Family Trip ke Cameron Highlands Sempena Hari Ulangtahun Perkahwinan

By | 02/11/2017

Hai Assalamualaikum ! Lama saya menyepi daripada update blog ni. Selain daripada sibuk dengan urusan marketing dalam medium lain, sibuk juga dengan urusan bisnes. Tapi masih sempat jugak luangkan masa dengan suami dan anak-anak untuk ‘quality time’. Sempena sambutan Ulangtahun Perkahwinan saya dan suami, kami decide untuk jalan-jalan ke Cameron Highlands. Saya la tu yang teringin nak datang sini lagi. Sebab kali last saya datang pun, 4 tahun lepas. Kali ni, teringin pulak nak datang lagi. Jadi bila husband tanya nak jalan pergi mana untuk Anniversary?? Terus saya kata nak Cameron Highlands. 🙂

Korang kalau sambut Anniversary, jalan-jalan makan angin jugak tak?? Suami saya memang suka bawak kami bercuti. Pernah dulu dia belanja Grand Lexis Port Dickson for 1 night stay sempena sambutan Hari Ulangtahun perkahwinan jugak. Kadang-kadang suami suka bagi hadiah yang berharga. Bukannya selalu, kan. Anniversary ni kan setahun sekali je. Saya pulak kalau ada rezeki lebih, memang akan hadiahkan sesuatu kepada suami saya juga 🙂

Kami sampai ke Cameron Highlands ni petang Sabtu lepas. Jalan raya boleh tahan sesak la sebab cuti sekolah sempena Deepavali kan? On the way nak ke Cameron pun dah nampak ramai kaum India di sekitar Cameron Highlands.

Antara sebab yang best kenapa kami pergi ke Cameron Highlands ni jugak adalah sebab cuaca di KL yang begitu panassss!! Korang rasa panas jugak tak? Memang panas. Jadi bila buat trip ke Cameron ni rasa lega la sikit !

Kami awal-awal lagi dah menempah Hotel Copthorne yang terletak di Brinchang. Kami tempah ni masa kat Matta Fair. Yang bestnya kami dapat nikmati voucher sempena Matta Fair ! Jadi boleh la dapat rate yang lagi murah. Kami tempah 2 malam sebab nak duduk Cameron dari petang Sabtu dan check-out hari Isnin.

Sampai-sampai je hotel ni, memang rasa best. Sebab yang utamanya, kerana lokasinya yang strategik. Copthorne Hotel ni sangat-sangat berdekatan dengan banyak  attractions kat Cameron Highlands ni macam:

Jadi lokasi hotel ni memang sangat strategik bagi anda yang nak visit tempat-tempat ni. Saya boleh katakan walking distance jugak la tempat-tempat ni. Tapi kami sentiasa naik kereta.

Kalau nak cari senarai hotel di Cameron Highlands, boleh juga rujuk di sini : Cameron Highland Hotels & Apartments 

Untuk malam Sabtu tu kami belum ke mana-mana. Hanya cari makan je kat kedai makan berdekatan. Mujur ada kedai makan Muslim dekat situ-situ. Anak-anak pulak request ayam.

Masa packing baju nak ke sana saya berlagak la tak nak langsung bawak baju sejuk. Sebab dah memadai kot pakai stokin kaki, stokin tangan dan jugak tudung labuh. Hehe. Sekali malam tu bila jalan outdoor, angin tiup fuuhhh sejuk gila kot. Hahahah. Macam rasa air-cond. Tapi boleh bertahan lagi.

Lepas dah kenyang makan, jalan-jalan pusing tengok kawasan hotel pulak. Selesa jugak la hotel ni. Siap ada spa bagai. Tapi saya tak sempat la nak booking spa pe benda semua.

Butterfly Farm, Brinchang, Cameron Highlands

Pepagi Ahad selepas sarapan, kami bersiap untuk ke tempat pertama: Taman Rama-rama yang terletak betul-betul la sebelah Hotel Copthorne.

Tiket dewasa : RM 7

Tiket kanak-kanak : RM 4

Kat sini, masuk-masuk je akan jumpa banyak tanaman bunga-bungaan sebagai tempat yang sesuai untuk habitat rama-rama.

Bunga-bunga pun cantik-cantik. Sesuai untuk tangkap-tangkap gambar. Anak-anak saya memang gemarkan rama-rama. Memang mereka sangat excited.

Bergambar di Butterfly Farm, Brinchang, Cameron Highlands

Bergambar di Butterfly Farm, Brinchang, Cameron Highlands

Kat sini juga ada Reptile animals dan binatang lain macam ayam, ayam belanda, itik, tupai, racoon dan lain-lain. Sebab tu anak-anak memang sesuai datang ke sini.

Melihat haiwan reptilia di Butterfly Farm, Brinchang, Cameron Highlands

Melihat haiwan di Butterfly Farm, Brinchang, Cameron Highlands

Jalan ke depan lagi kita akan nampak tanaman bunga daisy yang berbagai-bagai jenis warna.

Bunga daisi pelbagai warna di Butterfly Farm, Brinchang, Cameron Highlands

Bunga daisi pelbagai warna di Butterfly Farm, Brinchang, Cameron Highlands

Ladang Teh Cameron Valley, Cameron Highlands

Antara keinginan saya adalah bergambar di ladang teh. Saya ngan anak-anak pun penggemar teh. Jadi ni la peluang nak tunjuk kat anak-anak camne ghopenye daun teh dan dari mana asalnya.

Lepas bergambar kat ladang, kita boleh naik 4×4 ride untuk ke sekitar ladang teh tu. Bayar RM25 je. Seronok la sebab dapat naik ke lereng bukit dan bergambar kat tempat tinggi kawasan ladang teh tu.

Lepas tengok ladang teh, boleh la pekena teh berperisa di cafe bersebelahan. Saya sebenarnya niat nak order teh o biasa. Tapi mereka hanya jual teh yang berperisa macam lemon, strawberry dll. Nak alas perut dengan roti atau pastry pun boleh la kat sini.

Tiket : Percuma

Menapak di Ladang Teh, Cameron Valley, Cameron Highlands

Menapak di Ladang Teh, Cameron Valley, Cameron Highlands

Lavender Garden, Brinchang, Cameron Highlands

Entrance Lavender Garden, Cameron Highlands

Entrance Lavender Garden, Cameron Highlands

Ni antara tarikan terkini la di Cameron Highlands ni. Memandangkan kita tak dapat nak pergi Hokkaido lagi, datang sini pun jadi laaa hehehe. Sebab bunga-bunga lavender kat sini ni berasal daripada Hokkaido.

Selain lavender, anda boleh juga menikmati pelbagai jenis bunga yang lain. Sangat colourful, sangat cantik, sangat luas dan sangat best kat sini. Kat atas ada lagi banyak bunga dan ada jugak surau untuk kemudahan solat.

Layout dan landskap taman lavender ni memang cantik dan attractive la. Mungkin sebab ni tempat yang baru.

Tiket dewasa : RM 5

Tiket kanak-kanak : RM 3

Macam-macam jenis bunga yang ada dekat Lavender Garden, Brinchang, Cameron Highlands

Macam-macam jenis bunga yang ada dekat Lavender Garden, Brinchang, Cameron Highlands

Cantik kan bunga lavender?

Cantik kan bunga lavender?

Strawberry Farm, Cameron Highlands

Strawberry farm ni memang sangat banyak la kat Cameron Highlands ni. Pilih je nak pergi yang mana. Kami pergi ke strawberry farm yang boleh petik strawberry sebab anak kami nak sangat try petik sendiri.

Al-Mashoor Agro Park, Cameron Highlands

Petang tu kami singgah juga ke Al-Mashoor ni. Sebab owner dia kenalan suami saya. Tempatnya terletak di Kampung Taman Sedia. Ni bukan la kali pertama datang sini. Jadi kami dah biasa. Sempat kami beli strawberry jam dan enjoy ais krim strawberry di sini.

Kemudian makan tengah hari di restoran berdekatan dan menikmati juga strawberry chocolate.

Tiket : Percuma

Selesai semua tempat ni kami pulang ke hotel untuk berehat.

Cameron Square, Brinchang, Cameron Highlands

Selepas Maghrib, kami siap-siap pula nak ke Cameron Square yang merupakan sebuah shopping mall di bawah hotel. Kat kawasan luarnya pula ada pasar malam yang banyak jual pakaian dan juga ada fun fair untuk anak-anak bermain.

Kalau nak beli baju-baju Cameron Highlands, boleh la shopping kat sini. Senang nak parking di tepi jalan raya. Kemudian area ni just jalan kaki je.

Aktiviti di Hotel Copthorne

Untuk hari seterusnya hari Isnin, selepas breakfast di hotel, kami bawa anak-anak mandi swimming pool hotel.

Swimming pool ni indoor, kawasan tertutup. Jadi kita taklah menggigil kesejukan dek kerana cuaca Cameron Highlands yang agak sejuk.

Kemudian selepas check-out hotel, kami berhajat untuk berjalan ke Ladang Teh Sungai Palas yang terletak berdekatan dengan hotel.

Tapi tak tersangka la pulak kami, rupa-rupanya ladang teh Sungai Palas tu tutup pada hari Isnin. So tak berpeluang la kami nak pergi tengok. Mujur la semalamnya dah pergi yang Cameron Valley punya.

Kea Farm, Cameron Highlands

Balik daripada tu, kami singgah pula ke Kea Farm. Pasar yang famous di situ untuk membeli sayur-sayuran, ubi-ubi, jagung, tanaman lain dan juga bunga-bunga fresh atau pun yang diawet.

Kami tak beli banyak pun. Hanya jagung manis, ubi-ubi keledek pelbagai warna, sayur 10 paket RM 10, dan juga bunga-bunga sikit untuk hiasan.

Kalau nak beli buah tangan untuk ahli keluarga, sini la sesuai. Beli lah sikit sayur ke buah ke untuk ahli keluarga kan.

Tapi kena hati-hati dan berpada-pada. Sebab banyak produk hasil tanaman Cameron Highlands ni yang disembur pestisid dan merupakan produk LMO / GMO. So tak perlu la nak membeli sakan sangat ye.

Baru-baru ni ada berita yang dikeluarkan suratkhabar The Star bahawa buah-buahan keluaran Cameron Highlands ni telah direject oleh negara China kerana faktor LMOnya. So, kalau China pun dah reject, maknanya betul-betul bahaya la tu.

Masjid Abu Bakar, Tanah Rata, Cameron Highlands

On the way balik tu dah melepasi Zuhur. Sebab check-out pukul 12.00 pm. Kemudian pergi Ladang Teh ‘BOH’ di Sungai Palas dan Kea Farm. Jadi dah masuk waktu. Kami singgah di Masjid Abu Bakar yang terletak di Tanah Rata. Masjid ni kat tempat berbukit. Jadi kena panjat tangga la jugak. Kalau anda bawak mak-mak yang sakit kaki, kena lah berhati-hati yer.

Penutup

Alhamdulillah, seronoknya dapat pergi ke Cameron Highlands. Paling best tu bila dapat nikmati cuaca sejukkk dan menikmati pemandangan indah dan bunga-bunga cantik.

Anak-anak pun seronok dapat datang ke sini. Boleh lah nak release stress sekali-sekala.

So, bagi anda yang nak cari lokasi percutian yang menarik dan dekat dengan Selangor / KL, boleh la mengunjungi Cameron Highlands.

Baca juga artikel menarik mengenai percutian dan kesihatan :

Nutrien anak ketika travel

Persiapan kesihatan diri ketika travel

Get Clean Water Pitcher – Jag Penapis Air Mudah Alih

Travel emergency kit untuk anak-anak

 

Salam sayang,

Wan Syahida Kahar

Pengedar Shaklee Petaling Jaya dan seluruh Malaysia

SID 1143254

012-6753078

6 thoughts on “Family Trip ke Cameron Highlands Sempena Hari Ulangtahun Perkahwinan

    1. syahida Post author

      Hehe ya. Banyak dah sekarang.. Makin banyak & improvised. Tapi traffic jam la skit kalau musim cuti sekolah.

      Reply
    1. syahida Post author

      Ooo plan nak gi gak ek.. Tapi cuti sekolah. Bertabah la dengan traffic jam!

      Reply
    1. syahida Post author

      Ha tu la. Sana traffic jam la kalau cuti sekolah.. Sempit plak tu sana.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge