Demam Denggi – Lawan dengan Set Denggi Shaklee

By | 09/08/2019

Assalamualaikum semua. Kali ni perkongsian saya mengenai Set Denggi bagi para pesakit demam denggi. Awal bulan Ogos 2019 yang lalu, suami kepada kawan saya telah didiagnosed dengan demam denggi. Terus dimasukkan ke Columbia Hospital Puchong untuk terus mendapatkan rawatan. Sambil-sambil tu, kawan saya telah bertanyakan kepada saya, apa Set yang sesuai dia berikan kepada suaminya?

Tanda-tanda dan Gejala Demam Denggi

  1. Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ketiga hingga keempat belas selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di anatara 4 hingga 7 hari.
  2. Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  3. Demam ini boleh mencapai suhu 40-41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan di kalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai “breakbone fever”.
  4. Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ketiga dan keempat selepas bermulanya demam.
  5. Muntah dan kurang selera makan.

Pemastian Diagnosa Penyakit Demam Denggi

  1. Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengie IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).
  2. Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.
  3. NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.

Semasa demam denggi, bilangan platelet dalam darah menurun. Bacaan platelet normal untuk demam denggi ialah di antara 150 hingga 400. Platelet amat diperlukan untuk membekukan darah. Kebiasaannya, pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang amat ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus denggi ini.

Rawatan Demam Denggi

  1. Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  2. Rehat dan banyakkan meminum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  3. Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  4. Mandi jerlum.
  5. Antibodi tidak diperlukan.

Sumber info : Demam Denggi (Portal MyHealth KKM)

Biasanya pesakit denggi akan mencuba pelbagai jenis petua untuk merawat demam denggi dan menaikkan platelet. Antaranya ialah meminum sup ketam, minum 100 Plus, minum air rebusan daun betik dan lain-lain lagi.

Semua ni sekadar petua orang-orang yang dah cuba dan mendapat kesannya. Tak salah la kalau kita pun nak cuba kalau dapat denggi juga :).

Set Denggi Shaklee

Set Demam Denggi Shaklee
Set Demam Denggi Shaklee

Shaklee juga ada rangkaian Set untuk membantu mempercepatkan penyembuhan demam denggi ni. Fungsinya adalah untuk meningkatkan sistem imun badan untuk melawan virus demam denggi dan meningkatkan bacaan platelet yang rendah.

Virus, seperti yang kita tahu memang tak ada penawarnya. Kalau warded dalam hospital pun, tak ada ubatnya. Rawatan yang diberikan nanti hanyalah kena drip (masuk air) dan diberikan ubat Paracetamol untuk menurunkan suhu badan dan mengurangkan kesakitan. Paracetamol tu sendiri adalah sejenis pain-killer.

Then, tunggulah sampai badan kita sendiri melawan virus tersebut. Sebab tu, sepanjang tempoh rawatan, pesakit hendaklah berehat, makan makanan berkhasiat, keep positive dan buat semua perkara yang baik-baik untuk membantu badan kita lawan penyakit 🙂

Performance Drink

Performance Drink dalam Set Demam Denggi.
Performance Drink (minuman isotonik)

Performance Drink mempunyai garam yang mengembalikan dan menstabilkan kandungan elektrolit dalam badan dan sangat bagus untuk mengelakkan dehidrasi. Memandangkan pesakit demam denggi akan kerap muntah dan tidak selera makan, maka ia akan menyebabkan badan terasa letih dan kekurangan air.

Performance Drink juga memberikan tenaga segera kepada pesakit demam denggi. Berbeza dengan 100 Plus. 100 Plus tidak mempunyai banyak garam natrium di dalamnya. Di dalamnya ada lebih banyak kandungan gula. Minuman karbonat pulak tu. Performance Drink adalah minuman elektrolit yang sihat, berperisa oren dan tidak berkarbonat. Pilihan yang jauh lebih sihat.

Membekal tenaga dan daya ketahanan fizikal. Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride.

Tidak mengandungi perisa, pewarna dan bahan pengawet sepertimana minuman isotonik sukan di pasaran.

Baca juga : Performance Drink — Minuman Isotonik Tanpa Gas

Nutriferon

Nutriferon dalam Set Demam Denggi Shaklee.
Nutriferon

‘Immune booster’ yang berperanan supaya badan mendapat signal untuk menghasilkan antibodi semulajadi untuk melawan virus demam denggi. Tindakan Nutriferon adalah secara semulajadi. Ia adalah amat selamat untuk badan serta meningkatkan sistem pertahanan badan.

Ibarat katanya macam mengejutkan askar-askar dalam badan kita lah untuk askar-askar ni melawan virus. Itulah peranan Nutriferon. Jadi, bila kita ambil Nutriferon, sistem immune kita lebih kuat. Bila sistem immune lebih kuat, barulah bacaan platelet akan meningkat dan virus denggi dapat dilawan.

Nutriferon berupaya untuk mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari. Ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh yang berfungsi untuk melindungi tubuh daripada virus, mikrob termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.

Klik : Info produk — Nutriferon

Vivix

Vivix dalam Set Demam Denggi Shaklee.
Vivix.

Vivix adalah minuman antioksidan istimewa dan premium daripada Shaklee yang berupaya memperbaiki sel-sel dalam tubuh badan sehingga ke peringkat DNA sel. Bayangkan, DNA adalah komponen paling kecil dalam setiap sel tubuh kita dan amat sukar ditembusi, tapi Vivix mempunyai kemampuan itu.

Jadi fungsi utama Vivix adalah memulihkan kembali sel-sel tubuh badan yang musnah dan sakit akibat virus demam denggi.

Vivix mempunyai khasiat Resveratrol yang turut memberikan tenaga kepada ‘kilang tenaga’ sel iaitu mitokondria. Apabila mitokondria sel kita bertenaga, maka fungsi sel tersebut pun dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Badan kita pun lebih kuat untuk memainkan peranannya dan terutamanya pada waktu ini yang mana badan kita perlukan sepenuh kekuatan untuk melawan jangkitan virus demam denggi.

Pesakit juga perlu lekas pulih daripada sakit, maka Vivix akan membantu menggalakkan kesihatan keseluruhan dan pesakit lebih cepat sembuh. InsyaAllah.

Baca juga : Info produk — Vivix

Testimoni Penggunaan Set Demam Denggi Shaklee

Testimoni ni sangat fresh dan saya sendiri yang mendengar perkongsian daripada rakan merangkap business partner saya dalam TWB ini.

Testimoni oleh Kak Mazni.
Perkongsian sahabat saya, Kak Mazni. (saya yang bernama Shye)

Seronok dan syukur tak terkata. Ikhtiar daripada seorang isteri terhadap suaminya. Boleh juga hubungi Kak Mazni sendiri di talian : 019-3532130.

Benda yang kita boleh ikhtiar, kita cuba je. At least kita tak menyesal mencuba. Sembuh tak sembuh bukan atas kuasa supplemen ataupun manusia. Tapi kesembuhan hanya datang daripada Allah. Namun, kita sebagai manusia tak boleh la terus berserah tanpa berusaha terlebih dahulu. Betul tak?

Segalanya perlu ada asbabnya dan Alhamdulillah, bagi kes suami Kak Mazni ni, mereka berikhtiar dengan Set Denggi Shaklee.

Berminat untuk dapatkan Set Denggi Shaklee? Boleh hubungi saya, Puan Syahida di 012-6753078. Saya boleh COD di kawasan PJS 1, Petaling Jaya dan di sekitarnya.

Salam Mesra,
Wan Syahida Kahar
Pengedar Shaklee (sejak 2014)
ID : 1143254

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.