ye!! Jom la try facial dengan TWB. Anda mesti suka! Opps lupa nak bagitahu. Wanita je tau. Lelaki nehi heii!! hehehehe.

Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar

Ahli ‘The Walking Beauty’

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia 

7 thoughts on “Hebatnya Facial Dengan Team Spa TWB

    1. syahida Post author

      Beautician TWB ada di serata Malaysia. Boleh la Nik cuba sama 🙂

      Reply
    1. syahida Post author

      Ya betul tu.. 🙂 Kita kalau boleh nak selalu maintain muda..

      Reply
    1. syahida Post author

      Best.. boleh cari instant cash dengannya 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.