Hari Pertama Sekolah Tahun 2014

By | 02/01/2014
Bismillah.
Alhamdulillah. Tiba lagi kita ke tahun baru, tahun 2014. Hari ini, pada tarikh 2 Januari 2014, tentunya ramai anak dan para ibu bapa yang gementar untuk ke pra-sekolah, taska atau tadika pada hari yang pertama persekolahan. Mungkin emosi yang bercampur-baur melanda hati ibu bapa. Takut, gembira, sedih, terharu, bersemangat, penuh harapan dan tawakkal. Mana tidaknya, anak yang dikandung, dilahirkan, dijaga dan dibesarkan sejak kecil, kini telah menginjak usia kanak-kanaknya untuk memasuki ke sekolah dan mulai menempuhi alam pembelajaran secara rasminya. 
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nya, usia anak-anak kita dipanjangkan untuk sampai ke tahap ini dan mulai bersekolah, menuntut ilmu dunia dan ilmu akhirat. Selain dengan harapan dapat mempelajari adab-adab, akhlak-akhlak mulia, belajar bersosial, berkomunikasi, berkawan, belajar menulis, membaca, menyanyi, bermain dan sebagainya. Ini merupakan dunia yang baru buat anak-anak. Berikan kebebasan dan keseronokan kepada mereka. Begitu juga dengan galakan dan motivasi agar anak-anak kita minat untuk ke sekolah malah sentiasa berkobar-kobar untuk ke sekolah setiap hari dan setiap pagi. 
Belajar sambil bermain, itu sudah menjadi suatu kewajipan bagi anak-anak. Harapan saya, anak-anak kita semuanya suka ke sekolah, belajar perkara-perkara yang baik-baik di sekolah, sentiasa dijaga dan dilindungi Allah selalu dengan pengawasan guru-guru yang bertugas dan prihatin, dan semoga anak-anak ini semuanya membesar dengan gembira. Alam kanak-kanak itu kan hanya sekali? Maka mari kita jadikan dunia kanak-kanak mereka, dunia yang menggembirakan. Insya Allah. Tahniah ibu bapa dan anak-anak yang berjaya menempuhi hari pertama alam persekolahan mereka. Harapnya esok tidaklah trauma atau memprotes daripada nak ke sekolah lagi ya. 😀

One thought on “Hari Pertama Sekolah Tahun 2014

  1. Pingback: Hari Pertama Persekolahan • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge