Hai guys! Jumpa lagi dalam topik Jom Detox. Kali ni saya ingin kongsikan gaya hidup sihat yang akan peserta semua pelajari dan mula amalkan dalam program Jom Detox kami.
Selalu terjadi, kami mendapat peserta yang sering alami masalah dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat. Paling kerap, mereka kuat meminum coffee, kafein, makanan segera, makanan terproses, jajan, minuman tinggi gula dan pemakanan pun tak jaga. Main bantai je semua. Sudahnya perut semakin buncit, sembelit, badan rasa berat dan mudah je rasa lesu, penat, mengantuk, dan pelbagai simptom badan sedang tinggi toksin yang lain.
Gaya Hidup Sihat dengan Jom Detox
Di dalam program Jom Detox Jutawan kami ini, kami ada 3 fasa Detox yang akan kami perkenalkan iaitu :
Fasa 1 (Pre-Detox): Selama 5 hari. Masa persediaan untuk hadapi waktu detox. Untuk kita ubah mindset, ajar cara minum, makan dan tidur yang betul.
Fasa 2 (Detox): Selama 7 hari. Tempoh di mana proses pembuangan toksin berlaku dan kita akan rasakan perubahan yang sangat baik waktu ini.
Fasa 3 (Post-Detox): Selama 5 hari. Waktu di mana kita dah nampak hasil dari pembuangan toksin dan alami kesan yang positive. Waktu ini anda akan dapat rasakan badan lebih cergas, berat badan continue turun, kulit cantik, nampak lebih muda, rasa lebih sihat, sakit-sakit badan mula hilang dan banyak lagi.
Sepanjang fasa-fasa ini, kami para coach akan menunjuk ajar kepada peserta, bagaimana menjalani gaya hidup sihat supaya detox dapat berlaku dengan lebih berkesan lagi.
Bayangkan kalau kita nak mendetoks, tapi gaya hidup masih banyak yang tak sihat, jadi kita bimbang detoks tak berjaya mencapai objektifnya iaitu membuang toksin dan membantu menurunkan berat badan dengan sihat.
Di antara gaya hidup sihat yang penting kita amalkan di sepanjang program detox termasuklah:
- Mengambil air yang mencukupi
- Tidur awal
- Menjauhi makan terproses
- Menjauhi minuman manis
- Memilih garam yang sihat dalam masakan
- Cara masakan yang sihat
- Bersenam
- Dan banyak lagi
Memang kadangkala kita susah nak berubah. Kita semua dah terbiasa dengan habit yang tak sihat, betul tak? Jadi bila nak berubah dan menurunkan berat badan ni, susah pulak nak tukar habit kita kepada gaya hidup sihat.
Disebabkan ia sangat sukar, program Jom Detox kami telah di-design untuk membantu para peserta mengubah habit mereka kepada gaya hidup sihat sedikit demi sedikit.
Kita takkan berubah secara drastik kerana kita tahu ia sukar. Jadi, join program kami dan kami akan bimbing anda untuk berubah perlahan-lahan dan tanpa stress.
Ingat balik niat asal kita, iaitu kita mahu lebih kurus, lebih sihat dan lebih cantik.. Lebih-lebih lagi sebagai persediaan tahun baru 2020 ni kan? Betul tak?? Hehhehe. Jadi, mari kami bantu anda untuk mengubah habit lama yang tak sihat kepada gaya hidup yang sihat selepas ini.
So jika anda rasa anda susah nak berubah, susah nak start gaya hidup yang sihat, jom!! Sertai program Jom Detox Jutawan kami untuk kami bantu dengan sebaiknya.
InsyaAllah, anda juga akan turut mendapat hasil dan effect yang terbaik macam orang lain. Baca di : Success Story Jom Detox Jutawan
Mari Mulakan Gaya Hidup Sihat Dengan Jom Detox
Kita semua inginkan kesihatan dan kecantikan. Betul tak? Tapi kita takkan mudah mencapainya selagi kita tidak mengamalkan gaya hidup sihat setiap hari. Kalaulah kita ada masalah berat badan, masalah inch yang lebar, masalah kesihatan dan masalah kulit misalnya, mulakanlah dengan amalan gaya hidup yang sihat.
Amalan gaya hidup sihat juga adalah asas kepada detoxification. Tak guna kita start program detox kalau gaya hidup kita masih di tahap lama. Tak jadi detox la lagu tu kan?
So, dah alang-alang kita dah join program detox, amalkan terus gaya hidup sihat yang memang dianjurkan untuk mencapai kesihatan dan saiz badan kurus yang kita inginkan itu.
Di dalam program Jom Detox Jutawan, apa yang bakal anda perolehi?
1) Kami sediakan coaching 17 hari di group whatsapp merangkumi Predetox week, Detox Week dan Post Detox Week. Satu satunya Group yang ada Predetox & Post Detox Week.
2) Kami guide untuk detox dengan ilmu. Banyak ilmu yang sangat mahal yang kami kongsikan dalam Group ini yang tidak ada di luar sana.
3) Kami beri meal plan yang di sediakan oleh Pakar Nutrisi dan dipersetujui oleh Doktor. Insya Allah anda tak akan kelaparan. Tambahan lagi suppliment yang kami gunakan adalah satu-satunya suppliment yang mempunyai Landmark study yang memang Selamat, Terbukti dan Berkesan.
4) Program kami TERBUKTI BERKESAN bagi peserta sebelum ni yang betul betul ikuti panduan yang kami beri (boleh rujuk testimoni sebelum ni)
5) Kini yang terbaru, kami ada ganjaran wang dikembalikan sekiranya sepanjang program ini tiada apa-apa perubahan kepada kesihatan atau berat anda. Dengan syarat segala arahan coach telah anda patuhi. *terms and condition apply.
Penutup
Jadi, berminat untuk menyertai Program Jom Detox bersama Team Jutawan? Baca di : Bagaimana Nak Join Program Jom Detox Jutawan.
Salam mesra,
Wan Syahida Kahar
012-6753078
Pengedar Shaklee seluruh Malaysia
Twitter: roseqisteena
Kita kena amalkan pemakanan yang seimbang. Kena banyak minum air dan selain itu kena tuntut ilmu la kalau nak sihat.
Ezna recently posted…Lokasi Goblin di Korea selepas setahun berlalu
Ya betul.. Kalau nak badan sihat, cari ilmu dan amalkan.. Dalam program kami, bukan saja diajar, tapi juga turut membimbing supaya berjaya berubah. Sebab ada orang susah nak ubah tabiat.
Kena fokus on gaya hidup sihat sebab sekarang tua ke muda ke senang nak jatuh sakit. Jaga pemakanan dan exercise selalu.
Elle Mazlan recently posted…Short Escape at Tanah Aina Farrah Soraya
Itu la yang perlu kita tekankan.. Pemakanan sihat dan juga gaya hidup yang sihat juga 🙂
Twitter: Mooneira
Hmm……..good information. Thank you for sharing this useful tips. Have a good day dear. Take care.
Fadima Mooneira recently posted…THREE THINGS THAT MAKE THE PICTURE OF DORIAN GRAY BY OSCAR WILDE THE BEST HORROR NOVEL
Thank you and your welcome 🙂
Twitter: Fariza Saidin
Ramai juga bloggers yg pergi program detox jutawan ni ya… dah banyak kali baca n dah faham ha ha…
Fas recently posted…FARISYA, HANNIS CURAH BAKTI ASAH GRADUAN TEMPOHI TEMUDUGA
Hahaha… Terpaksa faham sampai lebam.
Best juga tips tu. Tak sabar nak praktikkan biasalah asyik busy aje kan. Best gak program macam ni sambil jaga kesihatan.
Hehehe.. Niat nak sihat dengan mindset yang betul, InsyaAllah praktikal akan jadi lebih mudah 🙂
Kalau nak detox make sure mmg kena banyak minum air kan and jaga pemakanan in same time. If dah okay boleh stop everyday detox dan jarak jarakkan the time. Once totally okay boleh stop dan biar body detox sendiri~
Kena selalu rajin time detox hari2~
Bijak Zandra.. Yup Detox ni not all the time. Just one time yang betul2 buat then boleh teruskan lifestyle macam biasa. At that time semua organ dah pandai detox sendiri dan dengan lebih efektif 🙂
Bagus tips yang diberikan. Macam ena pon pastikan minum air masak banyak sebab susah nak buang habit minum kopi segelas setiap hari. Hehe..
Cik Puan Ena recently posted…Holiday Johor Part 5 | Tanjung Piai Resort dan Tambak Pontian
Haha.. ya kopi memang dehydrating. Kena cover balik dengan 2 gelas air.
Rasa mcm byk geng2 Shaklee tgh buat program detox ni kan…
A good one…
Bagus2
Haha.. Tengah musim ni..
Twitter: ayuarjuna
Ohh program ni ada 3 fasa. Mmg kalau nak kurus kita ken buang semua lemak2 yang tidak diperlukan oleh badan. Ni bagi pastikan kita kurus dan sihat
Ya bukan saja lemak. Tapi juga toksin dalam pelbagai bentuk dan di semua organ. Bukan senang tu.
Bagusnya sampai 3 fasa dan intensive coaching. Menarik.
Yup sangat membantu para peserta untuk berjaya achieve perubahan yang terhebat.
Seronoknya kalau dapat join. Mesti macam-macam manfaat dan maklumat boleh dapat kan
Ya. Jaminan wang dikembalikan jika langsung tidak mendapat effect selepas mengikuti program sepenuhnya 🙂
best dapat join, lagi best jadi coach sebab dapat help lagi ramai orang yang perlukan program macam ni
RAIHANAH AHMAD recently posted…Tips Untuk Perbaiki Insulin Resistance
Harap ramailah yang berminat nak join…