Hari Pertama Persekolahan

By | 02/01/2018

Hi Assalamualaikum! Hari ni 2 Januari 2018, bermakna hari pertama persekolahan sekolah-sekolah di Malaysia. Bagi negeri yang tak menyambut Cuti umum Tahun Baru, hari pertama persekolahan mereka adalah semalam. Ada yang mempunyai anak-anak yang dah bersekolah? Mesti ada macam-macam cerita kan bagi yang 1st time tu?

Alhamdulillah, tahun 2018 ni, anak sulung saya dah masuk ke alam persekolahan. Kejap je dah 7 tahun dan dah masuk Darjah 1. Sejujurnya saya dan suami rasa macam bercampur-baur. Anak kami ni dah besar dah. Dah masuk darjah 1. Rasa macam tak percaya pun ada. Maklumlah first timers kan kami ni? First timer sebab anak kami yang pertama ni dah masuk sekolah.

Kalau 3 tahun dahulu kami juga merasa berdebar apabila anak sulung kami ni masuk ke sekolah Tadika buat pertama kalinya masa umur 4 tahun, kini debaran terasa untuk masuk ke Darjah 1 pula.

Dimasukkan ke Sekolah Rendah Agama Integrasi SIRAJ

Alhamdulillah selepas anak saya bersekolah di Tadika PASTI selama 3 tahun (dari umur 4 tahun sehingga 6 tahun), masuk umur 7 tahun ni anak saya berjaya masuk ke Sekolah Integrasi Rendah Agama, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan atau singkatannya SIRAJ. Sistem SIRAJ ni adalah di bawah JAWI, tapi ia mengikuti sepenuhnya sistem pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan.

Jadi, walaupun dia duduk di bawah JAWI, tapi dia ikut semua silibus yang sama seperti Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Agama. Cuma bezanya SIRAJ ni, dia Integrasi dan mencampurkan sekolah rendah dengan sekolah agama.

Jadi tak perlulah anak kami pulang ke rumah waktu tengah hari. Lepas tu petangnya tukar baju untuk ke sekolah agama. Sebab dalam sekolah integrasi, semuanya dicampurkan dalam satu sekolah.

Pengalaman Hari Pertama Persekolahan

Hari pertama persekolahan anak saya di sekolah SIRAJ

Hari pertama persekolahan anak saya di sekolah SIRAJ

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Dari bangun pagi, persiapan semua ok.

Bila anak dah masuk Darjah 1 ni, dalam hati rasa besar dah anakku.. nak menitik air mata pun ada.

Ada parents yang standby di sekolah untuk lihat anaknya camne.

Mesti mak-mak lain pun rasa concern sama.

Dan hari ni untuk 1st day, terharuuuu rasa bila ada parent yang share gambar anak-anak di sekolah.

Ya lah kan, dari pagi kita lepaskan anak kita untuk masuk ke suasana baru persekolahan. Kita pula tak tahu langsung bagaimana keadaannya.

Mau tak pikir macam-macam..

  • Apa la makanan breakfast & lunch yang kantin bagi. Anak nak tak makan? Anak dah la choosy.
  • Camne la kalau anak nak pi toilet. Boleh ke tu uruskan diri sendiri? Ngan pakai baju skolah, pakai kasut, stokin..
  • Camne la amik air sembahyang.. bukak tudung, nak pakai balik tudung.. ngan anak tudung.. mesti comot2 je pakai tudung sendiri..
  • Camne la petang2 ni.. ngantuk dah ke agaknya tu?

Hahaha…

Banyaknya persoalan. Ada tak mak-mak atau ayah-ayah yang memikirkan hal yang sama macam ni? Kalaupun anak dah masuk Darjah 2 atau seterusnya, mesti boleh relate, kan.

Reaksi Anak Pada Hari Pertama Persekolahan

Bila petang tiba, maka menanti la kami sama ada anak kami happy ke tak happy, penat ke tak penat bila dah habis sekolah dan pulang ke rumah.

Anak saya nampak seronok, tak alami masalah dan banyak bercerita. Banyak benda kami tanya. Dari hal kelas, hal pengurusan diri, hal makanan di kantin, hal pelajaran, teman-teman dalam kelas, aktiviti, solat dan lain-lain.

Anak kami ceritakan semuanya dan nampak teruja. Balik rumah terus buka buku Transisi (buku aktiviti) dan buat kerja mewarna. Anak saya ni memang jenis yang rajin buat homework. Suka siapkan homework dan suka patuh kepada arahan cikgu. Bab mewarna pun memang suka. Jadi untuk hari pertama ni dia memang rasa seronok lah.

Untuk pengetahuan, kami dah sedia dimaklumkan bahawa minggu pertama persekolahan untuk Darjah 1 ni, memang tak menggunakan sebarang buku teks atau silibus pelajaran tertentu. Memang fokus kepada aktiviti-aktiviti je yang fun. Tujuannya untuk menarik minat anak-anak Darjah 1 ni ke sekolah.

Ya la kan, baru Darjah 1. Kalau hari pertama persekolahan pun dah membosankan, mungkin dia dah tak minat nak datang ke sekolah dah. Hehe.

Penutup

So Alhamdulillah. Hari pertama persekolahan anak saya berjalan dengan lancar dan mudah. Pastinya ini akan menjadi kenangan buat kami.

Setiap pengalaman, tentu ada kali pertamanya. Mak saya selalu pesan ayat ni. Dan ini adalah kali pertama buat kami.

Moga-moga anak saya terus suka bersekolah kat situ, terus dididik dengan baik oleh cikgu-cikgu di situ dan terus mencipta pelbagai kenangan dan pengalaman di sekolah tu 🙂

Akhir kata, selamat hari pertama persekolahan buat semua. Mesti ada macam-macam ragam dan kerenah budak-budak Darjah 1, kan. Ingat lagi tak masa kita masuk Darjah 1 masa kecik-kecik dulu? hehehhe…

Terasa indah semua kenangan sekolah. Senyum je kalau ingat balik. Sekarang tiba masanya untuk kita pula ciptakan pengalaman indah untuk anak-anak kita. Betul tak??

Semoga anak-anak kita berjaya di dunia dan berjaya juga di akhirat. Amiiinnnn.

6 thoughts on “Hari Pertama Persekolahan

    1. syahida Post author

      Ha’a betul la jugak tu. Hehe. Mungkin anak saya kategori tu. Tu yang mudah.

      Reply
    1. syahida Post author

      Memang excited pun. Haha.. Kenangan manis..

      Reply
    1. syahida Post author

      wah.. yg bongsu darjah 1.. senior dah Mr H ni hehehe

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge