Falsafah Produk Shaklee : Selamat, Terbukti dan Berkesan !

By | 07/07/2017

Assalamualaikum semua pembaca saya yang budiman :). Saya harap semuanya berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan dirahmati Allah selalu. Ada yang puasa 6 Syawal hari ni? Harap-harap masih gigih la nak berpuasa walaupun semua tengah mood raya, kan. Sementara saya tengah nak menunggu waktu untuk memasak dan berbuka puasa, saya nak share sikit tentang Falsafah Produk Shaklee ni supaya lebih ramai lagi orang yang jelas tentang kelainan dan keistimewaan yang dibawa syarikat Shaklee ni yang lain daripada yang lain.

Falsafah Produk Shaklee

Mungkin ada yang tak tahu kan, rupa-rupanya produk Shaklee in dah wujud sejak selama lebih 100 tahun dah lamanya tau. Dan selama lebih daripada 100 tahun tu lah, dah pelbagai generasi yang telah menaruh kepercayaan bahawa Shaklee mampu melakukan apa yang tidak ada syarikat lain yang berani tampilkan – iaitu menghasilkan produk yang SELAMAT secara SEMULA JADI dan TERBUKTI BERKESAN.

Betul tau. Kalau kita tengok-tengok syarikat supplement yang lain, tak ada pun yang berani memberikan jaminan yang sebegini. Hanya Shaklee sahaja yang begitu berani memberi jaminannya. Ini sebab Shaklee teramat yakin dengan produknya. Malahan, Dr. Shaklee sebagai pengasas produk dan syarikat Shaklee ini, telah begitu lama menyimpan idea dan filosofinya hingga ramai pihak yang berminat nak tiru, tapi mereka tak mampu menirunya.

Falsafah Produk Shaklee : Sentiasa Selamat, Terbukti Berkesan dan Mesra Alam.

Falsafah Produk Shaklee : Sentiasa Selamat, Terbukti Berkesan dan Mesra Alam.

Sebenarnya Apakah Misi Shaklee?

Misi Shaklee yang sebenarnya adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan semestinya lebih baik untuk semua. Shaklee melakukannya melalui penghasilan produk semula jadi yang sangat-sangat luar biasa. Sehingga anda sentiasa mahu berkongsi dan berkongsi tentangnya dengan keluarga dan rakan taulan.

Biasalah, kalau dah kita pernah rasa sesuatu kelainan dan keberkesanan sesuatu produk atau perkara itu, tentunya perkongsian yang diberikan adalah REAL, tanpa pura-pura dan benar-benar berlaku tanpa perlu menipu. Tak perlu menjual, hanya perlu berkongsi pengalaman dan perubahan diri sendiri yang luar biasa.

Sebab ramai sangat tau orang yang selepas mencuba rangkaian produk Shaklee, mereka amat terasa kelainan produk ini berbanding produk yang pernah mereka cuba dari pasaran. Tentunya siapa yang dah merasainya sahaja yang boleh menceritakan perbezaannya.

Kalau nak tahu apa yang buatkan Shaklee begitu berbeza, setiap bahan di dalam setiap botol Shaklee ini telah dicipta untuk memperbaiki kesihatan, malah ia berfungsi tanpa komprom, serta ia sangat lembut dan mesra alam kepada alam sekitar. Bayangkan, SETIAP bahan pada botol Shaklee tu tau. Bukan saja isinya yang berasal daripada sumber-sumber semulajadi dan diuji keselamatan dan ketulenannya, malah botolnya juga BIODEGRADABLE dan TIDAK MEMBEBASKAN KARBON. Begitu mesra alamnya seluruh produk Shaklee ni.

Sebab itulah, apabila anda memilih Shaklee, anda akan mengetahui tiga perkara yang nyata dan benar.

Ia selamat. Ia terbukti. Dan ia berkesan.

Hebat, kan?

Falsafah Produk Shaklee : Dijamin Selamat

Falsafah Produk Shaklee : Sentiasa Selamat

Falsafah Produk Shaklee : Sentiasa Selamat

Terdapat 8 sebab untuk mempercayai KUALITI dan KESELAMATAN produk-produk Shaklee ini. Ini kerana produk yang selamat datangnya daripada bahan-bahan yang berkualiti dan itulah yang Shaklee gunakan.

Keselamatan mutlak adalah amat penting di Shaklee, dan Shaklee menegaskan bahawa standardnya tiada tandingannya.

Bahan-bahan untuk produk Shaklee telah dipilih secara teliti untuk memenuhi standard prestasi dan penyaringan yang tinggi. Malah, standard ketulenan Shaklee adalah yang paling ketat dalam industri nutrisi dan pemakanan berkhasiat untuk memberi jaminan bahawa kesemua produk Shaklee adalah selamat.

Apabila anda fikirkan “Shaklee”, fikirkan “Tulen”.

8 sebab untuk mempercayai KUALITI dan KESELAMATAN produk-produk Shaklee

Falsafah produk Shaklee : Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam

Falsafah produk Shaklee : Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam

  1. Shaklee Menyaring Lebih 350 Bahan Cemar, Racun Serangga dan Bendasing Untuk Setiap Bahan Botani Baharu
    • Selain itu, Shaklee turut menyaring untuk bahan cemar lain termasuk logam berat, sisa pelarut, kehadiran radiasi dan pencemaran mikrob.
  2. Lebih Darioada 250 Ujian Racun Serangga Dilakukan, Melebihi Syarat United States Pharmacopeia (USP)
  3. Shaklee Melakukan Lebih 100,000 Ujian Kualiti Setiap Tahun
    • Untuk memastikan produknya selamat digunakan oleh anda dan keluarga anda.
  4. Tiada Tambahan Pengawet, Pemanis atau Perasa Tiruan
  5. Bebas Gluten
    • Produk Shaklee BEBAS GLUTEN. Berita baik untuk mereka yang mengalami alahan gluten dan sensitif-gluten. Dengan produk bebas gluten, Shaklee mahukan anda memiliki usus dan sistem penghadaman yang lebih sihat.
  6. Bukan GMO
    • Produk Shaklee adalah BEBAS GMO dan disahkan melalui Program Pengekalan Identiti (Identity Preserved Program (IPP)). Iaitu pendekatan paling dipercayai untuk memastikan produknya kekal BUKAN GMO dari peringkat biji benih hingga ke proses pengilangan.
  7. Terbiodegradasi
    • Berpegang kepada prinsip selamat, handal dan mesra alam, produk Get Clean Home Care Shaklee adalah TERBIODEGRADASI yang tidak mengandungi fosfat, nitrat atau borat. Shaklee menjadikannya satu tanggungjawab dan amanah untuk menjadikan planet kita lebih sihat sepanjang masa.
  8. Shaklee Tidak Melakukan Ujian Ke Atas Haiwan

 

Falsafah Produk Shaklee : Terbukti

Di Shaklee, mereka bukan sekadar menyatakan produk mereka berkesan, tetapi mereka membuktikannya. Para saintis Shaklee sentiasa mencari bahan dan ramuan yang tulen dan mujarab dari alam semula jadi, semakan terbitan saintifik dan melakukan kajian mereka sendiri untuk mengesahkan keberkesanan dan kemujarabannya.

Layari http://healthresource.shaklee.com untuk lampiran lengkap penyelidikan yang ditaja oleh Shaklee.

  1. Lebih 100 Pembentangan dan Kertas Saintifik Diterbitkan
    • Produk Shaklee disokong oleh lebih daripada 100 pembentangan dan kertas saintifik yang diterbitkan, yang membuktikan bahawa ia membawa perubahan kepada kesihatan anda.
    • Salah satu ujian ini ialah Kajian Penanda Aras, yang menunjukkan bahawa orang yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tiada suplemen sama sekali.
  2. Kajian Telomere
    • Kajian Telomere menunjukkan bahawa pengguna Shaklee yang mengambil suplemen selama 5 tahun mempunyai telomere yang lebih panjang berbanding pengguna sihat tanpa-suplemen.
  3. Paten Shaklee
    • Produk Shaklee mempunyai lebih daripada 70 paten dan sedang-dipaten.
  4. Sistem Pelepasan Berpaten
    • Sistem pelepasan berpaten Shaklee dicipta untuk meningkatkan kadar penyerapan nutrien penting dalam tubuh, dengan membekalkan nutrien yang betul, di lokasi yang betul dan pada masa yang tepat.

Falsafah Produk Shaklee : Berkesan !

Shaklee sangat berbangga dapat menerbitkan Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee, satu kajian penanda aras pertama seumpamanya yang menyokong potensi manfaat suplemen dalam jangka panjang di kalangan populasi pengguna unik.

Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee : Sebuah Kajian Unggul (The Landmark Study)

Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee adalah kajian perintis mengenai pengguna suplemen jangka panjang yang menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik, berbanding mereka yang mengambil multivitamin jenama lain atau tidak mengambil multivitamin sama sekali.

Kajian ini adalah kajian bebas oleh University of California, Berkeley, ke atas corak penggunaan, status kesihatan dan nutrisi pengguna jangka panjang pelbagai suplemen.

Kajian data silang ini telah diterbitakan dalam Nutritional Journal, jurnal saintifik penilaian-sejawat (peer-reviewed journal) atas talian pada Oktober 24, 2007.

http://www.nutritionj.com/content/6/1/30

Hasil kajian ini membantu mengesahkan apa yang telah Shaklee tegaskan selama ini, iaitu :

  • Pendekatan gaya hidup sihat jangka panjang Shaklee merangkumi pilihan pemakanan bijak dari segi makanan dan suplemen, serta bersenam untuk mencapai dan mengekalkan berat yang sihat ternyata akan menyokong kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.
  • Dan Shaklee mahu anda pastikan bahawa gaya hidup sihat anda turut merangkumi diet yang bijak, pengambilan suplemen, dan strategi senaman semasa anda berusaha untuk mencapai kesihatan yang optimum.

Bagi memahami keputusan Landmark Study dengan lebih mendalam, boleh juga membaca di sini : Kenapa Saya Yakin Shaklee Selamat?

Penutup

Sebagaimana pentingnya kalau kita nak membeli rumah untuk kita diami, apabila kita lihat kepada ciri-ciri keselamatannya, kualiti pembinaannya, pengurusannya yang sistematik atau lokasinya yang strategik, begitu juga dengan suplemen. Kita mesti cari suplemen yang benar-benar selamat, berkualiti dan berkesan untuk diri kita. 

Kalau nak memilih rumah, mesti yang terbaik sebab kita nak duduk situ hari-hari. Ini pula adalah makanan tambahan dan kita nak makan dia hari-hari. Bahaya la kalau kita nak consume suplemen yang berikan kesan sampingan pada jangka masa panjang kan. Kalau macam Shaklee, telah ada banyak bukti menunjukkan ia tetap selamat walaupun untuk tempoh pengambilan masa yang panjang. Kita pun tentulah nak beli dan makan yang selamat dan bermutu tinggi saja untuk diri kita dan keluarga kita.

Jadi, mulakanlah langkah pertama untuk kehidupan anda yang lebih sihat dan lebih panjang, bersama Shaklee. Dengan falsafah produk Shaklee yang meyakinkan, kita tak perlu ragu-ragu pun lagi.

Saya dah pilih dan telah yakin dengan pilihan saya. Anda bila pula? 🙂

Berminat untuk dapatkan produk Shaklee atau menjadi ahli Shaklee? Boleh hubungi je saya untuk sembang-sembang yer.

Wan Syahida Kahar

SID 1143254

012-6753078

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at www.syahidashukri.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di www.syahidashukri.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

 

 

8 thoughts on “Falsafah Produk Shaklee : Selamat, Terbukti dan Berkesan !

    1. syahida Post author

      Ya memang. Orang makin kenal sebab ia bermutu.

      Reply
  1. anuar

    Produk Shaklee memang terbukti meyakinkan… dan terkenal di seluruh dunia… sebab kebanyakan produk Shaklee ada prove daripada pakar-pakar kesihatan ..

    Reply
    1. syahida Post author

      Mesti Anuar dah banyak membaca 🙂

      Reply
  2. mrhanafi

    dah cecah 100 tahun..

    memang hebat dan terbaik..

    sesuai sangat la dengan falsafah selamat,terbukti dan berkesan

    Reply
    1. syahida Post author

      Jarang nak jumpa produk dah 100 tahun ni 😀

      Reply
  3. Pingback: 15 Jenis Makanan Sihat Untuk Kesihatan Jantung • SyahidaShukri

  4. Pingback: Keistimewaan Menggunakan Shaklee dalam Spa "The Walking Beauty"? • SyahidaShukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge