Dari Cita-cita Menjadi Engineer Kepada Seorang Surirumah Berkerjaya

By | 03/12/2017

Dari Cita-cita Menjadi Engineer Kepada Seorang Surirumah Berkerjaya

Dari Engineer kepada Surirumah Berkerjaya

Dari Engineer kepada Surirumah Berkerjaya

Suatu ketika dulu, sewaktu saya memandu di atas jalan raya melintasi bangunan office yang tinggi-tinggi, saya bercita-cita untuk kerja dalam one of those companies and offices yang gah suatu hari. I had an engineering degree, some years of work experiences in a Multi-national company and saya suka menjadi career woman yang berjaya.. Tak pernah pun terlintas nak jadi surirumah berkerjaya.

Saya suka work in a team, saya suka self-development, and saya suka kerja yang boleh meningkatkan self-value and cantikkan resume

Tapi sebab company lama ni takde future career yang baik, saya decide untuk berubah segera.

I had high hopes. Cuba interview di macam-macam company. Cuba nak ubah hidup. Saya berusaha. Saya perlu usaha sebab lagi lama saya duduk kat company tu, lagi lama saya takkan dapat move on and lagi teruk bila saya terus stuck kat situ.

Saya kena usaha sebab saya langsung tak ada kenalan yang boleh recommend saya kerja kat company diorang, apatah lagi “cable” untuk saya senang terpilih…

Saya bukannya siapa-siapa dan tak ramai kenalan yang kerja kat company yang sesuai untuk saya join.

For YEARS saya try. Almost 5 years. Almost 10 companies saya dah panjat.

Bangunan-bangunan kat area Jalan Tun Razak.. even bangunan KLCC pun saya dah naik… Jambatan kat Menara Kembar KLCC tu pun saya dapat lihat depan mata. Saya mengharap sangat dapat jawatan kat situ masa tu. Sana-sini saya pergi kat area Klang Valley ni. Tak jemu-jemu menghadiri temuduga.

Semua untuk attend interviews je. Interview demi interview saya pergi.

Jobstreet dan segala iklan kerja, dah macam tengok news. Hari-hari tengok. Hari-hari cari. Hari-hari mengharap. Hari-hari apply.

Tapi takde rezeki yang menyebelahi saya masa tu.

Saya dah mula slow down cari kerja di tempat lain. Dah 5 tahun….

Orang lain, dah one by one resign dan jumpa kerja kat tempat lain.. ada yang memang dia usaha, dan tak kurang juga yang dapat sebab kawan-kawan yang kerja kat company tu recommend kat boss.

Saya pula, dah start give-up mencari. Saya menangis sungguh-sungguh. Saya rest daripada mencari.

Sampaikan saya pernah menangis berbicara kepada Allah “Ya Allah, apakah tak ada rezeki pun untukku?”

Sedih memang sedih. Tuhan je yang tahu..

At last saya solat istikharah, solat hajat.. banyak kali, setiap hari…

And lastly saya decide untuk resign dan jadi surirumah je. Bukan sebarang surirumah. Tapi surirumah berkerjaya.

Bayangkan, daripada asalnya saya ada cita-cita besar untuk menjadi seorang wanita berkerjaya yang hebat, akhirnya Allah gerakkan hati supaya saya resign jadi surirumah je. Opps, bukan surirumah je. Tapi surirumah berkerjaya.

Semasa tempoh saya bercita-cita besar tu, tiap kali saya berdoa, saya memohon supaya Allah kurniakan “kerjaya yang paling sesuai buat saya”. Saya tak mention nakkan kerjaya engineer itu ke ini ke. Sebab saya juga bimbang sekiranya pekerjaan yang saya harap tu bukan yang terbaik untuk saya menurut pandangan Allah.

Mungkin bagi saya ia yang saya mahukan. Tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat saya. Sebab tu, saya cuba ubah doa saya dari spesifik nak pekerjaan tu kepada doa general supaya Allah je yang tentukan apa kerjaya saya yang terbaik. Sebab saya pun tak tahu apa yang terbaik untuk saya kan? Jadi, saya hanya doakan supaya Allah berikanlah kerjaya yang terbaik.

Tak sangka pulak saya, rupa-rupanya kenapa saya tak dapat mana-mana pekerjaan di syarikat-syarikat besar, adalah kerana Allah nak bagi jawatan surirumah je kat saya. Surirumah berkerjaya.

Bermulanya Saya Resign dan Menuju ke Surirumah Berkerjaya

Masa tu dah ada bisnes kecil-kecilan dropship. And kami pun nak setup homestay.

Saya fikir, lebih baik saya ‘berubah’ walaupun dari bawah, dari zero (surirumah). Daripada terus duduk di tempat yang takkan ubahkan hidup saya sampai bila-bila..

So far OK. Homestay pun berjalan baik. Selalu ada penyewa. (Area PJ memang high demand)

Then saya jumpa Shaklee yang mula-mula banyakkk sangat improve kesihatan saya & seluruh keluarga..

Mula Kenali Bisnes Spa Tanpa Kedai, Sesuai Untuk Surirumah Berkerjaya

Seterusnya bisnes Home spa & Mobile spa..

Saya kenali bisnes ni daripada upline Shaklee saya. Bermula dengan minat dia yang amat mendalam dalam bidang spa dan kecantikan, dia come out dengan Training Spa yang murah dan mampu berikan kemahiran kat wanita-wanita yang inginkan side income yang mudah, cepat dan fleksibel.

Projek Spa ini dinamakan Projek Spa “The Walking Beauty (TWB)”.

Baca : Apa Itu Projek Spa “The Walking Beauty” (TWB)?

Of course dengan menggunakan produk Shaklee la. Kenapa produk Shaklee? Sebab kami memang dah yakini kualiti dan keselamatan produk Shaklee. Termasuklah diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi sahaja. Tanpa bahan kimia yang berbahaya.

Peluang Bisnes Spa Masa Kini

Bisnes ni memang masyuk. Sejenis bisnes berbentuk servis yang modalnya sangat rendah tapi kemahirannya amat-amat bernilai.

Dulu, kalau kerja engineer saya 8 jam sehari, income sekitar RM150 per day…

Tapi ni kalau buat full facial kat dua orang sehari selama 2 jam, dah dapat RM130 per day..

Tu baru facial je (the simplest step). Belum termasuk yang lain-lain.

No wonder la semalam beauticians TWB update, Khamis-Sabtu je dah dapat RM990 😅

Rezeki Allah di Mana-mana

So saya fikir…

Kalaulah kita rasa ‘sesak’ dengan hidup, terasa di manakah rezekiku ya Allah??

Apakah tak ada harapan lagi untuk kucari duit lebih untuk masa depan diriku & keluarga??

Apakah takde jalan keluar bagi masalah ni???

Sebenarnya ada banyak peluang kat luar sana.

Kita je yang kena berani mencuba.

Kawan dengan orang-orang yang betul.

Cuba UBAH minda. UBAH persepsi.

Berani mencuba. Berani keluarkan modal untuk ILMU. Modal untuk pergi BELAJAR.

Keluar dari kepompong “comfort zone”.

Jadilah umat yang berusaha. Tak merungut..

Kalau asyik merungut belajar tu mahal, ni mahal.. tak ke mana la kita.

Kalau belajar free pun, kita akan jadi orang yang tak hargai ilmu free tu.

Kita ni hanya akan hargai bila benda tu ‘berharga’.

Betul tak??

Kita tak nampak ilmu tu mahal.. tapi ia berbaloi untuk masa depan.

Keluarkan duit untuk belajar tu hanya sekali.

Tapi ilmu dan kemahiran yang kita dapat tu la yang akan berikan kita pulangan berkali-kali.

So takde istilah rugi.

Kan??

Jadi, kalau kita nak cari income lebih untuk apa saja tujuan,

Laburlah wang kita untuk sesuatu ILMU dan KEMAHIRAN yang boleh menjana wang lagi.

Itulah MODAL sesebuah PERNIAGAAN.

Untuk team beauticians TWB yang datang daripada pelbagai background (yang non-beauty related 😅), tapi gigih amik booking sana sini.. buat kerja part time on weekends.. fuh, saya tabik.

Sebab orang lain kalau weekend keluarkan duit.

Tapi diorang ni weekend je duit nak masuk je tak habis-habis 😂

Sebab permintaan mobile spa terlalu meriah.

These are d people who’re taking chances.

Once dah rasa senangnya dapat duit (macam RM65 per hour), diorang akan nak lagi dan lagi 😂

Dan diorang gembira sangat dapat extra income pada pertengahan bulan..

Boleh spend lebih untuk kegunaan harian..

Boleh hulur duit lebih kat Mak Ayah di kampung.

Boleh belanja makan orang, belanja makan family..

Boleh shopping..

Boleh adakan majlis kesyukuran..

Boleh tampung majlis perkahwinan..

Boleh buat meriah sikit..

Dan yang penting, dah tak perlu berkira dengan duit lagi.

Baca : Testimoni Peserta Kursus Spa The Walking Beauty

Kalau ada organisasi atau orang persendirian yang nakkan bantuan atau sumbangan, senang-senang je kita hulur banyak mana dari poket kita.

Seronok kan dengar hasil?

So percayalah, kalau rasa ‘sesak’, boring ngan GST dan harga barang yang naik..

Ia sebenarnya titik tolak untuk kita try benda baru dan cari penyelesaiannya..

Mobile spa is easy, trending & fun. Buat weekends je pun ok untuk part-time job👌🏼

Berminat untuk sertai?

Boleh hubungi saya untuk penerangan yang lebih lanjut.

Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar

012-6753078

Shye’s Beauty Home Spa

Pengedar Shaklee seluruh Malaysia

 

5 thoughts on “Dari Cita-cita Menjadi Engineer Kepada Seorang Surirumah Berkerjaya

  1. mrhanafi

    menarik la stori ini…

    perancangan Allah itu jauh lebih baik dan cantik..

    Alhamdulillah kerja sendiri yakni surirumah yang ada bisnes jauh lebih masyuk sebenarnya..

    tahniah dan keep it up..

    nanti kejap..

    saya nak tumpang gembira.

    hehehehe
    mrhanafi recently posted…Jodoh Anak Dara Dengan Suami OrangMy Profile

    Reply
    1. syahida Post author

      Hehehe.. Terima kasih atas sokongan :D.. Kerjaya ni memang terbaik kan untuk rumahtangga & anak-anak..

      Reply
    1. syahida Post author

      Kita tak tahu, tapi Allah lebih tahu.. ALhamdulillah.. Amin terima kasih Irni Suhana 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge