Dapatkan Kulit Wajah Cantik Berseri dengan CoQ10 !!

By | 27/01/2018
Kulit wajah cantik berseri dengan khasiat CoQ10

Kulit wajah cantik berseri dengan khasiat CoQ10

Kulit wajah cantik berseri memang menjadi impian setiap wanita. Yang menjadi masalah dan kerunsingan ramai wanita, kecantikan itu sendiri tidak kekal. Bila usia kita meningkat, pasti kulit wajah kita akan menunjukkan kesan penuaan, kan? Oleh sebab itulah, kita rajin sapukan set rawatan kecantikan luaran atau skincare, siang dan malam untuk elakkan masalah penuaan atau nak kekal berwajah sentiasa muda.

Ramai yang suka amalkan rutin penjagaan dalaman untuk menjaga kulit wajah cantik berseri secara luaran pula. Biasanya kita akan dengar, orang amalkan Vitamin C, Vitamin E serta protein bermutu tinggi untuk kekalkan wajah awet muda dan tak cepat tua.

Kenapa Vitamin C dan E? Kerana kedua-dua vitamin ini adalah sejenis anti-oksidan. Dan anti-oksidan sememangnya bertindak menghalang pengoksidaan kepada sel-sel wajah kulit kita yang menyebabkan ia cepat nampak tua. Bermakna, lagi banyak pengoksidaan atau radikal bebas yang kita terdedah di sekeliling kita (senang ceritanya macam bendasing dan pencemaran di sekitar kita la), maka lagi cepat lah penuaan wajah kita akan berlaku.

Protein pula? Kenapa penting untuk kulit wajah cantik berseri? Ini kerana protein digunakan oleh tubuh badan kita untuk menghasilkan sel-sel baru setelah sel-sel lama menjadi tua dan mati. Jadi tentulah badan kita kena gantikan dengan sel yang baru. Dan sel yang baru ni pula mestilah cukup berkualiti, maka ia perlukan nutrien protein untuk menghasilkan sel baru yang sempurna dan lebih sihat. Manakala anti-oksidan C dan E tadi pula akan tolong melindungi sel-sel baru yang dihasilkan protein tadi. Kombinasi yang hebat, kan?

Baca : Apa pentingnya anti-oksidan.

Jadi boleh nampak kan pentingnya menjaga kulit kita dari dalam dengan nutrien yang baik untuk kulit? Selain daripada Vitamin C, E dan protein, terdapat satu lagi anti-oksidan yang biasa terdapat pada kulit kita, namun ia semakin berkurang apabila usia kita meningkat. Dan itu akan mempercepatkan penuaan kulit kita. Sekarang tak perlu risau sebab kulit wajah cantik berseri boleh jadi milik anda dengan nutrient yang tepat seperti Coenzyme Q10 (CoQ10).

Bagaimana CoQ10 Boleh Berikan Kulit Wajah Cantik Berseri?

Ia adalah sejenis antioksidan yang banyak dijumpai pada lapisan luar kulit kita iaitu epidermis untuk melindungi kulit kita daripada pencemaran atau kerosakan dari persekitaran seperti pancaran UV, pencemaran udara, toksin dan lain-lain.

Walaupun badan kita menghasilkan CoQ10 secara semulajadi, pengeluarannya sebenarnya semakin berkurangan pada usia sekitar 20 tahun ke atas. Jadi sebab itu, makanan tambahan untuk nutrient ini adalah sangat-sangat digalakkan untuk kita amalkan kalau nak maintain kulit yang muda.

Kebaikan CoQ10 Yang Sangat Hebat Terhadap Kulit

  • Perlindungan Optimum untuk Kulit Wajah Cantik Berseri

Antioksidan yang kuat seperti CoQ10 melindungi kulit kita daripada penuaan pramatang yang berpunca daripada pendedahan kulit kepada cahaya matahari secara berlebihan, serta kesan keradangan.

CoQ10 juga memperbaiki perlindungan antioksidan pada wajah dengan meneutralkan radikal bebas yang berpunca daripada radiasi UV dan pencemaran yang boleh merosakkan kolagen dan elastic pada kulit yang mendorong kepada penuaan pramatang.

  • Kulit yang Nampak Lebih Muda

Kehilangan kolagen dan elastin pada kulit akan menyebabkan kulit berkedut dan kurang lagi anjal. Alamilah kedutan yang semakin berkurangan dan kulit yang lebih licin dan lebih anjal dengan CoQ10 kerana ia membantu untuk mengurangkan kerosakan kolagen di dalam kulit wajah.

  • Menyegarkan dan Memberikan Tenaga

Segarkan kembali kulit yang semakin mengalami kesan penuaan dengan khasiat CoQ10 ini. Ia akan menambahkan tenaga pada kulit agar ia menggalakkan pembaikian sel-sel kulit, meningkatkan kesihatan sel-sel baru yang dihasilkan, membuang  toksin dan menghasilkan sel-sel baru dengan lebih efektif.

Memperkenalkan CoQ-Trol Plus Keluaran Shaklee

CoQ-Trol Plus Shaklee

CoQ-Trol Plus Shaklee

Sebelum ni, Shaklee pernah keluarkan produk CoQ10. Tapi kini, CoQ-Trol Plus adalah formula terbaru yang lebih baik.

Ia merupakan campuran proprietari 100mg Coenzyme Q10, 2mg Resveratrol dan 5mg Tokoferol. Campuran ini memberikan hasil dan keberkesanan CoQ10 yang terbaik.

Ciri-ciri CoQ-Trol Plus Shaklee :

  • Berkepekatan tinggi (100mg) CoQ10
  • Kombinasi 2mg Resveratrol sebagai anti-keradangan
  • Kombinasi 5mg Tokoferol sebagai anti-oksidan
  • Sistem penyerapan minyak zaitun yang dipatenkan untuk penyerapan unggul
  • Bebas gluten

Berdasarkan kajian, 100mg Coenzyme Q10 memberikan banyak sangat kebaikan kepada tubuh badan.

Dan untuk anda mendapatkan 100mg Coenzyme Q10 sahaja, anda perlu makan sebanyak :

  • 3kg daging merah
  • 100 cawan brokoli yang dididihkan
  • 100 sudu besar Minyak Canola
  • 3.3kg kacang mentega

Fuh! Bayangkan betapa banyaknya anda kena makan semua ni kalau nak dapatkan khasiat CoQ10. Demi nakkan kulit wajah cantik berseri, kan? Tapi sekarang tak perlu bersusah payah atau risau kekurangan nutrien ini. Kerana anda dengan mudahnya boleh mendapatinya daripada CoQ-Trol ini.

Penutup

Kita kaum wanita kalau bab-bab menjaga kecantikan dan awet muda supaya kulit wajah cantik berseri ni memang kita kalau boleh mestilah tak nak lepaskan, betul tak?

Nutrien best untuk awet muda dan cantik. Mestilah dah jadi kesukaan dan minat ramai wanita. Tambahan pula khasiatnya yang juga lebih daripada untuk kecantikan kulit sahaja, iaitu ia baik juga untuk kesihatan jantung, otak dan juga untuk memberikan tenaga untuk tubuh badan.

InsyaAllah, kalau kita berikan nutrien secukupnya kepada tubuh badan kita, pandailah ia merawat dirinya sendiri. Kerana bahan semulajadi dari alam sekitar adalah sebaik-baik ciptaan untuk kegunaan dan kebaikan manusia. Itu kan sunnatullah?

Sekiranya anda berminat nak dapatkan CoQ-Trol ini, boleh hubungi saya untuk dapatkannya dan ketahui juga cara makannya yang terbaik untuk kesan yang paling optimum. Pastinya berserta dengan konsultasi yang terbaik untuk anda daripada saya. InsyaAllah.

Salam Mesra,

Wan Syahida Kahar

012-6753078

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at www.syahidashukri.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di www.syahidashukri.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

One thought on “Dapatkan Kulit Wajah Cantik Berseri dengan CoQ10 !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge